Wednesday, August 24, 2011

Nak Ucap Raya Cepat-Cepat Takut Tak Sempat.

Assalaaaaaaaamualaikum. lagi sekali, panjangkan sebutan salaaaaam itu. bagus bagus. raya aidilfitri dah nak dekat. tinggal lima hari jea lagi. puasa pun cukup tak cukup. biasa lah tu gegel, ada rongak-rongak nya. tapi tetap bersyukur. InsyaAllah dapat menikmati raya ni walaupun ala kadar.

Mana tidaknya, kita dengan kawan-kawan sebaya lain semua pakat nak trial exam sehabis cuti satu minggu tu. tak meriah raya tahun ni, kena fokus untuk study. apalahnasib. bila fikir nak raya, teringat boyfriend yang lagi satu ni, "Peperiksaan Percubaan Spm". bagaikan #raya? trial ! #raya? trial ! #trial ?? RAYA !! haha memang frust.


Jadi sebelum tak sempat, kita nak ucapkan Selamat Meyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Jika ada salah silap selama ni pada awak-awak, kita minta maaf banyak-banyak ya. walaupun sejak dua hari ni mood kurang elok. #angin kuskus apa.


Sesama kita saling maaf-maafan antara kaum kerabat & sahabat handai. jika tak ada mereka, siapalah kita. gahh gitu. eh sebelum terlupa, tak sangka hari merdeka bertembung dengan raya kan. wahh tapi nasib baiklah sambutan merdeka dilambatkan.


Baidewey, mula dari ahad ni kita akan tutup telefon. taknak guna telefon. tak aktifkan nombor telefon. tengoklah macam mana nanti, ada masa on kejap-kejap jea (nampak macam serious beno nak exam nya). sungguh ni, kita nak minta beribu-ribu ampun pada semua yg kenal manusia kerdil ni kalau ada terkasar bahasa atau endah tak endah jea. minta maaf sangat-sangat :)


Nak cakap sikit ni, "kekenang daku dalam doamu". #macam tiba tiba jea ni. kahkah! 


Okay jumpa di lain entry, jagadari semua. jangan main mercun sangat. mercun pop-pop takpa. haha bai bai.

Monday, August 22, 2011

Shopping & Buka Puasa Di Mines

Hi Assalamualaikum :) aiyo, rindu dah ni kat belog. ek eleh, baru dua hari tak update apa cer. haha relax relax. kali ni kita nak kongsi kan sikit time buka puasa dengan kawan-kawan hari sabtu bersamaan 20/08/2011. sebelum pergi berbuka tu beli barang kejap. pergi empat orang jea, kita/fyfa/pkot/adik pkot. itu pun berpecah. berpartner-partner. kita dengan fyfa, pkot pulak dengan adik dia. alahai sikitnya. ingat lagi dulu masa form 3, bukan main sakan lagi pergi shopping ramai-ramai. meriah tak terbilang. seronok sangat masa tu.


Lepas siap beli barang semua pergi mines wonderland terus. ekceli rakan-rakan tercinta yang join masa ni dari klang. jauh tak jauh kan :D antaranya Arza, Fizan, Ieyul, Syahmi, Luqman (cousin syahmi). haa ni semua dok pakat dari klang, kecuali cousin syahmi tu jea. tak pasti la dia duduk mana. kahkah. okay, amatilah potret-potret yang terdapat di bawah. klik pada gambar untuk pembesaran yang terlebih besarnya.


Semua tak sabar tunggu nak makan. petang lagi, dok tunggu jela sampai azan. perasan kan girl yg sebelah kita tu, orang panggil dia Lulu Realla' (taktahu nama sebenar) dia baru sampai masa ni. dia stay bangi :)


dari kiri; Syahmi, Lulu, Luqman, Aku, Arza, Ainaa, Fizan

Muka aku selekeh. kahkah! yang paling depan ni Ieyul nama dia. suka condemn apa orang cakap. aku lah yg selalu tak bernasib baik asyik kena jea dengan dia. HAHA frust menonggeng. tapi takpa, kita gurau-gurau jea kan. watlekk :D

Seronok sangat masa ni, sudi jugak korang datang jauh-jauh. untunglah naik kereta kan. hehe terima kasih sudi datang ke tempat kami. maaf kalau ada terbosan ke apa tau. sebab masa ni aku tetiba jadi pemalu. tak tahu nak cakap-cakap banyak macam jumpa sebelum ni. taktahu kenapa oh. kasi ketuk sikit kepala aku ni. haha nasib baik Ainaa ada memeriahkan lagi suasana.

