Thursday, May 31, 2012

Berjimba Bersama Kembar.

Assalamualaikum dan hai semua. update entri lagi saya hari ni. kemain aktif buka blog dan up satu demi satu entri sekarang ni. nak balas dendam sebab hampir 3 bulan yang lepas tak update belog sang cinta dahku. kui kui


Dahulu, ramai yang pernah berkata bahawa kami berdua ini kembar. muka nak sama je. satu kepala pula tu. tapi sekarang ni tak tahu still nampak sama ke tak muka kitorang berdua.


Dannnn. jeng jeng jeng. ini lah orangnya yang saya jumpa semalam. nama yang biasa dipanggil Nieyda Yusaini si boodak tembum si geboo. kah kah. ee kenapa bunyi macam wEmmPitZ ni haha. gurau tau gurau tau. peace nida comel :D


Serius, hampir 5 bulan kami tak berjumpa. terakhir kali pada bulan januari yang lepas. bila dah dapat jumpa semalam apa lagi. memang melepaskan hajat rindu yang membuak-buak ni (semangat ceritanya si mak jemah)


Let the pictures tells the story. amekaw. nak juga tu sepiking.


 "sama tak sama tak ? pleaseeee cakap sama. a'ah muka kitorang sama. tolonglah cakap sama" pasrah jela aisyah. jangan dipaksa-paksa T_T


Kalau nak tahu, Neiyda berumur 16 tahun. ya muda lagi. muda dua tahun dari saya. saya tahu saya dah tua. sedar. huwaaaa. hahaha


Macam mana kenal tu dari facebook. mengaku facebook memang baik terima kasih facebook. yelah tu jangan nak berterima kasih sangat kadang facebook suka menyerabutkan otak. apa ini macam.


kami tengah dating masa ni. jauh dari gerombolan manusia. jangan ganggu kami. forever. HAHA

Ada lagi seorang jejaka yang saya jumpa semalam. namanya Ajir Eidron. dia ni kawan Nieyda. sama-sama dari temerloh pahang. aok koi lah jawabnya kita bertiga semalam kan :D

haa ini lah jejakanya. jejaka tampan. eh ? hahaha


Nanti saya cerita lebih lanjut pasal Ajir.

dahku berselindung disebalik rambut Nieyda. aummm


cak cak cak. haruslah membantu makwe yang hampir terjatuh. aww rasa sweet lah macam ni haha


hai awok si Nieyda. awok cumey lah. nak ngurat buleh ? tak buleh dia ada buyprengg.


kesopanan dan kesusilaan.


Neiyda peluk saya saya peluk Neiyda. kihkihkih


soalan nak kena tampar diberi : cuba teka mana satu kaki & kasut saya dan mana satu kaki & kasut Nieyda.


lepastu kita main sembunyi-sembunyi kan Nieyda. hehehe XD


haha kenapa Nieyda kenapa Nieyda mesti tangkap gambar macam begini.


tiga kembar pulak dah jadi dia. boleh tak macam tu ? ahakzz


Macam masa mula-mula yang saya cakapkan tadi. yang tengah itu Ajir. nama sebenar tak diketahui haha sebab baru kali pertama jumpa semalam. sanggup dia dah balik ke temerloh pastu patah balik ke sini untuk berjimba sesama kami.

Ajir Eidron merupakan freelance photographer (ni nak mempromosikan ni, suka lah tu ajir haha). merangkap photographer untuk wedding/pengantin ,  photoshoot dan sebagainya. nak tahu lebih lanjut boleh hubungi beliau di twitternya atau di facebooknya .

 jari dua peace = keamanan untuk dunia dan juga kita semua.

kelakar dia ni hahah


Dah habis penat meroyan kat taman. pergi minum kejap dekat starbuck. hurrray. Ajir yang belanja :D terima kasih Ajir. nanti belanja lagi. haha. tak ada la gurau je ya.

stalk blackberry Ajir kejap. Nieyda kat sebelah kenapa termenung ?


bak kata dia sendiri "yeah afro paling comel" okay okay. haha


masa ni rasa nak tutup muka guna beg kertas pun ada sebab dah la pakai baju starbuck pastu pergi minum dekat starbuck juga. apa ini macam. kahkah


