Tuesday, October 6, 2015

Pulau Langkawi 2014 : Day 2 (part 2)

Assalamualaikumwarahmatullah & Hai kepada pembaca blog ;)

Hari ni saya muncul lagi dengan tiba-tiba untuk update blog. Hehe. Sebab apa? Seruan blog dah panggil-panggil saya supaya update dari bulan lepas lagi. Nasib lah labu kerana sikap kurang endah untuk update blog sang cinta ni. Kesianlah.

Okay, taknak mukadimah terlalu panjang lebar. Kali ni punya cerita saya nak sambung dari entri yang INI dan juga INI . Barangsiapa yg belum godek untuk baca entri tersebut sila BACA. Saya paksa ni. Kahkah maaf, gurauan ya.

Siapa rindu Langkawi kat sini? Haa jom baca apa saya update malam ni.


Waktu naik cable car dan sesampai je dekat skybridge Langkawi ni rasa terpegun sangat dengan ciptaan Allah. Masih ada tempat semulajadi yg ohsem macam ni dalam Malaysia. Lagi beruntung bila dapat tengok live dari atas jambatan yg tinggi dia overdose takpayah cakap la. Haha

Gambar ni memang saya shot sendiri sebab tertarik dengan tempat-tempat macam ni. Sebab itu lah buat saya rasa lagi semangat untuk traveling bila ada rezeki.

Bila duduk dalam cable car antara gayat tak gayat je masa tu. Apa perasaan bila rasa terawang-awangan, macam tergantung je kita kat atas ni. Haha selamat ke tidak kan. Alhamdulillah dengan fikir positif kita takkan rasa takut malah seronok dapat tengok pemandangan 360 darjah.

Bukit-bukau yang masih fresh dia punya kehijauan, rasa geram je tengok sebab terpegun sangat dengan keindahan alam.

Dari kiri : Faizah Meletopzz & Dila aka Awie Rockerzz

Dari kiri : Saya Sendiri & Fyfa Melecunzz

Pabila dah dekat atas jambatan ni mesti punya ambil gambar. Itu kira wajib ya. Hihi kalau tak rugi rasa, macam takda kenangan untuk diabadikan. Sebab tu sakan je kitorang bergambar masa ni. Kahkah

 Tengoklah Fyfa Melecunzz dengan bibir mungilnya. Yang Faezah Meletopzz pun sama. Haha

Dila aka Awie Rockerzz. Hahaha masa ni kitorang asyik panggil dia Awie je tu yg melekat tu. Rindu korang weh.

Gambar last untuk entri kali ni. Empat orang sahabat yg mesti on punya bila ajak pergi holiday sama-sama. Tangkap rindu habis ni gua cakap. Hmm

Saya keep on sambung update dari entri yg lepas sebab taknak lupakan memori manis ni macam tu je. Sepatutnya dah lama saya kena publish entri untuk percutian ke Langkawi ni tapi sebab kekangan masa yg saya ada kan. Sedih pula rasa. Huhu

Jadi mulai dari sekarang lah saya kena jaga blog ni, saya nak share dekat korang semua para pembaca tentang kehidupan & cerita traveling saya.

Dah siap update untuk entri kali ni, tunggu entri seterusnya sambungan untuk Day 3. Kihkih

Wassalam :)

No comments: