Thursday, September 29, 2011

Percayalah Saya Kaki Komik.

Assalamualaikum pembuka bicara. Waalaikummusalam penjawab bicara. dah sekian lama berhabuk sekali pun blog saya ni tak ber update. haish macam macam hal. selagi ada masa dapat jugak saya pot pet pot pet dalam blog ni .hehe kitew rinduw law kat awaks. awaks rinduw kitew?? hik. #oloh sememehnya. tak molek macam gini.


Sudah sudah. tapi kan, jari saya pun mati kutu nak fikir taip apa untuk post entry. itulah padah nya bila jarang jarang kemaskini belog. aisehmenn. tak lupa jugak selalu selalu datang singgah blog korang semua :)


Percayakah anda, saya jenis yang gila kan komik? percayalah. itu memang benar. saya rasa agak susah zaman sekarang nak jumpa gurlzz gemar baca komik. ramai yang lebih cenderung kepada novel. saya paling jarang dan malas tahap 99 degree untuk mengorat novel. ia tebal dan beratus mukasurat untuk dihabiskan. tak larat lah mak macam ni. dan saya antara salah satu makhluk di kalangan gurlzz yang gemar baca komik.


Mula minat nak terjah komik ni sejak tingkatan dua. zaman dua kosong kosong lapan atau 2008. fuyoh! tak silap saya masa tu hampir akhir tahun. memang pantang tak pantang kalau ternampak koleksi buku komik gempak starz. pernah dengar kan.


Bila bosan saya mula mati akal untuk berbuat apa. lagi lagi hari cuti. nak jugak ada bahan koleksi lawak untuk baca. ya, saya memang akan cari komik. tak kira lah kat mana pun, saya tetap akan cari. #tapi baca komik ni pun untuk isi masa lapang dalam rumah jea. dekat luar memang segan hidup mati tak mahu <--ada kena mengena ke dengan ini?


Ratapi lah koleksi komik yang saya pernah baca semua ni. taraaaaaa !


Ada antara komik ni saya beli dari zaman tingkatan dua dan ada yang adik bongsu saya beli sendiri. dua komik cerita hantu tu memang gerun. saya sendiri yang baca terasa remangnya segala roma. saya syorkan jangan baca sorang sorang kalau tak macam terasa ada kat sebelah. he he he

Yang ni belum baca lagi. saya cilok jap adik punya untuk buat pameran. kah kah. tengok dekat tv pun ada ni.

Ini paling latest saya baca! sungguh lawok tahap tak kering gusi saya baca. kelihatan seperti buku kanak kanak 3 tahun padahal banyak sumber sains yang boleh kita dapat bila baca komik ni. bagus tau.

Nampak macam eleh tak eleh bila dah tahu saya kaki komik. haha iyo, nak buat cano. dah ni jugak sumber hiburan saya selain dengar lagu, internet, tengok tv, etc. baru lah rock bebeh lain dari yang lain. banyaklah rock mu.

Ada sesiapa yang sudi kirimkan komik you all untuk saya?? taliponlah pada nombor yang tertera. 0123456789XXXX. kahkah. biar saya baca sampai gelak kihkihkih nak terkeluar isi perut. ok ok saya gurau. rasa nak beli lagi, tapi kena save bajet pulak. ah terpaksa tahan dulu. kawal kehendak mu aisyah. tak apa, suruh adik bodek mak jea beli lagi kat luar tu. haha

Baiklah, sekian tamat kisah komik saya. saja untuk dikongsikan kepada semua. gudbai dan jaga diri.

Alah ewahhhhh. ewah ewah ewah. ciecieee. ecececeee. berhenti aisyah. ekeke.

Terima Kasih Sudi Baca Semua :)

Saturday, September 24, 2011

Apa Khabar Orang di Sana.

Assalamualaikum dan hello hello hello dunia bloggggg. #cool. ok sekarang saya gilakan lagu lagu korean pop sekarang. ini memang terhasut dengan adik yang suka ajak dengar lagu lagu korean. hehe tapi best lah, layan tau.


Sudah sudah, bukan itu yang saya nak cakapkan. saya cuma nak sampaikan, saya rindu kekasih saya. eh tidak, maaf kelancangan kata. saya rindu blog yang sebenar-benarnya. kuat rindu ni, sekian sebilangan hari tak update. #baru berapa hari je pun.


Tak update tak bermakna saya tak aktif dengan dunia blog. tak sama sekali. siapa yang tahu tu, saya memang rajin ber-blogwalking. ha, tengok lah post post mereka, gerenti saya komen punya :) saya rasa teruja bila baca post post blogger yang aktif meng-update. alahai iri hati nya saya melihat post post mereka yang meriah tu. haha k k gurau.


Saya tengok semua orang dah habis peperiksaan percubaan, tinggal saya seorang. subjek akaun pulak paling akhir, hari selasa depan. doakan saya boleh skor ya?? amin amin. makcik mengharap sangat ni. hmm


Dan khabar saya disini sihat sejahtera, anda bagaimana? ceh ceh, siap guna anda bah. saya fikir fikir, tinggal sebulan yang macam tak serupa sebulan tu dah nak spm. saya takut. acane nih. tapi agak tenteram sikit bila dah tunaikan solat hajat dekat masjid hampir sekolah pagi tadi. wuhuu, alhamdulillah.


saya serius menonton anda sekarang. tatap mata saya! tatap mata saya! (baca dengan penuh bahasa baku lagi pekat)

Haha okay, abaikan gambar di atas. akhir sekali, doakan saya boleh dan mampu jawab kertas paling akhir lagi hot dalam trial ni, iaitu prinsip perakaunan. saya doakan kebahagiaan korang semua :) bai bai, jaga diri.


tadi ada orang sembur nyamuk datang kawasan rumah saya kat sini. peh pehh, menusuk kalbu lah bau dia. mengancam, tak tahan mak nak menahan membau semburan asap tebal bak kabus tu. tapi ada kebaikan dorang buat macam tu, supaya kawasan perumahan kita tak tercemar dengan pembiakan nyamuk aedes kan. haa :D

dah sungguh lah post kali ni berbaku-baku sangat bahasanya. rasa saya lah. hehe takpa, antara usaha dapatkan A+ bahasa melayu masa spm nanti walaupun agak kecewa dapat B+ saja masa trial ni. tsk tsk.

Monday, September 19, 2011

Benar atau Angau.

Assalamualaikum. terlebih dahulu saya tak kan terbitkan sikit pun rasa perasan di sini. mohon doa dijauhkan dari rasa macam tu, itu memang prinsip saya. kui kui. aneh mungkin bagi saya. janggal tiba tiba dia cakap macam itu rupa.


Baiklah, mula!


Hari ini ada peperiksaan sains. soalan boleh tahan. sebelum bunyi loceng waktu balik, duduk duduk tenangkan jiwa bila dah selesai jawab kertas periksa.


Tengah termenung-menung(saya orang kuat termenung haha), macam biasa lah cakap bisik bisik dengan kawan selagi masa menjawab peperiksaan belum habis.


Titiba, titiba. correction: tiba-tiba. dah macam nama kawan sekolah pulak, THIBA.


Dengan tak sengaja nya terpandang termenung lama lama dekat anon. walaweh, apakmasaklah mata tak nak beralih ni.


Lalu anon(tempat duduknya selang dua meja dari sebelah tempat duduk saya), cakap bisik bisik sambil tekup guna sebelah tapak tangan.


Sambil tunjuk tunjuk guna jari telunjuk, kau. kau. kau #%^#@^&*(.


Eh jangan salah faham, salah saya sendiri tak fokus untuk tengok betul betul apa yang anon nak cakap bisik bisik kan. anon terus hentikan gaya itu oleh kerana tiba tiba kawan depan saya, afiqah pandang direct pada si anon. lalu anon gelak berdekah-dekah secara perlahan untuk mengcover cakap bisik bisik nya itu.


