Saturday, February 4, 2012

Tak Tahu Nak Bubuh Tajuk Apa Ni.

Assalamualaium. Hai. Hello. Annyeong Haseyo. Vanekkam. banyak betul, apa lagi ucapan yang ada? keh keh.


Fuyohh. satu minggu saya tinggalkan blog ni tak ber-update. sadis. macam dalam entri lepas yang saya sebutkan, ya internet saya lembab sangat. waktu tu memang sedih sebab tak dapat nak blogwalking blog awak semua. sekarang dah okay, boleh blogwalking macam biasa. hurray! tepuk tangan. haha


Okay lah. nak cerita sikit apa jea perkembangan saya selama satu minggu ni. Alhamdulillah, saya dah menjalani kelas lesen kereta. sekarang ni tengah buat untuk lesen P, semoga berjaya kepada saya nanti waktu amik test dengan JPJ.


Hari khamis 2 Februari yang lepas, saya kena test QTI (Quality Test Individual) betul kea ni saya sebut ?? masa tu kena test dengan pakcik yang pakai baju hijau tu. test QTI ni kena bawa kereta Viva. pewit. serius cool masa bawa kereta Viva ni. lembut je gear dia. haha *teruja kata engko*


Saya amik kelas 16 jam. masa kelas yang ke 8 jam tu, pakcik haji yang mengajar saya tu pressure habis kat saya. pehh. sebab saya masih belum pass untuk parking lagi. saya tak hafal kiraan stereng dengan kedudukan kereta masa tu. time balik rasa nak menangis je sebab kena marah dengan pakcik tu. kah kah. sebelum balik, pakcik suruh saya fotostat kertas ni.


macam mana nak belajar cara parking dengan betul.


Waktu kelas belajar memandu yang pertama sampai ketiga, pakcik tu boleh bersabar lagi dengan saya. dia tunjuk betul-betul macam mana nak parking. sampai je kelas keempat (kelas yg ke 8 jam) , pakcik terus sound saya. mungkin dia dah hangin sangat sebab orang lembab macam saya ni masih tak reti-reti lagi nak parking. hahaha aku pedulik hape weh.

Disebabkan jiwa saya kental saya tak jadi menangis.

Lama-lama saya dapat tingkatkan juga kemahiran parking. Alhamdulillah. barulah pakcik tu nak angkat tangan buat jari good dekat saya. sebelum-sebelum ni takmau pula dia. sebak betul. apa pun, pakcik memang terbaiklah sepanjang mengajar saya, well done pakcik! :D

Saya tengah dup dap dup dap sekarang. Jumaat 10 Februari ni, saya kena test JPJ. Ya Allah Ya Allah, bantu lah hamba mu yang lemah ni T_T semoga lulus nanti. Amin..

Awak semua, doakan saya lulus ya untuk test JPJ hari jumaat ni. serius seram saya cakap, mana tahu dapat abang atau kakak JPJ yang garang ke. cuak kebebeh saya nanti. harap tak ada apa-apa.

Sampai sini jea lah dulu. eh ni entri pertama dari belog saya untuk bulan Februari kan? adoi lah. dah hari keempat baru nak update. apa ni apa ni Aisyah.


Tumpang lalu. saya nak senyum dulu boleh ? okay peace!

Okay lah, wassalam. selamat hari sabtu ^_^