Tuesday, May 8, 2012

Confirm Masuk Form 6.

Assalamualaikum. hai hai semua. selamat pagi. eh tengah hari dah ? semoga hari ini lebih indah dari semalam *tiba-tiba* haha


Tak mahu tak mahu dan tak mahu intro pepanjang. saya bagitahu secara langsung yang saya dah mendaftarkan diri untuk kemasukan tingkatang 6 bawah 2012/2013 tadi. keputusan saya muktamad. noktah. titik. habis cerita. eh belum lagi. kah kah


Sebenarnya, antara kakak kakak dua orang yang comel ini sudi memberi pendapat, saya terus terfikir sekejap. baik saya ambil yang baik-baik dulu atas apa yang kakak kakak dua orang comel ni ceritakan


kakak saddila yang berpengalaman menjadi pelajar form 6 memberi hujahnya, saya amati betul-betul
kakak adda yang juga berpengalaman menjadi form 6 memberi hujahnya juga. pasti. saya amati dalam-dalam. saya berfikir sekejap apa yang kakak dua orang comel ni bagitahu

Hari-hari saya fikir. nak ke mana lah saya lepas ni untuk sambung belajar. pengakhirnya, saya tak dapat pun upu. mula-mula macam sedih juga lah. tapi takkan saya cuma nak bergantung pada upu saja.

Saya duduk. saya fikir dulu. saya terus bincang dengan mak ayah pasal nak masuk ke tidak form 6 ni. Alhamdulillah, mak ayah sokong juga supaya saya masuk form 6. mula-mula tu saya tak berapa yakin, tapi kawan-kawan lain pun sokong supaya masuk form 6. syukur sangat-sangat ^_^

Semalam juga saya terus siap-siapkan segala benda dokumen penting. cehh dokumen bagai. haha. chill chill.

Dannnnn. pagi tadi saya bangun dengan semangatnya. kah kah! untuk pergi mendaftar dekat smk bandar tun hussein onn 2. ce try ce try tengok muka happy gua hahaha

ahh lantak buruk ke apa ke. tak edit langsung. yang penting gua happy setelah mendaftar diri untuk kemasukan tingkatan 6. hehehe

Kuang kuang :D masa ni dah balik pun. lepas dah habis semua ceramah, pengumuman, pemberitahuan, pemesanan *masalah ada ke pemesanan ?* merepek apa lah aisyah ni. haha

Bak kata akak form 6 senior waktu dia berucap dekat depan tadi, selamat datang kembali ke sekolah. agak sentap waktu mendengar pepatah ini. yelah yelah dah habis sekolah sambung sekolah balik semula lagi kan okay faham kami terima. okay yelah.  kah kah kah XD

  • Pakej 1 : Jurusan Sains
  • Pakej 2 : Jurusan Perakaunan
  • Pakej 3 : Jurusan Kemanusiaan 
Itu antara subjek-subjek yang ada dalam setiap jurusan. saya kan dapat kemanusiaan. saya ingat nak tukar kepada perakaunan. tapi akak senior cakap kalau ambil perakaunan susah gila. sangat susahnya. baik ambil kemanusiaan saja. hmm pening saya fikir. nak ambil yang mana satu ni ?? perakaunan atau teruskan saja dengan kemanusiaan.

Walaupun nanti form 6 agak susah, lebih baik saya teruskan usaha saya untuk yakinkan diri ni balik supaya tak mengalah macam tu je. saya kena kuat semangat. ayah pun pesan, lepas ni kena fokus belajar. kena betul-betul fokus. form 6 tak boleh bawa main-main. ini bukan macam zaman sekolah rendah atau cinta monyet waktu sekolah menengah dulu *ayat terakhir tambah sendiri* hehe

Alhamdulillah lagi sekali. buat masa ni saya masuk dulu form 6 daripada tak dapat masuk mana-mana kan. tak sangka rupanya ramai juga yang datang waktu daftar tadi. saya tengok macam woahhhh. saya jadi jakun kejap kat sekolah tu sebab baru pertama kali datang. nasib baik jelah tak sesat. haha. dan ramai juga kawan-kawan sekolah yang daftar masuk form 6. okay lah tu ada juga kawan yang kenal :D

jangan salahkan saya tapi salahkan mata itu sebab terkenyit tanpa sengajanya. haha serius. masa ni panas terik jadi mata saya akan mengecil. memang macam tu. kejadian Allah. ayah kat sebelah control macho. kah kah. *yahhh kabe okok tu yahhh. kabe yahhhh*

Sampai sini dulu saya update. nanti ada cerita terbaru lagi, insyaallah saya terus update entri baru tau tau ^_^

Okay jaga diri semua, wassalam. semoga hari ini lebih indah dari hari semalam.

haha

29 comments:

kura said...

yoo. selamat berform 6 lah yee :)

Anonymous said...

ho ho ho..
selamat bersekolah..

