Saturday, October 29, 2011

Jiwa Kacau.

Jiwa mula rasa kacau. kepala mula rasa serabut. fikiran mula rasa tak tentu hala. ini lah dia keadaan yang terpaksa dilalui budak nak amik SPM macam saya. 


Cuba congak. ada baki 15 hari lagi yang tinggal. saya takut. gementar sangat ni. cuti deepavali satu minggu pun dah nak habis. bytheway, happy deepavali kepada semua kawan-kawan agama hindhu. ok sambung balik, serius gua cakap. gua takut !!!!! sudah. kawal emosi kawal emosi.


Semakin lagi berapa hari nak spm ni kan, semakin tergugat kerajinan ni untuk study kaw-kaw punya. dah macam buat hipotesis pulak ada semakin. haha.


Bapak emak anak segala jerawat pun dah mula membiak dekat atas kulit muka saya. haritu dekat tang atas mulut, tang atas hidung pulak lain hari, sekarang tang tepi pipi pulak. huwaaa. saya picit lepastu keluar darah. dan kertas tisu lah yang jadi mangsa kena tepek darah tu. hehe pedih ohh. memang cuti satu minggu ni masa lapang untuk kumpul jerawat :P


Adakah sebab musabab tension ? mungkin jugak agaknya, terlalu banyak fikir sampai berkedut satu ribu (pedon jea lebih). dah macam fikir masalah ekonomi negara pulak. perdana menteri pun tak gitu. ye dak?? kahkah.


Tolonglah tenangkan saya. dalam masa dua minggu ni saya kena struggle supaya dapat mantapkan lagi semua latihan dan kertas-kertas soalan percubaan dari negeri lain yang cikgu bagi. *menggigil*


ini saya dengan kawan kamching, Fyfa Rashid. nampak seronok? masa tengah nak pergi jamuan quarter master tu jea, tapi sekarang tidak lagi. lebih serius ke arah spm. seronok kemudian cerita.

Blog mungkin akan jadi rumah terbiar buat sementara waktu sampai balun habis compang-camping kertas peperiksaan spm yang terakhir pada 6 / 12 / 2011 nanti, baru jadi serius semula untuk update entry-entry akan datang.

Tolong! doakan aisyah doakan aisyah semoga relax cool masa nak jawab spm nanti. amin amin. semoga doa kalian diberkati.

Perasan kan perenggan mula-mula sekali tak ada salam. ketara sangat lah terujanya nak update blog. haha ok ok saya bagi. akhir kata, Assalamualaikum wbt. PEACE NO WAR.

Wednesday, October 26, 2011

Soalan Cepumas (tagging)

Assalamualaikum semua ^^


Sebenarnya tak lah cepumas pun. hehe


Sungguh tak sangka di tag oleh seorang kakak comel kita ni, Nana Chew. arigato gozaimasu kak nana ;) baiklah jom kita mulakan. first, start dari undang-undang yang perlu kita fahami dan patuhi. sekian di bawah.




THE RULES :

( 1 ) You must post this rules.
( 2 ) Each person must post 11 thing about themselves in their journal.
( 3 ) Answer the questions the tagger set for you in their post, and create 11 new questions for the people you tagged to answer.
( 4 ) You have choose 11 people to tag and link them on the post.
( 5 ) Go to their page and tell them you have tagged him / her.
( 6 ) No tag back.
( 7 ) No stuff in the tagging section about  "you are tagged if you are reading this" you legitimately ( aka REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY  ) have tagged 11 people.


Jadi marilah kita mulakan !!!!! haha

11 THINGS ABOUT MYSELF ( NURAISYAH ) :

( 1 ) Nama sebenar-benar saya adalah nuraisyaah binti syahrial.
( 2 ) Suka warna biru dan pink paling ketara. (sendiri tak tahu sejak bila mula suka warna pink)
( 3 ) Realitinya seorang yang weird. sama maksud dengan aneh lagi pelik. hanya orang yang benar-benar memahami saja yang jelas akan itu ^_^
( 4 ) lahir pada 23 januari 1994. wajib ingat nih! kahkah
( 5 ) Jenis perahsia.
( 6 ) Boleh jadi peramah dan boleh jadi penyengan jugak.
( 7 ) Lebih gemar blogging untuk mencari ketenangan.
( 8 ) Sayang emak dengan ayah ketat-ketat.
( 9 ) Suka sembunyikan perasaan, dan luah pada kertas bila tak tahan. *ada satu kertas yang terciptanya luahan tu* hehe
(10) Peminat K- POP tegar. ehem
(11) Suka dapat kenal lebih ramai kawan-kawan baru.

