Sunday, July 31, 2011

Esok Dah Puasa Yeayy !

Assalamualaikum semua dan salam bulan ramadhan :)

Hari ni punya cerita nak kisah kan pasal bulan puasa bagi umat Islam. eksaited kemain semua orang nak sambut puasa, belum start puasa lagi dah ada yg shopping awal awal. wahh seronok lah, mesti takut habis stok sebab tu beli cepat cepat dulu kan? haha takpa la. pejam celik esok dah puasa, lepas tu raya, lepas tu ada periksa besAAAAA punya iaitu exam trial bila habis jea cuti satu minggu raya tu. mak aih apa lah nasib. memang tak dapat sakan raya tahun ni. apa kan daya, redha jelah. untuk masa depan jugak.


Hurray! tak sabar nak main bunga api. hahaha kalah budak kecik aku ni. nak main mercun pop pop lah nanti, beli bebanyak. kahkah. *pop pop pop pop


maka keluarlah jelmaan ini ;P

Jom kita semua puasa penuh, baru poket penuh dapat duit raya *rosak pemikiran. jadi di sini, saya selaku NurAisyaah ingin mengucapkan kepada semua mulslimin & muslimat tak kira kat mana sekarang, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

Okay lah jagadiri semua ;)

Saturday, July 30, 2011

Terjumpa Kawan Sekelas Tuisyen dalam Blog Anis Syafira !

Assalamualaikum dan selamat pepagi buta semua. alah tak jadi nak tidur, rasa nak tidur tu belum datang lagi. tadi terhampir hampir nak tidur tapi tak jugak tidur. walaupun mata dah rasa macam dah berat. kroh krohh. haa tengah jalan jalan dekat satu blogger terkenal cantik manis ni, sebaya aku jugak. nak tahu siapa ;) gambar kat bawah ni pakai hijab pink tu, ini link blog dia ANIS SYAFIRA. ce bukak ce tengok. hee

maaf anis terpaksa ghembat gambar comel ni tanpa izin dahulu. korang jangan repot kat dia tau. HAHA


Keterujaan tahap mencamam ni hah. yang aku bulatkan jadi merah tu lah seangkatan dengan aku masa tuisyen dekat martin pudu *tapi sekarang ni aku dah lama berhenti pun, kehkeh. betul, tak tipu ni. tak percaya pergi tanya dia. haha watlek. aku sama kelas addmath dengan dia. tak sangka dia satu sekolah dengan ANIS SYAFIRA oh, berkawan lagi tu. tapi malang, aku tak ingat siapa nama gerangan jejaka tu *ceh jejaka. korang kalau berminat boleh add kat facebook. haha takdo lah, bergurau jo eh. untunglah satu sekolah dengan blogger owmeyy yang cun melecun si Anis Syafira ni ya :D


Sekian Wassalam :)

Friday, July 29, 2011

Pesanan Berharga

Assalamualaikum :) balik-2 jea sekolah tadi ayah nak gerak dah. aku dah masuk kereta, bila tayar dah berputar aku tergamam mendadak. aku ingatkan ayah, yg adik belum keluar sekolah lagi, tunggu dia dulu. oh gila aku ni. dah memang nyanyuk atau kenapa, banyak berfikir? aku lupa yg adik tak sekolah hari ni, tiba-2 ayah ingatkan aku. demm aku sendiri tak perasan adik tak datang sekolah padahal tiap hari naik seangkatan sama.


Bila dah jalan kereta tu, nak sekali kena tempelek meleret leret ceramah *ayahku bagai pakar motivasi. macam itu lah macam ini lah ragam darinya. aku rasa macam tak ada kaitan kot yg aku lupa adik aku tak sekolah tapi ayah aku meleret macam macam. haha dari nak mula jalan balik hampir sampai rumah kena motivasi sihat dari ayah. tapi telinga aku degil buat buat masuk kanan keluar kiri. ah teruknya. bila fikir balik semula memang bagus semua nasihat ayah aku. dia nasihatkan macam macam, contoh kena tidur awal jangan tidur lambat lambat, rajin mengaji solat, makan yg sihat sihat keropok keropok jajan jangan amalkan sebab itu daya ingatan otak aku lemah, akhir sekali rajin belajar.


