Thursday, December 22, 2011

Entri Ini Panjang Harap Bersabar dan Baca Satu Persatu haha

Assalamualaikum semua. aisyah kembali untuk update belog sang cinta ni. uww. apa ni. awal-awal lagi dah cinta-cinta haha. hari tu, dalam entry INI saya ada sebutkan kenapa saya tak boleh cari kerja lagi sampai bulan satu kan? ha sekarang ni nak cerita lah ni.

Sebelum tu, boleh tak saya nak sumbatkan dulu gambar-gambar untuk entri kali ni, boleh laa boleh laa ya. mesti lah boleh belog sang cinta saya sendiri kan :D

Rabu semalam, saya keluar dengan kawan kamching tersayang, fyfa rashid. saya ajak dia teman untuk beli kasut. sebab tapak kasut kesayangan saya agak dah kopak sikit. sebelum jadi kopak besar baik saya beli baru untuk persediaan.



Taraa, ini lah dia. kenal kan, fyfa rashid. serius semalam hari yang paling membengangkan buat saya. ada ke patut penat saya cari kasut tapi tak ada saiz yang sesuai untuk kaki saya. saya pusing-pusing satu ts tu, semua kasut yang saya cuba dan suka tu tak ngam pulak dengan kaki ni. ya allah, memang gedabaknya saiz kaki macam dinasour T.T


Tapi jumpa jugak walaupun agak ngam sangat dengan saiz kaki. rembat jelah, asalkan hati dah suka. lepas tu jumpa kawan-kawan lain sekali, syafiqah faizura, hisyam alif, dan amie. terima kasih ya korang sudi jumpa semalam.


Yang paling kiri ni lah syafiqah faizura aka rorra nama terkenal dia. orang biasa panggil dia rorra termasuk saya. hee


Okay okay dah, habis cerita keluar semalam. dah tengah-tengah baru nak mula cerita kenapa tak boleh kerja buat masa sekarang. lambatlah kau ni aisyah. macam ni, sebenarnya.


Tarikh 25dis bersamaan hari ahad, saya akan pergi jauh. jauh sangat ke? hehe. straight to the point, saya kena pergi bercuti di medan, sumatera utara, indonesia. seorang diri. serius.


Eh bergurau jea. maksud saya, dari sini saya kena gerak sorang jea hingga ke sana, mak ayah hantarkan sampai kat lcct. bila naik flight tu sorang-sorang la. saya pergi ke sana selama dua minggu. 7jan baru balik ke sini. bagi saya sangat lama oh dua minggu.


Mula-mula kena pergi padang dulu lepas dua tiga hari baru bertolak ke medan. mak suruh saya tenangkan fikiran dekat sana. maklum budak baru habis spm. kahkah.


Kalau nak tahu kan, aisyah ni berasal dari indonesia. mak ayah aisyah asalnya orang sana, tapi aisyah dengan adik-beradik semua lahir kat sini. padang di sumater barat tu kampung saya. secara jelasnya, aisyah ni keturunan minang kabau. yang macam kat negeri sembilan tu. lebih kurang sama jea cara percakapan dia walupun aisyah ni tak berapa pandai sangat. hehe pardon me.


Yang di medan tu, tempat kakak mak saya. dia yang ajak datang sana untuk sambut tahun baru dekat sana sekali dengan sepupu-sepupu saya di sana. berapa kali sana dalam ayat sebelah ni. mula-mula tu, ayah macam tak nak lepas saya pergi sana sebab nanti macam menyusahkan keluarga orang sana, tapi dah dipujuk-pujuk ayah pun izin kan jugak. sekali lagi banyak perkataan sana haha.


Jadi cuti dua minggu tu, saya memang habis dan penuhkan masa di medan jea. 3jan baru balik ke padang semula untuk jumpa nenek. oh rindu nenek, kesian dia mesti sorang-sorang kat sana :'( tunggu saya ya nenek.


Kawan-kawan, janganlah awak-awak rasa macam tak sangka pulak yang aisyah ni asal dari orang sana. macam tak percaya kan? tapi itu lah realitinya :)


Dan dalam masa dua minggu tu jugak saya tak dapat update belog sang cinta ni. entri ni lah entri yang terakhir buat bulan disember penghujung tahun 2011. aisyah happy sebab masih dapat jadi blogger tegar dan dapat kenal ramai kawan dalam dunia blog ni. seronok sangat kenal ramai kawan baru, tak kira berapa pun umur kawan-kawan yang saya kenal dalam blog ni.


