Saturday, July 7, 2012

Teruja Diiringi Sedih.

Assalamualaikumwarahmatullah semua ^_^ 

Saya dah janji dengan diri sendiri nak update belog sang cinta hari ni. dah sebelas hari blog ni membusuk. sedih T_T kasihan blog ini dianaktirikan. ohh blog sang cintaku~ maafkan daku~

Walaupun blog saya ni tak berupdate. saya ada je dalam dunia blog. saya selalu blogwalking. saya pun nak tahu perkembangan rakan blogger saya. kalau tak mesti rindu teruk dekat dunia blogging ni.

Memandangkan dan berkemungkinan ini entri terakhir dari saya sebelum saya pergi berjuang. kahkah. maksud saya, esok pagi saya dah kena bertolak ke pulau pinang. daftar asrama politeknik seberang perai hari isnin 09 julai. daftar pengajian pelajar hari selasa 10 julai. jadi esok saya memang kena stay up dulu dekat penang sana. sekali nak tahu kawasan situ. nanti senang sikit kan.

Banyak benda yang saya kena uruskan sebelum ni termasuk beli barang keperluan. keperluan ke aisyah ? macam banyak je yang nak kena bawa pergi penang nanti. habis saya bedal semua bawa pergi penang. hahah. mak pun kata, macam nak pindah rumah pun ada.

kepada adik, nanti rindu nak peluk kau. rindu nak buli kau. rindu nak kongsi cerita dengan kau. rindu rebut barang dengan kau. rindu tidur sama dengan kau. rindu gaduh dengan kau. kau selalu dengar lepastu jadi doktor cinta aku kan? haha! tah pape je. terimakasih adikku.

Dekat sana nanti saya taktahu bila ada masa untuk update blog lagi. bila ada masa nak blogwalking lagi. mesti rindu dekat blog. mesti rindu punya nak blogwalking. rutin harian kot. arghhhh. apakan daya.

Harap awak semua, rakan blogger saya. tengok-tengokkan lah blog sang cinta saya ni ya? kalau ada apa-apa pesanan tinggalkan dekat ruang komen. InsyaAllah ada masa saya mesti terjah blog kalian semua.

Yang Sedihnya.... hm

Malam tadi, iaitu hari jumaat sewaktu dengan nisfu sya'aban. Nenek (mak belah ayah) saya pergi buat selamanya. nenek menghembuskan nafas yang terakhir malam tadi. saya sedih teramat sangat malam tadi :'( dah la nenek jauh, lepastu nenek pergi tinggalkan kami semua T_T sekarang, semuanya tinggal kenangan.

sayang nenek. gambar ni tinggal kenangan. Al-fatihah buat arwah nenek.

Jadi saya fikir. hari ni macam perantaraan. esok saya dah kena pergi penang. semalam pula nenek pergi buat selamanya :'( semangat ke saya nak pergi penang nanti ? ya Allah.

Dugaan yang datang memang tak kira waktu. bila-bila je boleh Allah turunkan. harap kita tabah hadapinya. amin.

Tak lama lagi nak puasa, rindu bulan puasa. nampak gaya saya kena merasa puasa dekat penang lah hehe. semoga kita dapat tingkatkan lagi amalan kita ^_^

Kenang saya dalam doa kalian semua ? hehe. aisyah ucapkan goodluck untuk kawan-kawan yang akan ke politeknik juga esok. sama-sama lah kita berusaha. chaiyok !

Ada masa saya akan update blog. pasti. saya ceritakan semuanya bila dah dekat sana nanti. doakan kejayaan saya di sana dan saya mendoakan untuk kalian semua juga. aminyarabbal alamin.

Yang bakal tersiksa jiwa kerana merindui dunia blog, nuraisyaah binti syahrial. lagi satu jangan pernah lupa saya. tau.....

Sekian, wassalam. terima kasih sudi baca ^_^