Wednesday, May 20, 2015

Memori Sepanjang Diploma (Entri Bergambar)

Assalamualaikumwarahmatullah & Hai semua!

Malam ni nak cerita sikit sekali up gambar-gambar memori daun pisang sepanjang saya belajar Diploma dulu. sebenarnya baru dalam sebulan saya dah habis belajar tapi masih terkesan ya dalam jiwa sanubari ni. haha. al-maklum lah saya ni jenis susah sikit nak move on dari satu memori ke memori yang lain, jadi saya kasi up satu entri untuk hari ni.

Memandangkan saya jarang update belog sang cinta ni (uwww sang cinta lama tak sebut), jadi saya abadikan beberapa kenangan manis sepanjang semester 1 hingga 6 kat sini.

Okay, nehi-nehi cerita panjang lebar jom follow the flow our portrait of memories sepanjang belajar waktu Diploma sebelum ni. Get readyyyyyyyyy !

Haha. masa ni hari pertama daftar kamsis sama maksud dengan kolej kediaman. sesampai je situ bilik kena bersihkan dulu. awal sem satu kan so gaya mak jemah ni pun agak nerd lah juga. kihkih

Semester 1, stok kurus-kurus je semua kan. haha. diorang ni semua classmates saya kecuali Din (baju hijau tengah) dari Jabatan Mekanikal. kira geng dengan kitorang la. waktu ni nak pergi McD sebelah poli tu je pun. hahah

Korang, ingat lagi tak masa ni kita buka puasa sama-sama dekat McD. hahaha. semangat je semua dapat outing. rules politeknik waktu zaman kitorang dulu tak boleh keluar kamsis then balik lewat dari pukul 7 petang. tapi yang "sekarang" punya dengar kabo dah boleh balik lewat, paling-paling pukul 11 malam. untung ampa semua nah adik-adik.

Alololo. tomey tomeyy je semua. nampak beno semester satu nya. kihkih


Masih semester 1. keluar pergi Pacific main bowling. time ni segan-segan lagi. kahkah

Semester 2. okay, masa ni semua dah nampak macam ranggi sikit. haha tengoklah gelagat memasing.


(dari kiri gambar : Aizad, Tira, Saya, Din)
Kita langkau ke semester 4. waktu ni tengah praktikal jadi dengan tiga orang ni sajalah yang dapat keluar sama-sama. so kitorang spend time together main ice skating!

Masuk je semester 5, dengan Hanis (tudung merah) & Wan ni saja lah saya dengan Tira ulang alik KL-Penang/Penang-KL naik kereta sama-sama. thanks tau korang dua sudi tumpangkan kitorang balik sama sekali. takda nak balik kl naik bas lagi. haha tapi cuma seketika hanya untuk semester 5 sebab waktu ni diorang semester 3. masuk semester 4, turn diorang pula pergi praktikal.


Masuk je sambungan gambar-gambar dekat bawah ni, semuanya waktu kitorang Semester 6 iaitu semester terakhir kami di Politeknik Seberang Perai, Penang. kalau nak tengok ciknon-ciknon bermekap doploh hinchi, sila tatap semua figura di bawah ya. kahkahkah

(dari kiri gambar : Asahirah, Zuliana, Atirah, Nadirah, Ain, Saya)
Haa diorang ni semua housemate saya aka satu course aka satu kelas. waktu ni nak pergi Dinner & Appreciation Night anjuran Commerce Department.

Todiaaaa bak hianggg, semua my girls cecantik cecun cecomel belaka.


Adik manisss sebelah ana ni Zuliana namanya. "gadis manisss ala-ala arab tapi macam gadis jepun sudah" (nada pak arab cakap melayu)

(dari kiri : Ikin, Chaa, Wahidah, Shafiq, Fitriyah, Azirah)
Sahabat handai saya sepanjang bersama di kelas DPM6A <3 yang belakang mendongak tu Wan nama dia, kelas DPM6B. tetiba dok nyelit kat situ. haha


Ain : seorang gadis yang cute tapi garang dia mak aihh. so jaga-jaga ya korang, jangan cari pasal kalau takda pasal. kahkah
Aiman : seorang jejaka tampan dan classmates lelaki suka mengusik/membahan/kenakan dia tapi tak pernah langsung dia marah. walau sikit pun. yang dia tahu senyum jela. hahaha aiman aiman.
'Sedikit selingan : ni cheq nak habaq sat, depa dua orang ni selalu kena gosip dalam kelas. lagi-lagi kawan kelas lelaki, suka nauu membahan depa ni. saja buat hingaq. hahahaha padahal depa dua takda kena mengena pun. kesian tau ampa. gelak ja mampu'


Aiman, Husni, Saya, Zuliana, Nadirah <3

(Dari kiri : Nora, Adilah, Atikah)
My lovely classmates girl. macam mak datin tau chuolls. hihi


 See. hahaha nampak kan macam-macam gaya diorang ni semua. inilah DPM6A, sentiasa riot dalam kelas. rindu korang semua tahu.

Inilah teknologi sekarang, gopro/action cam & monopod with selfies everywhere. hahaha biaq pi lah. yang penting kenangan kita sama-sama waktu susah dan senang sepanjang 3 tahun bersama sewaktu belajar di Penang sana. Seriously, rindu korang semua :')

Yang ni Shima, dia course Logistik. Marka dari Kedah ni cheq habaq yuolls. dengan dia lah saya rapat waktu minggu orientasi semester 1 dulu. miss you Cima. (tengok Syafiq yang tarik beg luggage tu. kahkahkah photobomb betul)


Jadi ini saja lah gambar-gambar yang dapat saya kongsikan dengan anda semua. betapa pentingnya sebuah kenangan tu dalam hidup kita. kenangan manis lah kenangan pahit buang jauh-jauh lah. haha

Sebelum-sebelum ni saya amat sibuk. sampai tak ada masa nak update belog kesayangan ni. sebab tu terabai je macam tak berpenghuni. krik krik je. so sad. sekarang dah habis belajar so boleh la update blog dari masa ke semasa. 

Ada banyak lagi sebenarnya gambar kitorang tapi cukuplah cuma 21 gambar saya dah masukkan dalam entri kali ini. hahah. biar bila rindu je saya tengok sendiri dekat folder-folder gambar dalam laptop ni. tersimpan rapi tau chuolls. hehe

Setakat ni jelah dulu saya hapdet belog. ada cerita lain saya up lagi di masa entri baru nanti. In shaa Allah. Byebye chuolls.

Terima kasih pada yang sudi datang melawat dan singgah baca blog tak semenggah ni. haha. Wassalam.