Monday, June 25, 2012

Zaman Kanak-Kanak yg Happening.

Assalamualaikumwarahmatullah ^_^

"Sebelum tu. saya nak sarankan bahawa entri kali ni cuma kepada anda yang gigih membaca sampai habis. bukan klik scroll dekat tepi tu sampai habis. hehe sekian"



Bertemu lagi kita setelah dalam tempoh sepuluh hari langsung saya tak update belog sang cinta ni. okay okay kali ni saya up entri.

Sebenarnya, saya belum bertolak lagi ke Penang. lambat lagi, ada dalam lebih kurang campur tolak darab tambah bahagi. hmm 12 hari bermula esok. kih kih. pendaftaran politeknik bulan julai depan. okay dah bukan itu yang saya nak cerita :D

Jadi kita santai dulu dengan entri ini. tetiba tetiba dan tetiba jadi rindu dengan zaman gemilang masa kecik-kecik dulu. kecik-kecik ok kecik-kecik haha serius rindu. mentang dah nak pergi jauh en en. baru nak terkenang en en en.

Maka, bermulanya al-kisah si nuraisyaah binti syahrial ketika dahulu kala. takda dahulu kala sangat. haha

masa gua masih bayi bersama mak gua. lalu dibaringkan atas meja dan terhasil lah effect pantulan muka gua. guagua. masuk gua batu caves sana. haha

maaf maaf. tu cuma gurau-gurau jea. jangan ambil serius :-D

kecik kecik pun dah pandai berinteraksi dengan kamera. aiyoo. gedempol juga saya masa ni hahah

  • Ulat Bulu berbulu bulu.
saya ingat lagi. masa tu dalam umur 3/4 tahun. saya ada nampak ulat bulu mati. warna dia hijau. disebabkan warna hijau nya tu attract perhatian mata saya, saya ambil lepastu goreng goreng dalam pasir dekat depan rumah. saya gaul ulat bulu tu dengan pasir. kira macam main masak masak ah haha. kesudahannya, malam tu terus badan saya gatal-gatal. habis satu badan ada bintik gatal-gatal pastu mak kasi mandi lalu menangislah saya tak berlagu. gila teruk gatal dia tak terhingga. nightmare betul masa tu.

  • Jari tangan tersepit.
tak ingat masa ni umur berapa. mungkin dalam 4/5 tahun macam tu. dulu dekat rumah lama ada satu kerusi besi yang jenis boleh lipat. tengah bosan, saya duduk dekat kerusi tu. sampai satu tahap saya masukkan jari dekat lubang pemegang tangan. lepastu saya ke adik saya, main-main dengan kerusi tu. kitorang gerak-gerakkan pemegang tempat letak tangan kerusi tu dan jari saya tersepit. lepastu kulit jari saya terkoyak, kalau boleh nak terputus dah. pehhh sampai sekarang ada lagi bekas garis parut dekat jari telunjuk kiri ni. melalak saya satu rumah. kui kui. nakal betul !

tu dia kerusi besi yang saya maksudkan tadi, di kiri gambar. style jugak masa ni main beskal ada dua roda belakang. kah kah muka eksaited dapat beskal baghu.

waktu tadika. hehehe
  • Main kahwin kahwin.
masa ni main kahwin-kahwin dekat depan rumah. saya kena kahwin dengan kawan saya juga, budak perempuan. yang pengapit kipaskan kami guna penyapu. lepastu ambil lah segala bekas mangkuk periuk mak punya untuk dibuat kompang. hidung berhingus pun tak reti nak lap lagi dah mengada nak main kahwin-kahwin. hahaha

paling kanan gambar tu saya. kan sopan ni pakai baju kurung. haha
  • Pistol kayu.
tak silap waktu ni tengah popular main pistol kayu. sepatutnya ni permainan budak-budak lelaki tapi saya dengan adik main bedal jugak dan gigih buat pistol kayu sendiri. peluru dia kami guna biji buah yang dekat pokok apa entah. tak ingat. bila teringat balik, ganas juga saya waktu kecik dulu. meraban ikut permainan budak lelaki. kah kah. tapi jangan awak semua fikir saya ni terrorist. jangan jangan XD

