Sunday, June 3, 2012

Jaga Diri Di Sana, Sahabatku.

Assalamualaikum dan salam satu malaysia ^_^

Memang rasa janggal bila taip entri di suasana pekat malam begini. tapi hanya di waktu ini lah yang saya mampu fikir dan menaip entri dengan tenang. satu dua tiga mula.

Aku dengan kau, jarang sekali untuk berjumpa. apatah lagi bila sesudah tamatnya spm tahun semalam. kita berdua memang rapat. kita semua rapat sesama kalangan sahabat kita yang lain. walaupun kita jarang berjumpa selalu tapi kita masih punya rasa sayang dalam mengekalkan talian persahabatan itu.

Entri ini khas untuk sahabat baik saya yang comel ini, si gadis pemilik nama Syafiqah Mustafa atau lebih erat dipanggil sebagai Pkot. serta bacaan umum untuk anda semua. semestinya :D

Hari khamis bertarikh kan 31 mei yang lepas, saya dengan kawan-kawan keluar untuk berkumpul sama-sama. perjumpaan antara kami dengan Pkot buat kali terakhir sebelum dia pergi melangkah masuk ke UiTM PERAK. serius sedih masa tu :(


dari kiri gambar : hany. fyfa. faezah. pkot. sahabat-sahabatku yang sentiasa comel.


sahabatku love love.


Kasihan Aina, dia tak dapat join kami masa ni. sebab ada hal penting yang tak dapat dielakkan.

Lepas tu kami rancang nak pergi makan dekat Restoran Station Kopitiam Bangi. semua setuju. ehem ehem. sebab ada antara kawan saya tu (dia minta rahsiakan nama) dia belanja kitorang makan =D aww.

serius je muka fyfa dengan pkot nak pilih makan apa. faezah main handphone. haha


air yang kitorang order masa ni. serius sedap. uish. haha

ini menu faezah. nasi goreng apa ya masa ni. aduh tak ingat ..


chicken chop jadi pilihan saya, hany, fyfa dan pkot =D


sajian tambahan kentang goreng 


Pkot, walaupun kau dah bertolak ke Uitm Perak pada hari semalam. ingatlah segala pesanan kami selaku sahabat handai kau disini. kitorang takkan pernah lupakan kau. selalu jaga diri disana dan jangan lupa kami bila dah dapat kawan baru dekat sana T_T

Nanti bila dah balik sini cerita-cerita lah dekat kitorang. macam mana suasana & pembelajaran dekat sana. kau tu dah la cantik molek, nanti ada laki ngurat jangan layan haha. pokus pokus masa belajar. apa pun kami tumpang bahagia ada juga antara kawan karib kita yang dapat masuk ke Uitm. Alhamdulillah. rezeki di sana.

Berharap si Pkot comel baca entri ini satu masa nanti.

fyfa nampak sweet disitu. nak lepas rindu lah tu. haha yela lepas ni dah jarang jumpa.. 

oh ya, sebelah saya tu adila. dia lambat datang. aiyoyo XD


persahabatan & kenangan kita sejak sekolah menengah takkan pernah dilupakan. 


Sekian, wassalam. terima kasih sudi baca ya semua ^_^

25 comments:

syahirooAhmad said...

^^ nak sorang! hahahha

budak serdang ni makan tak ajak!

Mieya Atiera said...

wah, keluar makan ramai-ramai erk? bestnya

AIRA said...

bestnye awak..saya ngan kawan pun slalu kluar sesama..hihi..miss them damn much..sorang dpat uitm shah alam..moga persahabatan awak semua kekal hingga ke akhir hayat..comel2 smuanya.

Nur Aischa said...

@syahiroo ambuih, hahaha :D alaa masa tu pun kwn yg belanja kami semua. hehe~

@mieya atiera a'ah hehe thanks mieya ;D masa ni pun sbb kwn saya tu syafiqa nak masuk uitm dah, 2hb smlm.

