Thursday, June 6, 2013

Momen Di Cameron Highland.

Assalamualaikumwarahmatullah dan hai semua :)

Saya ingat lagi waktu kali pertama jejakkan kaki di Cameron Highland pada 10 Mac 2013. memang seronok dan teruja buat diri saya yang pertama kali sampai cameron. hehe

Perasaan tu macam jakun dan eksaited pun ada tapi saya cover baik punya. hahaha. okay lah fine, korang mesti dah pernah pergi cameron kan T.T

Untuk entri kali ni saya ingin bentangkan memori indah sewaktu berada di sana. kahkah. pergi ke sana atas tujuan lawatan sambil belajar dan laksanakan aktiviti explorace untuk kelab persatuan....

Istilah dia macam ni. untuk subjek kokurikulum 2 (semester 2) saya, saya dapat Kelab Pengguna. minta badminton akhirnya dapat kelab pengguna. mula tu macam, apa ni kelab pengguna? tak tahu apa fungsi kelab pengguna ni. bila dah masuk barulah faham apa fungsi kelab pengguna. kalau nak tahu lebih lanjut, search di Google. haha

Sampailah ke hari kami menjerumuskan diri di Cameron Highland. jengjengjeng.

Suasana di dalam bas sebelum bertolak ke cameron. saya khusyuk baca novel tapi bukan novel cinta saya lebih gemarkan novel thriller.

Mereka ini semua yang menimbulkan keadaan riot dalam bas dari mula hingga ke akhir perjalanan. haha


Saya perkenalkan kepada kamu semua, Nurul Nadirah Bt Hashimi yang comel. katakan hai pada dia :D


Yeah dah selamat sampai di MARDI.


Sayangnya sepanjang perjalanan hingga kami tiba di cameron highland, kami tak sempat nak singgah ladang strawberi yang boleh petik sendiri tu. bas terus berjalan naik turun bukit sampai lah di MARDI, di mana aktiviti explorace kami dijalankan. kami pergi hanya satu hari saja sebab itu kena kejar masa. okay sambung layan gambar.

Kena makan dulu baru boleh mulakan aktiviti. perkenalkan Aimi Shahirah gadis yang sungguh ayu tapi rock bila dah kenal dia. hihi

Ini lah ahli kumpulan saya tapi encik tu bukan. haha. kami kena temuramah encik (dah lupa nama) ni tentang pusat MARDI.
Dari kidal gambar : Nadirah, Syamim, Asahirah, Yazid.

Indah bunga-bungaan yang penuh warna-warni ciptaan Allah.


Silver Dust (Senecio Cineraria) diberi nama. tumbuhan ni sangat awesome kerana beliau warna putih. putih putih melati~


Kabus yang tebal dan cuaca mendung mendinginkan lagi suasana sambil ditiup angin sepoi-sepoi. kahkah puitisnya dahku.


Kami kena temuramah salah seorang pekerja (abangla) disitu untuk menyelesaikan task yang diberi.


Kilang Teh yang di-established sejak tahun 1935 dan kini dijadikan muzium kot? saya pun tak pasti. haha


Ladang teh serba mini. pun boleh kan? :D


Bergambar di pintu gerbang MARDI.


Antara salah satu task, kami kena ambil gambar pose secara kreatif dan ini hanya percubaan dulu tapi entah la. tak menang pula. haha


Sementara tunggu hujan berhenti.... Nad comel pakai spect. haha. Syafiq botak xP


Mereka lah classmate saya, DBS2A (Jabatan Perdagangan)


Mereka ini pula dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Tengoklah, bila dengan mereka serius masuk air. hahaha


Entah apa lah syafiq nordin tu kacau saya nak amik gambar. hahah
Pada mulanya, kami dari Jabatan Perdagangan memang tak rapat langsung dengan JKE&JKM.
Macam anti-racist pun ada, MashaAllah.
Tapi bila dah sama-sama gelak ketawa ramah-tamah di cameron highland, kami semua bertegur sapa dan jadi rapat. 1 MALAYSIA !


Tudiaaa, gabungan seluruh warga Kelab Pengguna Semester Dua, Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang. haha sangat seronok. takkan pernah lupa kenangan ni :')


Yang berbaju merah sungguh cantik itulah lecturer Kelab kami ;)
Sungguh saya terlupa nama cik lecturer, hm hmm ampunkan saya....


Hahaha kan saya dah kata, mereka ni gila-gila. hyperactive betul.


Sangat tak puas cuma satu hari berada di Cameron. ada rezeki in shaa Allah nak pergi sana lagi. haa mana tahu nak berbulan madu boleh la di sana macam dalam cerita vanilla coklat tu. kahkah

Sekian sampai di sini kisah momen saya di Cameron Highland. terima kasih sudi baca :)

Wassalam semua.

5 comments:

fyza ajak said...

ewahh , best nya dia , hehe

adda siempre said...

wah,,lamanya tak lawat blog si kiut sorang ni.hehehe!! wah,best yer aisya dapat p blajar sambil bercuti la ni ek?

adda siempre said...

wah,,lamanya tak lawat blog si kiut sorang ni.hehehe!! wah,best yer aisya dapat p blajar sambil bercuti la ni ek?

Wak Gelas™ said...

meriahnyer uoolss.,ehHHee

That Red LiPs Tho ™ said...
This comment has been removed by the author.