Saturday, January 21, 2012

Ice Skating Luncur Ais Luncur Ais Ice Skating ?

Maka, tamat lah entri yang berpart- part sebelum ni. kah kah kah kejam sungguh patik kerna melampaui batas membuat part demi part untuk entri bergambar sebelum ni. tak apa la, bukan selalu kan. jika musykil dengan pendahuluan ini, sila rujuk kepada entri blog sang cinta saya yang sebelum ini.


Assalamualaikumwarahmatullah semua, Anyeong Haseyo! :D


Pernah ingat tak, ada antara satu entri saya. saya menyatakan bahawa saya nakkkkkk sangat main ice skating. ice skating luncur ais. luncur ais ice skating ? deyy, sama jelah tu. *google translate* itu antara hasrat saya yang saya nak sangat lakukan bila dah habis SPM pada bulan disember yang lalu.


Akhirnya, berjaya juga saya mencapai hasrat bermain luncur ais. iaitu pada


TARIKH : 9 JANUARI 2012.
TEMPAT : SUNWAY PYRAMID.

Saya dah kepam terlalu lama potret-potret di bawah semua ni. kasihan potret-potret ni. berilah mereka peluang untuk membahagiakan perasaan tuan belog yang punya teruja eksaitednya pertama kali dalam hidup baru kini dapat main luncur ais hoyeah !

Saya bukan nak pergi Pelabuhan Klang tapi nak main ice skating! *eksaited tahap bedebah lagi* eh silap, maksud saya stesen yang kami turun di Ktm Subang.

Makwe baju biru, Fyfa Rashid. makwe baju pink, Adila. saya mana? saya tukang amik gambar ni lah, masa ni kitorang kat kl sentral. kitorang naik ktm dari Serdang then turun kat KL Sentral lepas tu tukar aliran Ktm untuk ke Ktm Subang.

Lihatlah dunia, betapa gembiranya air muka saya dan fyfa sebelum main ice skating. hahaha ya allah, serius saya cakap ni memang rasa teruja sangat nak main luncur ais. dari ktm Subang kami merempit naik bas mini untuk sampai ke Sunway Pyramid. terbaik.

Saya dengan Adila. hurray dapat juga jejak sini. memang saya macam jakun sikit kali ni, al-maklum jarang-jarang nak pergi sunway pyramid. jauh sangat dari rumah.

Cuba tengok seluar saya di bahagian lutut basah teruk sebab jatuh tiga kali. gedebuk sikit kat atas ais tu, tertonggeng saya ke depan. haha! yang adila pula asyik terjatuh terduduk, saya boleh bayangkan macam mana rasa sakitnya punggung itu. hmm

saya berdiri dengan gagah perkasa satu

saya berdiri dengan gagah perkasa dua

saya berdiri dengan gagah perkasa tiga dan..

saya terpejam mata tersipu malu. auwwchak! hahaha tak ada lah gurau jea XD

Sebenarnya masa tu saya, fyfa dengan dila keluar nak pergi beli nombor unik id untuk apply upu, tanpa dirancang tiba-tiba akal saya terdetik nak pergi main ice skating. saya cuba lah ajak dorang, dorang pun bagi respon green light, lepas tu apa lagi. teruslah pergi. hehehe

Fyfa yang paling kelakar. dia tak main sangat sebab takut-takut. sebab tu dia tak ada jatuh langsung. nasib baik lah ada kawan baru ni ajar dia cuba-cuba main. siapa dia? tunggu gambar yang di bawah ni. pewit.

Memperkenalkan boypren baru fyfa, jeng jeng jeng! haha mana ada lah. acah je. nama dia Navin. dia bukan hindustan bukan abangla bukan bollywood. tapi dia campuran hindu dengan sikh kalau tak silap.

Taraa ! yang sebelah dila tu nama dia Ilango yang sebelah saya tu Navin. ini lah kawan baru kami masa cuba-cuba main ice skating tu. tetiba je tegur kan kitorang pun okay jela. kawan biar beribu ^_^

Masa ni dah habis main pun, tiba waktu untuk balik.

Keluarlah engkau wahai kasut yang masam. punya payah nak buka masa ni.

Dengan kuasa muka berminyak serta penat lelah saya cuba gagahkan diri untuk main ice skating, saya masih tak berpuas hati rasa nak main lagi ! hahaha tapi apakan daya, rumah pun dah panggil-panggil kami untuk balik. ada masa nanti kita main luncur ais lagi ya.

Tiga hari lepas main ice skating tu, lutut saya lebam teruk. kedua-dua belah lutut saya lebam. itu pun mak saya yang perasan, bila saya tengok lutut sendiri terkejut gila. saya boleh tak perasan lutut saya jadi macam tu, haha tak ada deria rasa langsung sebab memang tak terasa sangat. lepas tu terus bubuh ubat. takpa, pengalaman mengajar saya. apa pun saya happy sangat masa tu :D

Sekian kegembiraan tuan belog sang cinta, Aisyah. hehe wassalam~

27 comments:

eiyzniey said...

Ewah3..
Best nye dye mainnn..
Tapi yang smpai xsedar ltut dah bengkak tu mmg laaa aisyah ni..
Pegi pkai ubt yee..bru cepat oke.heee

Fikri said...

