Saturday, July 7, 2012

Teruja Diiringi Sedih.

Assalamualaikumwarahmatullah semua ^_^ 

Saya dah janji dengan diri sendiri nak update belog sang cinta hari ni. dah sebelas hari blog ni membusuk. sedih T_T kasihan blog ini dianaktirikan. ohh blog sang cintaku~ maafkan daku~

Walaupun blog saya ni tak berupdate. saya ada je dalam dunia blog. saya selalu blogwalking. saya pun nak tahu perkembangan rakan blogger saya. kalau tak mesti rindu teruk dekat dunia blogging ni.

Memandangkan dan berkemungkinan ini entri terakhir dari saya sebelum saya pergi berjuang. kahkah. maksud saya, esok pagi saya dah kena bertolak ke pulau pinang. daftar asrama politeknik seberang perai hari isnin 09 julai. daftar pengajian pelajar hari selasa 10 julai. jadi esok saya memang kena stay up dulu dekat penang sana. sekali nak tahu kawasan situ. nanti senang sikit kan.

Banyak benda yang saya kena uruskan sebelum ni termasuk beli barang keperluan. keperluan ke aisyah ? macam banyak je yang nak kena bawa pergi penang nanti. habis saya bedal semua bawa pergi penang. hahah. mak pun kata, macam nak pindah rumah pun ada.

kepada adik, nanti rindu nak peluk kau. rindu nak buli kau. rindu nak kongsi cerita dengan kau. rindu rebut barang dengan kau. rindu tidur sama dengan kau. rindu gaduh dengan kau. kau selalu dengar lepastu jadi doktor cinta aku kan? haha! tah pape je. terimakasih adikku.

Dekat sana nanti saya taktahu bila ada masa untuk update blog lagi. bila ada masa nak blogwalking lagi. mesti rindu dekat blog. mesti rindu punya nak blogwalking. rutin harian kot. arghhhh. apakan daya.

Harap awak semua, rakan blogger saya. tengok-tengokkan lah blog sang cinta saya ni ya? kalau ada apa-apa pesanan tinggalkan dekat ruang komen. InsyaAllah ada masa saya mesti terjah blog kalian semua.

Yang Sedihnya.... hm

Malam tadi, iaitu hari jumaat sewaktu dengan nisfu sya'aban. Nenek (mak belah ayah) saya pergi buat selamanya. nenek menghembuskan nafas yang terakhir malam tadi. saya sedih teramat sangat malam tadi :'( dah la nenek jauh, lepastu nenek pergi tinggalkan kami semua T_T sekarang, semuanya tinggal kenangan.

sayang nenek. gambar ni tinggal kenangan. Al-fatihah buat arwah nenek.

Jadi saya fikir. hari ni macam perantaraan. esok saya dah kena pergi penang. semalam pula nenek pergi buat selamanya :'( semangat ke saya nak pergi penang nanti ? ya Allah.

Dugaan yang datang memang tak kira waktu. bila-bila je boleh Allah turunkan. harap kita tabah hadapinya. amin.

Tak lama lagi nak puasa, rindu bulan puasa. nampak gaya saya kena merasa puasa dekat penang lah hehe. semoga kita dapat tingkatkan lagi amalan kita ^_^

Kenang saya dalam doa kalian semua ? hehe. aisyah ucapkan goodluck untuk kawan-kawan yang akan ke politeknik juga esok. sama-sama lah kita berusaha. chaiyok !

Ada masa saya akan update blog. pasti. saya ceritakan semuanya bila dah dekat sana nanti. doakan kejayaan saya di sana dan saya mendoakan untuk kalian semua juga. aminyarabbal alamin.

Yang bakal tersiksa jiwa kerana merindui dunia blog, nuraisyaah binti syahrial. lagi satu jangan pernah lupa saya. tau.....

Sekian, wassalam. terima kasih sudi baca ^_^

Monday, June 25, 2012

Zaman Kanak-Kanak yg Happening.

Assalamualaikumwarahmatullah ^_^

"Sebelum tu. saya nak sarankan bahawa entri kali ni cuma kepada anda yang gigih membaca sampai habis. bukan klik scroll dekat tepi tu sampai habis. hehe sekian"



Bertemu lagi kita setelah dalam tempoh sepuluh hari langsung saya tak update belog sang cinta ni. okay okay kali ni saya up entri.

