Friday, January 27, 2012

Entri Tergesa-Gesa.

Assalamualaikum semua. para hadirin hadirat yang sudi menerjah blog saya ni. saya nak ucap terima kasih sangat-sangat sebab sudi luangkan masa untuk buka belog yang tak seberapa ni.


Saya nak kata sesuatu ni. saya.... tengah sedih. sebab... *baca dengan intonasi sedih* internet saya lembab macam siput. saya nak blogwalking pun susah. sedangkan nak baca satu belog jea pun kena tunggu 5 minit untuk loading apakan lagi nak baca blog awak semua T_T


Serius. dah dua hari macam ni. mentang-mentang saya bahagia dapat wish birthday dari awak semua tapi broadband ni sengaja nak rosakkan kebahagiaan saya. dia iri hati. sebab tu saya tak dapat nak singgah balik blog-blog yang dah singgah blog saya ni.


Nampaknya saya kena tunggu line internet laju macam selalu. yang buat hati saya berbunga-bunga untuk blogwalking macam sebelum-sebelum ni. tolong maafkan saya ya.


Kepada sesiapa yang dah follow blog aisyah, terima kasih sangat-sangat saya ucapkan. nanti tinggalkan pesan dekat chatbox ya? InsyaALLAH, saya mesti. pasti akan terjah balik blog-blog awak semua!


Okay lah. saya nak log out dulu. nak layan kesedihan yang dok bertapa dalam jiwa ni. sobs sobs!


Bye bye, assalamualaikum sekali lagi.

Saturday, January 21, 2012

Ice Skating Luncur Ais Luncur Ais Ice Skating ?

Maka, tamat lah entri yang berpart- part sebelum ni. kah kah kah kejam sungguh patik kerna melampaui batas membuat part demi part untuk entri bergambar sebelum ni. tak apa la, bukan selalu kan. jika musykil dengan pendahuluan ini, sila rujuk kepada entri blog sang cinta saya yang sebelum ini.


Assalamualaikumwarahmatullah semua, Anyeong Haseyo! :D


Pernah ingat tak, ada antara satu entri saya. saya menyatakan bahawa saya nakkkkkk sangat main ice skating. ice skating luncur ais. luncur ais ice skating ? deyy, sama jelah tu. *google translate* itu antara hasrat saya yang saya nak sangat lakukan bila dah habis SPM pada bulan disember yang lalu.


Akhirnya, berjaya juga saya mencapai hasrat bermain luncur ais. iaitu pada


TARIKH : 9 JANUARI 2012.
TEMPAT : SUNWAY PYRAMID.

Saya dah kepam terlalu lama potret-potret di bawah semua ni. kasihan potret-potret ni. berilah mereka peluang untuk membahagiakan perasaan tuan belog yang punya teruja eksaitednya pertama kali dalam hidup baru kini dapat main luncur ais hoyeah !

Saya bukan nak pergi Pelabuhan Klang tapi nak main ice skating! *eksaited tahap bedebah lagi* eh silap, maksud saya stesen yang kami turun di Ktm Subang.

Makwe baju biru, Fyfa Rashid. makwe baju pink, Adila. saya mana? saya tukang amik gambar ni lah, masa ni kitorang kat kl sentral. kitorang naik ktm dari Serdang then turun kat KL Sentral lepas tu tukar aliran Ktm untuk ke Ktm Subang.

Lihatlah dunia, betapa gembiranya air muka saya dan fyfa sebelum main ice skating. hahaha ya allah, serius saya cakap ni memang rasa teruja sangat nak main luncur ais. dari ktm Subang kami merempit naik bas mini untuk sampai ke Sunway Pyramid. terbaik.

Saya dengan Adila. hurray dapat juga jejak sini. memang saya macam jakun sikit kali ni, al-maklum jarang-jarang nak pergi sunway pyramid. jauh sangat dari rumah.

Cuba tengok seluar saya di bahagian lutut basah teruk sebab jatuh tiga kali. gedebuk sikit kat atas ais tu, tertonggeng saya ke depan. haha! yang adila pula asyik terjatuh terduduk, saya boleh bayangkan macam mana rasa sakitnya punggung itu. hmm

saya berdiri dengan gagah perkasa satu

saya berdiri dengan gagah perkasa dua

saya berdiri dengan gagah perkasa tiga dan..

saya terpejam mata tersipu malu. auwwchak! hahaha tak ada lah gurau jea XD

Sebenarnya masa tu saya, fyfa dengan dila keluar nak pergi beli nombor unik id untuk apply upu, tanpa dirancang tiba-tiba akal saya terdetik nak pergi main ice skating. saya cuba lah ajak dorang, dorang pun bagi respon green light, lepas tu apa lagi. teruslah pergi. hehehe

Fyfa yang paling kelakar. dia tak main sangat sebab takut-takut. sebab tu dia tak ada jatuh langsung. nasib baik lah ada kawan baru ni ajar dia cuba-cuba main. siapa dia? tunggu gambar yang di bawah ni. pewit.

Memperkenalkan boypren baru fyfa, jeng jeng jeng! haha mana ada lah. acah je. nama dia Navin. dia bukan hindustan bukan abangla bukan bollywood. tapi dia campuran hindu dengan sikh kalau tak silap.

