Thursday, June 6, 2013

Momen Di Cameron Highland.

Assalamualaikumwarahmatullah dan hai semua :)

Saya ingat lagi waktu kali pertama jejakkan kaki di Cameron Highland pada 10 Mac 2013. memang seronok dan teruja buat diri saya yang pertama kali sampai cameron. hehe

Perasaan tu macam jakun dan eksaited pun ada tapi saya cover baik punya. hahaha. okay lah fine, korang mesti dah pernah pergi cameron kan T.T

Untuk entri kali ni saya ingin bentangkan memori indah sewaktu berada di sana. kahkah. pergi ke sana atas tujuan lawatan sambil belajar dan laksanakan aktiviti explorace untuk kelab persatuan....

Istilah dia macam ni. untuk subjek kokurikulum 2 (semester 2) saya, saya dapat Kelab Pengguna. minta badminton akhirnya dapat kelab pengguna. mula tu macam, apa ni kelab pengguna? tak tahu apa fungsi kelab pengguna ni. bila dah masuk barulah faham apa fungsi kelab pengguna. kalau nak tahu lebih lanjut, search di Google. haha

Sampailah ke hari kami menjerumuskan diri di Cameron Highland. jengjengjeng.

Suasana di dalam bas sebelum bertolak ke cameron. saya khusyuk baca novel tapi bukan novel cinta saya lebih gemarkan novel thriller.

Mereka ini semua yang menimbulkan keadaan riot dalam bas dari mula hingga ke akhir perjalanan. haha


Saya perkenalkan kepada kamu semua, Nurul Nadirah Bt Hashimi yang comel. katakan hai pada dia :D


Yeah dah selamat sampai di MARDI.


Sayangnya sepanjang perjalanan hingga kami tiba di cameron highland, kami tak sempat nak singgah ladang strawberi yang boleh petik sendiri tu. bas terus berjalan naik turun bukit sampai lah di MARDI, di mana aktiviti explorace kami dijalankan. kami pergi hanya satu hari saja sebab itu kena kejar masa. okay sambung layan gambar.

Kena makan dulu baru boleh mulakan aktiviti. perkenalkan Aimi Shahirah gadis yang sungguh ayu tapi rock bila dah kenal dia. hihi

Ini lah ahli kumpulan saya tapi encik tu bukan. haha. kami kena temuramah encik (dah lupa nama) ni tentang pusat MARDI.
Dari kidal gambar : Nadirah, Syamim, Asahirah, Yazid.

Indah bunga-bungaan yang penuh warna-warni ciptaan Allah.


Silver Dust (Senecio Cineraria) diberi nama. tumbuhan ni sangat awesome kerana beliau warna putih. putih putih melati~


Kabus yang tebal dan cuaca mendung mendinginkan lagi suasana sambil ditiup angin sepoi-sepoi. kahkah puitisnya dahku.


Kami kena temuramah salah seorang pekerja (abangla) disitu untuk menyelesaikan task yang diberi.


Kilang Teh yang di-established sejak tahun 1935 dan kini dijadikan muzium kot? saya pun tak pasti. haha


Ladang teh serba mini. pun boleh kan? :D


Bergambar di pintu gerbang MARDI.


Antara salah satu task, kami kena ambil gambar pose secara kreatif dan ini hanya percubaan dulu tapi entah la. tak menang pula. haha


Sementara tunggu hujan berhenti.... Nad comel pakai spect. haha. Syafiq botak xP


Mereka lah classmate saya, DBS2A (Jabatan Perdagangan)


Mereka ini pula dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik & Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.
Tengoklah, bila dengan mereka serius masuk air. hahaha


Entah apa lah syafiq nordin tu kacau saya nak amik gambar. hahah
Pada mulanya, kami dari Jabatan Perdagangan memang tak rapat langsung dengan JKE&JKM.
Macam anti-racist pun ada, MashaAllah.
Tapi bila dah sama-sama gelak ketawa ramah-tamah di cameron highland, kami semua bertegur sapa dan jadi rapat. 1 MALAYSIA !


Tudiaaa, gabungan seluruh warga Kelab Pengguna Semester Dua, Politeknik Seberang Perai Pulau Pinang. haha sangat seronok. takkan pernah lupa kenangan ni :')


Yang berbaju merah sungguh cantik itulah lecturer Kelab kami ;)
Sungguh saya terlupa nama cik lecturer, hm hmm ampunkan saya....


Hahaha kan saya dah kata, mereka ni gila-gila. hyperactive betul.


Sangat tak puas cuma satu hari berada di Cameron. ada rezeki in shaa Allah nak pergi sana lagi. haa mana tahu nak berbulan madu boleh la di sana macam dalam cerita vanilla coklat tu. kahkah

Sekian sampai di sini kisah momen saya di Cameron Highland. terima kasih sudi baca :)

Wassalam semua.

Sunday, May 26, 2013

Terlalu Rindukan Mereka.

Assalamualaikum dan selamat tengah malam semua :)

Ehem. macam biasa saya jadi rindu nak update belog sang cinta. belog sang cinta, dah lama saya tak sebutkan itu. terlalu lama.