Saya harap, kawan-kawan semua dapat jaga blog ni dengan baik masa saya tak ada kat sini nanti. ni rasa nak menangis nih. haha sudah aisyah.


Bagi adik-adik yang masih bersekolah tu, korang belajar elok-elok tau. serius ni, aisyah rindu sekolah. adik-adik sibuk nak mula kembali bersekolah tapi saya sibuk pergi bercuti pulak. haha


Nantikan update terbaru dari saya di bulan januari, lepas saya selamat sampai ke sini. insyaAllah. doakan saya tak apa-apa dekat sana ya? kenang daku dalam doamu.


Assalamualaikum sekali lagi. bye-bye :)

Monday, December 19, 2011

Mari Support Band-Band Malaysia.

Assalamualaikum. bila mood saya dari hu-ha hu-ha bertukar jadi layan, saya mesti akan buka video-video lagu ni. ce cuba lah awak-awak dengar lagu dekat bawah semua ni. hehe

  • ini lagu dari HUJAN - AKU YANG ASING.
  • kalau hati saya pakat-pakat untuk teringat kat someone, cehhh. mesti saya buka video lagu ni.
  • lirik lagu dia super ohsem. simple tapi jelas untuk difahami.
  • lagi pun saya ni peminat tegar band hujan. 

  • ini pula lagu dari SEVEN COLLAR T-SHIRT - WILD CHILD.
  • lagu ni membina inspirasi dalaman diri saya. haha
  • mereka ni band malaysia juga, tapi kebanyakan dari lagu band ni bahasa inggeris.
  • cuba tengok cara dia menyanyi sambil goyang-goyang main gitar, setai (style) habis. kahkah layan.

  • yang ini pun sama macam yang atas tadi. tajuk lagu FRAGILE.
  • memandangkan hati saya ni mudah fragile, haha so saya memang tangkap habis dengar lagu ni.
  • oh itu pun saya baru perasan yang dalam video lagu ni ada neelofa. siapa tak kenal kan? retis comel & lawa tuh :D
  • memang lagi tambah-tambah awesome ah bila ada neelofa dalam video lagu ni.

  • yang ni pun sama jugak dari seven collar t-shirt - LUCKY YOU.
  • tapi versi lirik punya, setakat ni untuk lagu yang ni tak ada official video lagi.
  • bila dengar jea lagu ni, saya rasa macam kental gila. haha merepek apa mu ni aisyah?
  • keseluruhannya, saya suka dengar lagu-lagu dari seven collar t-shirt.


Apa yang saya nak sampai kan kat sini, marilah kita support lagu-lagu band malaysia, lagi-lagi yang underground tu. mereka baru pakat nak meningkat. kalau bukan kita sendiri rakyat malaysia yang nak support, siapa lagi kan. ye dak?

Tujuan update entri macam gini ? hehe. bukan apa, saja nak share perasaan saya melalui video-video lagu yang kat atas tu. lagi-lagi bila free ada masa lapang dekat rumah, bila bosan saya terjah youtube lepas tu dengar lagu-lagu tadi berulang kali. haha

Terima kasih sudi mendengar & fahami makna dalam lagu-lagu tu. dekat mana lagi aisyah boleh share melainkan dalam blog sang cinta ni kan? hehe. jadi, layan kan aje lah ya.

Semoga hari esok lebih baik berbanding dengan hari semalam dan hari ini. insyaAllah.

Wednesday, December 14, 2011

Saya Penanam Anggur yg Berjaya di Abad Ini.

Assalamualaikum semua sekalian. semua sihat? kalau sihat bagus lah tapi aisyah macam tak berapa jea ni. sejak berapa hari ni tekak macam nak ajak bergaduh jea dengan kerongkong. rasa-rasa sakit tekak tu macam dah datang. dalam banyak-banyak sakit, sakit tekak lah yang paling saya anti basmi habis. dah tu nanti mulalah nak selsema meleleh tu. harap tak menjadi kena cepat-cepat minum air ni.


Ni dah kenapa perenggan pertama panjang sangat? haha maaf ya. aisyah sangat bosan cuti ni. bila dah rasmi jadi penanam anggur yang berjaya, otak pun dah jadi petak akibat kekeringan idea untuk kemaskini belog sang cinta.