Sebenarnya panjang lagi rasa macam lebih dari tetiga peperpuluhan lelima jejuta perkataan *melampau lampau. tapi betul lah kata ayah tu, aku cuba muhasabah diri lepas ni.



haha ayah ayah siapalah yang tak sayang ayah. tak ada ayah tak ada lah aku lahir kat muka bumi indah ni.

Pengubahsuaian & Ubahsuai

Assalamualaikum sekalian alam blogger dan pembaca setia. pembuka kata bukan main bermadah lagi. seharian ni aku terasa macam hyperactive. selalu bila petang aku mesti tidur untuk gantikan tidur yg tak cukup. tapi hari ni langsung tak tidur gara gara nak operate blog pusaka yang satu ni. tengok lah, dari berlatar burung hantu terus bertukar bunga bunga. memang buruk sebab masa itu emas dan aku perlu hargai sebetul-2 nya *apa meraban ditaban sesaban.




Ala kadar jea blog ni, takpa lah. asalkan sedap dipandang mata. blog berubah. maka tuannya pun turut diubah. hewhew. agak agaknya apakah? ah celaru jelah nak fikirkan. watlek dan kewllzzz.


Berharap harapan kali kedua ni betul betul dapat ubah semuanya. janganlah gua ni nak ber-pisang ber-dua kali. tak nak ulang lagi, biar masa ni betul betul sampai akhir nafas. InsyaAllah mampu mengubah dan ubah. Sekian wassalam semanis kurma dari saya, yusuf tayoob.

Wednesday, July 27, 2011

Hai Rindu Facebook lah


#Everyday I'm Shuffeling. haha masuk-2 jea entri dah nyanyi, bagi salam apa tarak kah minachi ?? oke oke, Assalamualaikum  & Selamat malam :)


Apakah cerita facebook pada masa kini ? aku dah jadi rindu dekat facebook. tak pasal-2 dah tak online langsung benda tu kan. wah benda. dengar khabar im chat dah lain? siap ada virus "how are you" lagi. amik berat betul dan rasa dihargai bila facebook asyik tanya macamtu, padahal itu virus. lagi-2 bentuk im chat tu dah bertukar bentuk. ya dak?? rindu nak komen gambar, buat semak kat status kawan-2, tengok perkembangan kawan-2. nak nak lagi kerja meng-like gambar. muehehe ;P


Tapi apa kan daya gitu, memang takda masa & jangan haraplah nak buka facebook tu. bukan buat masa sekarang! memang tak sekarang, kau tunggu jelah habis spm nanti aisyah baru boleh buka. dapat online blog sekarang ni pun dah rasa syukur sangat. siap boleh up-to-date lagi. huah huah



27 Jul 11, 06:57 PM
arza: eca , nama arza ada kat blog eca la.. woot woot , terharu nye , awww <3.. haha thanks btw.. rindu eca.. nnty lepas abes SPM , kita hangout tau :D


main copy & paste jea atas ni, biak p lah.


Tak sangka arza kat atas ni, kawan saya. selalu baca belog bengong ni ? HAHA wahh arza, rajin betul oh baca belog eca, ingatkan dah tak lawat sini. ya la, dah lama tak jumpa macam dah senyap sunyi sepi. last jumpa masa cuti dua minggu bulan enam kan :) terharu sikit, bukan sikit tapi banyak. kahkah. terima kasih banyak-2 pada kawan-2 kat luar yg sudi kunjung-mengunjungi belog tak cantik ni. #nanti ada masa betul-2, nak ubahsuai lagi belog ni. dan terima kasih banyak juga tak lupa kepada rakan blogger yg sudi beri sokongan selama saya berblogging sampai sekarang. InsyaAllah sampai ke tua cucu cicit nanti akan ku update jugak belog ni. kalau masih mampu dan ingat lagi pa-se-werd untuk log-ge-in. hehehe


Dan minta maaf sangat-2 kalau ada sesiapa yg tag gambar kat facebook tu tapi aku takda bagi respon, memang tak online dah kan. lagi satu friend request yg paling aku kesali dan permintaan tergendala buat beberapa bulan ni sebab tak dapat nak approve. hmm sabo ya. jadi tunggu jelah aku habis spm bulan duabelas nanti. hehe