Sally Yatiey said...

Congrats :D
Semoga berjaya masuk Form6 dan selamat kembali ke sekolah ^_^

Shahrul94 said...

hye hye aisyah :D
wahh ko da msuk form 6. hehe
aq doakan semoga ko berjaya didunia n akhirat tau ;)
take care tau aisyah kat sne n jgn lupe aq tau hee :D

(yg ikhlas drpd Shahrul :D)

AIRA said...

tahniah awak..saya masuk f6 jugak...moga kita berjaya dgn cemerlang dlm stpm nanati..saya dpt jurusan agama..

syafiqakarim said...

tahniah beb.
apa pun,di mana pun,niat biar betul.
belajar rajin rajin okeh.

Mizz ErMa said...

tahniah sbb da buat pilihan yg bijak..kak adda itu adalah bestie sy dan utk pengetahuan aischa, dia skrg sem last utk dgree di upm..see? msuk form 6, kalo result ok pon boleh smbg dgree kt u..=) tang kos pulak, better aischa tny cikgu kat sekolah tu kot, buakn ape, kalo kita maen ambik je kos, tkt bila da grad nanti, ssh nk dpt keje..kalo ambik perakaunan, da grad nnt of coz lah boleh apply jd akauntan kan? hehe

: : sang drama king : : said...

: : act , dlu masuk f6 jugak . tolak tawaran matrik dgn UM .

tapi bila bg pluang nk masuk IPG , trus kluaq f6 . HEHE .

muhammad zaaid - lanzaafame said...

tahniahhh. goodluck. :D

ShahzCudin said...

doa banyak seupaya diberi kekuatan mengharungi form 6 ni..belajar2 rerajin sampai masuk uni..

syahirooAhmad said...

dari riaksi muka tu terpannncarrr sinar keceriaaa! pilihan yang bijak dik Aisha~!.

syahirooAhmad said...

so lepas ni kena la iron lencana, basuh kasut. kapur / pasang tali kasut.. hihih.. :)

gudluck dea!

..safwani.. said...

hai aisha, dah lama tak singgah sini ;) btw, good luck for ur form 6. theres nothing to be worried. my sis dulu masuk form 6 jgk then dpt result terus dapat UPSI. see, form 6 is best way to pursue degree ;)

izatty fatihah said...

tahniah aischa. rmai org ckp form 6 susah, pedulikan je. stdy kt mane2 pn same. asalkan rajin, insyaAllah blh smbg degree kt u. good luck ya!

lisa said...

Tahniah aischa :) kawan lisa pun ada yang masuk form6. jom belajar sungguh2 balik! :)

adda siempre said...

chayook..chayook..chayook aisha!!! akak hepi sangat bila aisha wat keputusan yang tepat!! tahniah aisha..belajar rajin2 tau...ingat USAHA tu penting..best masuk form6 ni tau..banyak kenangan kita kat sekolah ni akan kita ingat bila abis blajar nt sebb dia tak sama dengan form5 dulu tau..kenangannya manis sangat2..ingatlah waktu sekolah tu la kenangan manis...hehehe!!! buat pengetahuan aisha, akak dulu pon amik kemanusiaan jugak, kalau aisha ada basic ekonomi, amik ekonomi pon ok jugak..tapi akak amik sastera melayu sebab akak memang minat pada ayat2 jiwang sastera ni..hehehe!! dulu, akak amik 5subjek iaitu pengajian am, sejarah, bm, geografi, sastera melayu. MUET pulak wajib amik sebb untuk melangkah ke alam universiti nanti. alhamdulillah result akak, tercalon dalam golongan best student waktu tu.akak nak bagi semangat kt aisha ni..hehehe..do the best n study smart!!!:)

Anaezah : ) said...

Dah masuk F6 memang kena struggle sehabis mgkin :)sy dulu pun amik kemanusiaan.more easily than science.apa pun good luck dlm menempuh dunia F6.

FarhanaLicious said...

form 6 pun okay. kat mana mana pun okay as long as kita belaja betul betul. hehe

laskar pelangi said...

iye cik adik. belajar mana mana pun sama:) dah masuk form 6.nanti leh terus ke degree:)
Goodluck tau :)

Liza Razak said...

good luck in your form 6 dear :)

Hanim Irsyad said...

gud luck my dear.. mane-2 pown boleh blajaa, asalkan niat kite mmg nak menuntut ilmu :)

♥n-amee-az♥ said...

walking here

Nur Aischa said...

@kura hehe okay terima kasih :D

@anonymous siapakah anda ? okay :)

@sally yatiey okay sally ;) thanks tau. insyaallah. haha tu dah semestinya :D

@shahrul94 haihai shahrul, hee~ a'ah dah masuk, terima kasih sgt tau shahrul ^_^ kau pun sama ya, aku doakan utk kau juga. okayokay, terimakasih sgt sgt :')

@aira wahh awak pun sama ?? ;) tahniah juga ya utk awak aira. amin.. insyaallah ya ^_^ oh bagus bagus tu, goodluck utk awak ya aira..

Nur Aischa said...

@syafiqakarim okay bebeh ;D okay insyaallah ika, tu sudah pasti :) thanks tau..

@mizz erma wahh serius ni kak ?? :D laa rupanya kak adda tu bestfriend kak ema ya hee~ okay okay, ohh mcm tu ya. aisyah cuba belajar rajin2 ya kak ;) terima kasih tau kak ema..

@muhammad zaaid-lanzaafame okay terima kasih zaid :)

@shahzcudin ohh okay amin.. insyaallah. doakan kejayaan aisyah ya?? ^_^ ok thanks ya shah.

@syahirooahmad hahaha kelakar la syahiroo ni :D hehe tula, happy sgt. sbb mmg niat nak betul2 sambung bljr. terima kasih ya syahiroo ^_^ a'ah mmg pun, tetiap hari mcm tu. haha okay okay :D

@safwani hai kak safwani ;) ohh yekea, hehe. okay thanks sgt sgt tau kak, aisyah cuba berusaha betul2 lps ni, amin.. wahhh bestnya kakak kak safwani :D okay aisyah pun tak sbr ni nak semangat semula! hee~ terima kasih ya kak ;)

Nur Aischa said...

@izatty fatihah okay awak, terima kasih ya ^_^ a'ah betul tu,saja nak buat lemah semangat kan :( betul betul,aisyah setuju dgn izati ! ;D ok insyaallah, atas kehendak-Nya kita berjaya ;) amin.. terima kasih ya awak

@lisa hehe okay lisa ;) thanks ya lisa. wahh bagus2 tu :D okay jum jum! ^_^

@adda siempre hihihi~ wah berkobar-kobar semangat aisyah ni jadi tau kak :D Alhamdulillah kak.. bila aisyah fikir2 balik bljr kat mana2 sama saja yg penting niat belajar kita kena betul kan kak ^_^ terima kasih ya kak sbb sudi bg aisyah kata2 semangat akak. aisyah rasa happy sgt ni. hee~ ohh akak ambil BM lah ni, okay okay ;) wahh tahniah ya kak adda! :D chaiyok chaiyok chaiyokkk !

Nur Aischa said...

@anaezah wahh akak pun amik form6 juga ya?? :D a'ah betul tu,kena struggle >,< okay kak ana, terima kasih sgt2 ya. InsyaAllah ya kak ;)

@farhanalicious wahh betul betul betul sgt tu kak farhana ;D terima kasih ya bg aisyah semangat ^_^

@laskar pelangi hehehe ya kak :D insyaallah, itu yg aisyah harapkan lps ni ^_^ okay kak, thanks sgt sgt ya~

@liza razak okay miss liza, insyaallah i'll try my best. thanks a lot ya ;D

@hanim irsyad okay insyaallah kak hanim ;) saya cuba buat yg terbaik. betul betul tu,mana2 pun sama jea yg penting niat utk belajar tu kan. hee

@n-amee-az hai, okay thanks sudi bw sini :D

syakey said...

weee. comel aje pakai tudung skolah. slamat bersekolah! selamat ber from 6!

;D

Farahani Jefry said...

terjumpa blog akk ni. tak sangka akak senior saya! tp tak pernah nampak akak pun dekat sekolah. saya spm 2012.

Anonymous said...

salam,kak.. sye nak tye sklh btho2 pakej dia tu jer ker?