Friday, May 18, 2012

Alhamdulillah. Semuanya Okay.

Assalamualaikum semua ^_^ semua apa khabar ? semua sihat ? kalau sihat semua baguslah. Alhamdulillah ya semua.


Kata hati dekat dalam ni, baru sembilan hari tak update dah mula rasa cuak kebebeh. acane ni ? aiyoo.


Minggu lepas, hari selasa saya dah daftar masuk form 6 kan. hari-hari berikutnya dah mula kena datang sekolah. sebab ada minggu orientasi. sampailah hari semalam, baru mula masuk kelas. Alhamdulillah, saya buat pilihan untuk ambil jurusan Perakaunan. berdasarkan minat yang tak boleh langsung ditapis ni, saya tetap juga untuk teruskan ambil subjek febret saya tu. tak boleh dinafikan, saya rasa macam nak gigit-gigit subjek akaun tu sebab dah febret sangat *apa yang saya cuba sampaikan ni ?* okay-okay kawal emosi.


Saya harap saya buat pilihan tepat. Amin. tapi.... *ada tapinya* dalam jurusan Perakaunan ada subjek Mathematics Management. subjek ni ada sikit-sikit sambungan daripada Addmaths masa sekolah dulu. serius. suka sangat kat addmath. tapi cikgu Mathematics Management saya tu cakap, sangat susah subjek ni. kental punya susah dia. lagi buat imanku tergugat T.T hari ni baru mula belajar. minggu depan cikgu nak buat test. habislah eden. kena lah buka balik & buat semula latihan-latihan addmaths yang dulu. huhuhu struggle struggle.


Okay, relax. tarik nafas hembus nafas. okay dah.


*****
Petang tadi, saya pergi jogging dengan adik dekat lake valley, bandar tun hussein onn. bersemangat & berjiwa kental ni nak kurus ramping macam Hanis Zalikha. hahaha tak tak, gurau bebeh.

amaran lembut : "jangan berani-berani kata gua dah berisi"

Bukan apa. niat di hati betul-betul nak bersenam petang tadi. dah lama sangat tak jogging. sedih betul. apa lagi, berlari lah saya dengan adik keliling lake valley tu macam orang tak siuman. kah kah. woi eden siuman lagi lah.


Kebetulan ayah cuti hari ni, saya ambil kesempatan sebaik mungkin untuk pergi lake valley. apa lagi, saya drift pergi bandar tun hussein onn dengan adik :D terbaik.

Okay sekian. tammat. haha. habis sampai sini je dulu. kang cerita panjang-panjang tak ada siapa yang nak baca. sedihhhh. haha.

Eh awak awak awak & awak semua yang sudi komen pada entri lepas , terima kasih berjuta lemon aisyah ucapkan sebab bagi semangat untuk saya teruskan belajar Form 6 :') saya hargai sangat-sangat. semoga Allah membalas jasa baik awak awak awak & awak semua. Aminyarabbalalamin. Alhamdulillah, setakat ni berjalan dengan lancar. semua okay, baik-baik jea. hehe

Terima kasih sudi baca awak semua. wassalam ^_^

14 comments:

asma salsabiila said...

ahhh bencik! pergi lake tak ajak..

kura said...

dah kurus daaaaaaa tuuuu :0 hahha

muhammad zaaid - lanzaafame said...

selamat form 6. haha, dah adee lesen kete. :DD

syafiqakarim said...

haaa.gituw lewww
belajar rajin2 jgn cepat give up ok

adda siempre said...

wahhh,,,p joging x ajak ek...meh p jog kt UPM....ladang buah luas terebntang..hehehe:)

huda_sepet96 said...

whoo,comel gila bawa kereta : )
btw, congrats + good luck masuk form 6!

Mizz ErMa said...

baguslah kalo mcm tu..mungkin kepayahan perakaunan tuh akan sedikit berkurangan dengan minat yg aisyah ade..hehe btw, wah..cool lah baru dpt lesen da berani bawak keta..hik3,

FarhanaLicious said...

Okay la tu. takpa, kadang cikgu saja nak gentak. hehe. btw, masa drive tu ada menyandar tak? nampak tegang aje. hehe ;p

syahirooAhmad said...

:D adehh suke baca diari adik ku yg sorangni... diari dak sekolah! hahaha

Teenager Housemaid said...

lama dah tak jenguk sini..:)

kurus je la awak ni..takde gemuk pun..:)

nuha ahmad said...

nak follow cni comel :)

Nur Aischa said...

@asma salsabiila hehehe as pun pergi lake takda ajak kita :'(

@kura serius ni? haha tak la gemuk juga tu :(

@muhammad zaaid-lanzaafame okay okay :D bulan 2 yg lps dah ada ^_^

@syafiqakarim okay kak iqa ^_^ insyaalah, terima kasih kak ika

@adda siempre haha pergi dgn adik jea ni kak :D eh kak ada study kat upm kea??

@huda_sepet96 haha takda la dik huda,muka akak ketat je masa ni XD okay okay,thanks ya ;)

Nur Aischa said...

@mizz erma okay kak ema :3 insyaallah. aisyah pun berharap mcm tu juga. atas minat kita kan kak :) haha tak juga kak ema, ni pun bawa muka ketat jea :D

@ farhanalicious tula kan kak :( cikgu tu pun ckp seram jea.. masa drive tu kejap sandar kejap ke depan. hahaha a'ah mmg pun kak, masa tu muka ketat jea ;D

@syahirooahmad haha ish diari dak sekolah ? :( haha

@teenager housemaid wahh rindu kat akak :( lama tak blogging kan.. hehe tak tahu la kak :D

@nuha ahmad wahh okay thanks ya nuha ;D

syakey said...

tengok gaya bawak tu macam tak drift pon :P

kalau drift ni muka kena ganasssss sikit :P