Jadi di bawah ini semua soalan yang diberi oleh kak Nana kita ;)

Q ( 1 ) : Horoskop anda apa ya ?
A ( 1 ) :  Jenama AQUARIUS.

Q ( 2 ) : Sumber inspirasi anda ? tak kisah dari segi apa.
A ( 2 ) :  Banyak, tapi paling terbaru ni peroleh dari buku Nik Madihah Skor 20 A dalam SPM 2008.

Q ( 3 ) : Cita-cita anda ?
A ( 3 ) :  Ayah nasihat supaya jadi ahli perniagaan. (memang berhasrat macam tu) InsyaALLAH.

Q ( 4 ) : Ada binatang peliharaan ? kalau ada beritahu nick name binatang peliharaan itu. kalau tak ada, beritahu sebab apa tak suka.
A ( 4 ) :  Dulu ada, seekor kucing. omeyy sangat. tapi dia suka pedajal rumah saya. iaitu yiyak. sekarang tak dapat nak bela lagi. dia dah besar, pandai jaga diri.

Q ( 5 ) : Ada BF / GF ? apa yang sweet tentang dia ?  kalau tak ada, tulis tiada.
A ( 5 ) :  Hmm ini masalah negara. konflik terbesar yang sedang saya alami. saya tak dapat pastikan. jumlahnya, rahsia.. agagaga~ (gelak macam pakcik popeye the sailorman. poot poot)

Q ( 6 ) : Nama panggilan anda di rumah ?
A ( 6 ) :  Kakak, Aisyah.

Q ( 7 ) : Suka layan cerita indonesia tak ?
A ( 7 ) :  emm cuekkin. haha rasanya tak lah. lebih fokus kepada korea. hehe *PEACE*

Q ( 8 ) : Benda yang buat mood anda hilang tiba-tiba ?
A ( 8 ) :  Bila blogging tapi tahap kelajuan berukband macam siput kena reload kali-kali.

Q ( 9 ) : Addicted to FB aka facebook ?
A ( 9 ) :  Boleh tahan la untuk dapat lebih ramai kawan baru.

Q (10) : Suka fashion ?
A (10) :  Yang ini saya nak kata OMG OMG OMG !! hahaha overs mak.. ya saya akui, saya gemar fashion.

Q (11) : Kalau ada RM1 juta, anda nak buat apa dengan duit sebanyak itu ?
A (11) :  Bina rumah sendiri untuk hidup bersama keluarga tercinta. kahkah! dermakan pada rumah kebajikan dan bantu orang yang memerlukan. amin..


Soalan dari saya :

( 1 ) Suka makan apa ?
( 2 ) Ada BF / GF atau tidak ? kalau ada, nyatakan kenapa anda pilih si dia.
( 3 ) Siapa diri saya pada anda ? :3
( 4 ) Tarikh lahir bila ?
( 5 ) Tempat idaman untuk pergi ?
( 6 ) Peminat tegar warna apa ? nyatakan sebab suka.
( 7 ) Apa pengalaman manis yang pernah anda alami ?
( 8 ) Target dalam hidup ?
( 9 ) Lebih kepada facebook atau twitter ? jelaskan kenapa.
(10) Bila mula ber-blogging ? nyatakan sebab apa.
(11) Apa yang buat anda boleh hilangkan stress ? (tak kisah apa-apa pun)

Baiklah perhatian kawan-kawan sekalian. ini tag khas buat kawan-kawan tersayang saya.hanya jawab soalan-soalan yang diberi oleh saya di atas ya ^_^

( 2 ) Azi Rahman
( 3 ) Asma'
( 4 ) Atifah
( 5 ) Aien Rosdi
( 7 ) Huda
( 8 ) Adleena

Okay, goodluck ya you all. buat yang terbaik. jawab elok-elok. jangan main hentam jea. haha

Saturday, October 22, 2011

Keindahan Hari Graduasi Buat Tingkatan Lima 2011

Assalamualaikum dan selamat petang semua. aiyoyoo. dah lama tak update ni, kasihan blog. tak cool dah macam ni. takpa, sekarang dah update =) korang semua sihat? bagus-bagus.


