Monday, November 28, 2011

Kenangan Abadi (Entri Bergambar)

Setiap kenangan yang tercipta pada permulaan zaman kanak-kanak merupakan abadi buat remaja yang semakin hampir ke dewasa sampai nak kahwin dan ke hari tua. kehkeh.


Assalamualaikum dan hai semua :D jangan terkejut entri kali ni aku banyak bubuh gambar. tapi versi zaman dulu-dulu punya. hari tu aku dah janji nak buat satu entri mengimbau kenangan dengan kawan-kawan kan. ha ini lah dia. mari-mari dekat. biar gambar yang menceritakan semuanya. bersedialah hadapi gambar-gambar kurang matang kami.




ini arina syahira, permulaan aku masuk alam sekolah menengah dengan arina ni lah yang aku rapat. part paling aku suka kawan dengan dia sebab kitorang satu kepala. ini gambar masa form 2, maaf gambar kurang jelas. guna kamera handphone jea masa tu.


Gambar-gambar dekat bawah semua ni aku dah bertukar sekolah. sangat sedih ya tinggalkan sekolah lama sebab dari kecil dapat kenal dengan semua kawan-kawan yang dari sekolah rendah. aku mula tukar sekolah ke smk cheras jaya balakong pada tahun 2009, masa aku form 3. dari situ la aku mula kenal ramai kawan dan ehem ehem. haha. ceh nak ehem pulak, cakap boypren jea kan sonang ha aisyah :D


ni gambar zaman myspace. kahkah. glamour you amik gambar dalam tandas, macam toilet pavilion kan. serius nak tergelak bila mengingat balik gambar-gambar masa ni.


cinta buatan malaysia ! yeyeahh! hahaha
kan aku dah kata, masa form 3 ni zaman gila-gila kitorang.
 lebih tak patut, masa ni jugak la kitorang naik bas mini terus melencong pergi mines lepas habis sekolah. tambahan pula, lagi dua hari nak pmr pulak tu. haish, adik adik tolong jangan contohi kami berbuat sedemikian begini.


kami lah wirawati kadet polis. semangat kemain nak masuk kawad kaki, kalau nak tahu masa ni muka aku jadi hitam legam. haha tapi best lah :D


Menjelang tahun 2010, muncul lah kitorang ke alam tingkatan empat. ada yang dah pindah sekolah, ada yang dah berpecah. masa tingkatan tiga dulu kami ada geng, tak menahan nama geng nya CHOMOT. contoh macam nama aku dorang panggil eca jadi ecot. pika jadi pikot. aina jadi ainot. asma jadi asmot. umie jadi umot. nina jadi ninot. syida jadi syidot. fyfa jadi pipot. hany jadi hanot. siap bubuh nama chomot lagi dekat belakang nama masa join myspace dulu. hahaha sangat sakai masa tak matang dulu :D

gambar raya tahun lepas, bukan main sakan kami semua beraya rumah kawan.

aina dekat belakang jangan nak posing role model sangat kan? haha

aneh-aneh jea posing kitorang. dua jari peace ke depan dan muncungkan bibir.

aku seorang rockers.
lepas habis rempuh hujan lebat ini lah jadi dia. haha
-kenangan raya tahun 2010-

aina, aisyah, fyfa, asma'. LOVE

fyfa, adila, faezah, aisyah. LOVE LOVE

Berikutnya dah mula berhijrah ke tahun 2011. mula lah kitorang jadi senior sekolah dan pada tahun ni jugak la tahun akhir kitorang di smk cheras jaya. sobs sobs

ini kelas 5 dedikasi yang paling mental antara semua kelas tingkatan 5. hahaha
tapi kami bahagia.
-klik pada gambar untuk lihat secara slide-

kalangan gadis dan jejaka malaya lima dedikasi. haha

jangan terkejut aku pernah masuk persembahan dikir barat dekat sekolah.
memang seronok sangat. kitorang pun dah ibarat jejaka melayu sebab kena pakai baju melayu bersampin kan kain batik.