  • Panjat lori babu.
lori babu ? haha. lori babu yang saya maksudkan disini ialah lori yang datang rumah ke rumah waktu malam. yang ada jual roti, cekedis, cokelat, air tin, gula-gula. macam-macam lagi. target je pukul 10 malam, mesti dah ready dekat depan rumah untuk beli jajan dekat lori babu tu. ada satu malam tu, lori babu belum sempat berhenti & matikan enjin lagi. saya dah pecut dulu & panjat dekat belakang lori tu. mak dengan jiran terkejut tengok saya masa tu. nasib baik lah masa tu lori babu tak jalan laju. HAHA. mak aihh dahsyat betul aisyah ni masa ni kecik.

waktu ni ada majlis harijadi adik saya yang ketiga dekat belakang tu :D

kan dah kata. saya berkomplot dengan budak lelaki je masa ni. hahah

masa kecik saya sexayyy. haha. sebelah tu adik saya.

percayalah yang ini memang betul-betul gua. hahaha apa ni apa ni. eksaited nak ambil mainan dalam beg kertas tu.

sebelah tu saudara saya. tembam betul. haha
  • Baling-baling selipar.
waktu ni rasanya masa sekolah rendah. tengah seronok-seronok lari supaya tak terkena dengan balingan selipar tu, saya terjatuh. habis muka saya tersembam dekat atas simen tu sampai dagu saya luka kena batu tajam-tajam tepi longkang. apa lagi, melalak juga lah jawabnya dekat situ. semua orang terkejut tengok saya terjatuh, nasib baik ada jiran tolong angkatkan saya bawa balik rumah. kan dah kata masa kecik saya memang lasak betul.


  • Main lompat getah.
saya, adik dengan kawan-kawan main lompat getah. saya pun dah tak ingat apa nama game ni. aduy aisyah kenapalah kau lupa. maklumlah permainan orang dulu-dulu. zaman 90-an lah katakan haha. masa main ni kitorang ikatkan getah tu dekat besi tingkap antara rumah-rumah. masa ni duduk dekat rumah flat batu 10 cheras. (tolonglah faham & bayangkan apa yang saya cuba ceritakan ni haha). masa turn saya nak lompat, ada pakcik india tu lalu dekat tepi. dia pergi angkat tali getah tu sampai buat saya tersadung & terbang macam superman dekat situ. terus dada ni tak boleh nak bernafas. adik pun cuak je tengok saya masa tu. tak lama lepastu nasib baik dah okay. fuhhhh lemah jantung. rasa bengang pun ada masa ni tengok pakcik india tu, boleh lagi jalan buat muka tak bersalah. deyyyy. kahkah

  • Main tarzan tarzan.
main dengan adik & kawan-kawan. masa ni ada pokok dekat belakang rumah, kami panjat dekat ranting tu sambil jerit-jerit buat suara tarzan. hahaha gila oldschool masa ni. saya percaya, awak semua pun mesti pernah buat macam ni waktu kecik dulu ? haha

  • Peminat misteri.
masa ni darjah 2. selalu ada budak darjah 3 ni ikut ke mana saya pergi. selalu je intai intai dekat luar tingkap kelas. pernah dia tinggalkan (hadiahkan) pensil shaker dekat atas meja. saya tak suka kat dia. saya lagi takut adalah bila dia suka buat gangguan macamtu. sampai satu tahap saya dah tak boleh tahan, saya menangis dalam kelas. semua kawan dalam kelas tengok. malu betul rasanya. sebab tu je pun mengada nak nangis. haha