Selang berapa saat, anon ulang sekali lagi action itu.


Sambil tunjuk tunjuk guna jari telunjuk sekali lagi, kau. kau. kau cantik. Si anon terus senyum kambing.


Dari situ, adrenalin dalaman saya berderau dengan laju. terus buat muka blur semulajadi saya dengan geleng kepala kuat kuat sambil mentidak kan cakap bisik bisik itu. terus saya toleh ke tempat lain T_T


Sedarkan saya sekarang supaya itu hanya lamunan beberapa ketika sewaktu dengannya. deyyy vanggah! saya sampaikan cerita ini atas dasar benar & memang ingin luahkan sebab. sebab dah ternyata ini belog sang cinta saya. hee ^_^ Y


Gambar tiada kesan pada pos hari ini, sahaja-sahaja saja ;D


Sekian untuk hari ini, wassalam. jaga diri semua~

Wednesday, September 14, 2011

Oh susahnya addmath.

Hai assalamualaikum. anda sihat? saya pun sihat hehe. sekarang ni untuk saat ketika masa ni boleh tarik nafas lega yang panjang. tapi tak boleh lega yang panjang sangat, nanti isnin dah sambung exam balik semula. aiyoyo. cukuplah hari ni. sebab saya exam addmaths. subjek yang seronok tapi amat menyiksa jiwaraga.


Masuk kelas macam biasa, ada berapa minit tinggal sebelum mula. sempat jugak nak belek belek dari duduk ngelamun fikir orang jauh. uish uish. dah mula masa untuk menjawab, kertas satu dengan kertas dua memang membunuh otak! jabatan pelajaran selangor sungguh sadis. dibaginya soalan soalan yang tak mampu dek benak akal selesaikan. apa tak ke mampu tu.


Jangan khuatir. masih ada soalan yang saya jawab walaupun masih ada soalan yang tak terjawab. kahkah! boleh tak nak menangis sekarang? T_T


Cukuplah lekat punggung satu hari dekat kerusi dalam kelas tadi sampai terasa kebas. sudah frust. menonggeng pulak tu. rasa macam nak makan kertas tu sampai lunyai biar cikgu tak dapat tanda apa yang saya jawab. memang ketara amarah & kegeraman saya.


Bukan saya sorang yang frust. ramai lagi penduduk yang lain dalam kelas turut join sekaki sekali. ada yang tekan tekan kepala. ada yang marah dekat kawan lain sebab asyik tanya soalan itu ini macam mana nak buat sedangkan dia sendiri tak terjawab lagi. ada yang khusyuk terus tak berhenti buat. ada yang duduk relax sebab rela tak nak jawab soalan soalan panas tu. hahahaha


Terbukti lah soalan addmath untuk trial ni memang perit. saya tak tahu nak gambarkan macam mana bila dapat kertas dengan markah warna merah pekat. cukup benci. macam rasa nak liquid bagi lulus. bak kata orang, atas pagar pun jadi lah. doa doa lah kita ye kawan kawan supaya lulus. jangan putus asa!


Rasa macam nak tanya raimi(betul ke ni ejaan nama dia) yang kelas 5 Amanah paling pertama paling pandai paling cemerlang paling bijak dekat sekolah. betul, tak percaya sila tanya raimi. nak tahu macam mana cara dia belajar addmath supaya dapat skor macam yang dia pernah dapat skor 90++ dalam peperiksaan pertengahan tahun tak silap. dia genius. lagi satu, dia cuteee. ingat tu. memang tak mungkin saya dapat markah macam dia. sekian untuk angan angan.


Jap. nak selitkan gambar masa pergi openhouse rumah nizar hari sabtu lepas. best sangat dapat gather dengan geng kelas ;D terimakasih nizar sudi jemput kitorang. hee


atas kerusi: saya, afiqah, huda(kelas 5C), wardah, syida.
barisan depan: syukrey, kamalia(kelas 5A), hadzri, ijam, amin.

yang pegang budak comel tu lah nizar. itu adik dia, memang comellllll. rasa nak cubit pipi dia tapi garang, asyik dok lekat dengan abang oki(syukrey) sebelah nizar tu. haha

Ada lagi gambar raya siap konvoi reramai naik motor. haha masa ni dengan geng kelas 5F, fyfa rashid. tapi tak ada kat saya sebab dorang dah siap masuk pasbuk.