Okay baibai semua hidupan muka bumi yg sudi lawat belog ni~ ^_^ Y

Ganti Puasa Lagi


Assalamualaikum dan haiiiii ;)

Semalam & hari ni aku ganti puasa. hari ni last day untuk aku ganti, woahhh tak sabarnya nak berbuka. pagi tadi nasib baik tak terbatal puasa sebab mak masak nasi goreng. umph! memang tak tahan tengok, ingatkan tak jadi aku puasa hari ni sebab nak makan nasi tu. HAHA tamoh tamoh tak baik, so aku teruskan jela puasa ni. lagi pun last ganti, watlek. tapi bagus kan untuk ready ramadhan yg akan datang tak lama lagi :) #ha tengok perut dah bunyik. krokk krokk~

Belajar dalam kelas hari ni macam biasa, tapi memang best. best sebab kenapanya?? sebab best lah apa lagi oh. hahah habis dah meroyan aku ni. sila abaikan ya korang :D

Malam tadi sebelum tidur dapat call dari irfan. pewit! apadah cakap nak tidur, tak pelik pulak dia nak tidur awal tetiba pukul 11.30 macamtu. haha tengok tengok, dia talipon. so sweeet :D aku pulak dah otw nak tidur masa tu tapi takpa, dia call apa salahnya. hehehe ehem. #rindulah.

Keseluruhan jumlahnya hari ni, jiwa aku banyak tergoda tengok orang makan situ sana sini. nak nak lagi air yang melegakan tekak lagi menggiurkan tu. sekali lagi umph! tunggu jelah sampai maghrib nanti ya aisyah. haha

Monday, July 25, 2011

Singgah Ke Blog Hottest Famous !

Hai dan Assalamualaikum semua :) dari tak ada idea langsung nak update belog terus dah ada mencurah-2 ni hahah. nak tahu tak, tadi pergi baca post terbaru kejap dari blog Cik Putih kita ni. haa siapa tak kenal, dah confirm-2 kenal kan semua :D dikira antara blogger femes jugak tau dia ni. sedang terbaca post dia tadi tiba-2 rasa nak klik setiap blogger dalam post tu. aku cuba klik salah satu blogger femes ni, mesti korang semua kenal jugak. orang dia cun melecun cantiknyaaaa. bomm! HAHA oke oke ni blog dia Nisa Kay. Hah apa macam? dah bukak kan, betul kan aku cakap dia cantik ;D yangggg paling tak sangka-2 nya lah, aku tengok gambar-2 yg ada dalam blognya tu, kepala aku ter-tiba macam teringatkan keropok lekor yang panas sambil cicah dengan sos cili. pehhh~ layan.. ehh tak tak, dah lari mana pula topik ni (nampak sangat tengah lapar HAHA). Ok saya ulang balik, yangggg paling tak sangka-2 nya lah, aku ternampak satu gambar ni


Sorry tau kak sebab amik gambar ni hehe ;D

Gambar yg ini lah mengingatkan aku masa buka youtube tempoh hari. ehem saja-2 lah kan nak tengok HANA TAJIMA. bila rindu mesti nak tengok video dia haha. betul tak tipu nih :D eh sambung topik kita balik semula, sambil-2 tengok video hana tajima tu ternampak satu video kakak cantik kita yg sorang ni, aku pun try lah klik sat masa tu Cara Nisa Kay Loose Style Shawl. Baru aku teringat! YA, aku memang pernah tengok gadis rupawan ni cuma samar-2 masa buka blog dia tadi. aku tengok video tutorial dia tapi tak tahu/tak perasan blog dia :D dah agak mesti Nisa Kay ni antara blogger famous. pewittt. kahkahkah


Okay lah sampai sini dulu rasanya storymory dari saya, ada apa-2 lagi aku update ya. kbaibai you all~ ^_^