@aira wahh :D tula sronok kan bila dpt jumpa kwn2 rapat, hehe tahniah utk kwn aira yg dpt uitm sh alam tu ya ;) amin..insyaallah, aira pun sama juga ya dgn kwn2 aira ^_^ terima kasih aira..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Bestnye outing ramai2...semuanye comel..^^

Nur Aischa said...

hehe tp skrg dah susah nak berkumpul sesama bestfriend mcm ni, mummyqis :(

♥ Nana BamBam ♥ said...

comey2 semua..send regards kat mereka..ehhe

fuhh..sodapnyee...jadi lapar tau..

Nur Aischa said...

haha okay okay kak ;D wahh tahan tahan kak. hee~

Hajar Mohammad said...

adik sweet sgt ble senyum.. :)

Mizz ErMa said...

sedihnya..insyaallah, friendship never ends~ benaran nggak? =D

Liza Razak said...

terliur tengok semua makanan tu..nanti bila cuti semester korang boleh lepak2 lagi :)

ShahzCudin said...

seronok tgok aisyah kumpul ramai2 cmni..dah lama tak rasa sejak member2 dah bawak haluan masing2..kumpul2 pun time raya atau kenduri je

alyaclumsy said...

sedapnya tgk makanan. hew hew. kenapalah comel sangat semuanya! moga persahabatan ini terus kekal selamanya :)

-Incek Fik- said...

huhuu..

bila baca entry ni teringat kat memember lama waktu sekolah dulu.. huhuuu, rasa cam tacing sehiba jer ni~


semoga nilai persahabatan yang dijalin berkekalan sampai ke akhir hayat dan diredhoi Allah :)

Lily Sulily said...

Baca ni rindu kawan-kawan Lily :'(
Bila dah sambung belajar masing-masing susah nak dpt jumpa, masa cuti raya ja sempat selalunya :)


May your friendship lasts forever :)

adda siempre said...

perghh..dalam banyak2 makanan tu, kenapa air yang buat akak terliur sangat2 ni aischa?hehehe

O CIKTEDDY said...

heeeeee suke la tgok.korang sume coeml! sangat! ^^

O CIKTEDDY said...

er *comel* haha :P

Shahrul94 said...

wahhh aisyah na pinjam jacket leh ta?? haha
jacket ko lawa tu :)

Nur Aischa said...

@hajar mohammad hehe semanis senyuman kak hajar juga ;D thanks ya kak <3

@mizz erma um tula kan :'( yeahhh~ betul tu kak~ hahah

@liza razak wahh haha :D insyaallah, ya kak. cuti nanti boleh jumpa lagi ^_^

@shahzcudin ohh yekea :D nanti spend time la dgn kwn2 lama mesti rasa happening sbb dah lama tak jumpa kan..

@alyaclumsy hahah. kawan2 aisyah tu yg comel kan kak ;D amin.. mudah-mudahan ;)

@incek fik wahh incek fik ckp mcm tu rasa sedih pula :'( betul tu, insyaallah. amin.. terima kasih ya incek fik :D

@lily sulily alolo yekea kak :( sorry kalau post ni buat akak sedih juga.. tula kan,dah sambung study semua busy.. insyaallah, amin. thanks kak lily :D

Nur Aischa said...

@adda siempre hahah yekea kak?? :D ambillah satu~ hehehe

@cikteddy haha chill chill ;D biasa2 jea kami semua. hehe

@shahrul94 tu bkn jaket, tu cardigan la shahrul. haha :D ohh ambil lah, dlm gambar tu. boleh jea :D

onie said...

korang semua comei :D

Apiez said...

the owner of this blog is way more beautiful with that smile. :)

Nur Aischa said...

@onie haha kawan2 aisyah tu yg comel comel kak ;D

@apiez wahh.. aiyo.. haha terima kasih ya :D

Apiez said...

hehe. sama2.. looking forward to know you better.. :D