Kadang-kadang kita terlalu rindukan kenangan bersama dengan seangkatan seperti mana saya sedang rindukan kawan-kawan yang sudah lama saya tak jumpa sejak tamat sekolah menengah setahun yang lalu. hmm serius rindu beb.

Pendek cerita, saya sayangkan anda semuaaaa. say yeahhh. *tetiba* kahkahkah

Pada 16/02/2013 yang lalu, saya pergi menjerumuskan diri di Sunway Pyramid bersama geng sekolah saya dulu. haha bunyi macam nak gengster jea.

Tanpa leter banyak, nah saya sajikan gambar-gambar kegumbiraan dan kesweetan antara kami lima orang bersama pada ketika itu.....

kami sweet tau. kami slumber je naik ktm tau. haha

Normal lah tu bila dah berjumpa dan keluar bersama mesti plan nak pergi makan, window-shopping, karaoke sampai tekak kering. part karaoke saya tak nak masukkan, cukuplah hanya kami yang tahu. hahaha

sebelum makanan sampai kena ambil gambar guna phone dulu :D

sebelum makan....

selepas makan... haha macam apa dah saya masa ni

yuolls macam mak datin tau. hahah saya tidak ya saya tidak xD

masa ni nak pergi jalan-jalan cuci mata. aummm (window-shopping)

saya rindukan KITA. saya rindukan mereka.

masing-masing lain cara masing-masing lain gaya, candid. haha

kemesraan bersama, terlalu rindukan semua ini

hahaha tak nyempat-nyempat

Kira sah dari segi niat kerana saya kepamkan gambar-gambar ini semua terlalu lama dan Halal lah kerana saya sudah dengan rasminya publish kan di belog sang cinta ini. jengjengjeng

Aina, Fyfa, Pkot, Hany, Syida, Faizah, Adila, Asma', Nina, Uminur. siapa lagi? pokoknya semua kawan-kawan yang mengenali saya selama ini, aku rindu korang. semua dah bawa haluan memasing kan sekarang. hmm nada sedih. ini memang nada sedih.

Ada masa saya update lagi belog sang cinta ni. sampai di sini dulu. masa untuk tidur.

Wassalam. terima kasih sudi baca dan melihat foto-foto untuk santapan entri pada kali ini.

"Setiap gambar ada sejuta cerita yang penuh bermakna. tapi saya pendekkan jea haha"

Tuesday, April 30, 2013

Termuncul Semula.

10 BULAN KEMUDIAN......


*10 bulan kemudian dekat atas ni tak boleh besar maksimum mungkin ke hmmm*






Assalamualaikum. tok tok tok tok tokkkkkk!!!! ada orang tak? anybody homeeee? HELLOOOOOO....
Fuh fuhh. habis bersemak sawang semua ada. YaALLAH. MasyaALLAH. nak tahu tak saya rasa apa sekarang ni? apa sindrom yang saya alami sekarang setelah membuka semula dunia blog ni? nak tahu tak? tak nak tahu tak apa aku cerita gak sebab ini blog aku. muahahaha *eksaitedpahhheksaited*

Sindrom 95379793 zillion punya keterujaan yang saya alami sekarang bila dapat update blog setelah sekian lamanya saya menghilang dan menyepi hmm. tolong faham, tolong saya mohon pada anda semua.

Kebenaran yang sebenar-benarnya, bukan saya tak nak update blog dan abaikan macam tu saja. saya terpaksa semuanya sebab terpaksa semata-mata. sebelum ni saya busy memanjang seperti sedia maklum saya dah sambung belajar kan dan sudah berada di semester dua pun justeru nak melangkah ke semester tiga. haa cepatkan masa berlalu? itu lah tempoh 10 bulan yang saya lalui sebelum ni. hari demi hari.

Hakikatnya, terlalu banyak benda yang saya nak ceritakan di sini tapi nak dibandingkan dengan kudrat daya ingatan kuasa kelajuan menaip per berpuluh ratusan ribuan patah perkataan yang saya mahu sumbatkan dalam ni, tak mampu nak melawan sindrom keterujaan yang saya alami sekarang. sedih dan hambar....

Saya rasa kena belajar balik bahasa melayu macam simpulan bahasa ke syair ke pantun ke sajak ke sastera ke. memandangkan susunan kata dalam entri ini sungguh kucar-kacir nauzubillahminzalik. Allah saja yang memahami sekarang.

Okay lah. cerita pomprang banyak mana pun sekarang ni bukan ada siapa nak baca *menangis*

Sampai sini dulu entri pertama saya per 10 bulan dari waktu sebelum ni. ada masa saya update lagi ya. nanti saya hapdet cerita hot hot cerita suam suam kuku cerita sejuk beku semua ada. tinggal nak sumbat kat dalam ni. tunggu masa je. sabar ya kalian.

"saya dalam keadaan cuti semester sekarang sebab tu macam yeayyy" ^_^y

Ini saya yang terkini. amboi terkini gitu. hahaha yelah betul, habis tu apa lagi kan.

Selamat malam. Assalamualaikum. Jaga diri wahai anda semua :')