Sebenarnya, saya belum bertolak lagi ke Penang. lambat lagi, ada dalam lebih kurang campur tolak darab tambah bahagi. hmm 12 hari bermula esok. kih kih. pendaftaran politeknik bulan julai depan. okay dah bukan itu yang saya nak cerita :D

Jadi kita santai dulu dengan entri ini. tetiba tetiba dan tetiba jadi rindu dengan zaman gemilang masa kecik-kecik dulu. kecik-kecik ok kecik-kecik haha serius rindu. mentang dah nak pergi jauh en en. baru nak terkenang en en en.

Maka, bermulanya al-kisah si nuraisyaah binti syahrial ketika dahulu kala. takda dahulu kala sangat. haha

masa gua masih bayi bersama mak gua. lalu dibaringkan atas meja dan terhasil lah effect pantulan muka gua. guagua. masuk gua batu caves sana. haha

maaf maaf. tu cuma gurau-gurau jea. jangan ambil serius :-D

kecik kecik pun dah pandai berinteraksi dengan kamera. aiyoo. gedempol juga saya masa ni hahah

  • Ulat Bulu berbulu bulu.
saya ingat lagi. masa tu dalam umur 3/4 tahun. saya ada nampak ulat bulu mati. warna dia hijau. disebabkan warna hijau nya tu attract perhatian mata saya, saya ambil lepastu goreng goreng dalam pasir dekat depan rumah. saya gaul ulat bulu tu dengan pasir. kira macam main masak masak ah haha. kesudahannya, malam tu terus badan saya gatal-gatal. habis satu badan ada bintik gatal-gatal pastu mak kasi mandi lalu menangislah saya tak berlagu. gila teruk gatal dia tak terhingga. nightmare betul masa tu.

  • Jari tangan tersepit.
tak ingat masa ni umur berapa. mungkin dalam 4/5 tahun macam tu. dulu dekat rumah lama ada satu kerusi besi yang jenis boleh lipat. tengah bosan, saya duduk dekat kerusi tu. sampai satu tahap saya masukkan jari dekat lubang pemegang tangan. lepastu saya ke adik saya, main-main dengan kerusi tu. kitorang gerak-gerakkan pemegang tempat letak tangan kerusi tu dan jari saya tersepit. lepastu kulit jari saya terkoyak, kalau boleh nak terputus dah. pehhh sampai sekarang ada lagi bekas garis parut dekat jari telunjuk kiri ni. melalak saya satu rumah. kui kui. nakal betul !

tu dia kerusi besi yang saya maksudkan tadi, di kiri gambar. style jugak masa ni main beskal ada dua roda belakang. kah kah muka eksaited dapat beskal baghu.

waktu tadika. hehehe
  • Main kahwin kahwin.
masa ni main kahwin-kahwin dekat depan rumah. saya kena kahwin dengan kawan saya juga, budak perempuan. yang pengapit kipaskan kami guna penyapu. lepastu ambil lah segala bekas mangkuk periuk mak punya untuk dibuat kompang. hidung berhingus pun tak reti nak lap lagi dah mengada nak main kahwin-kahwin. hahaha

paling kanan gambar tu saya. kan sopan ni pakai baju kurung. haha
  • Pistol kayu.
tak silap waktu ni tengah popular main pistol kayu. sepatutnya ni permainan budak-budak lelaki tapi saya dengan adik main bedal jugak dan gigih buat pistol kayu sendiri. peluru dia kami guna biji buah yang dekat pokok apa entah. tak ingat. bila teringat balik, ganas juga saya waktu kecik dulu. meraban ikut permainan budak lelaki. kah kah. tapi jangan awak semua fikir saya ni terrorist. jangan jangan XD

  • Panjat lori babu.
lori babu ? haha. lori babu yang saya maksudkan disini ialah lori yang datang rumah ke rumah waktu malam. yang ada jual roti, cekedis, cokelat, air tin, gula-gula. macam-macam lagi. target je pukul 10 malam, mesti dah ready dekat depan rumah untuk beli jajan dekat lori babu tu. ada satu malam tu, lori babu belum sempat berhenti & matikan enjin lagi. saya dah pecut dulu & panjat dekat belakang lori tu. mak dengan jiran terkejut tengok saya masa tu. nasib baik lah masa tu lori babu tak jalan laju. HAHA. mak aihh dahsyat betul aisyah ni masa ni kecik.