adila, LOVE

aisyah, pika, fyfa, faezah, adila, mira, ismi, hany.
kita bersatu padu selama latihan bersama untuk persembahan dikir barat oyeah!

dengan fyfa, fyfa memang kawan kamching aku.
ada apa-apa masalah mesti aku ceritakan dengan dia :')
bila keluar jea mesti ajak dia, tak sah kalau tak ada dia.

arza dan fizan, sebenarnya baru kenal masa awal tahun 2011.
makin lama makin rapat pula kitorang dengan arza & fizan ni.
ada masalah kami kongsi sama-sama.
dorang ni memang kelakar. bak kata fizan dengan arza,
dorang ni sweet gay. haha gurauan jea.

ini pika. dia comel sangat, lagi-lagi mata dia yang bulat tu.
kitorang tak sah kalau tak mesej guna muah muahh. hahaha

ini aina, kitorang satu kepala jugak.
bila jumpa kalau tak gosip memang tak sah.
suka bercakap pasal fashion, itu dan ini. haha

THE FIVE OF US, aku rindu ini.
bila kan dapat macam ni lagi.

Dah habis. nahh mesti penat kan tengok gambar-gambar. kahkah. tak apa la sekali sekala. lagi pun dah lama tak buat entri bergambar. ini jelah cara untuk aku ekspresikan semua kenangan sekolah.

Benar lah orang berkata. masa kanak-kanak atau remaja teringin nak menjadi orang dewasa sebab bebas dapat buat apa saja. tapi bila dah menuju ke alam dewasa, terkial-kial mencari kenangan di masa kanak-kanak atau remaja. serius sedih nak habiskan zaman persekolahan. agaknya lepas ni ke mana lah aku ya. hmm. kadang-kadang aku terasa macam no life. sangat tak ada kemajuan :(

sudah sudah nanti terlebih emosi pulak aisyah ni. haha terima kasih sudi baca dan jenguk gambar-gambar untuk entri kali ni :) kalau ada silap harap dimaafkan ya.

Bye bye semua~

Friday, November 25, 2011

Twilight Saga Breaking Dawn Part 1 (filem wajib tonton)

Assalamualaikum. dengar khabar cerita ni terlampau best. ramai yang berpendapat begitu. skema nya ayat. haha. nak buat konklusi sikit pasal cerita ni.

Dari pengalaman aku, tak pernah tinggal satu pun jalan cerita nya. dari episod awal nya sampai lah nak ke penghujung nya. baru aku sedar. aku merupakan penonton fanatik kepada cerita ini.

aku : Assalamualaikum. hai, dah tengok twilight saga breaking dawn belum ? *emoticon :-)

kawan : belum belum hihihi

aku : Oh, okay * emoticon :-) taknak tengok sama kea ? *emoticon :-D

kawan : alaaa bukan tak nak tapiiiiiii

aku : Hmm takpa laa. Siapa lah kita kan. Hahah. I'ts okay.

kawan : hmmm janganlah cakap camtu hmm sorry tau tau *emoticon :-(

aku : Bla bla bla. Hehe takpa. Nanti enjoy the movie ya *emoticon :-) ok bye bye ~

kawan : okay bye bye hm

Berikut di atas merupakan sedikit perbualan melalui pesanan ringkas. dan menunjukkan usaha untuk memulihkan hubungan silaturrahim. tapi. dalam angan-angan lah. hehe

besar gedabak aku tempel.

Abaikan tarikh 11.11.11 itu.

Bermula dengan twilight ke twilight : new moon ke twilight saga : eclipse ke twilight saga : breaking dawn part 1 hingga mungkin hujung tahun depan insyaallah twilight saga : breaking dawn part 2.

Sekarang cerita ni dah jadi satu fenomena filem yang paling laris di malaysia, semalam 24 / 11 / 2011 iaitu hari pertama twilight saga : breaking dawn part 1 mula ditayangkan.

