Tuesday, May 1, 2012

Saya Menghilang Hampir 3 Bulan.

Ehem, ada orang ke tak ada ni ?

Rasa macam tak ada jea :O

Eh siapa kata tak ada, ada lah


Laa, tak ada pun. yelah orang tu kan dah lupa belog dia. macam tu je dia senyap menghilang..


Padan muka dia ni. tak ada siapa ingat dia lagi.

Haha, okay okay. Assalamualaikumwarahmatullah semua, aisyah dah kembali ^_^ saya tahu hampir tiga bulan tak update blog. sangat lama ya bagi saya, sangat lama.. mesti nak tahu, apa lah terjadi kat saya selama 3 bulan tak buka blog.

Saya nak cerita dari A - Z. mungkin isi cerita untuk post kali ni terlalu panjang. harap bersedia dan baca lah sampai muntah hijau. haha gurau gurau XD

Terakhir kali saya buka, update blog pada 4 Februari 2012 yang lalu. sejak dari hari tu saya terus dah tak buka blog lagi. Alhamdulillah, pada hari jumaat 10 Februari 2012 saya lulus ujian JPJ. sekarang saya dah ada lesen kereta. sila lihat figura di bawah

hurray ! besar gedabak you i letak =D

Tapi kan, sampai sekarang saya belum ada keyakinan lagi untuk bawa kereta kat highway :( jealous tengok kawan-kawan lain semua dah berani. saya ? harap ada lesen tapi takut-takut lagi nak cuba bawa dekat highway. apedaa haha. tak apa, InsyaAllah nanti minta ayah temankan ;D

Hari jumaat saya dah lulus ujian JPJ, esoknya hari sabtu saya terus mula kerja. selama hampir 3 bulan saya tak update ni lah saya sibuk dengan dunia kerja. itu lah sebabnya saya tak ada masa langsung nak update blog. hari-hari kerja. cuti pun macam tak rasa cuti. saya kerja kedai beg sebelum ni, tapi saya jaga dekat fair. siapa yang tahu tu, faham lah :D

Bermula dari 11 Februari 2012 tu saya kerja sampai lah ke hari terakhir 29 April 2012 kelmarin. saya kerja situ full time. 12 jam setiap hari, masuk pukul 10 pagi sampai 10 malam. cuti macam biasa lah, cuma satu hari dalam satu minggu. tempat kerja saya tu tak ada rehat. makan pun tak menentu. kalau nak makan macam nasi atau makanan yang berat-berat kena bawa pergi makan kat kedai beg tu. gila letih setiap hari nak kena macam tu. ulang-alik dari fair tempat saya jaga. sebab tu biasanya saya makan dulu siap-siap dari rumah. 

Orang tengok tempat saya kerja tu macam senang, bila ada customer tinggal nak serve. tak ada customer boleh duduk. padahal siapa yg pernah kerja situ saja yg faham macam mana keadaan dia. redha jelah. saya tak berniat nak memburuk-burukkan serius, tak ada niat langsung tapi itu lah yang saya rasa.

Selama saya kerja dekat situ, memang life saya dekat tempat kerja tu je lah. bangun pagi pergi kerja, tinggal sorang-sorang. semuanya dah pergi kerja, adik-adik dah pergi sekolah. balik kerja pula waktu malam, semuanya dah tidur. rasa bila balik rumah tu macam cuma tumpang tidur jea. haha macam tu jelah setiap hari.

Pengalaman kerja situ memang best :D bos dia pun okay-okay lah *yawn* dan sekarang, mak suruh saya rehat-rehat dulu dekat rumah. sebab minggu terakhir saya kerja kat situ tak ada cuti. so direct je satu minggu terakhir tu saya kerja. serius macam .... haha faham-faham sendiri. akhirnya, saya menganggur sekarang ni.

Sementara nak tunggu keputusan UPU keluar, saya nak tunggu dulu dapat ke tidak tawaran kemasukan Politeknik. saya nak sangat masuk Politeknik. harap-harap dapatlah ya. Amin. kalau tak dapat juga, mungkin saya masuk kolej. mak tetap juga suruh saya sambung belajar tak kira kat mana pun.

Saya dapat tawaran masuk Form 6 juga, jurusan KEMANUSIAAN. mula-mula saya kurang pasti dengan nama jurusan itu. haha sila lihat di bawah


Saya tak pergi pun Form 6. bak kata kak zuraidah, jangan masuk form 6 kalau tak kuat semangat. serius, form 6 susah. dia ada pengalaman sebab kawan-kawan dia ramai yang failed. kak zuraidah alhamdulillah, dia lulus Form 6. Tahniah buat akak tau ! :D

Awak semua mesti nak tahu, keputusan SPM saya pada 21 Mac hari tu. hmm. nanti-nanti jela saya bagitahu ya XD apa pun syukur alhamdulillah, semuanya lulus.

Masa 23 Februari 2012, saya dengan kawan-kawan ada pergi Genting Highland. pergi cuma satu hari. bertolak pagi, balik malam. serius best tak terhingga !






Abang ni yang tolong kitorang dapat main All Park dekat Genting masa tu. bayang kan, main semua permainan dekat dalam tu cuma RM33 seorang. darab kan lah dengan empat. haha. kami pergi berempat. macam mana nak tahu kitorang boleh dapat murah ? itu rahsia. kah kah!















Rindu pengalaman pergi Genting. ada masa nanti, Insyaallah pergi lagi. 

Lepas ni kalau saya dapat tawaran sambung belajar, saya harap betul-betul nak fokus belajar dulu. hal lain tu saya ketepikan dulu buat sementara. dah habis belajar nanti, nak sambung degree ke apa ke. nak kahwin pun boleh masa tu nanti. *mukaserius.jpg* hahaha. saya tak kisah pun kalau forever alone. eh memang tak kisah lah semua benda tu. pergi main jauh-jauh sana. kahkah

Saya harap, saya dapat sambung belajar. itu saja. itu yang saya harapkan sangat lepas ni.

Baru saya tahu apa itu perasaan lega setelah sekian lamanya berbulan-bulan tak update belog. haha.

Panjang en panjang en. padan muka. tu lah. lama sangat tak post cerita baru. dah bersawang-sawang dalam blog ni. cerita terbaru kawan-kawan dekat dalam blog ni pun saya dah tak tahu. sedih :( nanti saya nak terjah semua blog awak, tunggu lah ! :D

Okay lah, post kali ni saya habiskan dulu sampai sini ya. saya harap awak semua sihat-sihat. harap kita boleh eratkan silaturrahim di laman twitter atau facebook. hehe

Assalamualaikum, bye bye. take care semua ^_^


30 comments:

syakey said...

rindu la pulak kebahagiaan lepas spm dahulu kala. :D

fyka shafie said...

wuhuuuu dia dah ada lesen kete la. ni yang jeles ni. hihi

Sally Yatiey said...

Lamanya menghilangggg Aischa ^_^ hee. Saya pun dapat tawaran masuk form6 dalam jurusan kemanusiaan. Tapi taknak lah bersekolah lagi. hehe ^_^

Semoga Aischa dapat masuk Politeknik :D

NIZAM said...

whatever your choice is goodluck :)

Red said...

semenjak keje ni mmg susah gila yang amat nk update blog....tp twitter rajin

syafiqakarim said...

lama gila hilangggg kan.
bgs nye kerja.kite ni..ternak lemak je.hihi.
sama la...kite berani bwk.tp mak xberani tgk kite bwk.camno?haha
masuk unikl nak?jimat.mara.then peluang luas lg :)
kite br plan nak g genting.entah bila~~~~~

fuhfuh !penuh cerita dia.

Fiza Diaries said...

santaii jee baca entri aischa nii ^_^

Nur Aischa said...

@syakey hehe mengenang kembali lah tu :D

@fyka shafie haha, takpa. nanti fyka buat tau ;)

@sally yatiey a'ah lama kan :( tp skrg tak lagi, nak rajin update lah lps ni hee ;D wah sama lah kita ya, haha. oh okay okay, hihi insyaallah, amin :)

@nizam okay thanks ya :)

@red twitter kejap kejap je pun tp kalau blog kita mesti fikir dulu nak update apa kan. betul tak ? :)

@syafiqakarim haha sorry :( kerja kan sebelum ni. aloo mcm mana tu, haha. eh unikl ?? iqa study sana ya ? :D jom lah kita pergi sama2 nak ? hee~ tula dah becampur aduk ni hahah

@fiza diaries hee terima kasih ya kak fiza ;)

Mizz ErMa said...

wah, aisyah da balik? rindu tol rasa..lma sangat menyepi..hihihi 1st, thniah sebab da dpt lesen..=) 2nd, thniah jgk sbb lulus spm..insyaallah, akan ada lah kekosongan dekat politeknik tu utk aisya n 3rd pulak, wah..xacinya..sy belum penah p lagi kat genting tuh..berkali2 jgk plan nk p genting tp xpenah menjadi..hm, T^T

Saddila said...

form 6 sekarang tak susah scha. mulai kemasukan tahun ni. means tahun kamu ni, pembelajaran akan ikut style dekat U. sem by sem. so senang laa. 3 sem. 1 tahun setengah. kalau mcm akak sekang ni, susah sikit la. sebab kena kumpul ilmu since last year then lontar dekat STPM. kalau untuk this year, setiap sem ada final exam. dah habis belajar ni, tak yah belajar utk sem depan. thats more easy. kan?? ehh kalau ada peluang yang lebih baik, tak perlulah masuk form 6 ni. masuk ipta :)) good luck dik!

Annisa mulia said...

You must be having lots of fun time :D
Nice to find your blog :)

Ninaaa said...

Eh comel gila gambar kat lesen you! Haha

Mieya Atiera said...

Mia pon dapat Form 6, tapi tak masuk pon. Tak minat lah.