waktu ni ada majlis harijadi adik saya yang ketiga dekat belakang tu :D

kan dah kata. saya berkomplot dengan budak lelaki je masa ni. hahah

masa kecik saya sexayyy. haha. sebelah tu adik saya.

percayalah yang ini memang betul-betul gua. hahaha apa ni apa ni. eksaited nak ambil mainan dalam beg kertas tu.

sebelah tu saudara saya. tembam betul. haha
  • Baling-baling selipar.
waktu ni rasanya masa sekolah rendah. tengah seronok-seronok lari supaya tak terkena dengan balingan selipar tu, saya terjatuh. habis muka saya tersembam dekat atas simen tu sampai dagu saya luka kena batu tajam-tajam tepi longkang. apa lagi, melalak juga lah jawabnya dekat situ. semua orang terkejut tengok saya terjatuh, nasib baik ada jiran tolong angkatkan saya bawa balik rumah. kan dah kata masa kecik saya memang lasak betul.


  • Main lompat getah.
saya, adik dengan kawan-kawan main lompat getah. saya pun dah tak ingat apa nama game ni. aduy aisyah kenapalah kau lupa. maklumlah permainan orang dulu-dulu. zaman 90-an lah katakan haha. masa main ni kitorang ikatkan getah tu dekat besi tingkap antara rumah-rumah. masa ni duduk dekat rumah flat batu 10 cheras. (tolonglah faham & bayangkan apa yang saya cuba ceritakan ni haha). masa turn saya nak lompat, ada pakcik india tu lalu dekat tepi. dia pergi angkat tali getah tu sampai buat saya tersadung & terbang macam superman dekat situ. terus dada ni tak boleh nak bernafas. adik pun cuak je tengok saya masa tu. tak lama lepastu nasib baik dah okay. fuhhhh lemah jantung. rasa bengang pun ada masa ni tengok pakcik india tu, boleh lagi jalan buat muka tak bersalah. deyyyy. kahkah

  • Main tarzan tarzan.
main dengan adik & kawan-kawan. masa ni ada pokok dekat belakang rumah, kami panjat dekat ranting tu sambil jerit-jerit buat suara tarzan. hahaha gila oldschool masa ni. saya percaya, awak semua pun mesti pernah buat macam ni waktu kecik dulu ? haha

  • Peminat misteri.
masa ni darjah 2. selalu ada budak darjah 3 ni ikut ke mana saya pergi. selalu je intai intai dekat luar tingkap kelas. pernah dia tinggalkan (hadiahkan) pensil shaker dekat atas meja. saya tak suka kat dia. saya lagi takut adalah bila dia suka buat gangguan macamtu. sampai satu tahap saya dah tak boleh tahan, saya menangis dalam kelas. semua kawan dalam kelas tengok. malu betul rasanya. sebab tu je pun mengada nak nangis. haha

ni masa darjah 3. aduh skemanya muka. hahah

  • Masuk longkang.
kejadian masa darjah 3. waktu tengah hari nak pergi sekolah kebangsaan, saya dengan adik jalan untuk tunggu van sekolah datang ambil. masa tengah jalan berhampiran longkang tepi taman, dengan matahari terpacak atas kepala. saya rasa macam nak pitam. saya pengsan terus terjatuh masuk dalam longkang tu. saya tak sedarkan diri sampailah adik jerit jerit panggil saya, baru saya sedar. saya terbaring dalam longkang tu. hahaha. syukur alhamdulillah, saya tak apa apa. baju pun tak basah & tak kotor langsung. nasib baik longkang tu kering. tapi memang pelik, rasa macam mimpi. mungkin tak makan tengah hari waktu tu. apalah aisyah ni.

  • Surat cinta palsu.
masa darjah 3 juga, saya dengan kawan sebelah bersekongkol buat surat cinta palsu untuk sorang budak lelaki dalam kelas saya tu. kira macam nak kenakan budak tu la hahah. tengah saya tulis tulis, tiba-tiba cikgu muncul dekat tepi tingkap. dia hulurkan tangan minta surat tu dari saya. habis terkantoi, cikgu pergi baca dekat depan kelas. malu saya tulah padan muka siapa suruh jahat sangat. hahaha. saya ingat lagi nama cikgu kelas saya tu, cikgu Zainal Abidin. cikgu, cikgu sentiasa dalam ingatan saya cikgu.