Akibat terlampau kecewa dengan ajakan yang tak menjadi tu, aku buat perancangan untuk mengajak kawan-kawan karib lain untuk tengok cerita ni. aku tak nak tak dapat tengok cerita ni cerita ni cerita wajib aku tonton. haha.

Wahai Aina Asma' dan kawan-kawan lain, esok lepas habis kelas tambahan ekonomi asas kita serang panggung wayang mines ramai-ramai. let's feeling feeling sampai keluar hingus srot srot habis-habisan. ya? tujuan saya menonton filem ni sebab nak release tension spm lah konon. kahkah. ala untuk sekejap jea. harap jalan cerita nya ohsemmm.

Keterujaan dah sampai. okay bye bye :D

Tuesday, November 22, 2011

Tak pernah tak update lama macam ni.

Check Check, Rock Rock.
1, 2, 3 GO !!

Assalamualaikum para pembaca sekalian, aisyah dah kembali muncul dalam dunia blogging.

saya guna aku.

Ya allah, first sekali aku rasa eksaited sangat ni nak update. berdozen cerita aku nak cerita dalam ni, tapi... tak apa lah, taip sekadar yang termampu & terlintas jea lah.

Pertama, sepanjang peperiksaan spm ni banyak dugaan & cabaran yang mendatang. syaiton kuat menghasut, saja suruh tak payah belajar. haha. ah persetan kan semua itu, buat aku bertambah tekun untuk belajar.

Kedua, antara bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah dan matematik, matematik lah yang paling buat aku kecewa. memang di luar jangkaan. luar biasa! jadi aku pun meradang dengan luar biasa jugak lah. haha ish ish gurau-gurau. serius, kalau boleh masa jawab matematik hari tu nak menangis. tapi atas dasar jiwa kental, wa tahan air mata. wa tahan T.T

Ketiga, tak ingat hari apa. seseorang dah buat aku suka dia kembali. cara dia macam bagi harapan setulus hati, aku pun apa lagi. setulus tolol nya lah mengingat pada dia. fuhh jiwang. selepas tu aku tahu, memang takkan mungkin terjadi. aku tengok dia pun busy for searching girlfriend *mata pandang ke atas, tangan ke bahu* tapi tak ada satu cahaya petunjuk pun ke arah aku. jadi aku pergi bawa hati yang lara. lagi sekali aku persetan kan perasaan membara ni.

Keempat, aku dah mula ekspres buka facebook semula. walaupun aku janji nak buka selepas habis spm tapi ya, aku tahu aku dah mungkir janji. hehehe but who cares right, sama jugak lah tu. on-the-way-nak-habis jugak kan. ampun ampun. aku tahu, malah aku tidak kerap membuka facebook 24 / 7. contoh macam hari ni langsung tak buka muka buku :)

Kelima, aku nak target hasrat untuk main ice skating. walaupun nanti ada orang cakap "kalau jatuh padan muka hahaha" sekurang-kurangnya aku tetap nak mencuba. ini memang hasrat terpendam, paling common pun aku cuba anggap main ice skate macam main roller blade. pun boleh kan? haha.

Keenam, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda sudi menziarahi dan followi blog tak semena-mena ni. dengan nada serius lagi emosi, terima kasih sangat-sangat you all's :')

Rasanya setakat ini saja perkembangan yang berlaku. kawan-kawan, nantikan kemunculan entry akan datang sebab aku nak story telling pasal persahabatan kita semua. tunggu ya :D maklum, musim dah nak habis sekolah tak lama lagi, mesti lah nak bersyahdu madu dalam blog ni. hehe. yeayy malaysia menanggggggggggggggggggggggggggggg !

"bila kita jadi tak tentu arah tentang perasaan, kita biarkan dia bahagia tapi kita biarkan perasaan kita merana dengan sendirinya"