ni masa darjah 3. aduh skemanya muka. hahah

  • Masuk longkang.
kejadian masa darjah 3. waktu tengah hari nak pergi sekolah kebangsaan, saya dengan adik jalan untuk tunggu van sekolah datang ambil. masa tengah jalan berhampiran longkang tepi taman, dengan matahari terpacak atas kepala. saya rasa macam nak pitam. saya pengsan terus terjatuh masuk dalam longkang tu. saya tak sedarkan diri sampailah adik jerit jerit panggil saya, baru saya sedar. saya terbaring dalam longkang tu. hahaha. syukur alhamdulillah, saya tak apa apa. baju pun tak basah & tak kotor langsung. nasib baik longkang tu kering. tapi memang pelik, rasa macam mimpi. mungkin tak makan tengah hari waktu tu. apalah aisyah ni.

  • Surat cinta palsu.
masa darjah 3 juga, saya dengan kawan sebelah bersekongkol buat surat cinta palsu untuk sorang budak lelaki dalam kelas saya tu. kira macam nak kenakan budak tu la hahah. tengah saya tulis tulis, tiba-tiba cikgu muncul dekat tepi tingkap. dia hulurkan tangan minta surat tu dari saya. habis terkantoi, cikgu pergi baca dekat depan kelas. malu saya tulah padan muka siapa suruh jahat sangat. hahaha. saya ingat lagi nama cikgu kelas saya tu, cikgu Zainal Abidin. cikgu, cikgu sentiasa dalam ingatan saya cikgu.

  • Masuk nasyid.
cecah je umur 12 tahun, baru rasa matang & dah besar sikit. sikit je hehe. waktu ni dekat sekolah agama, saya masuk pertandingan nasyid. saya jadi pemain tamborin. serius kitorang dapat main sampai peringkat daerah. kalau tak sikit je lagi nak ke peringkat negeri. tapi tak ada rezeki, sampai daerah pun okay lah tu ^_^ lepas ni sesiapa boleh la ajak saya join kumpulan nasyid. haha

ini lah satu-satunya patung power rangers yang kami ada waktu kecik dulu. serius gambar ni memang epic.

Kisah suka duka zaman kanak-kanak. memori daun pisang. dan pengalaman yang telah saya lalui selama 18 tahun di muka bumi ni. sedikit sebanyak saya kongsikan di sini untuk tatapan anak cucu cicit di masa depan kelak. kah kah tak ada la gurau jea.

Sharing is caring kan :D

Semua yang saya ceritakan dalam entri kali ni berdasarkan kisah benar. tak ada kompromi. kalau tak percaya juga boleh tanya mak ayah saya. adik saya. kawan-kawan & jiran-jiran rumah lama saya. kawan-kawan sekolah rendah saya. mihmihmih~

Lagi satu minta maaf sangat sebab tak susun gambar dengan betul. malas nak edit balik hahah. saya cuma kongsikan apa yang saya rasa untuk lebih kenal lagi & takkan pernah lupa kenangan di zaman kanak-kanak kita.

dan kini, saya yang berumur 18 tahun. hehe peace.

Anda pula bagaimana? kongsikan lah juga ^_^ sekian, wassalam.

Terima kasih sudi baca~

56 comments:

Afika Syafrizon said...

haha , gila cute ecah time kecik :O geram fika tahu .

syakey said...

kiut sgt masa kecik! clumsy sgt aihh masa kecik2 :D

suka yg gmba dgn adik, pakai skirt mcm nak srupa tu. comelss!! kecik molek aje haaa. muka tak brubah smpai skrg :P

Syahirah Suhaili said...

wah..sronok baca pengalaman masa kecik :D

Shahrul94 said...

wahhh serius same muke ko time kecik tau mcm skrg ni. hehe. wahh meriah jugak aktiviti ko time kecik2, kalo aq ade zmn tu mesti aq dpt menikmati suasana kat area bt9 kan :D

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Dari kecik memang comel..patutlah ada peminat misteri.. :)
skrg lagi cute...^^

Bestnye masih banyak simpan gambar lama..akak ada brp keping jer gmbr kecik2 dulu..selalu berpindah...tak ingat dah letak kat mana...