Alhamdulillah. dapat juga update blog. lega sangat. hihi

Okay, terima kasih sudi baca ya. wassalam ^_^

Tuesday, May 29, 2012

Keluar Melihat Kuala Lumpur.

serius. Ya Allah. saya segan sangat-sangat dengan entri semalam tu. macam tak percaya dengan diri sendiri. kah kah. kalian semua, jangan salah faham ya dengan entri semalam. entri tu untuk luahan kepada seseorang. itu sahaja. tak ada lebih tak ada kurang. hehe 

******

Assalamualaikum. hai aisyah di sini. kembali update blog. anda semua sihat ? kalau sihat bagus lah ya. saya sihat alhamdulillah ^_^

Gambar-gambar di bawah ingin saya publish buat entri kali ni. hari sabtu bersamaan 26/ 05/ 2012. saya dengan kawan baik saya Aina keluar melihat dunia. haha

dari kiri : Aina, Arina, Saya.

Sebenarnya, kami keluar nak berjumpa dengan Nur Arina Ariffudin *maaf kalau salah eja* dia junior sekolah kami dulu. dia tingkatan lima. dia comel sangat. pipi dia tembam betul. sangat bulat. geram dengan pipi dia. hehehe

betul. dorang dua sangat manis dan cantik ^_^

Aina dengan Rynn dapat belon pink tu. mereka dapat dekat depan Bank Maybank Bukit Bintang. orang tu nak bagi dekat saya juga tapi saya takmau. haha ala maluww itewww nuck bawa cambil jalan ke cana ke cini *merapu punya ejaan*

lihat lah kemesraan kami. jeng jeng jeng :D

tiga gadis. haha

nasib baik ada bodyguard dua orang ni. ngeh ngeh


Mereka dikenali sebagai Ajax & sebelah dia Shafiq Zain. shafiq sekolah sama dengan saya juga dulu.

 dah lama tak keluar sama-sama dengan aina :')

Ada dalam beberapa orang cakap yang muka kami berdua sama. apa kata kalian ? sama ke muka kitorang ??

pewit pewit. haha

 aina peluk saya saya peluk aina. tak salah kan ? kah kah

tengok lah saya guna phone apa. torchlight je yang mampu T.T

semangat je kitorang bercakap sampai rynn ambil gambar pun tak perasan :D


kesepian sampai duduk sorang sorang. kah kah

jalan-jalan cuci mata tengok baju kejap. hehe

bye bye. alaa dah nak balik masa ni.

Terima kasih Aina, Shafiq, Rynn, Ajax. sudi keluar sama-sama. seronok dapat jumpa korang hari sabtu lepas :)

Okay, sampai sini dulu ya saya habiskan entri untuk kali ni. ada masa saya update lagi.

Wassalam. terima kasih sudi baca & melihat ^_^

Wednesday, May 23, 2012

Motivasi Untuk Diri.

Setiap dugaan pasti datang dalam setiap hidup semua orang. tak kira siapa. tak kira darjat. pasti datang dugaan itu sebab Allah nak uji & lihat setabah mana hamba-Nya sanggup menghadapi sesuatu dugaan itu. terpulang pada diri & iman kita untuk melalui saat-saat sedih & duka.


Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah. saya dah okay sekarang ni. semakin hari semakin baik. walaupun pada mulanya agak susah untuk terima atas apa yang menimpa pada saya tempoh hari tapi saya kuatkan juga semangat dalam diri ni.


Saya terima seadanya atas semua dugaan yang menimpa. mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi. saya redha Ya Alllah.


Dan sekarang ni saya cuba untuk lalui hari demi hari macam biasa. cuba untuk kembalikan ceria & gembira yang selalu saya suka buat :D sepatutnya kita tak boleh berduka terlalu lama kalau tak Allah tengok seseorang hambanya itu sangat lemah untuk menjalani satu demi satu ujian yang Allah hantarkan.