  • Masuk nasyid.
cecah je umur 12 tahun, baru rasa matang & dah besar sikit. sikit je hehe. waktu ni dekat sekolah agama, saya masuk pertandingan nasyid. saya jadi pemain tamborin. serius kitorang dapat main sampai peringkat daerah. kalau tak sikit je lagi nak ke peringkat negeri. tapi tak ada rezeki, sampai daerah pun okay lah tu ^_^ lepas ni sesiapa boleh la ajak saya join kumpulan nasyid. haha

ini lah satu-satunya patung power rangers yang kami ada waktu kecik dulu. serius gambar ni memang epic.

Kisah suka duka zaman kanak-kanak. memori daun pisang. dan pengalaman yang telah saya lalui selama 18 tahun di muka bumi ni. sedikit sebanyak saya kongsikan di sini untuk tatapan anak cucu cicit di masa depan kelak. kah kah tak ada la gurau jea.

Sharing is caring kan :D

Semua yang saya ceritakan dalam entri kali ni berdasarkan kisah benar. tak ada kompromi. kalau tak percaya juga boleh tanya mak ayah saya. adik saya. kawan-kawan & jiran-jiran rumah lama saya. kawan-kawan sekolah rendah saya. mihmihmih~

Lagi satu minta maaf sangat sebab tak susun gambar dengan betul. malas nak edit balik hahah. saya cuma kongsikan apa yang saya rasa untuk lebih kenal lagi & takkan pernah lupa kenangan di zaman kanak-kanak kita.

dan kini, saya yang berumur 18 tahun. hehe peace.

Anda pula bagaimana? kongsikan lah juga ^_^ sekian, wassalam.

Terima kasih sudi baca~

Thursday, June 14, 2012

Selamat Tinggal Tingkatan 6.

Assalamualaikumwarahmatullah & hai. hai itu bunyi macam hye. ya, hai. hey hey pun boleh. apalah ni aisyahhhhh.

Memori bersama kawan-kawan tingkatan enam junior di smk btho (2). cuma seketika. tak lama kekal sehingga betul-betul tamatnya satu tahun setengah.

Tiga minggu demikian sebelum cuti panjang itu yang kita sempatkan bersama-sama untuk horey horey di sekolah. tapi lepas ni tidak lagi. 

Semalam. saya dengan faezah pergi sekolah sekejap untuk hantar surat berhenti tingkatan 6. kami berhenti sebab dapat tawaran kemasukan politeknik.

Macam tak sangka. saya tengok ramai kawan-kawan lain yang dapat masuk politeknik juga. syukur dipanjatkan kepada Allah dapat juga menyambung impian & minat masing-masing.

Aini Omar & Aini Afifah saja gegirl yang kami sempat jumpa semalam. beruntung dua-dua nama sama :D

dari kidal gambar : Aini, Aini, Faezah, Amirul.


kamu kamu kamu telah buat saya bahagia semasa berada di smk btho (2) itu. hehe

Itulah umpama pendek kata. rezeki manusia lain-lain. dimana-mana tempat pun kita boleh dapat kurniaan rezeki tu. Alhamdulillah saya dapat juga tawaran sambung belajar di politeknik.


Rasa macam sedih ada. sebab kena tinggalkan kawan-kawan kamcing dekat sekolah tu dan saya sendiri dah mula rasa selesa dengan environment sekolah tu.


Gembira tu memang melampau-lampau eksaited bagai. biasa lah aisyah kan. haha tidak tidak. sebab rasa bersemangat nak teruskan minat & impian yang dah lama saya inginkan.

sewaktu bergambar berdiri di ambang kepanasan disitu, adik-adik dari tingkap kelas dekat atas tu bertindak jakun. membuat bunyi cencurut yang berbagai. haha kami pedulikan saja.

Kawan-kawan lain semua ada geng dapat masuk politeknik yang sama tapi saya. saya aloneee. lagi sekali aloneeee~~ kah kah. tak juga sebenarnya sebab ada seorang kawan lama dapat politeknik yang sama dengan saya. siapa yang dapat menjangka. kawan sama-sama sekolah rendah masa nak ambil upsr, kawan sama-sama sekolah rendah agama masa nak ambil psra.