Terlalu indahkan zaman kanak kanak..~

Nur Aischa said...

@afika syafrizon hahah kelakar ada la fika :D ok ok chill ya fika. hehe

@syakey hahaha tula, mmg kabut jea masa kecik :D skrg pun mcm tu juga. hehe :D a'ah baju kami sama, hee. still sama ya kak?? haha

@syahirah suhaili haha terima kasih ya sudi baca :D mmg pengalaman kanak2 yg tak boleh dilupakan ^_^

@shahrul94 wahh sama lagi ya, haha. boleh la tp tu pun kira lasak juga. hehe :D betul tu betul. hee

@lily @ mummyqistina haha tak juga mummyqis :D kelakar jea masa kecik2 dulu.. a'ah masih simpan ^_^ utk dijadikan kenangan. hehe~ ohh yekea, takpa2. yg penting masih ingat dlm ingatan :D betul tu, mmg indah~

L said...

dari kecil smpai besar comel.. alhamdulillah.. =D

Mizz ErMa said...

comelnye aischa..hehe untunglah ada lagi gmbar yg lama2..sy pny da hilang entah ke mana..sob, sob,

fyka shafie said...

hehe. bukan main panjang lagi entry dia. penat nak baca. tapi nasib baik diri ni rajin nak baca story echa :) comel la echa waktu kecik-2. dan sekarang walaupun dah remaja tetap nampak comel. seriousy. hehe :D

Picoz Shupalula. said...

gambar penutup tu ohsem. muka natural. cantik!

Kazen said...

best kan zaman2 kecik dulu, macam2 permainan leh main... ohsemmm gmbar yg last tu wat sy tergamam tgok :p

Liza Razak said...

masa kecik dan sekarang sama cute...tapi sekarang lagi cute dan cantik :)

asma salsabiila said...

alahai samanya muka time kecik.

nini said...

cute la...heheheh...comel2...

aina ali said...

ya allah nakalnya kawan aku ni waktu kecik.hahah

cik mun said...

nakal ye kecik2 dulu..

baby lydia said...

byk tOl story zmn2 kcik kn?so sweet..salam sayang..lydia follower sini ya -_-*

.farah nadhirah. said...

alololo tomeyy nyee diaaa! heee.

syafiqakarim said...

masa lalu yg tak bole di putar kembali .em :')


merindui mu adik

fyza ajak said...

aisyah dari kecik sampai besar comel je , haha ! suka enrty aisyah .

adda siempre said...

Ya Allah, cute sangat-sangat aischa masa zaman kanak-kanak dan baby tau..suka tengok!!! i like!!:)

Hai'da 'Noreena said...

pakai canon apa eh? :D lawa laaaaaaah

♥n-meea-az♥ said...

nice

Elysa Sofia said...

muka aischa time kecik takde banyak beza bila dah besar! hehe comel sangat :) kelakarnya pasal ulat bulu tu, hahahahaahaha tak geli ke pegang dieeeeeee :ppp
main lompat getah dengan baling selipar tu selalu lisa main masa sekolah rendah..masa rehat pulak tu..sambil makan,sambil lompat2..tak senonoh. hahaha ^_^
aischa,cepat bukak email!! ada something! hikhik

LaLa mhdnor said...

time kecik comel, dah besar cantik, hehehe...

kalau nak kira zaman kecik2 dulu memang banyak permainan cuma x ingat je :P

Uchi kay-f @hmad said...

zaman kecik2 sgt indah kan aischa...
aischa ank yg sulong ke?

fadh leyanie said...

ni tak tipu tau,comel gila waktu kecik sampai 18 tahun,mesti sampai sekarang si misteri pemberi pensil shaker teringatkan kamu.:)

Sharifah syazee said...

comel okey??:)

onie said...