Siapa lagi yang nak bagi sepenuh motivasi. siapa lagi yang nak bagi sokongan. siapa lagi yang nak pulihkan semangat kalau bukan dari dalam diri kita sendiri. betul tak awak sekalian ? :D


Yeaaaah. saya dah kembali senyum seperti biasa ^_^ dan haruslah kita sentiasa merendah diri dalam apa jua yang kita lakukan. itu satu cara yang terbaik supaya kita tidak alpa dengan apa yang kita ada. (saya nasihatkan untuk diri saya juga ni)


Kawan-kawan yang baca blog saya sekarang ni, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. seikhlasnya dari hati saya sebab sudi beri sokongan dan semangat pada saya :')


Mungkin untuk lupakan apa yang terjadi memang susah tapi yang paling penting kita kena usaha untuk teruskan hidup yang akan datang. tak kira sama ada dari sekarang, esok, lusa, tulat pelbagai lagi lah hari yang ada.


Satu benda je paling kita kena percaya, Allah mesti ada kat sebelah kita atau dimana kita berada.




Okay, wassalam. terima kasih sudi baca ya :D

Sunday, May 20, 2012

Kejadian Ragut yang Paling Tak Boleh Dilupakan :'(

Assalamualaikumwarahmatullah. sebelum tu, saya nak ucapkan. Innalillahiwailaihirajiun.. atas kejadian yang menimpa diri saya semalam.


Ya Allah, aku berdoa kepada engkau. memohon kepada engkau. apakah malang nasibku pada waktu maghrib semalam. saya diragut.... :'(


Semalam, saya melangkah keluar dari rumah dengan keadaan yang baik-baik hendaknya. saya keluar pergi mid valley untuk buat bayaran broadband u mobile yang pernah saya pakai dulu sekaligus nak cancel penggunaan broadband tu. sesampai je kat sana, saya cari-cari u mobile centre tapi tak ada. sebelum tu memang dah plan nak keluar jumpa kawan & beli bahan-bahan untuk form 6. rupanya memang tak ada centre dia dekat situ, paling dekat pun Times Square. hari dah lewat petang, memang tak lah saya nak pergi ke sana.


Okay saya call mak saya. mak kata cuba dulu bayar dekat kedai u mobile The Mines. orang kedai tu pun bagitahu benda yang sama. tak boleh buat pembayaran dekat situ kena terus pergi centre dia dekat Times Square. saya telefon mak sekali lagi sebab nak balik rumah. mak suruh tunggu dekat bustop atas yang berhampiran dengan rumah condominium heritage. waktu ni memang pelik, kenapa saya ikutkan saja untuk tunggu ayah datang ambil & duduk seorang diri kat bustop tu. kebiasaannya saya tunggu ayah betul-betul depan pintu keluar mines tu tapi semalam entah kenapa saya terlalu bodoh pergi tunggu dekat bustop atas tu :'( serius situ sunyi. waktu pun nak hampir maghrib.


Dah pukul 7 lebih, saya cuba misscall mak. saya kata dalam hati kenapa ayah sampai lambat ni. tengah saya duduk sorang-sorang dekat situ, ada dua orang lelaki naik motor patah balik melawan arus jalan. sebelum tu kan saya ada telefon mak mungkin dari situ peragut ni nampak saya tengah pegang telefon T.T kawan dia yang dekat belakang tu terus datang dekat saya lepastu tarik beg & handphone saya T.T saya merayu dekat dia "tolong tolong jangan ambil barang saya" sambil saya bergelut dengan dia. dia terus tolak muka saya, dia suruh kawan dia cepat-cepat gerak dari situ. saya kejar motor mereka tapi apakan daya memang tak sempat :'(( saya menggeletar dekat situ sorang-sorang. rasa macam mimpi.




Berapa minit lepas kejadian, baru ayah dengan mak sampai. saya terus lari datang kat kereta bagitahu mak ayah saya yang saya kena ragut. saya menangis dekat situ, serius saya sedih sangat-sangat waktu tu :'( saya ceritakan semuanya apa yang terjadi. orang dekat highway pun nampak kejadian yang berlaku. mak ayah terus bawa pergi balai polis untuk buat laporan. saya tak dapat tahan perasaan saya dekat situ, saya nangis tak henti-henti T.T


Demi Allah, macam mana saya boleh tak terfikir langsung nak duduk tunggu dekat bustop tu sorang diri, dengan dah nak dekat maghribnya. mungkin Allah dah merancang untuk turunkan dugaan pada saya :T.T dugaan demi dugaan yang saya terima. ya allah..