Setelah 5 tahun tak berjumpa lagi selepas tu, akhirnya kami ditemukan di politeknik yang sama. jurusan pun sama. itulah jodoh namanya. ehem. kita dua macam ada chemistry kan. hahah. 

"nonono. kawan saya tu perempuan lah, bukan lelaki" kuang kuang :D

taraa. saya dapat dekat penang. nasi kandar mari.

Mula-mula dapat tahu tu rasa macam. JAUHNYA. maksud saya nanti jauh dari keluarga di sini. tapi saya terima dengan hati terbuka. dalam erti kata bahasa inggeris yang lain, come to the mama.

Ramai kawan-kawan cakap, lepas ni kalau balik sini loghat utagha lah nampaknya. okay okay saya cuba belajar nanti. haha. Alhamdulillah, mak ayah pun sokong untuk sambung belajar dekat sana. di negeri orang, belajar berdikari. pandai bawa diri.

Selamat tinggal sekolah. selamat tinggal semua kenangan 3 minggu dan kawan-kawan di sekolah ni. *sebak*

Keseluruhannya saya jadi penganggur lagi sekali di rumah. aiyoyo.

Sekian, wassalam. terima kasih sudi baca ^_^

Monday, June 11, 2012

Jelajah Bukit Broga.

Assalamualaikumwarahmatullah.

Tak patut saya biarkan entri 1 week ago terbantut diam seribu bahasa begitu saja. sepatutnya saya terus dan terus dan terus dan terus bersemangat waja lagi kental merajinkan jari-jemari menaip entri. maafkan saya.

Lagi satu tadi kuaja punya syaitonirrajim lagi biadap kerana membuat saya lena seketika dibuai mimpi sewaktu ingin meng-upload beberapa puluh gambar (hehe) untuk membuat entri baru ini. lalu laptop pun mati. kemudian terpaksa saya hidupkan kembali. nasib baik semua gambar dah selesai dimuat naik. maafkan saya.

Tunggu jangan lari dulu. baru saya sebutkan beberapa puluh gambar (hehe). hampa dah nak lari nahhh. sedih la macam ni. tsk tsk.

 lalala. khemah kami. eh masa ni pergi mana ???

Penuh dengan tanda soal di kepala. sekarang ni baru saya nak mulakan cerita. okay duduk-duduk para hadirin. meh tonton (baca) sambil minum kopi sat. amboi utagha.

Kembali ke penulisan normal. hari rabu & khamis lepas saya pergi kem. kem yang dianjurkan oleh SMK BTHO (2) iaitu dimana tempat saya menyekolahkan diri sebagai pelajar tingkatan enam. kami pergi BUKIT BROGA. hurayyyyyy yahooooo! aisyah, kawal sikit kadar kanak-kanak ribena itu.

Serius ini baru kali pertama saya dapat pergi bukit broga. kawan-kawan semua dah merasa pergi sana. daripada saya tak dapat pergi sana langsung ada hikmahnya saya serta kan diri menjadi fasilitator kepada para pelajar yang pergi kem ini.

Ya saya jadi fasi. kahkah. sebab kami para pra junior tingkatan enam haruslah serta kan diri dalam lingkungan 10 orang untuk menjaga & membantu setiap kumpulan pelajar. bermalam di sana selama satu malam iaitu bertolak pada hari rabu kemudian balik hari khamis.

paling depan gambar gigi taring terkeluar lepastu nampak macam gemuk. saya lah tu hm hm. pedulikan. haha

saya perkenalkan dulu dari kiri :
Baju kuning tak payah ambil peduli orang itu haha, amira, azi.
barisan depan :
Aini, amirul, amira atiqah.