Sunday, July 24, 2011

Ingatkan Salah Send



Hai selamat malam semua. mesti cakap sorang-2 ni sebab dah confirm2 tak ada siapa yg blogging time macam ni. haha takpa lah :D eh terkejut jugak kita lah. tak sangka aku kena marah oleh mr. tretttt ni tadi. uish, berpoluh-poluh masa baca mesej dia tadi. ya la, mula-2 tu ingatkan dia salah send oh, tapi bila dah tekan kali-2 memang betul itu mesej dia. haha padan muka aku padan muka :'P itulah gamaknya, buat lagi post marah-2 tengok sekarang dah kena sound baik punya dari dia. HAHA aduhai, biarlah dia. yang penting aku tak balas, kawe bahagia dengan hidup kawe sekarang :) tapi tak sangka jugak, dia memang baca ke post tu. benda dah lama kot, haiss. kalau tak ni, mesti ada something wrong somewhere :DD dah biar lupakan jelah. (hmm blog ini blog rasmi itew, sukahati itewww lah nak type apa pun dalam ni.) dah sini jela tempat yg aku mampu nak luah macam-2, tak apa lah. dah kena tu kena lah, terima jela. yg penting kau kena fikir positif aisyah, lupakan masa lalu kau :) move on.


Baiklah mr. tretttt, saya minta maaf dari hujung ubun rambut sampai hujung kuku kaki kerana marah-2 masa buat post tu. agaknya terlebih emo masa tu, tak boleh kawal. perasaan kan? penting tu. harap kamu dapat berfikir dengan lebih baik lah ya :) saya tak ada niat apa-2 pun, dah sini saja saya mampu luahkan semuanya, walaupun memang tak segalanya. dah nama pun hidup, kadang kat atas kadang kat bawah. saya sedar saya ni siapa, dan bukan siapa-2 pun dalam hidup awak. maaf kalau awak betul-2 terasa dengan sikap saya macam tu. ya siapa yg tak marah kan? baiklah, lagi sekali saya minta maaf. jangan risau. saya tak ganggu hidup awak lagi, sila buang saya jauh-2 dari hidup awak ya :) assalamualaikum.


Goodnight readers ^_^

Friday, July 22, 2011

Enthusiastic

Hai assalamualaikum :)


Alhamdulillah, aku dah semakin rajin belajar sekarang. lagi-2 kalau ada homework akaun, wahh semangat nak siapkan kerja akaun tu bertambah-2. haha hurrayyy! seronok sangat semangat tu dah datang balik, dah tak pemalas macam sebelum-2 ni. harap korang dapat doakan yg terbaik untuk saya eh eh? ;D -AMIN-


Homework semua hampir 75% (anggaran semata-mata) gitu dah siap, boleh relax jap :D sekarang ni nak main game dulu eh eh? haha okay bai bai, takecare ya korang~

Monday, July 18, 2011

Ganti Puasa :)

Hai selamat petang yu'ollssss. haha hari ni kan, aku kan, puasa oh. means berganti puasa lah untuk puasa tahun lepas yg tak dapat dilaksanakan oleh sebab-2...(perempuan faham tapi lelaki entahla :D) hari ni first day untuk ganti, ada lagi dua hari perlu diganti lagi. sikit jea kan kena ganti? haa sebab puasa tahun lepas, time tak boleh puasa tu ter-terus ke hari raya. waaa mmg seronok oh. HAHA tak payah pening-2 fikir nak kena ganti banyak-2. pagi tadi dah bangun sahur pun kat sekolah tadi still rasa lapar lagi :'( dengan mengantuknya time sejarah. memang terangguk-angguk lah kepala ni. takpa-2, tinggal berapa jam lagi dah nak berbuka :DD


Eh eh ni ada sikit gosip. meh sini kalau nak tahu. amboiiii kalau bab gosip laju jea kan? haha tadi time subj bahasa inggeris, teacher tak datang. ada dua period hari ni, tapi first period tu cikgu sandera(cikgu dispilin) yg patut masuk kelas, dia masuk lambat. time dia masuk tu semua budak lelaki dah gelabah + cuak. sebab risau rambut kena gunting. HAHA semua dok pegang-2 cover-2 rambut jea. sekali cikgu tu round satu kelas kitorang sambil usya rambut budak lelaki. si azman yg paling kelakar, rambut dia macam "ahmoy" bak kata budak-2 dalam kelas. cikgu sikat rambut depan dia, fuhh panjang sampai cecah bulu kening :D part ni tak tahan, cikgu pergi gunting rambut dia macam apa entah. hahaha semua orang gelak oh. dia petak jea masa tu pegang-2 rambut dia, habis segan. dah tak hardcore lah dia lepasni xD bak kata dia sendiri dah macam bentuk mangkuk. HAHA apa lah kau ni man, tula siapa suruh simpan rambut panjang lagi kan dah kantoi. haiyaa