Saya rasa macam mimpi je semalam. sekelip mata barang-barang berharga saya semua hilang seperti yang disenarai dalam surat repot polis tu :'( sedih. niat saya ceritakan dekat sini bukan untuk minta simpati. tak langsung, tak sama sekali. harap awak semua tak salah faham apa yang saya sampaikan dalam entri kali ni tapi cuma mahu kongsikan pengalaman paling pahit yang saya sendiri alami sekarang. maafkan saya T.T kawan-kawan semua terkejut atas apa yang terjadi pada saya semalam :(


Tapi saya redha dengan semua dugaan yang Allah beri pada saya. mungkin saya alpa selama ni. saya hamba Allah yang kerdil & selalu lalai :'( saya tidak mencaci-maki dan beri sumpahan terhadap kedua orang penjenayah yang meragut saya semalam. sebaliknya saya berserah & bertawakkal pada Allah biar Allah saja yang menentukan semua ni & Allah saja yang mampu membalas perbuatan mereka. Amin..


Walaupun hari ni saya rasa dah okay sikit tapi masih ada rasa trauma. saya takut sangat :( saya masih tak boleh lupakan kejadian ragut semalam. bila nak tidur mesti teringat. bila termenung mesti teringat juga. makan pun tak ada selera langsung. Ya Allah bantulah hambamu ini.




















Kalau peragut tu ada apa-apa senjata tajam selagi saya dekat situ mungkin saya dah .... hmm. Saya masih bersyukur ada mak ayah & keluarga, kawan-kawan yang sudi bagi sokongan dekat saya. barang-barang tu semua tak penting, yang paling penting nyawa dikandung badan. nyawa takkan pernah ada dua kali. saya redha ya allah, saya terima dugaan ni :') mungkin ada hikmah atas semua kejadian yang berlaku.


Saya berdoa, semoga saya kuat & tabah hadapi cabaran yang mendatang. harap saya dapat lupakan semua ni walaupun agak susah. harap juga saya kembali ceria macam sebelum-sebelum ni. yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan buat kita semua.


Terima kasih sudi baca, wassalam..


  - Ikhlas dari nuraisyah -

Friday, May 18, 2012

Alhamdulillah. Semuanya Okay.

Assalamualaikum semua ^_^ semua apa khabar ? semua sihat ? kalau sihat semua baguslah. Alhamdulillah ya semua.


Kata hati dekat dalam ni, baru sembilan hari tak update dah mula rasa cuak kebebeh. acane ni ? aiyoo.


Minggu lepas, hari selasa saya dah daftar masuk form 6 kan. hari-hari berikutnya dah mula kena datang sekolah. sebab ada minggu orientasi. sampailah hari semalam, baru mula masuk kelas. Alhamdulillah, saya buat pilihan untuk ambil jurusan Perakaunan. berdasarkan minat yang tak boleh langsung ditapis ni, saya tetap juga untuk teruskan ambil subjek febret saya tu. tak boleh dinafikan, saya rasa macam nak gigit-gigit subjek akaun tu sebab dah febret sangat *apa yang saya cuba sampaikan ni ?* okay-okay kawal emosi.


Saya harap saya buat pilihan tepat. Amin. tapi.... *ada tapinya* dalam jurusan Perakaunan ada subjek Mathematics Management. subjek ni ada sikit-sikit sambungan daripada Addmaths masa sekolah dulu. serius. suka sangat kat addmath. tapi cikgu Mathematics Management saya tu cakap, sangat susah subjek ni. kental punya susah dia. lagi buat imanku tergugat T.T hari ni baru mula belajar. minggu depan cikgu nak buat test. habislah eden. kena lah buka balik & buat semula latihan-latihan addmaths yang dulu. huhuhu struggle struggle.


Okay, relax. tarik nafas hembus nafas. okay dah.


*****
Petang tadi, saya pergi jogging dengan adik dekat lake valley, bandar tun hussein onn. bersemangat & berjiwa kental ni nak kurus ramping macam Hanis Zalikha. hahaha tak tak, gurau bebeh.

amaran lembut : "jangan berani-berani kata gua dah berisi"

Bukan apa. niat di hati betul-betul nak bersenam petang tadi. dah lama sangat tak jogging. sedih betul. apa lagi, berlari lah saya dengan adik keliling lake valley tu macam orang tak siuman. kah kah. woi eden siuman lagi lah.


Kebetulan ayah cuti hari ni, saya ambil kesempatan sebaik mungkin untuk pergi lake valley. apa lagi, saya drift pergi bandar tun hussein onn dengan adik :D terbaik.

Okay sekian. tammat. haha. habis sampai sini je dulu. kang cerita panjang-panjang tak ada siapa yang nak baca. sedihhhh. haha.

Eh awak awak awak & awak semua yang sudi komen pada entri lepas , terima kasih berjuta lemon aisyah ucapkan sebab bagi semangat untuk saya teruskan belajar Form 6 :') saya hargai sangat-sangat. semoga Allah membalas jasa baik awak awak awak & awak semua. Aminyarabbalalamin. Alhamdulillah, setakat ni berjalan dengan lancar. semua okay, baik-baik jea. hehe

Terima kasih sudi baca awak semua. wassalam ^_^

Tuesday, May 8, 2012

Confirm Masuk Form 6.

Assalamualaikum. hai hai semua. selamat pagi. eh tengah hari dah ? semoga hari ini lebih indah dari semalam *tiba-tiba* haha


Tak mahu tak mahu dan tak mahu intro pepanjang. saya bagitahu secara langsung yang saya dah mendaftarkan diri untuk kemasukan tingkatang 6 bawah 2012/2013 tadi. keputusan saya muktamad. noktah. titik. habis cerita. eh belum lagi. kah kah


Sebenarnya, antara kakak kakak dua orang yang comel ini sudi memberi pendapat, saya terus terfikir sekejap. baik saya ambil yang baik-baik dulu atas apa yang kakak kakak dua orang comel ni ceritakan


kakak saddila yang berpengalaman menjadi pelajar form 6 memberi hujahnya, saya amati betul-betul
kakak adda yang juga berpengalaman menjadi form 6 memberi hujahnya juga. pasti. saya amati dalam-dalam. saya berfikir sekejap apa yang kakak dua orang comel ni bagitahu

Hari-hari saya fikir. nak ke mana lah saya lepas ni untuk sambung belajar. pengakhirnya, saya tak dapat pun upu. mula-mula macam sedih juga lah. tapi takkan saya cuma nak bergantung pada upu saja.

Saya duduk. saya fikir dulu. saya terus bincang dengan mak ayah pasal nak masuk ke tidak form 6 ni. Alhamdulillah, mak ayah sokong juga supaya saya masuk form 6. mula-mula tu saya tak berapa yakin, tapi kawan-kawan lain pun sokong supaya masuk form 6. syukur sangat-sangat ^_^

Semalam juga saya terus siap-siapkan segala benda dokumen penting. cehh dokumen bagai. haha. chill chill.

Dannnnn. pagi tadi saya bangun dengan semangatnya. kah kah! untuk pergi mendaftar dekat smk bandar tun hussein onn 2. ce try ce try tengok muka happy gua hahaha

ahh lantak buruk ke apa ke. tak edit langsung. yang penting gua happy setelah mendaftar diri untuk kemasukan tingkatan 6. hehehe

Kuang kuang :D masa ni dah balik pun. lepas dah habis semua ceramah, pengumuman, pemberitahuan, pemesanan *masalah ada ke pemesanan ?* merepek apa lah aisyah ni. haha

Bak kata akak form 6 senior waktu dia berucap dekat depan tadi, selamat datang kembali ke sekolah. agak sentap waktu mendengar pepatah ini. yelah yelah dah habis sekolah sambung sekolah balik semula lagi kan okay faham kami terima. okay yelah.  kah kah kah XD

  • Pakej 1 : Jurusan Sains
  • Pakej 2 : Jurusan Perakaunan
  • Pakej 3 : Jurusan Kemanusiaan 
Itu antara subjek-subjek yang ada dalam setiap jurusan. saya kan dapat kemanusiaan. saya ingat nak tukar kepada perakaunan. tapi akak senior cakap kalau ambil perakaunan susah gila. sangat susahnya. baik ambil kemanusiaan saja. hmm pening saya fikir. nak ambil yang mana satu ni ?? perakaunan atau teruskan saja dengan kemanusiaan.

