Monday, March 23, 2015

Entri Pertama 2015 : Menjelma Semula

Assalamualaikum. ehemmmmmmm! apa khabar warga blog semua? ya Allah, sekian lama hampir dua tahun tak update blog ni. menyepi. macam tu jea.

Okaylah, straight to the point. aku masih wujud, dan ada juga check it out check it out dekat blog ni. gila tak check it out? cheq qindu sungguh dengan belog kesayangan ni haa. rasa nak nangis T.T

Alhamdulillah, aku sihat sejahtera macam biasa. masih belajar di Politeknik Seberang Perai, Penang. dah masuk Semester 6 & dah nak habis pun bulan April ni. fuhhh, sungguh cepat masa berlalu. tahu-tahu dah nak habis belajar pun. Buat masa sekarang aku perlu fokus dengan projek akhir kitorang iaitu VIVA nama diberi. Kemudian, fokus untuk final exam pula. betul-betul punya final exam untuk tamatkan Diploma aku kali ni. In shaa Allah.

Sangat banyak cerita gembira cerita sedih cerita separuh-separuh, isu, sembang pomprang, dan berbagai lagi yang sepatutnya aku taip dan kongsikan disini tapi... disebabkan kekangan masa atau break(putus) sekejap dengan dunia blog. kihkih. jadi aku tak punya keseriusan untuk dapatkan level mood menghapdet blog sebelum-sebelum ni. maafkan saya :(

Kemungkinan lepas habis belajar ni aku slow-slow untuk post entri dan mekarkan kembali dunia blogging aku ni. cehh ayat nak power, haha. Bagi aku, sayang sangat dekat blog ni. blog ni la yang aku duduk update selalu dari zaman sekolah sampai umur aku yang sekarang. hakak dah tua dik, Alhamdulillah masih bernafas. Paling penting aku takkan pernah nak PADAM blog ni, never! biarkan terus-menerus sampai ke cucu-cicit aku baca nanti. kehkeh.


Lebih kurang dua minggu lagi untuk aku habiskan masa pulun study dekat Penang sana. Doakan final project (Viva) dengan final exam aku nanti berjalan dgn lancar ya. Aamiin. Setakat ni saja dulu entri aku buat masa ni. Ada rezeki in shaa Allah aku update lagi. Assalamualaikum duniaaaa :)

No comments: