Wednesday, May 23, 2012

Motivasi Untuk Diri.

Setiap dugaan pasti datang dalam setiap hidup semua orang. tak kira siapa. tak kira darjat. pasti datang dugaan itu sebab Allah nak uji & lihat setabah mana hamba-Nya sanggup menghadapi sesuatu dugaan itu. terpulang pada diri & iman kita untuk melalui saat-saat sedih & duka.


Assalamualaikum semua :) Alhamdulillah. saya dah okay sekarang ni. semakin hari semakin baik. walaupun pada mulanya agak susah untuk terima atas apa yang menimpa pada saya tempoh hari tapi saya kuatkan juga semangat dalam diri ni.


Saya terima seadanya atas semua dugaan yang menimpa. mungkin ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi. saya redha Ya Alllah.


Dan sekarang ni saya cuba untuk lalui hari demi hari macam biasa. cuba untuk kembalikan ceria & gembira yang selalu saya suka buat :D sepatutnya kita tak boleh berduka terlalu lama kalau tak Allah tengok seseorang hambanya itu sangat lemah untuk menjalani satu demi satu ujian yang Allah hantarkan.


Siapa lagi yang nak bagi sepenuh motivasi. siapa lagi yang nak bagi sokongan. siapa lagi yang nak pulihkan semangat kalau bukan dari dalam diri kita sendiri. betul tak awak sekalian ? :D


Yeaaaah. saya dah kembali senyum seperti biasa ^_^ dan haruslah kita sentiasa merendah diri dalam apa jua yang kita lakukan. itu satu cara yang terbaik supaya kita tidak alpa dengan apa yang kita ada. (saya nasihatkan untuk diri saya juga ni)


Kawan-kawan yang baca blog saya sekarang ni, saya ucapkan terima kasih sangat-sangat. seikhlasnya dari hati saya sebab sudi beri sokongan dan semangat pada saya :')


Mungkin untuk lupakan apa yang terjadi memang susah tapi yang paling penting kita kena usaha untuk teruskan hidup yang akan datang. tak kira sama ada dari sekarang, esok, lusa, tulat pelbagai lagi lah hari yang ada.


Satu benda je paling kita kena percaya, Allah mesti ada kat sebelah kita atau dimana kita berada.




Okay, wassalam. terima kasih sudi baca ya :D

20 comments:

Fiza Diaries said...

betul tuu.. kalau kita tak nak tolong diri kita sendiri untuk terus bersemangat, siapa lagi nak tolong diri kita kan..

btw, kuatkan semangat, terus tersenyum and akak sentiasa support aischa.. :)

Sally Yatiey said...

Semoga Aischa sentiasa tabah dan kuat menghadapi dugaan hidup :)

Nur Aischa said...

@fiza diaries hehe a'ah betul betul ^_^ kita sendiri yg kena kukuhkan diri kita semula. thanks sgt sgt ya kak :') insyaallah, akak pun ya..

@sally yatiey insyaallah, thanks ya sally :D sally pun sama,jgn selalu sesedih tau. happy2 selalu eh eh ^_^

adda siempre said...

ingat aischa,,setiap ujian yang di beri oleh-Nya tentu ada HIKMAH di sebaliknya..

syafiqakarim said...

apa pun situasi,jangan leka padaNya

onie said...

semoga aischa menjadi seorang yang penyabar dan terusssssssssss bersemangat ! kak onie sentiasa support adik akak sorang ni,hihi..




p/s: rindu jugakkkkkkkkkkk,mesti la tak lupa kat aischa comei sorang ni,rindu tahu! :D

asma salsabiila said...

yeayyy! alhamdulilah, ecah dah boleh terima. so, lepasni. tolong berhati2. jangan nak berani sangat jalan sorang2.

Adila Amalyna said...

Baru baca entri awak kena ragut. Syukur awak tak diapa-apakan. Ingat, Allah sayang kita sebab tu DIA bagi kita ujian. Sabar sayang :)

Rara Nasiha said...

Insyallah, setiap yang terjadi ada hikmah yang tersembunyi. sabar okey syg :)

fyka shafie said...

betul tu. di mana pun kita berada Allah pasti ada :D

kura said...

mcm ni la baru ohsemm. positive!

FarhanaLicious said...

tiba tiba rasa cam aischa yg memotivasikan saya. huhu

Mizz ErMa said...

alhamdulillah..sejuk perut ibu mengandung..semoga aisyah tabah menghadapinya sbbnya Allah s.w.t xkan bebankan kita dgn perkara yg xmampu kta nk hdpi..=)

Shahrul94 said...

hye hye aisyah. wahhh pic kat blog update ko ni sungguh ceria n cantik :D

happy always aisyah iklhas from shahrul :)

ιfαh♥ said...

bersabarlah :)
Pasti ada hikmah yang menanti.
heee.akak comel :)

syahirooAhmad said...

goodgirl!! kuat semangat adik aischa ni.. :)

InsyaAllah, semuanya akan bembali pulih 100%.. step by step..

CiK FizA said...

Moga Aischa sentiasa tabah dlm menghadapi ujian dan cabaran hdup drp Allah SWT. Moga Aischa sentiasa tersenyum n kuat utk truskan hdup wlu apa yg berlaku ya ! ^^

**Allah uji kita tnda Allah sayangkan kita :)

Nur Aischa said...

@adda siempre okay kak :') insyaallah, pasti ada hikmahNya. terima kasih kak..

@syafiqakarim ya ika, betul tu. sentiasa beringat adanya Allah :')

@onie hee kak onie :'D ya kak, terima kasih byk byk. pasti, aisyah mesti bersemangat lps ni, amin..


@asma salsabiila hehe :) okay okay as, kita lebih waspada lps ni ya ^_^

@adila amalyna ohh okay2, thanks ya kak sudi baca :( betul tu, alhamdulillah takda apa2. ya kak, betul betul :') okay aisyah sbr ya..

@rara nasiha amin.. mudah-mudahan ya :') insyaallah. okay terima kasih ya sis rara..

@fyka shafie betul betul :'D kita wajib yakin Allah ada disisi kita :3

@kura hehehe :D a'ah positif, thanks ya kura :)

@farhanalicious hee waahhh ;D sama-sama juga aisyah memotivasikan diri aisyah kak ^_^

@mizz erma hehe ;D betul tu kak, Allah takkan sengaja menduga hambanya :')

@shahrul94 okay shahrul, thanks ya ^_^

@ifah okay ifah, terima kasih ya dik sayang :3

@syahirooahmad ya syahiroo, alhamdulillah :'D betul betul tu, aisyah sokong apa syahiroo ckp kan tu ^_^ terima kasih ya.

@cik fiza okay cik fiza, insyaallah. atas keredhaan Allah pasti kita bahagia selamanya :') terima kasih byk byk ya cik fiza bg sokongan. betul tu, Allah sayangkan kita :3

Shahrul94 said...

welcome :D :D

Kem Gemilang said...

KITA belajar mengaku salah demi selamatkan orang
Belajar jadi pesalah walaupun sebenar dipersalahkan
Belajar jadi juara walaupun terbuang
Belajar menerima tewas digelanggang..untuk orang lain merasa menang
Belajar erti hilang…agar menghargai yang dipegang