Monday, June 11, 2012

Jelajah Bukit Broga.

Assalamualaikumwarahmatullah.

Tak patut saya biarkan entri 1 week ago terbantut diam seribu bahasa begitu saja. sepatutnya saya terus dan terus dan terus dan terus bersemangat waja lagi kental merajinkan jari-jemari menaip entri. maafkan saya.

Lagi satu tadi kuaja punya syaitonirrajim lagi biadap kerana membuat saya lena seketika dibuai mimpi sewaktu ingin meng-upload beberapa puluh gambar (hehe) untuk membuat entri baru ini. lalu laptop pun mati. kemudian terpaksa saya hidupkan kembali. nasib baik semua gambar dah selesai dimuat naik. maafkan saya.

Tunggu jangan lari dulu. baru saya sebutkan beberapa puluh gambar (hehe). hampa dah nak lari nahhh. sedih la macam ni. tsk tsk.

 lalala. khemah kami. eh masa ni pergi mana ???

Penuh dengan tanda soal di kepala. sekarang ni baru saya nak mulakan cerita. okay duduk-duduk para hadirin. meh tonton (baca) sambil minum kopi sat. amboi utagha.

Kembali ke penulisan normal. hari rabu & khamis lepas saya pergi kem. kem yang dianjurkan oleh SMK BTHO (2) iaitu dimana tempat saya menyekolahkan diri sebagai pelajar tingkatan enam. kami pergi BUKIT BROGA. hurayyyyyy yahooooo! aisyah, kawal sikit kadar kanak-kanak ribena itu.

Serius ini baru kali pertama saya dapat pergi bukit broga. kawan-kawan semua dah merasa pergi sana. daripada saya tak dapat pergi sana langsung ada hikmahnya saya serta kan diri menjadi fasilitator kepada para pelajar yang pergi kem ini.

Ya saya jadi fasi. kahkah. sebab kami para pra junior tingkatan enam haruslah serta kan diri dalam lingkungan 10 orang untuk menjaga & membantu setiap kumpulan pelajar. bermalam di sana selama satu malam iaitu bertolak pada hari rabu kemudian balik hari khamis.

paling depan gambar gigi taring terkeluar lepastu nampak macam gemuk. saya lah tu hm hm. pedulikan. haha

saya perkenalkan dulu dari kiri :
Baju kuning tak payah ambil peduli orang itu haha, amira, azi.
barisan depan :
Aini, amirul, amira atiqah.

Kesimpulannya itu lah muka ceria kami. bahagia di saat membuli adik-adik. haha. tidak tidak itu tidak benar. tak baik ya uollzzz.

it's showtime. bersedia untuk tutup mata. seronok tengok dorang semangat macamni haha nanti main lagi eh.


dua jejaka fasi yang macam apa dah gayanya dalam gambar tersebut. har har


masing-masing kena belajar berjalan tanpa melihat. kuikui. oh ya ini kumpulan faris si baju biru.


ini orang sempat lagi buat peace. haha kakak abang fasi mereka lah tu yang suruh berbuat demikian.


saya pun tumpang bergambar tanpa adik-adik itu sedari.


okay dah habis permainan tutup mata. rehat-rehat dulu ya. kesian adik-adik ada yang sampai terlanggar tiang gol. kah kah


Di sini saya terangkan. amirul ni sakan bila bergambar. antara semua orang dekat situ dia yang paling semangat untuk bergambar. hampir setiap gambar mesti ada dia. haha 


permainan yang kedua kena buat ukuran kumpulan siapa paling panjang. tak kisah sama ada ikat tali kasut, sambung-sambung kasut, stokin, kain panjang & etc.


termasuklah di penghujungnya, adik-adik ini sendiri yang menyambungkan diri mereka supaya jadi yang terpanjang sekali. dan kerana itu mereka perlu baring sebegini. kihkih


cikgu secara spontan buat macam tu. alahai cikgu XD


saya & amira bersama adik kyrell. jujur saya cakap dia memang pandai menari k-pop. kahkah comel betul.