Awal-awal lagi mula dari sini saya nak minta maaf beribu ampun kepada rakan-rakan blog semua. saya tak dapat nak komen entry kalian macam biasa. tapi saya tetap baca entry-entry yang kalian dah update masa-masa lepas walaupun silent reader, jadi jugak lah.


Buat masa sekarang saya dah tak boleh blogging macam selalu atau terlalu kerap. memandangkan lagi 21 hari menjelang spm. saya takut. saya selalu rasa berdebar sekarang sampai menyebabkan tangan gigil-gigil. janganlah kata saya hidap parkinson pula?? takmauuuuu.


Ini pun kena blogging secara hendap. big boss / ma'am sama dengan maksud emak. akan mula tenaga kuasa leteran kalau nampak saya main laptop. walaupun cuma nak lihat gambar. jadi saya kena sabar sampai habis spm nanti baru nak meriah-meriah balik blogging macam biasa. wuwu


Walhal empat perenggan di atas cuma mukaddimah jea. kahkah! panjang nauu kemain. ternyata lah entry kali ni untuk saya kongsikan kegembiraan di Majlis Graduasi Tingkatan 5 2011. seronok sangat, terlampau eksaited. baju pun siap gosok awal-awal dari minggu lepas lagi. haha ini berkobar-kobar namanya. ha lagi satu, graduasi kami tahun ni buat kat Maktab PDRM Cheras. silakan lihat semua figura di bawah ^_^


depan pintu sekolah, kawan baik sebelah saya tu namanya fyfa. aumm. ini sebelum bertolak.

Ini pun sebelum bertolak. yang ni pula fyka mohamed. eh salah la, pyka rahmat. oit bukan lagi, tapi syafiqa mustafa. hihi omeyyynya dia

dah dalam bas pun, saya bawa angkat kamera ke atas untuk ambil foto orang-orang dalam bas tu tapi malang cuma sekerat. tengok, mata faezah kat belakang saya tu, terancam habis >.<

kawan bahagia selamanya ;)

yeay dah sampai dan duduk pun dalam dewan bankuet tu. yang ni Wardah namanya, comel orangnya. saya geram tengok mata dia sebab pakai lens. teringat sama pulak muka wardah dengan seorang blogger gadis manis, Amy Syahirah. sama kan? hehe

Dari kiri : Bibi, Azrul, Amin. azrul tu memang tembam dan comel, gelaran yang diberi untuk dia, baby ayoi. gelagat dia memang comel =)

sebahagian dari kelas saya, awesome <3

Konklusinya untuk hari graduasi tahun ni memang terindah. kukenang sampai bila-bila. pewit. saya nak beri pendapat sikit, semua girl dan guy comel-comel letup-letup handsome-hansome kacak lagi bergaya. fuyooo tak terkata lah. haha sudah. over mak.

Maaf lagi sekali kalau ada kekurangan dalam entry ni. saya dapat rasakan sendiri typing untuk entry kali ni macam berterabur :( what can i do. mungkin rasa tak tenteram dek memikirkan spm. haihh.

Okay jumpa di lain entry, terima kasih sudi membaca dan melihat :)

Bye Bye~

Saturday, October 15, 2011

Dari Lesen Ke Single

Assalamualaikumwarahmatullah. hai semua. fuhh penat hari ni, satu hari tak duduk rumah. tak duduk rumah sebab ke mana? ke kelas lesen lah banggg. kahkah. ok, sebenarnya dari minggu ke minggu sebelum ni saya dah mula ambil lesen L untuk menunggang motor dan memandu kereta. *ayat tak boleh skema lagi* pewit.


Alhamdulillah, dalam satu minggu lagi dah boleh dapat lesen L tu. hehe tapi jangan berangan lah kalau nak terus genggam dalam tangan, kena habis bayar kat tempat daftar tu baru boleh dapat. huwaaa sabo nak sabo. habis spm baru sambung buat P. deyy apa mung nih, orang tengah sibuk hard-hard untuk spm = sijil perkahwinan malaysia. eh bukan, libas kepala laju laju. spm = sijil pelajaran malaysia. saya pulak sibuk nauuu dengan pelajaran lesen sekolah memandu.