Kesimpulannya itu lah muka ceria kami. bahagia di saat membuli adik-adik. haha. tidak tidak itu tidak benar. tak baik ya uollzzz.

it's showtime. bersedia untuk tutup mata. seronok tengok dorang semangat macamni haha nanti main lagi eh.


dua jejaka fasi yang macam apa dah gayanya dalam gambar tersebut. har har


masing-masing kena belajar berjalan tanpa melihat. kuikui. oh ya ini kumpulan faris si baju biru.


ini orang sempat lagi buat peace. haha kakak abang fasi mereka lah tu yang suruh berbuat demikian.


saya pun tumpang bergambar tanpa adik-adik itu sedari.


okay dah habis permainan tutup mata. rehat-rehat dulu ya. kesian adik-adik ada yang sampai terlanggar tiang gol. kah kah


Di sini saya terangkan. amirul ni sakan bila bergambar. antara semua orang dekat situ dia yang paling semangat untuk bergambar. hampir setiap gambar mesti ada dia. haha 


permainan yang kedua kena buat ukuran kumpulan siapa paling panjang. tak kisah sama ada ikat tali kasut, sambung-sambung kasut, stokin, kain panjang & etc.


termasuklah di penghujungnya, adik-adik ini sendiri yang menyambungkan diri mereka supaya jadi yang terpanjang sekali. dan kerana itu mereka perlu baring sebegini. kihkih


cikgu secara spontan buat macam tu. alahai cikgu XD


saya & amira bersama adik kyrell. jujur saya cakap dia memang pandai menari k-pop. kahkah comel betul.


Bila dah malam, setiap kumpulan kena buat persembahan & kebudayaan. kumpulan si adik kyrell tu pula buat tarian k-pop. lagu gee gee gee - girls generation (peminat korea mesti tahu punya). memang cute sangat tengok dia menari. haha. lepastu masak BBQ. maaf tak ada gambar masa ber-BBQ. hmm

Tiba episod hari kedua - hari khamis. saat-saat yang dinantikan oleh kitaorang semua. tiba masanya nak panjat bukit broga. sebelum subuh kami dah bertolak.
bermulanya jelajah kami mendaki bukit broga. ciehhhh~

masa ni gelap lagi. sesampai dekat atas bukit tu, pehh gerun tak terkata. asalkan jangan tengok bawah je.


adik-adik berusaha dengan gigih untuk sampai ke atas bukit.


indahnya ciptaan Allah di subuh hari ditemani lalang ~


menunggu matahari terbit. ala tak nampak sangat :-(

amirul dengan aini. mereka antara kawan baru saya sejak memulakan langkah ke smk btho (2). korang dua memang best :D

haha haip haip jangan fikir lain. faris ni saya dah kenal lama sejak tingkatan 4 lagi. faris pun sama juga bekas pelajar smk btho (2).

cikgu yang sporting, faris si ketua fasi, kyrell penari k-pop yang comel.

azi, nafisa, amira atiqah. 3 gadis yang manis.

dannn saya sendiri. tangan kiri seperti itu. apakah.

sepatutnya saya ambil gambar amirul dengan aini tapi pergi ambil gambar amira dulu. haha sorry ya korang dua :D

Pakcik berjanggut dalam gambar itu tiada kena mengena dalam cerita ini. harap maklum.

gegirl cantik manis. kesian dia ya penat.

para jejaka hengsemmm. cewah. haha

saya bersama adik hairul nizam, ketua kumpulan 3. dia suka tegur "eh kakak aisyah"

yeahhh we are from group 3 family. suka dengan korang semua. comel-comel betul :D

suka suka suka suka sama kamu semua.

tengok tu. sembunyi disebalik lalang pula. hahah memang kelakar adik kyrell ni.

yabedabeduuu. kami dapat juga mendaki bukit broga dengan jayanya. inilah geng fasilitator kami :D

kami lah warga SMK BTHO (2). yeyeahhhh. macam-macam gelagat adik-adik kita dalam gambar ni.

Sebenarnya ada banyak lagi gambar tapi tak apa. biar sampai sini jea saya update. nanti habis penat kerah tenaga kena tengok gambar satu demi satu. yang setakat ni je pun rasanya macam dah terlebih banyak. hehehe

Ada banyak lagi aktiviti yang kami join. antaranya flying fox, wall climbing & berkayak. serius syok tak terhingga.

Yang selebihnya saya dah masukkan dalam facebook. saya public kan. jadi semua orang boleh tengok ^_^

Buat masa ni saya tak dapat blogwalking secara normal. ini semua internet punya pasal ya allah tak tahan saya dengan kadar kelajuan yang lembab selembabnya T_T

Ada masa nanti saya jelajah blog kalian semua dengan perlahan-lahan. tunggu kehadiran saya. hee~

Sekian, wassalam. terima kasih sudi baca :-)