Taraa ! yang sebelah dila tu nama dia Ilango yang sebelah saya tu Navin. ini lah kawan baru kami masa cuba-cuba main ice skating tu. tetiba je tegur kan kitorang pun okay jela. kawan biar beribu ^_^

Masa ni dah habis main pun, tiba waktu untuk balik.

Keluarlah engkau wahai kasut yang masam. punya payah nak buka masa ni.

Dengan kuasa muka berminyak serta penat lelah saya cuba gagahkan diri untuk main ice skating, saya masih tak berpuas hati rasa nak main lagi ! hahaha tapi apakan daya, rumah pun dah panggil-panggil kami untuk balik. ada masa nanti kita main luncur ais lagi ya.

Tiga hari lepas main ice skating tu, lutut saya lebam teruk. kedua-dua belah lutut saya lebam. itu pun mak saya yang perasan, bila saya tengok lutut sendiri terkejut gila. saya boleh tak perasan lutut saya jadi macam tu, haha tak ada deria rasa langsung sebab memang tak terasa sangat. lepas tu terus bubuh ubat. takpa, pengalaman mengajar saya. apa pun saya happy sangat masa tu :D

Sekian kegembiraan tuan belog sang cinta, Aisyah. hehe wassalam~

Tuesday, January 10, 2012

Saya Dah Muncul Semula Yeppi (Entri Holiday)

I'm coming home coming home. runsing fikiran saya runsing. yang amat. jelaslah terlampau banyak kenangan dan pengalaman selama ketiadaan saya di sini. bercuti selama dua minggu di indonesia. sekali dengan balik kampung. pakej gitu.


Urat saraf yang menjalar dalam kandungan otak ni dah mengkucar-kacir untuk mengalirkan daya jari-jemari supaya bersemangat update blog.


Assalamualaikum, pembuka kata di awal tahun 2012 setelah kesekian lamanya saya tak update entri baru buat blog sang cinta ini. haha hello hello semua! oh sebelum tu, SELAMAT TAHUN BARU 2012. masih belum terlambat untuk saya ucapkan. hehe


Mari sini saya nak sampaikan cerita pengalaman bercuti. cehcehh bercuti gitu you. ingat lagi kan, entri sebelum ni ianya terakhir buat tahun 2011.


Dan sekarang, entri kali ini saya persembahkan. ehem. entri pertama. PERTAMA buat tahun 2012 saya! saya jamu gambar-gambar dan penerangannya saja lah ya. pasti, kalian mesti gemar gambar kan :D


dari kiri saya, sepupu saya, dan sepupu saya lagi. sesampai jea di padang terus kena pergi makan. serius. makanan kat sini memang sedap. lagi satu saya cuba pakai tudung silang macam tu. saya rasa macam hahaha sangat.


sepupu saya yang di tengah tu namanya fitri rahma yanti tapi kebiasaan panggil nama dia ipit. paling hujung tu kakak sepupu, nama dia lydia. memang panggil dia kak lydia atau kak ya. dia kerja di batam sekarang ni, jadi masa saya datang sana tu dia tengah dapat cuti.

LAMUN OMBAK tempat makan kami. dah kenyang, selesai makan. saya menginap di rumah kak lydia. dia anak kakak kepada mak saya yang ketiga yang kami panggil mak ngah.

Cuma satu malam saja stay di padang. esoknya terus terbang lagi ke medan. terbang dan terbang, 50 minit dah sampai di medan. memey ah kena naik flight dari padang ke medan, kalau naik bas mahu satu hari satu malam baru sampai medan. kakak kepada mak saya jugak tapi yang keempat, datang jemput saya dengan ipit di airport medan.

ini rumah bunde saya yang di binjai, medan. selama saya dengan para sepupu dekat medan, rumah bunde ni lah tempat kitorang menginap. hehe

dari kiri, ibu kepada sepupu saya ipit tadi. kitorang panggil dia makwo sebab dia kakak kepada mak saya yang paling sulung. yang tengah tu pula kak irma, kakak sepupu saya juga. dia anak kepada bunde. nah yang paling kanan tulah bunde saya yang duduk di medan. bunde ni kakak mak saya yang keempat. ramai kan adik-beradik mak saya? kahkah

nama dia dicky berumur 22 tahun mungkin. abang dicky adik kepada kak lydia yang tinggal di padang. dia berjiwa muda macam saya dengan ipit. haha

dan.. *drum roll* saya pun nak cuba getik-getik naik motor ni jugak. tenenene. serius gua cakap kan, motor ni super cool memang nampak macam motor scooter zaman dolu-dolu tu. kan best kalau motor ni ada kat malaysia.

Sekian. tamat entri buat hari ini. nanti saya update cerita seterusnya ya. tunggu tau darling. tunggu.

p/s : gambar terlampau banyak sampai nak gugur rambut tak tahu nak upload yang mana satu.
p/ss : saya dah siap-siap kan gambaran untuk entri seterusnya dan seterusnya.
p/sss : saya minta diberi masa untuk selesaikan tugasan update blog sang cinta ni serta segala gambar buat masa ini.
p/ssss : dah selesai aman semuanya saya terus terjah blog awak semua ya! haha wassalam.