Yang amin pulak, pun kena jugak. kesian dia tengah rajin buat homework tiba-2 cikgu tu suruh pergi belakang. rambut depan dia kena gunting rata, kesian dia. dia bengang gila tadi, bila cikgu tu dah keluar kelas, habis dia dok marah-2 kat cikgu tu. haha tengah sedih-2 rambut dah kena gunting dia siap boleh nyanyi lagu sedih lagi. aku gelak jelah tengok dia :D takpa amin, rambut tu cepat panjang tak payah risau laa. haha macam-2 jadi hari ni. hadoyy apa pun mesti aku rindu sekolah bila habis spm nanti, mesti nak rasa suasana macam ni lagi :( ok takecare ya korang, thanks baca :D have a nice day~

Sunday, July 17, 2011

Saya Seorang yg Ceria

"MUKA ATA SEYUMMM"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu :) yeah, saya dah kembali happy sekarang ni. tak ada tension-2 lagi :D sesungguhnya memang happy sangat-2 lah. haha kan saya dah kata sedih ni sekejap jea tak lama mana pun, tengok sekarang dah okay. alhamdulillah lega hati ni. nak tahu sebab apa, sebabnyaaa. hehehe pukul 1pagi yg kelmarin tu aku wish birthday ex bf yg last couple tu(SINI) baru pagi tadi dalam pukul 11.30 dia reply. biasa-2 jela dia balas :) dah petang sikit tengok-2 dia hantar mesej, wahhhhh macam tak sangka. ada itu sikit selunuk(seronok) lah :D serious! dah berabad kot, takda berabad pun cuma beberapa bulan la, hehe langsung tak contact sampai lah pagi kelmarin tu. tak lama lepastu dia call pula, wah lamanya! hampir dekat satu jam(untunglah ada telepon rumah). haha kitorang cecite dan borak panjang lah. macam-2 ada~ :D ehem ehemm cececee dah macam jejak kasih.

"MUKA KERANG BUSUK MACAM NI LAH"

Seperti gambar yg tertera di atas, sebegitu rupalah muka kerang busuk saya yg  sedang mengamati ke-happy-an itu. HAHA alahai~ teruk nauu muka aku kan. a'ah tahu kita hodoh tak omeyy macam awoks ;) okay lah itu saja untuk pagi nan buta dihari ini. sekian wassalam.

Alamak gambar pergi putrajaya tengok taman bunga floria tu belum update lagi sebab memory card kat adila, dia amik pinjam dulu. nampaknya isnin malam atau selasa lah baru di update oh :( haiyaa lamanya. tapi takpa tunggu jea yea ;D serious best semalam pergi sana! heee moh ajak santai bersama keluarga sanak saudara bapak bapak ibuk ibuk,semuanya ada disini. goyang inul yukkkk(MENGARUT). esok hari terakhir pameran kat sana ^_^ 

Tuesday, July 12, 2011

Berusaha Untuk Dapatkan PLKN

Sedihnya hati ni bila tak layak untuk PLKN. haiss kenapa tak dapat ?? :( balik sekolah petang semalam terus hantar mesej kat PLKN SEMAK. tunggu punya tunggu langsung tak ada respon. grrr dalam hati ni dah tak sabar-2 nak tahu dapat ke tidak. jenuh menunggu sampai malam. disebabkan ketidakpuasan hati  ni, haha dah lewat malam sikit aku cuba hantar lagi sekali. berapa minit lepastu, nahh dapat jugak respon! macam ni dia reply, PLKN: Maaf! 940123xxxxx anda tidak terpilih untuk menyertai PLKN Siri 9/2012. TQ.