Bila dah malam, setiap kumpulan kena buat persembahan & kebudayaan. kumpulan si adik kyrell tu pula buat tarian k-pop. lagu gee gee gee - girls generation (peminat korea mesti tahu punya). memang cute sangat tengok dia menari. haha. lepastu masak BBQ. maaf tak ada gambar masa ber-BBQ. hmm

Tiba episod hari kedua - hari khamis. saat-saat yang dinantikan oleh kitaorang semua. tiba masanya nak panjat bukit broga. sebelum subuh kami dah bertolak.
bermulanya jelajah kami mendaki bukit broga. ciehhhh~

masa ni gelap lagi. sesampai dekat atas bukit tu, pehh gerun tak terkata. asalkan jangan tengok bawah je.


adik-adik berusaha dengan gigih untuk sampai ke atas bukit.


indahnya ciptaan Allah di subuh hari ditemani lalang ~


menunggu matahari terbit. ala tak nampak sangat :-(

amirul dengan aini. mereka antara kawan baru saya sejak memulakan langkah ke smk btho (2). korang dua memang best :D

haha haip haip jangan fikir lain. faris ni saya dah kenal lama sejak tingkatan 4 lagi. faris pun sama juga bekas pelajar smk btho (2).

cikgu yang sporting, faris si ketua fasi, kyrell penari k-pop yang comel.

azi, nafisa, amira atiqah. 3 gadis yang manis.

dannn saya sendiri. tangan kiri seperti itu. apakah.

sepatutnya saya ambil gambar amirul dengan aini tapi pergi ambil gambar amira dulu. haha sorry ya korang dua :D

Pakcik berjanggut dalam gambar itu tiada kena mengena dalam cerita ini. harap maklum.

gegirl cantik manis. kesian dia ya penat.

para jejaka hengsemmm. cewah. haha

saya bersama adik hairul nizam, ketua kumpulan 3. dia suka tegur "eh kakak aisyah"

yeahhh we are from group 3 family. suka dengan korang semua. comel-comel betul :D

suka suka suka suka sama kamu semua.

tengok tu. sembunyi disebalik lalang pula. hahah memang kelakar adik kyrell ni.

yabedabeduuu. kami dapat juga mendaki bukit broga dengan jayanya. inilah geng fasilitator kami :D

kami lah warga SMK BTHO (2). yeyeahhhh. macam-macam gelagat adik-adik kita dalam gambar ni.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi tak apa. biar sampai sini jea saya update. nanti habis penat kerah tenaga kena tengok gambar satu demi satu. yang setakat ni je pun rasanya macam dah terlebih banyak. hehehe

Ada banyak lagi aktiviti yang kami join. antaranya flying fox, wall climbing & berkayak. serius syok tak terhingga.

Yang selebihnya saya dah masukkan dalam facebook. saya public kan. jadi semua orang boleh tengok ^_^

Buat masa ni saya tak dapat blogwalking secara normal. ini semua internet punya pasal ya allah tak tahan saya dengan kadar kelajuan yang lembab selembabnya T_T

Ada masa nanti saya jelajah blog kalian semua dengan perlahan-lahan. tunggu kehadiran saya. hee~

Sekian, wassalam. terima kasih sudi baca :-)

27 comments:

sharifah syazwani said...

wahh , best nya aisyah :D . tak pernah lagi pergi bukit broga tau , jelouse nya , hihi ;)

Nur Aischa said...

hehe nanti pergi lah wani :D serius best sgt2, mencabar. haha

♥ cik apple ♥ said...

bestnyer dpt buli adik2 yea..hehhe.. tapi tgk keindahan bila sampai ats bukit tu.. ya allah..cantik yg tercantik sgt kn.. :)

-tikah- said...

view dr situ cantik nya... :)

Oppa Kudin Nz said...

wah,bestnya dia pergi broga. Nak je pergi sana tp selalu terbantut. Pergi pagi2 best kn tgk sunrise. Heeee~ Cantik view kat sana.

adda siempre said...

sukanya dengan aktiviti-aktiviti macam ni..tapi, xpernah ada peluang..huhu!!

Saddila said...

wakawakawaka.

form 6 memang selalu jadi fasi je.

naik muak akak jadi fasi dah. haha

good luck study, dik :))

Rara Nasiha said...

bestnya! rasa nak pergi lagi la. tak puas pegi haritu :)

Nur Aischa said...