Sebelum balik, baik amik gambar jejaka-jejaka pingitan ni dulu. haha best lah korang ni. asyik gelak jea memanjang.

#Sumber gambar dari Ainaa Comel

Terima kasih Arza, Fizan, Ieyul, Syahmi, Luqman, Lulu, Ainaadan Fyfa sudi keluar buka puasa sama-sama. bukan senang nak jumpa arza dengan fizan ni. last jumpa bulan enam.

Harap habis Spm nanti kita dapat gather-gather lagi ya. hoyeah! dah jadi rindu pulak. hahah

Ok dah habis. terima kasih sudi singgah. sorry ya post kali ni kalau ada salah silap apa-apa. harap maafkan :) wassalam.

Tuesday, August 16, 2011

Kita Kena Cool Selalu.

Assalamualaikum. selamat petang. kamsahamida. annyeong haseyoo. dah reti cakap korea sikit sikit ni. wah i loikee. haha #yang reti bahasa korea tu jangan salahkan kita,budak baru belajar ni.maaf kalau typing error.kahkah!

Topik kita hari ni bukanlah nak cakap-cakap pasal korea lagi. tidak, banyak pun tidak. cuma satu perenggan kat atas tu jea ada selit sikit koreanya. huhu. sebenarnya, ada lah post sebelum-sebelum ni kita bermarah-marah dekat seseorang insan yang pernah wujud dalam hidup kita. oleh sebab...(terlalu privasi). huhu. ala lagi pun dah delete ah post tu, padanjari tak boleh buka. cheesywedges betul ! huhu. bukan apa, sakit mata dengan post tu sebab tu lah kita delete. takbest lah kan nak kekenang kekenang benda lama. huhu. sesiapa, tolong hentikan aku asyik dok ulang perkataan 'huhu' itu. bosan membunuh!

Hi kau si jejaka, aku dah pun minta maaf seikhlas-ikhlasnya pada kau. harap kau terima maaf itu. tak ada niat tercelah sebalik batu atas maaf itu. memang aku salah sebab teradvance emo pula masa tu. ye, bila gaduh memang membuatkan aku jadi hampir tak matang. kuikui.

wey muka aku peliks !

Alhamdulillah. ingatkan bila hantar mesej pepanjang pepanjang cecah 3pages, tak ada respon. manalah tahu kot dia marah lagi kat kita. tapi lain pula respon yang kita terima dari dia. macam ini lah.

"Hahaha its okay lah hihi. Alrite alrite." pastu buat emoticon gelak.

Fiuhhh, hampir nak berpeluh ketiak mak ni bila nak buka mesej dia. diingatkan kena tibai jampi serapah balik. rupanya tidak. syukurlah. hehe oyeah.

Maka selamatlah perasaan bengang yg terpendam selama ni, terungkai akhirnya. semoga hidupmu lebih dirahmati. kita settle cara baik-baik kan. lupa jelah masa lalu tu kan. bagus bagus.

Setiap orang ada masalah tersendiri. yang tersirat & yang tersurat. termasuk kita jugak ni, ada lagi satu problemo tak settle-settle lagi. dah okay, tapi. itulah, still nak diamkan diri. takpa, jangan risau lah.


Okay,akhiri entry ni dengan penuh senyuman manis lagi kacak's aka macho's bergaya. ewah.

Sunday, August 14, 2011

Era Korea Mengundang.

Assalamualaikum pembaca sekalian. hari ni kita nak cerita sikit. tak pasti sikit ke tidak, banyak. banyak pun boleh lah. tengok jugak tahap kekreatifan otak nak story pasal entry ni. hehe


Dah ramai pun orang dok cakap-cakap pasal korea ni. aku rasa cuma aku sorang makhluk yang tertinggal satu-satunya tak tahu menahu drama-drama korea. kahkah!




Tapi, sekarang tak lagi. aku dah jadi antara kalangan peminat cerita korea, don't play play haa. dulu memang aku tak suka tengok cerita korea. like SERIOUS FURIOUS. sejak berapa tempoh bulan yang lepas, mood aku mula berubah. #biasalah, mood perempuan berubah-ubah. apekehemunih.


Adik aku yang jadi tunjang penanggungjawab bawa aku dok layan cerita korea ni. dia suka tukar tv. tukar ke tv 8 pulak tu. apa ada? cerita cina aku sangka yang banyak. lain lah program realiti showdown. haha memang tak tinggal :D


First aku tengok macam bosan. macam sahaja ok, macam. jangan marah wak, tunggu dulu jangan baling selipar jepun dulu. tak habis cakap lagi ni. tak sesampai 5minit lebih kurang cenggitu. i was like terribly, WOAHHH! tak sangka mak tau. memang superb best drama korea ni.


