Tuesday, April 30, 2013

Termuncul Semula.

10 BULAN KEMUDIAN......


*10 bulan kemudian dekat atas ni tak boleh besar maksimum mungkin ke hmmm*






Assalamualaikum. tok tok tok tok tokkkkkk!!!! ada orang tak? anybody homeeee? HELLOOOOOO....
Fuh fuhh. habis bersemak sawang semua ada. YaALLAH. MasyaALLAH. nak tahu tak saya rasa apa sekarang ni? apa sindrom yang saya alami sekarang setelah membuka semula dunia blog ni? nak tahu tak? tak nak tahu tak apa aku cerita gak sebab ini blog aku. muahahaha *eksaitedpahhheksaited*

Sindrom 95379793 zillion punya keterujaan yang saya alami sekarang bila dapat update blog setelah sekian lamanya saya menghilang dan menyepi hmm. tolong faham, tolong saya mohon pada anda semua.

Kebenaran yang sebenar-benarnya, bukan saya tak nak update blog dan abaikan macam tu saja. saya terpaksa semuanya sebab terpaksa semata-mata. sebelum ni saya busy memanjang seperti sedia maklum saya dah sambung belajar kan dan sudah berada di semester dua pun justeru nak melangkah ke semester tiga. haa cepatkan masa berlalu? itu lah tempoh 10 bulan yang saya lalui sebelum ni. hari demi hari.

Hakikatnya, terlalu banyak benda yang saya nak ceritakan di sini tapi nak dibandingkan dengan kudrat daya ingatan kuasa kelajuan menaip per berpuluh ratusan ribuan patah perkataan yang saya mahu sumbatkan dalam ni, tak mampu nak melawan sindrom keterujaan yang saya alami sekarang. sedih dan hambar....

Saya rasa kena belajar balik bahasa melayu macam simpulan bahasa ke syair ke pantun ke sajak ke sastera ke. memandangkan susunan kata dalam entri ini sungguh kucar-kacir nauzubillahminzalik. Allah saja yang memahami sekarang.

Okay lah. cerita pomprang banyak mana pun sekarang ni bukan ada siapa nak baca *menangis*

Sampai sini dulu entri pertama saya per 10 bulan dari waktu sebelum ni. ada masa saya update lagi ya. nanti saya hapdet cerita hot hot cerita suam suam kuku cerita sejuk beku semua ada. tinggal nak sumbat kat dalam ni. tunggu masa je. sabar ya kalian.

"saya dalam keadaan cuti semester sekarang sebab tu macam yeayyy" ^_^y

Ini saya yang terkini. amboi terkini gitu. hahaha yelah betul, habis tu apa lagi kan.

Selamat malam. Assalamualaikum. Jaga diri wahai anda semua :')