@cik apple haha tak la sis, takda buli pun :D a'ah indah sgt ciptaan Allah kan kak ^_^

@tikah tula kan, sgt cantik :D lagi2 bila dah kat atas bukit yg tinggi mcm tu..

@oppa kudin nz hehe nanti ada masa cuba lah pergi ya,serius best :D a'ah sronok dpt tgk matahari terbit secara dekat. hee~ betul betul..

@adda siempre haha meh la join kak ;) nanti akak free boleh pergi ya ^_^

@saddila ohh yekea kak?? hahah. aduh kenapa akak mesti muak?? :D haha. okay kak dila, thanks ya <3

@rara nasiha wahh pernah pergi ?? mmg best kan :D ohh nanti ada masa pergi lagi ya. hee~

Mizz ErMa said...

bestnya jadi fasi..tang panjat bukit broga pulak, best ke aisyah? xsemput ke? hehehe

MUZAK said...

bestnya berbrogaa haha

Areen The Monster said...

bestnyeee ;D

Elysa Sofia said...

Bukit ni kat mana aischa?bestnyaaa panjat bukit ramai2,:D teringat masa camping dulu masa nightwalk.hehehe actly ingatkn ade aktiviti nightwalk yg burung hantu tu..rupa2nya takde =D

cik violet said...

sob sob. kempunan nak nek broga. tak tercapai impian lg :(

shera haifa said...

bnyknye gambar.. jeles... nk gak naik broga hill tu.. b4 nie ada org nak bawak pergi tapi last2 xjadi.. sedeyy..

Nur Aischa said...

@mizz erma hehe best sgt kak ;D semput tu ada juga sikit2 tp tetap juga berusaha. haha

@muzak hahah a'ah. nanti pergilah, serius best :D

@areen the monster haha ya kak areen ;D

@elysa sofia dkt dgn semenyih, lisa :D wahh yekea ?? haha tp tula, kalau kita pn seram juga nak nightwalk. jenis penakut :(

@cik violet ala yekea :( takpa insyaallah ada masa nanti pergi ya ;)

@shera haifa haha tula, byk sgt sampai penat dah nak masukkan dlm entri ni :D alaa ruginya mcm tu :( serius best kak dkt sana <3

eiyzniey said...

wah.best nya..
xpenah pegi lagi.
hehe

syafiqakarim said...

penah pegi sekali. bertolak kul 4am.
lawaaaaaa :)
nak pegi lg.tgh plan.haha

Nur Aischa said...

@eiyzniey haha takpa takpa kak, nanti pergi ya ;D

@syafiqakarim wahh lagi awal tu :D a'ah mmg cantik view dia bila dah sampai atas bukit tu kan. hehe. wahh chaiyokk, nanti kalau jadi pergi lagi update dkt blog ya ?? hee~

Ujang9897 said...

awat sporting sgt cikgu tu..=)


"eh kak aisyah" hehe

gua tak panjat2 lagi broga ni.grrr

Nur Aischa said...

tahu takpa, hahah :D

ambui nak jadi mcm adik tu pula ya ?? haha. laa nanti ada masa pergi k, best sangat :D

onie said...

bestnya dapat bergambar dan ke sana,kak onie tak penah sampai g :"(

Nur Aischa said...

hehe tp tu pun aisyah baru first time dpt ke sana kan :D takpa takpa, insyaallah nanti ada masa kak onie pergi ya. hee ;)

zaiham 9W2DYA / 113MB290 said...

Terima kasih jadi Fasilitator Good Luck study di Poli jgn lupa SMKBTHO2

Nur Nabilah Nordin said...

seronoknyee broga hill nak pegi nak pegi

Intan Nabilah ( ila ) said...

assalamualaikum kak aisyah ,bleh tak saya nk nama facebook akak sbb sya nk tengok gmbar yng selebihnya ...saya slah seorng peserta kem bukit broga ...thankz kak ...

Kyrel Rosli said...

kan...mcm x sangka muke aku ade dlmn nie.. hahaahahha! jom berkayak!