Walaupun nanti form 6 agak susah, lebih baik saya teruskan usaha saya untuk yakinkan diri ni balik supaya tak mengalah macam tu je. saya kena kuat semangat. ayah pun pesan, lepas ni kena fokus belajar. kena betul-betul fokus. form 6 tak boleh bawa main-main. ini bukan macam zaman sekolah rendah atau cinta monyet waktu sekolah menengah dulu *ayat terakhir tambah sendiri* hehe

Alhamdulillah lagi sekali. buat masa ni saya masuk dulu form 6 daripada tak dapat masuk mana-mana kan. tak sangka rupanya ramai juga yang datang waktu daftar tadi. saya tengok macam woahhhh. saya jadi jakun kejap kat sekolah tu sebab baru pertama kali datang. nasib baik jelah tak sesat. haha. dan ramai juga kawan-kawan sekolah yang daftar masuk form 6. okay lah tu ada juga kawan yang kenal :D

jangan salahkan saya tapi salahkan mata itu sebab terkenyit tanpa sengajanya. haha serius. masa ni panas terik jadi mata saya akan mengecil. memang macam tu. kejadian Allah. ayah kat sebelah control macho. kah kah. *yahhh kabe okok tu yahhh. kabe yahhhh*

Sampai sini dulu saya update. nanti ada cerita terbaru lagi, insyaallah saya terus update entri baru tau tau ^_^

Okay jaga diri semua, wassalam. semoga hari ini lebih indah dari hari semalam.

haha

Tuesday, May 1, 2012

Saya Menghilang Hampir 3 Bulan.

Ehem, ada orang ke tak ada ni ?

Rasa macam tak ada jea :O

Eh siapa kata tak ada, ada lah


Laa, tak ada pun. yelah orang tu kan dah lupa belog dia. macam tu je dia senyap menghilang..


Padan muka dia ni. tak ada siapa ingat dia lagi.

Haha, okay okay. Assalamualaikumwarahmatullah semua, aisyah dah kembali ^_^ saya tahu hampir tiga bulan tak update blog. sangat lama ya bagi saya, sangat lama.. mesti nak tahu, apa lah terjadi kat saya selama 3 bulan tak buka blog.

Saya nak cerita dari A - Z. mungkin isi cerita untuk post kali ni terlalu panjang. harap bersedia dan baca lah sampai muntah hijau. haha gurau gurau XD

Terakhir kali saya buka, update blog pada 4 Februari 2012 yang lalu. sejak dari hari tu saya terus dah tak buka blog lagi. Alhamdulillah, pada hari jumaat 10 Februari 2012 saya lulus ujian JPJ. sekarang saya dah ada lesen kereta. sila lihat figura di bawah

hurray ! besar gedabak you i letak =D

Tapi kan, sampai sekarang saya belum ada keyakinan lagi untuk bawa kereta kat highway :( jealous tengok kawan-kawan lain semua dah berani. saya ? harap ada lesen tapi takut-takut lagi nak cuba bawa dekat highway. apedaa haha. tak apa, InsyaAllah nanti minta ayah temankan ;D

Hari jumaat saya dah lulus ujian JPJ, esoknya hari sabtu saya terus mula kerja. selama hampir 3 bulan saya tak update ni lah saya sibuk dengan dunia kerja. itu lah sebabnya saya tak ada masa langsung nak update blog. hari-hari kerja. cuti pun macam tak rasa cuti. saya kerja kedai beg sebelum ni, tapi saya jaga dekat fair. siapa yang tahu tu, faham lah :D

Bermula dari 11 Februari 2012 tu saya kerja sampai lah ke hari terakhir 29 April 2012 kelmarin. saya kerja situ full time. 12 jam setiap hari, masuk pukul 10 pagi sampai 10 malam. cuti macam biasa lah, cuma satu hari dalam satu minggu. tempat kerja saya tu tak ada rehat. makan pun tak menentu. kalau nak makan macam nasi atau makanan yang berat-berat kena bawa pergi makan kat kedai beg tu. gila letih setiap hari nak kena macam tu. ulang-alik dari fair tempat saya jaga. sebab tu biasanya saya makan dulu siap-siap dari rumah. 