tembamnya saudara aischa tu,hihi..... serious teringat zaman kanak2 kan

widiea azira said...

aischa comelnye. .eukkkkk ulat bulu hijau, geli dgr. .skg bleh wat lg tak?? ahahha

jom ke blog sy n vote band sy. .jom llaaaaaa

: : DRAMA KING : : said...

wahh , dah besaq pnjang pun :D

Kazen said...

nie dah kawin lum? :p

Ujang9897 said...

comel gila lu..hahahaha


gua tak pernah pulak main tarzan2..hebat..=)

Hasrina said...

ya allah cute giler

Cikgu Fikri said...

serius fiq suka entry ni....
terbaik lah..
dan yang paling penting,
COMEL Gler!!!!!!! :)

hamzah ian said...

laaaa

makin ke bawah jadi makin comel.. hehehe

~Sweet Honesty~ said...

hehe..pnjg gilee crite aisha..cutenye time kecik2..dh besa cntik n ayu pulak..

laskar pelangi said...

alololo..comel sungguh adk zaman kecik:))

CintaKhadijah said...

Muka tadika macam budak mix.. santekk..^^,

Areen The Monster said...

time kecik comel time besar lawa. hee

New Hope said...

salam,

gemuknya sandara u tu harap xde la die jodoh ngan u tak padan lansung

KLIK ISU MATRIKULASI & PELAJAR PANDAI

keyboardkecik said...

lompat si katak lompat

Mizz ErMa said...

aischa taem baby + kanak2 + remaja xberubah sangat lah..hihi

Yousof said...

Ecah! Aku minat baca entri pengalaman macam ni.. Aku ambik masa dua hari untuk habiskan setiap patah perkataan dalam entri ni hehehe. Pengalaman ketika kecik memang terbaik kan!


Part panjat lori babu tu memang style. Budak tak berani tak boleh buat mcam tu punyalah! haha

Permainan lompat getah juga dipanggil zero ponit ye kawan² ;P

Cikgu Zainal penyelamat budak lelaki tu.. haha

Oh ye lupa nak puji saudara kau tu, tembamm.

FarhanaLicious said...

kirim salam kat saudara tembam eh :))

O CIKTEDDY said...

perghh panjang giler.haha

baru nak puji awk comel tp saudara awak yg tembam tu lg comel.haha

syafiqakarim said...

u.p.d.a.t.e
p.l.e.a.s.e
u.p.d.a.t.e
p.l.e.a.s.e
u.p.d.a.t.e
p.l.e.a.s.e
u.p.d.a.t.e
p.l.e.a.s.e

Nur Nabilah Nordin said...

cantikknyee die yang 18 tahunn tuuu comel jee mase kecik2.dearrr congratsss dpt sambung belajar.belajar betul2 taww jgn main2 k <3

Amir Jahari said...

Panjang nye cite , tapi layan baca! Nice blog u have anyway, kunang kunang :P

Nur Aischa said...

@L haha tak pasti la L.. :D terima kasih ya, hehe~

@mizz erma haha takda la kak. tula aisyah simpan utk dibuat kenangan hehe. ala kak yekea :( takpa nanti cari ya kak??

@fyka shafie hahaha tula psl,mesti penat membacanya :D thanks sgt sgt ya fyka <3 haha fyka pun,comel tautau. hee

@picoz shupalula eh takda la, haha biasa biasa jea awak ^_^

@kazen a'ah best sgt, sbb tu rindu..haha~ wahh yeke ni?? haha XD dan buat makluman kazen, saya belum berkahwin. mmg belum. hahaha

@liza razak wahh haha, tidak.. serius saya biasa jea kak liza ;)

@asma salsabiila hahah sama kea as ?? ;D

@nini haha biasa jea awak :D

@aina ali hahahaha tula pasal.. mmg lain sgt waktu kecik kan :D

@cik mun hahah biasa la tu, masa kecik kan..hehe :D

@baby lydia a'ah, byk sgt.. haha sbb tu sampai skrg takboleh lupa ^_^ wahh ok2,nanti aisyah follow lydia balik. thanks :D

Nur Aischa said...