Huyoo.. mcm best ja. nk p try gk la nt. Hehe.

Nurul Iman Rosman said...

seumur hidup tak penah lagi ice skating, tapi berkasut roda penah.

ala, dedua tu mcm lebih kurang je kan. hehe, memandai je ;)

Teenager Housemaid said...

whoaa..bestnya..saya teringin nak ice skating! :(

alyaclumsy said...

argh! bestnya! jeles. hehe. teringinnya saya, hikhik

LiLy @ MumMyQiStInA said...

Bestnye..
akak tak pernah ice sketing ni.. X reti.. :)

Kazen said...

untunglah dpt pegi men....nnti sy pun nk pegi jgak lah men smpai lebam haha :p

Cetusan Terkini | 6 Sikap Blogger Super !!

~Nana BamBam~ said...

fuhhh....syok tuuu...nana teringin gak nak main ice skating tuh..hum.

EyqaLuvender said...

bestnye syg!
nnt ley ajar akak ice skating eh?
teringin nk maen gak...

zakirul rahim said...

wow! syok..tapi lagi syok bile awak ajak saye echa..haha!

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Saddila said...

kehkehkeh kalau akak main tu , kompem jatuh terbungkang. tak pun bergolek2 . tapi serious memang best.

-Incek Fik- said...

amboiii.. sakan dia ekk main ice-skating~

mesti best kan?

pengalaman jatuh tu la yang paling manis, tipu la kalau first tyme luncur dah hebat siap berpusing-pusing kat atas ais licin tu hehee..


fik pon pernah jatuh gak dulu.. tapi buat muka tebal dan bajet kontrol ayu..

ehh?!

..kontrol hensem

Nur Aischa said...

@eiyzniey hahah first time kak :D tula psl,mmg betul2 tak prasan. ya allah,pelik betul dgn diri sndri ni.. haha! okay kak,dah baik pun lebam tu ;)

@fikri hehe ok ok, nanti cuba pergi sana ya :D

@nurul iman rosman takpa2, main roller blade tu pun lebih kurang sama jea dgn ice skate tu. tahu takpa, haha

@teenager housemaid nanti kita pergi sama2 nak tak?? ;D

@alyaclumsy haha chill sis, takpa. one day sis mesti pergi sana jugak nya ;D

@lily @ mummyqistina aisyah pun mula2 tu tak reti tp bila dah cuba2 tu sikit2 dah mula okay la :D

Nur Aischa said...

@kazen pertama kali ni, haha. okay,sampai lebam ya!! :D

@nana bambam jom lah kita pergi kak, nanti aisyah boleh ajarkan sekali :D

@eyqaluvender hee hai kak iqa! :D oh boleh boleh, nanti aisyah ajarkan tau wee~ :D

@zakirul rahim hahah ambui zakirul :D tp kirul jauh kat johor sana mcm mana nak ajak, haha

@emmet awak terima kasih ya. serius blog ni biasa2 jea :D okay okay. hee

@saddila aisyah pun sama jea kak, haha sakit jugak lutut masa tu :(

@incek fik hahah a'ah bestbest :D betul tu, sokong sgt! hahaha sama lah,control jea kan. biar lah org tgk, asalkan kita jatuh tp boleh bangun balik smula :D

shera haifa said...

teringin nak main ice skating gak.. tp bila laa leh main nie..huhu

fathiahRAIHANA said...

wah wahh syioknya depaaa ^^
terasa mcam dlm boys over flower plak eh main ni, heee. dah ada dua hero dah tuu :P

Rashid said...

Lutut basah itu tandanya aischa seorang pro .. tentu terbang bagai. haha!!.

Saya cuba gambarkan bagaimana le agaknya aischa terlentang bagai tuu masa main luncur ais ..

littledolphin said...

saya tak pernah berani nak main.huhu


macam best lah pula.tapi takut nak cuna. T_T

LelakiSemalam said...

tak suka sebab selalu sangat baring atas lantai tu...hehe

aidabeelicious said...

Untunglah dia dah habis sekolah boleh pegi main T^T

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

huyoo ice skating :D best giler

syakey said...

kalau tgk ice skating, mesti tringat cta korea. hahaha. scene wajib ada. XD

saja ja tajuk nak memanipulasi org ye :P

Nur Aischa said...

@shera haifa takpa dear, one day awak mestidpt main punya. tu pun susah oh masa mula2 nak bljr :D

@fathiahraihana hahah! wahh terselit dlm korea nih :D hahaha itu hero hindustan la.. XD

@rashid eh takda pun la, baru first time tu sbb tu byk jatuh haha. wahh, mmg sakit oh masa jatuh tu.. :D

@littledolphin best sgt awak, cuba lah nanti. mula2 tu mmg takut gak, tp lama2 okay jea ;D

@lelakisemalam hahaha okay lah takpa la :D

@aidabeelicious haha tak nanti aida dah habis spm boleh la main tau ;)

@muhammad saiazuan norhalik kali pertama ni.. haha!

@syakey wahh, mmg ice skating berkait dgn crita korea kan. haha tula, saja2 jea kan XD

AzwanRamli said...

Fuh,rajin giler travel...Poket penuh xpe.haha

Time Traveller said...

lama tak main ice skating nie..
since balik malaysia dua tahun lepas..

have fun :D

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.