Aku mula terpikat. wahh, pikat gitu. sejak tengok cerita ni lah kat tv8, sekarang pun ada lagi. kalau nak tengok setiap hari sabtu jea ada, pukul 6.30pm - 8.00pm. tak pernah tinggal wey, mesti nak tengok punya. tajuk cerita dia Mary Stayed Out All Night . lagi-lagi bila ada hero handsome cute ni, Jang Geun Suk . cukewnyeww titewww~


Sampai sekarang asyik tangkap leleh dengar lagu-lagu dia. pehh. kalau dia datang sini, memang bergambar habis dok minta autograp kat dia. kahkahkah. #dalam mimpi jela nampaknya.


Korang kalau ada yang mungkin tak berkesempatan tengok drama korea yang dah terlepas, boleh pergi, klik SINI . hah layanlah 24jam ye. haha macam-macam ada.


Dah dua hari sejak semalam lagi aku dengan adik lekat dalam bilik, semata-mata nak tengok cerita korea kat website tadi tu. hihi peace.


Sumber dari google image
Ok bai wassalam. selamat malam Jang Geun Suk. #awak handsome. hahah 

Saturday, August 13, 2011

Apa Kita Rasa. (Selamat Ke-200 Follower)

Assalamualaikum. hari dah lewat malam. dah masuk pagi. tapi jasad ni masih tak nak tidur bersemadikan mimpi. mungkin sebab terlalu fikirkan hal-hal yg aku sendiri tak pasti #pasal post yang lepas. tergugat perasaan ni untuk percaya pada dia lagi sekali. aku penat. sudah lah, cukup dengan apa yang dah lepas.

Yang aku mampu cuma diamkan perasaan ini dan tidak lagi meng-aktifkan telefon bimbit buat seketika. biar lah. aku tak nak terima apa-apa alasan lagi. cukup.

Salahkan mata yang degil untuk lelap. sebab dah seronok terlena waktu petang tadi. hihi

Haa cukup-cukup lah bermadah kata. walhal aku masih mentah untuk menyimpulkan seribu bahasa. kahkahkah. itu dia, kasi hoorayy sikit!! syukur kepada-Nya, follower kita dah cecah 200. alhamdulillah wak, thanks awak yang jadi ke 200. kita nak minta maaf sebab takda hadiah atau apa-apa anugerah nak bagi dekat awak cik Jaiton Shin. tak jumpa link belog awak sebab awak follow guna twitter kan? alahai sila tinggalkan link dekat cbox tepi tu untuk kita dapatkan blog awak balik :) kita hargai awak-awak yang sudi jadi follower blog yang tak semenggah ni. kita bukanlah blogger popular. haihh.

"haa apadahal, kita suka tunjuk gigi sekarang walaupun tak berapa rata sebenarnya."

Dan terbukti lah hasil gambar di atas menunjukkan betapa bahagianya hati ni kepada awak-awak semua yang sudi follow belog kebanyakan ni. hee kasi heart banyak sikit    ♥ 

Terima kasih sekali lagi semua. kasi muahh sikit untuk girl-girl ya. haha :-*

Selamat malam dunia. nak tidur, tunggu 3jam lagi untuk bangkit bersahur. mari berniat puasa ramai-ramai :) Kbai bai.

Monday, August 8, 2011

Mungkin kurang aktif bulan ni.

Assalamualaikum & Hi Semua :)


Korang sihat? sihat alhamdulillah. dah makan? mana boleh makan tengah posa nih! mandi belum dah? belum sebab baru balik sekolah ni terus mengada nak update blog. kahkah! tengah buat apa ni? macam ber-chatting lah pulakk. (harap maaf ini kes merapu)


Lagi empat minggu nak trial spm. nak minta maaf sangat sangat sebab berkemungkinan jarang meng-update belog ni atas sebab-sebab munasabah. buat masa sekarang nak fokus dulu untuk belajar & ulangkaji. belajar/ulangkaji bukan sama ke?? :D buka blog tu buka, tapi tak sekerap macam sebelum ni. tapi bila buka nanti insyaAllah saya akan baca semua post & komen sekali korang punya k. hee semestinya meh!


Takpa. ada apa-apa hal nanti aku hapdate jugak belog ni tapi secara rambang lah ya. takkan biar bersawang macam tu jea. haha mesti lah nak share share jugak kan kat sini :D


Nanti korang tolong jaga belog aku ni eh?? pleasee pretty pleaseeee~ kahkah. macam nak merantau jauh-jauh jea suruh orang jagakan blog ni.