Orang tengok tempat saya kerja tu macam senang, bila ada customer tinggal nak serve. tak ada customer boleh duduk. padahal siapa yg pernah kerja situ saja yg faham macam mana keadaan dia. redha jelah. saya tak berniat nak memburuk-burukkan serius, tak ada niat langsung tapi itu lah yang saya rasa.

Selama saya kerja dekat situ, memang life saya dekat tempat kerja tu je lah. bangun pagi pergi kerja, tinggal sorang-sorang. semuanya dah pergi kerja, adik-adik dah pergi sekolah. balik kerja pula waktu malam, semuanya dah tidur. rasa bila balik rumah tu macam cuma tumpang tidur jea. haha macam tu jelah setiap hari.

Pengalaman kerja situ memang best :D bos dia pun okay-okay lah *yawn* dan sekarang, mak suruh saya rehat-rehat dulu dekat rumah. sebab minggu terakhir saya kerja kat situ tak ada cuti. so direct je satu minggu terakhir tu saya kerja. serius macam .... haha faham-faham sendiri. akhirnya, saya menganggur sekarang ni.

Sementara nak tunggu keputusan UPU keluar, saya nak tunggu dulu dapat ke tidak tawaran kemasukan Politeknik. saya nak sangat masuk Politeknik. harap-harap dapatlah ya. Amin. kalau tak dapat juga, mungkin saya masuk kolej. mak tetap juga suruh saya sambung belajar tak kira kat mana pun.

Saya dapat tawaran masuk Form 6 juga, jurusan KEMANUSIAAN. mula-mula saya kurang pasti dengan nama jurusan itu. haha sila lihat di bawah


Saya tak pergi pun Form 6. bak kata kak zuraidah, jangan masuk form 6 kalau tak kuat semangat. serius, form 6 susah. dia ada pengalaman sebab kawan-kawan dia ramai yang failed. kak zuraidah alhamdulillah, dia lulus Form 6. Tahniah buat akak tau ! :D

Awak semua mesti nak tahu, keputusan SPM saya pada 21 Mac hari tu. hmm. nanti-nanti jela saya bagitahu ya XD apa pun syukur alhamdulillah, semuanya lulus.

Masa 23 Februari 2012, saya dengan kawan-kawan ada pergi Genting Highland. pergi cuma satu hari. bertolak pagi, balik malam. serius best tak terhingga !






Abang ni yang tolong kitorang dapat main All Park dekat Genting masa tu. bayang kan, main semua permainan dekat dalam tu cuma RM33 seorang. darab kan lah dengan empat. haha. kami pergi berempat. macam mana nak tahu kitorang boleh dapat murah ? itu rahsia. kah kah!















Rindu pengalaman pergi Genting. ada masa nanti, Insyaallah pergi lagi. 

Lepas ni kalau saya dapat tawaran sambung belajar, saya harap betul-betul nak fokus belajar dulu. hal lain tu saya ketepikan dulu buat sementara. dah habis belajar nanti, nak sambung degree ke apa ke. nak kahwin pun boleh masa tu nanti. *mukaserius.jpg* hahaha. saya tak kisah pun kalau forever alone. eh memang tak kisah lah semua benda tu. pergi main jauh-jauh sana. kahkah

Saya harap, saya dapat sambung belajar. itu saja. itu yang saya harapkan sangat lepas ni.

Baru saya tahu apa itu perasaan lega setelah sekian lamanya berbulan-bulan tak update belog. haha.

Panjang en panjang en. padan muka. tu lah. lama sangat tak post cerita baru. dah bersawang-sawang dalam blog ni. cerita terbaru kawan-kawan dekat dalam blog ni pun saya dah tak tahu. sedih :( nanti saya nak terjah semua blog awak, tunggu lah ! :D

Okay lah, post kali ni saya habiskan dulu sampai sini ya. saya harap awak semua sihat-sihat. harap kita boleh eratkan silaturrahim di laman twitter atau facebook. hehe

Assalamualaikum, bye bye. take care semua ^_^