Seriusly, bukan tak nak update tapi idea tak datang mencurah-curah untuk update. ish kasi ketok-ketok sikit kepala yang bulat ni. walaupun tak update tapi saya rajin jea blogwalking dekat blog kalian. hehe saya suka saya suka! sambil menari-nari. *mulalah hilang pedoman*


Saya jealous tengok kawan-kawan semua yang cari kerja dan ada yang dah dapat kerja pun. tapi saya tak boleh lagi. kena tunggu bulan satu nanti :( huwaaa syok lah mereka poket dah tebal nanti, tapi saya poket makin nipis. bersabarlah wahai aisyah.


Hari sabtu lepas, saya keluar bercucuk tanam di ladang anggur. eh bukan lah, gurau jea. haha. saya keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan di kuala lumpur. sangat penat sebab berjalan non-stop. oleh sebab saya ni nak kurus ramping, saya ajak mereka berjalan kaki ke klcc dari timesquare menapak celah pavilion hingga ke klcc. kebetulan masa tu asma' dan pakwe nya ehem ada di sana. so sweet.


dalam gambar tu saya paling suka kemeja denim biru, selesa untuk dipakai, tak panas pun tau. kain dia macam jeans tapi bukan jeans, apa pun saya suka sangat lah. terbaik di shopping online KEDAI KIZ . *saya jadi tukang promote kejap* hehe


dan ini. dah kenapa lah saya tengok dalam gambar tu macam saya sorang jea yang terover gelak, walhal kawan-kawan tu tak ada pun gelak sakan seperti saya. kahkah. saya kan happy go lucky. ehem


Kalian, saya nak sangat cari kerja. sekurang-kurangnya tak ada lah duduk goyang kaki kat rumah ni. tapi apakan daya den ni ha, bulan satu baru dapat cari kerja. sebabnya kenapa?? nanti di lain entri saya ceritakan ya.


Sekian, terima kasih sudi baca. memang nampak sangat entri kali ni penuh dengan kecelaruan. haha

Tuesday, December 6, 2011

Dan Akhirnya Mengakhiri SPM.

ASSALAMUALAIKUM. hehehe


mari kita ulang lirik ini mengikut rentak rap.
dan akhirnya, akhirnya, akhir akhir,
akhrinyaaaaa ya akhir,
aisyah dah selamat selamat,
selamat habis peperiksaan spm,
pada pada dan pada,
hari ini ini hari,
HOME SWEET HOME BEBEH.

walaupun hari ini terakhir akhir,
ending of the school the school,
aisyah pun..... kau sambunglah sendiri tak kuasa mak nak bedal lagu hikhok *hiphop* dasar perosak lagu.

*you all nyanyi lagu kat atas ni macam mana? hahaha

YA ALLAH, serius saya bangga dah jadi budak lepasan spm saya ulang lagi sekali spm ya ya spm. hari ni kertas yang terakhir subjek ekonomi asas, sangat mencabar ya hari ni. jawab dengan penuh gopoh gapah. tapi alhamdulillah, saya mampu jugak untuk menjawab. syukur =D

Haa lepas ni boleh tak pakai mekap tebal-tebal eyeshadow blusher semua tu? memang akan disumpah seranah oleh diri sendiri kalau diri sendiri ni pakai mekap tebal-tebal. hmm

Tak jadi lah tak jadi haha. berlatarkan duduk bersila bertemankan kawanku afiqah dan atiqah di depan sekolah sambil menunggu ibu bapa masing-masing diiringi suara sumbang burung gagak sang hitam. fuhh. maksudnya disini, masa tengah tunggu ayah jemput kawan-kawan lain semua dah balik. seronoklah dorang tapi saya duduk bertapa depan sekolah. dengan sunyi nya tapi burung gagak jelah yang sudi nyanyikan suara sumbang mereka.

Syukur sangat dah habis spm. lepas ni mana pakai baju sekolah lagi. sedih sangat walaupun happy dah habis sekolah. pengalaman sekolah yang paling terindah buat diri saya. sekolah tempat saya timba ilmu. sekolah tempat saya dapat kenal ramai kawan. sekolah tempat saya alami pelbagai peristiwa. sekolah tempat saya bergosip juga. sekolah tempat saya syaang cikgu. sekolah juga lah tempat, segala-gala nya. serius sayang nak tinggalkan sekolah. huhu

Dan lepas ni, bersiap sedia lah saya untuk menghadapi dunia baru yang tak ada dunia sekolah lagi. goodbye sekolah menengah kebangsaan cheras jaya.


Selamat tinggal baju sekolah dan selamat tinggal kebahagiaan menempuh hari kesukanan di sekolah.

k saya nak menangis dulu ni, tsk tsk. take care semua T_T