Relax cooll relax. nak buat awal-awal ni pun sebab saja-saja jea isi masa lapang. haha bukan bukan. tapi sebab nanti biarlah senang habis spm terus buat lesen P. takut start tahun depan busy lagi dengan kerja nak sara diri, bagi makan anak-anak cucu cicit lagi. hah kan dah mengarut. yelah, siapa lagi nak tanggung kehendak macam-macam kita yang remaja ni pelbagai. lain lah kalau sekolah lagi dapat jugak duit poket mingguan. *buat muka satu sen minta duit dekat mak*


Selesai satu sesi pelajaran L = Law / Undang-undang. syukur syukur =) dahhhh. lepas ni kena sungguh-sungguh beat spm pulak tau! amekaw. lagi 29 hari je nabbbb, 29 hari nak ke spm. *geleng-geleng, tekup muka*



Sejujurnya. nak cerita benda kat atas ni jea. tapi dah melalut ke dasar laut. hehehehe. ya betul ! saya suka ayat kat atas ni, tipu lah kan kalau cipta sendiri. saya dah minta izin untuk potostet ayat di atas supaya di post ke dalam entry ni dari blog cik Nisa Kay Suka Menaip yang ohsemm ni. tapi hmmmm cik nisa tak reply pun komen yg dah diberi. nak buat cane, pakai bantai jelah letak dalam ni. haha takpe, nak kongsi jea. tak ada niat buruk =)


Betul tu, Allah dah simpan dan jaga baik-baik jejaka tersebut untuk wanita yang sudah lama tidak ada cinta. ha ni mula nak gelebeh jiwang ni. kahkah! dah la tu, sikit jea. apa yang boleh diharapkan, berdoa dan tawakkal jelah baik-baik dan diredhai hubungan itu oleh-Nya. Amennn.


Terima kasih sudi baca ya semua ^_^ jaga diri. saya rindu dia. auwww. koh koh koh koh!! sudah-sudah lah tu aisyah. haha goodbye~

Tuesday, October 11, 2011

Kemeriahan Jamuan Kelas 5Dedikasi 2011 (entry bergambar)

Hello Assalamualaikum semua :) saja update blog hari ni. harap korang semua sihat selalu ya. entry untuk hari ni nak cerita sikit pasal jamuan kelas 5 Dedikasi selaku kelas saya untuk tahun terakhir ni.


Sebelum jamuan tu, pagi pagi lagi dah menapak ke masjid jamek. teman kawan tersayang sorang ni, nur afiqah. dia nak beli kasut dengan beg kejap. hehe dah masuk pukul 12pm terus menapak pula ke mines wonderland.


Tak sangka ramai pulak yang datang jamuan kali ni. wahh memang meriah sangat lah. semua orang dah sampai, kecuali saya dengan afiqah jea yg agak lambat sikit sampai. haha. takmau cerita melalut, you all tengok gambar-gambar yang saya upload dalam entry ni okay ^_^ saya sediakan deskripsinya sekali.


ini namanya upacara bowling. dan itu jugak lah saya. tehee

yang sebelah kiri cantik manis tu la Afiqah yg saya temankan dia pergi masjid jamek dan haa yang comel sebelah tu, Syida.

serius Tirath Singh sangat ohsem oleh kerana jambang dan misai serta janggut yg ada padanya menarik perhatian. kahkah (budak kelas 5d jangan bagitahu tirath tau pasal ni ! haha)

saya bersama abang vineash macho. jangan marah ya Malathi (girllfriend tercinta vineash)

memang sweet couple, nina <3 ejam. ditubuhkan pada harijadi ejam. eden bilo lai ?? huah huah~

yang kecil tapi cutee sebelah kiri tu Wanie dan sebelah kanan pula Bibi molek.
oh ya tak lupa jugak dua orang ahmoi cantik belakang tu, Lau Kuan Yee dan Cheng Cheng :)

ini memang kontroversi. selalu terjadi dalam kelas. oh tidak, hahaha sengal kau Azman.

jejaka pujaan kelas 5dedikasi 2011. haha kecuali yang paling hujung tu, wan(amirul azwan) dari kelas 5fatonah.

i lapp chuu girls. semangat menyanyi ya korang ni :D

taraaa! geng, geng, geng, bas sekolah. eh bukan lah..
ini lah geng 4Dedikasi 2010 / 5Dedikasi 2011. mesti rindunya saat saat ni, sobs sobs.

untunglah dapat nikmat aiskrim. haha

Okay gambar dah habis. banyak lagi tapi memang tak lah nak masuk semua sekali kat dalam ni. ada lagi kawan kawan yg lain tapi tak sempat nak bergambar. sorry sangat tak ada gambar time makan, oh ya kami makan di mcD. hari ni mcD mines wonderland, budak kelas 5D yang pegang. haha habis satu tempat tu kitorang conquer.