Ok la, nanti ada masa update lagi ye. jumpa lagi. terima kasih sudi baca! :D

Saturday, September 10, 2011

Kasihan dia ditinggalkan seperti tak ada pewaris.

Assalamualaikum & Haluuuuuuuuuuuuuuuuuuuu semorang! semangat tak semangat tak ayat pertama?? memang kena semangat lah haha. #apabendaini


Mengeluh kejap, HUHHH. tak pernah lama macam ni saya tinggalkan belog tak ber update langsung. sangat lama ya bagi saya, dah dua minggu. tak pernah di buat belog sang cinta macam ni. kasihan kasihan, saya simpati kepada kamu belog sang cinta. ekeke. #sambil usap usap.


Ok, haritu hari terakhir saya update masa dua puluh empat bulan ogos dua ribu sebelas kan. dah lepas tu macam tak ada khabar berita, menyepi begitu saja. ganas bak kejam lah saya ni buat belog macam tu. tumbuk belakang kepala saya sekarang secara lembut dengan menggunakan bantal busuk sebab diam tak bersentuh dekat belog sang cinta ni.


Silap saya, maafkan saya. bukan tak nak update tapi tak ada banyak masa. habis cuti raya satu minggu lepas masuk sekolah terus dah mula peperiksaan percubaan. mana tak sengsara kan nak perah otak untuk mengarang karangan bahasa melayu lagi. apatah nak mengolah karangan dalam belog ni. kasihan.


Raya pun, seronok la. nak seronok banyak ke seronok sikit ke seronok sederhana ke seronok seronok. mana-mana pun boleh. ala tapi satu minggu jea kan pastu dah trial. kasihannya. jadi minggu ni minggu pertama exam. ada baki lagi tiga minggu sama dengan lima subjek untuk tempuh. pewit 

Memang macam ni ye sengsara lagi gelora jiwa budak-budak nak spm? aja-aja fighting! takpa. watlek watcool watcute watstress jea kita anak-anak spm tahun ni ye. jangan resah nanti berpeluh macam saya. haritu jawab kertas bahasa melayu cukup-cukup masa jea nak habis. apa lagi keluar segala keringat. mesti macam euuwwww. hahaha dah lumrah badan nak buat acane. redha saja kan lah.

Baju raya korang semua cantik-cantik dan segak-segak kan. gojess dan hengsemm. saya. saya. saya. beseww beseww jeww. hmm macam ni.
hehe


Sekali lagi Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin semuanya. walaupun dah berlalu dua minggu tapi raya satu bulan kan. haa untunglah. tapi baru jea habis satu minggu exam dah bermacam-macam rumah buat open house sana open house sini open house sinun. saya pun terundang sekali untuk kunjung-mengunjung rumah dari hari ini dan esok  dan minggu seterusnya. wahh makan besar nampak, stomach pun tiga super kali ganda untuk memperbesar. bersedia wahai stomach tersayang T_T

Ini dia sedondon bagai pinang dibelah enam dalam satu keluarga.


Raya raya jugak. makan makan jugak. kumpul duit raya kumpul jugak. belajar belajar jangan lupa. hehe itu khas untuk calon spm dan pmr tahun dua ribu sebelas ni lah. ucapkan goodluck untuk korang. Amin.


Tunggu lah belog sang cinta. habis spm nanti selalu selalu saya update saya godek. tunggu lah. tengok lah. lihat lah. sabar lah. rindu rindu lah. jalan lah. haha ok Bai samekom. eh salah, assalamualaikum ^_^


Acane dah ni rindunya since tak dapat contact bila dia dah balik asrama. hadoyai... ghindu ghindu ghindu...