Sedih sedih dan sedih sebab tak layak! mesti korang pelik kan kenapa aku tak suka bila tak layak untuk ke PLKN ? korang mesti lagi happy kalau tak dapat. haha aku tengok kat sekolah tadi semua kawan-2 seronok tak dapat PLKN tu. bagi aku PLKN ni adventure la walaupun dapat facilitators garang ke apa. aku tak kisah yg penting dapat pergi jugak. ada jugak pengalaman kan :) tapi ruginya tak dapat. takpa-2, next series ado lagi. InsyaAllah dapat! haha bagi yg tak dapat jugak tu, kita tungguuuuuuuuuuuuuu~

Sunday, July 10, 2011

Mega Giveaway by Yana & Cik Putih

Hai hello :) wahh macam tak sangka first time kot kena tag ni. haha adik farah cantik kita ni tag kan untuk join contest giveaway. sebenarnya aku sendiri pun tak tahu macam mana tapi try cuba jea la :D ok, kalau nak join korang klik terus kat banner tu. nanti tengok lah syarat-2 dia semua ada kat situ. haa hadiah dia memang best tau! menarik ke-babooooom! HAHA siap ada sponsor lagi oh. tu tu, tengok bawah ni ;)



Jadi saya nak tag kat kawan 3 orang Aina , Asma , Serry . Jom lah join yaa!!

Friday, July 8, 2011

Good-morning-Night


Hai selamat pagi malam semua. dah confirm confirm pelik semua orang pasal apa aku cakap pagi di malam nan sunyi begini ? haha cerita dia, aku baru bangun tidur ni. tak sedar dah maghrib rupanya. ya allah, lambat nau aku bangun. tidur dari petang sampai ke maghrib. bagus lah gitu senah. haisss takda la, asalnya kepala pening sangat-2 maybe tak cukup tidur malam tadi. jadi cukup-2 kan lah tidur lepas balik sekolah tadi. hehe eh esok ada perhimpunan nak buat demonstrasi tu kan?? baik awak jangan pakai baju kuning tau! ulangan "kuning" ya awaks. nanti mana tahu kena tangkap, polis ingat korang terlibat sekali dengan perhimpunan tu. kata nya buat dekat stadium tertutup tapi entah la. jadi pada sesiapa yg keluar esok berhati-hati di jalan raya. biar lambat asal selamat. waspada lah. ingat orang yg tersayang (banyak nya pesanan dan saranan) hahah

Tuesday, July 5, 2011

Wa penat campur sakit badan sama dengan nak kurus

Entah apa masalahnya dengan tajuk tu.dah la panjang mengarut pulak tu.hahaha takada la,betul lah tu.saja nak buat tajuk panjang tak pernah rasa buat tajuk panjang.haiss dah dah,ke mana-mana pulak cerita aku nanti.habis satu badan sakit-sakit sebab masuk lumba lari dekat stadium sempena sukan tahunan.itu lah aku pernah cakap,lately ni memang agak sibuk.sabtu lepas dengan larian 1malaysia nya,ahad pergi rumah asma' sambut birthday dia,isnin pergi stadium ukm untuk saringan 200 dan 400 meter.hari ini pulak betul-betul punya perlawanan.walaupun kalah tapi aku happy layak dapat final untuk larian hari ni punya.hee :DD


Habis semua otot-otot jadi kejang dan urat saraf jadi tegang.itulah akibatnya dah lama tak bersukan.HAHA lepas ni kena fokus lebih mendalam kat pelajaran pulak.haiyooo.eh lagi satu kan,aku dah berbaik balik dengan lutfi oh.hari tu lah dia tak habis-habis minta maaf.dia call memang tak lah aku angkat.aku maafkan jelah dia tapi aku cakap mungkin tak serpat macam sebelum ni.malas lah,buat lek chill sudah haha.


Pasal kurus pulak.aku nekad nih nak dapatkan balik badan kurus aku macam dulu dulu.sadisnya bila ada sorang kawan aku tu kurang ajar mulut dia tak ada insurans oh.sukahati kaki dia jea cakap melepas.hmm ramai jugak yg kata aku dah gemuk tapi tak kisah sangat sebab biasa biasa jea dorang cakap.tapi ni tak,memang aku fed up dengan dia terus aku panggil dia gila ah.shitto.selama ni elok jea dia cakap dengan aku entah pahal dia nak sakitkan hati aku pulak.lepas ni aku nak jaga makan,selalu buat sit-up,jogging(tengok dulu lah).bukan apa,aku ni suka stress.bila stress mesti aku lepas kat makan.mak aku cakap jangan buat macam tu kalau tak macam mana lah dia boleh effect kat badan kita balik.haiss payahnya.