@farah nadhirah haha takda la fara.. ;D fara lagi comel tautau <3

@syafiqakarim maaf maaf, lmbt sgt update :( aisyah dah update entri baru, hee~ a'ah betul tu betul :') rindu kak ika juga <3

@fyza ajak hahah takda la fiza.. :D biasa jea kita. thanks ya fiza ;)

@adda siempre wahh hai kak adda :D terimakasih sangat. haha syg kak adda <3

@hai'da 'noreena a'ah canon 1100d, awak ;D

@n-meea-az thankyou :-)

Nur Aischa said...

@elysa sofia wahh nampak still sama ya? :D tula ulat bulu tu..hahahah~ taktahu apa rasa dia masa tu XD wahh mmg feveret game masa kecik kan? haha ohh okay okay ;)

@lala mhdnor wahh haha, takda la kak. aisyah biasa2 jea :D a'ah betul tu, byk sgt permainan waktu kecik kan kak.

@uchi kay-f @hmad a'ah brtul tu uchi, seronok dan indah sgt :') ya anak sulung. hehe

@fadh leyanie hahaha~ kak ni, kelakar la :D rasanya tak mungkin kut kak, mesti dia dah lupa.. hehe ;)

@sharifah syazee haha biasa jela awak.. :D

@onie a'ah dia sgt tembam kak onie, bulat. hahah. betul tu, rindu zmn kanak2 :') rindu kak onie..

Nur Aischa said...

@widie azira hahaha~ maaf tau buat awak geli dgn cerita ulat bulu tu :( skrg mmg taknak dah, takut. hahah. okay2, saya terbang ke blog widiea nanti ;)

@drama king hahah tula kan, besar dah skrg ni :D

@ujang9897 hahaha masa kecik je tu.. skrg tak la :D eh yeke ni ?? haha

@hasrina chill chill kak hasrina, haha :D

@cikgu fikri wahh terima kasih byk cikgu fik :D takda la, serius aisyah biasa saja hehe

@hamzah ian hahaha mana ada la mejah.. :D

@sweet honesty tula, mmg pnjg.. haha maaf ya sis :( biasa jea saya. hehe :D

@laskar pelangi haha teringat dan rindu masa kecik kan :D

@ciktakhadijah wahh takda la kak, haha masa tu mcm agak gelap sikit ;D

@areen the monster haha akak lagi lawaaaa, putih cantik tau ;)

Nur Aischa said...

@new hope waalaikumussalam. hahahahaha kelakar la~ :D terima kasih sudi singgah blog aisyah ya..

@keyboardkecik hahah ye lompat! haha

@mizz erma tula, muka still sama jea kan. hehe :D

Nur Aischa said...

@yousof wahhh terimakasih sgt sgt yousof :D wahh lamanya dua hari ?? hahaha aduy, sian kamu. penat2 jea baca :( terimakasih sgt sudi singgah blog tak seberapa ni..

hahah lori babu, rindu lori tu :D

ohh rupanya zero point, haha okay2

tulah, mmg cikgu tu penyelamat budak laki tu..hahah~

hahaha yela, mmg dia tembam sgt.. :D

Nur Aischa said...

@farhanalicious haha okay kak, insyaallah saya sampaikan nanti :D

@cik teddy hahaha maaf maaf :( mmg panjang.. wahh yela, saudara saya tu mmg comel sgt. haha

@nur nabilah nordin haha rindu akak :'( lama akak tak update blog kan? okay2, terimakasih byk kak nabilah, insyaallah. aisyah study rajin2 dkt sana nanti, amin.. <3

@amir jahari haha sgt pnjg.. maaf ya :D okay terima kasih sudi singgah sini ^_^ haha ya kunang kunang~