Terima kasih sangat sangat ya geng kelas 5Dedikasi sudi datang meriahkan jamuan tahun ni. tahun ni tahun last kita dapat jumpa. habis spm entah mana lagi lah nak jumpa. kalau berkesempatan pun, InsyaAllah alamatnya :)

Terima kasih sudi lawat blog ni ya :) selamat malam. adiosss~

Saturday, October 8, 2011

Maafkan Daku... (Emotional Entry)

Hai Assalamualaikum pada dunia nyata dan dunia maya. saya baru sedar, dah lama blog ni sunyi sepi. kasihan, sebab tak ber-update pun. haih bosan, dari entry entry sebelum ni pun asyik ulang perkara yg sama. *jarang update-lama tak update-jarang update-lama tak update*


Saya bukan apa, bukan sengaja tak mahu kongsi kongsi cerita dalam ni, tapi masa itu selalu jealous dengan apa yg saya buat. apa yg saya lakukan setiap hari. semenjak dua menjak ni saya sangat sibuk. saya sedar, tinggal 36 hari lagi nak menuju ke hari sijil perkahwinan malaysia. eh bukan, maksud saya sijil peperiksaan malaysia. maaf maaf. hehe


Dari awal awal saya nak minta maaf berjuta sesalan sebab tak dapat komen entry kalian. bukan tak mahu, tapi broadband dungu ni tiba tiba buat hal kelajuan yg tak berapa nak maksimum untuk saya komen entry kalian. dia saja jealous lagi dengan saya, saya dah happy happy nak bagi reaksi entry kalian tapi...cukuplah. saya letih untuk di reload reload lagi sekali dan lagi sekali seterusnya :(


Dengan keadaan yang suram sambil merenung skrin laptop untuk menaip dalam entry ni. sedangkan fikiran cuma satu. SPM satu-satunya. memandangkan keputusan trial kurang memberansangkan, saya perlu. diri sendiri ini perlu belajar habis-habisan.


Korbankan masa. korbankan masa untuk tengok tv. korbankan masa untuk dengar lagu. korbankan masa untuk hiburan. dan paling saya tak boleh terima, korbankan masa dalam dunia blogging yang dah nyata nyata jadi rutin harian selalunya. oh tidak, mesti aisyah. kau kena jarang untuk berblogging.


Ingat. hanya cuma satu bulan untuk kau mencapai kejayaan untuk jangka masa panjang dari sekarang. padahal masa yg kau gunakan untuk berkorban dari blogging cuma satu bulan. update jugak, tapi mungkin kurang agaknya. jangan risau, saya tak akan tinggalkan blog dari kesepian. huhuhuh


Lepas ni mungkin saya update blog jika ada apa apa perihal tertentu saja. example macam apa situasi atau apa perasaan atau apa kejadian yg berlaku dalam harian saya.


Saya akan tunggu, sehabis spm nanti saya mesti, perlu update blog ni macam biasa. komen entry macam biasa. dalam jangka masa pendek ini jugak saya mungkin hanya jadi silent reader.


Doakan saya dapat gunakan baki masa yg ada ni supaya dapat belajar betul betul. aminnn :) sungguh, saya rindu facebook. rindu twitter. rindu dengar lagu. rindu dengan cerita korea. rindu dengan orang tersayang(ini agak privasi). dannnnnnnnnnnn, awaklah blog sang cinta ! haha.


Tunggu lah. selesai kertas yang paling akhir pada penghujung spm nanti, saya langsai kan semuanya. insyaAllah.


You all jaga diri ok. jangan lupa saya selaku makhluk kecil ni. saya perlu pergi untuk korbankan masa dari sekarang. sentiasa lah jaga dan rawat blog sang cinta saya ni. huwaaaaa rasa macam nak menangis~ macam nak pergi berperang jea. hahaha. serius lah, saya takut ni untuk ambil spm. confirm akan jadi parkinson kejap bila tiba detiknya untuk spm.


abaikan. muka yang penuh dengan emosi.

Okay, bye semua. jumpa di lain entry, insyaAllah :)