RAZIQ said...

lesen tu pahal gmba comel sgt, gmba mase darjah bape tu? mude je nampak.. hahaha

ShahzCudin said...

hish, mesti la ingat aishah lagi..cume tggu bila la aishah nak update..ingatkan pegi indonesia lagi bercuti...rupenye sibuk kerja..

Nur Aischa said...

@mizz erma aisyah before ni kerja kak sampai takda masa nak update blog :( skrg dah free okay sikit hee~ wahh haha, thanks sgt sgt ya kak. insyaallah, doakan aisyah dpt ya masuk politeknik ;) ala akak dah pergi korea lagi best tau drpd genting tu. aisyah lagi jealous tgk akak ;D

Nur Aischa said...

@saddila hehe a'ah kan, start tahun ni ikut sistem modulus kan? tp kak kak, mcm mana ya aisyah pn fikir lagi ni nak ke tak masuk form6 pening pening :( okayokay, kalau dpt ipta aisyah masuk ya. terimakasih byk2 tau kak sudi share psl form6, baru aisyah faham ;)

Nur Aischa said...

@annisa mulia ohh, hehe tak ada la nisa. biasa la tu habis spm kan, semua benda nak buat :D okay thanks for reading yaa ;)

@ninaaa haha tak lah, kelakar jea ada la rasa. muka nerd kut :D

@mieya atiera ohh mieya pun dpt ya?? alolo knapa tak minat.. hee

@raziq haish agak2 lah gmbr masa darjah ? HAHA, tu yg terbaru punya la raziq oi :D

@shahzcudin hehe okayokay :D tula lama kan aisyah tak update :( eh takda la, tak pergi sana pun. a'ah busy kerja jea sebelum ni..huhu

Liza Razak said...

wahhh...bestnye pegi genting !! gambar semua cantik-cantik

EYFAalias said...

seronok nya g jalan.

Lyn said...

Lyn datang utk follow this wonderful blog.. follow back kk?? alaa~~ boleh laaa

amy syahirah said...

seronokknyaaa tengok dia :D

Mizz ErMa said...

da kawen nanti nk p honeymoon kat gnting lah..ok x? =P hahaha oh ya, result poli bila kua? abis tu, aisya nk smbung keje ke sementara tggu ke result keluar?

lisa said...

rindu aischaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :( hahahaha tahniah dah dpt lesen kereta ;)

Am said...

bestnya dpt pegi genting... x_x

adda siempre said...

salam adik, bagi akak la kan form6 tu tak derla susah sangat..sebab akak dulu pon form6 jugak cuma kena usaha jer lebih kompom dapat masuk Universiti..kalau kite duk fikirkan susah mana boleh,,bukankah semua kerja kat dunia ni susah kalau kite tak usahakan sendiri untuk mendapatkannya? belajar semuanya susah nama lagi belajar kan?? kalau belajar tu senang ...semua orang akan dapat staright's A. btol x?? di sebabkan susah la kite xboleh beri andaian atau dengar cakap orang jer...tapi apa2pon akak harap adik buat pilihan yang betol...good luck for u aisha:)

Nur Aischa said...

@liza razak hehe best juga lah kak ;) tp tak seperti akak, akak lagi best. dah mcm2 tmpt akak liza pergi kan, photography lagi. serius gmbr2 akak lagi byk cantik ;)

Nur Aischa said...

@eyfaalias hehe dah lama lps pun kak ;D

@lyn ohh haha blog aisyah ni biasa saja lah lyn :D okay i'll follow you back later ya ^^,

@amy syahirah hahah alolo akak comel kita ni, hihi :D

@mizz erma wahh okay juga tu ;) serius best kat sana,sweet jea tau. haha. rsult poli mungkin keluar esok, sama dgn uitm semua tu. aisyah baru benti kerja hujung bln lps, skrg ni tak kerja lagi dah. hee~

@lisa wahhhh rindu lisaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa jugaaaaaa ;D terima kasih tau lisa <3

@am hehe takpa, nanti am mesti pergi juga punya ^_^

@adda siempre betul ke mcm tu kak ?? :( serius aisyah tgh runsing skrg ni T_T sbb aisyah takut kalau tak dpt poli nanti aisyah nak sambung study kat mana kan ?? better aisyah ikut pendapat akak, mmg betul tu. takda punya belajar yg senang kalau tak bersusah dulu kan. okay kak, aisyah dah fhm skrg. terima kasih sgt sgt bg aisyah semangat mcm ni kak :D

littledolphin said...

rindu sangat dengan kamu ni! saya tertunggu-tunggu update kawan.kerja rupanya.bagus lah kerja,dulu saya after spm pemalas,goyang kaki je kat rumahh.hahaha

tahniah dah dapat lesen memandu!


seronok tgk kamu berhappy-happy dgn kawan -kawan. ^^

adda siempre said...

hehehe..sama-sama kasih aisha. semoga berjaya di dunia dan akhirat.amin.