Aku jealous tengok girl yg kurus.bukan macam aneroxia tu.HAHA maksud aku nak tubuh badan yg ideal.kalau boleh nak macam kawan aku ni, aina. BOLEH?? hehe

Saturday, July 2, 2011

Larian 1sukan 1murid 1malaysia 2011

Pewitt.hari ini memang best.pagi tadi sekolah ada buat larian 1Malaysia.aku pun sama join sekaki sekali dengan kawan-kawan semua.mula-mula tu ingatkan nak jogging jea sebab dah lama tak jogging.tapi last-last jealous tengok budak lain semua semangat nak lari.haha kitorang pun bantai jea lari sekali.kononnya nak dapat no. lah nanti tapi aku tak dapat pun,sampai jea tepi tembok sekolah terus pancit.HAHA eishh,time nak habis tu jugak lah dia tak larat.tema warna baju merah tau youu.haha itu yang melambangkan semangat dan keberanian.yeahh! so sekarang tengok lah gambar-gambar kami ya :DD


'SAY Hi TO GIRLS GENERATION' haha
dari kiri : saya, syida, asma', aina, anis, hazirah.
masa ni nak start lari dah hee

yeayy! semua pelajar perempuan dah start lari.
cikgu2 pun semangat jea tengok :D

turn pelajar lelaki pulak.
'tengok yg depan tu,semangat jea kangkang dia' HAHA

dah habis lari,muka aina memang tak nampak penat.
aina tak lari sangat boleh lah cerita haha

AUWMMM~
nak beryoga pulak saya nih :D

ehem.ini makwe baru saya kay. HAHA
chiss,takda nya lah.habis kena marah dgn pakwe dia nanti :DD
awek cun ni nama dia farah,form4.
lawa oh dia,putih gitu ;)

semua penat baru habis lari tapi muka tak nampak penat pun? haha

haa tengok budak lelaki main tarik tali pulak

yang ni main futsal. chaiyok lah group adik saya menang! haha
cer tengok yang agak kecik macam nak terbang tu.
itu nah adik saya :D

gambar habis~ hehe

Walaupun penat tapi memang best lah.hampir seluruh malaysia kan join larian ni.sreentak pulak tu tapi kat kawasan sekolah masing-masing lah ya :D inilah aktiviti saya hari ni.

Friday, July 1, 2011

Stressed Out


Semuanya berpunca dari sekolah. apa lah nasib hari ini. rasa nak menangis pun ada. hmm


- first,datang sekolah risau bila syida tak datang sekolah.

- syida memang tak datang sekolah pun.pehh aku dah goyang rasanya, sebab pendrive aku                                                  dekat dia.kerja-kerja folio akaun semua dalam tu untuk dia print dekat rumah dia.padahal kerja akaun tu last hantar hari ni.

- masa beratur pagi tadi, cikgu azura datang jumpa aku.lagi lah kena marah dengan dia.agak terasa jugak aku kat situ *part ni yang rasa nak menangis tu.cikgu marah sebab aku tak datang jumpa cikgu semalam untuk tolong buat kerja kerja rumah sukan.

- aku sangka hari ni hari penamat riwayat aku sebab tak hantar folio akaun.tengok tengok masa nak pergi kedai buku tu ternampak kawan-kawan kelas nak binding folio.rupanya syida dah kirimkan pendrive dan segala kertas folio akaun aku dekat nadirah.ceh! nadira ni pandai bergurau pulak ya.gigit kang nanti.HAHA

Masa dah habis tolong buat kerja kerja rumah sukan tadi, aku dah nak keluar.cikgu azura minta maaf kat aku,dia cakap jangan amik hati.aku pun tak kisah lah kat situ,gelak jelah.haha.

Semalam penat sangat sangat.stay petang dekat sekolah untuk siapkan folio akaun.guna laptop syida,dia bawak datang sekolah.bila sampai jea rumah,rehat rehat jap.sekali aku tertidur dari maghrib tu sampai pukul 11 malam.fuhhh,terjaga pulak dari tidur time time macam tu.dengan tak sempat mandinya lagi.hahaha shh shh! *diam diam jolah :DD pukul 11.30 tu aku terus search kat internet untuk buat homework english.ESSAY man! apa lagi,copy jea bulat bulat kat internet tu.janji siap kena hantar hari ni jugak kat sekolah tadi.HEHE

Agak tertekan ya kebelekangan ini.letih yang teramat.macam macam lah.