Say Aloha & Selamat datang kepada 9 buah buku untuk aku tafsir satu satu (macam mampu) baca sampai tembus. buat latihan sampai lebam. melalak bila tak dapat jawapan. dan stress akan jadi peneman kita.


Selamat tinggal sementara dunia blogging :'( chaitt sedihh. sementara jea tau, sementara. bukan selamanya. doakan kesejahteraan kita bersama ya. Nantikan kemunculan aisyah pada bila-bila masa yeah! haha pirahhh :D


Ok, Wassalam. Selamat berposa semua!

Saturday, August 6, 2011

Lu kejam ah.

BENG BENG !!


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatu :) gahhhhhhhh. aku dah kembali memunculkan diri dalam blogging. waktu petang yang hening lagi sayu, titiba... ah sudah, mula nak merepek. tolong hentikannya. kahkah


Rabu hari tu aku tengah sedap blogging macam biasa. aku offline lah. tak lama lepas tu aku online blog ni balik. titiba tak boleh buka. tekan berapa kali kejap cabut kejap pasang balik broadband ni tak dapat jugak nak buka. ce try lah nak buka youtube atau google atau website lain. pun tak boleh. saya geram. lantas saya menangis. saya meraung cuma adik saya yang tahu. hehe


"kau kejam broadband maxis. sampai hati buat aku jadi menyayat hati macam ni. tak izinkan aku buka internet. aku merajuk cakap dengan mak ayah nak tukar broadband lain baru malam ni kau elok balik ya. nahh tahu pun seram"


Rupanya baru sedar. sekarang memang musim internet bermasalah. ada siapa yang dah kena macam ni tahu lah tu. mak pun cakap benda sama jugak sebab ada terbaca kat surat khabar. haiyaa dekat empat hari saya merana tak dapat buka internet ni wak. dah macam orang tak siuman. at least twitter jelah peneman berapa hari ni. ganjil kan? website lain tak boleh buka tapi twitter boleh pulak. pelik's tapi's benar's.


Alhamdulillah aku lafaz panjang internet dapat guna macam biasa. adik yang bagitahu masa dia nak online pesbuk tadi, watlek. fiuhhh.


Jadi apa kabarrrrrr ya awak awak sekalian alam blogger dan bukan blogger ?? adakah anda merindui ku ini? haha ya, sudah tentu tidak :D takda lah, serious tahap langit saya rindu nak blogging wak. tsk tskk.

Monday, August 1, 2011

Kita Kan...

Assalamuaikum. selamat pagi semua. indah pagi ni bertepatan dengan satu haribulan ogos sama maksud dengan bulan ramadhan & hari kemerdekaan menjelang tak lama lagi. kita nak cakap sikitlah kat sini. sebahagian dah ada yang tahu tapi sebahagian besar lagi mungkin belum tahu. so sini gua nak cerita sikit ah #gangster ayat dia.

Gambar belog dah tukar. gambar twitter dah tukar. gambar foormspring pun dah. cumaaa pasebuk belum lagi. oh yela saya mana ada online pasebuk lagi dah wak, takkan nak tukar jugak. nanti ada yang musykil sangka saya online. tak tak. terpaksa biarkan dulu kejap akaun pasebuk tu.

Dah dua perenggan saya tibai nampak macam panjang tak panjang. perkara sebenarnya saya kasi tahu, hemmm cehceh :D beberapa hari lepas saya dengan rasmi serasmi rasmi yang mungkin saya kekalkan dalam hidup. saya dah pakai tudung lah wak. sweet tak sweet tak? dahdah. mari berfokus. saya taknak ulang benda sama kesilapan yang lalu. biarlah sekarang ni jadi pengajaran berguna untuk diamalkan sampai akhir hayat. InsyaAllah doa doa lah selalu. dari hari tu saya dah mula pakai. hee

Sorry lah naik lori lah. tahu memang selebet. tak omey macam gegirl lain. takpa ini baru starting. masa ni keluar dengan adik. saya nak lupakan kisah hidup lama saya semua.

Harap diredhai olehNya dan diterima amalan. jangan pertikaikan apa yang saya buat sekarang, saya ada perasaan. cehceh. saya pun perlu berubah. kita start slow slow dulu, jangan terburu buru yang penting dah mendatangkan kebaikan. amin.

Hari ni gembira sebab dapat puasa. haha tetiba nya. Assalamualaikum, bai :)