Wednesday, June 29, 2011

Perasaan Cemburu Membuak-Buak

Siapa cakap saya tiada perasaan? siapa cakap saya tiada perasaan cemburu? siapa cakap saya tak suka lelaki? dan siapa cakap saya hanya mencintai perempuan?? OH TIDAK.com! pernyataan terakhir sekali tu memang tidak benar sama sekali ya! HAHA jangan salah faham weh,aku gurau gurau jelah :DD jangan dok gatal fikir lain,ish teruk beno.hahah

Ya lah,perempuan mana yang tak cemburu bila tengok ada sweet couple kat keliling dia.lagi-lagi antara kawan-kawan dia tu.sekarang kan,aku dah kurang nak fikir pasal lelaki sama dengan pasal cinta ah senang kan.huhu macam sekejap jea bahagia tu aku rasa lepas tu dah senyap.memang tak ada harapan.lagi bagus aku tak payah nak harap harap kat sesiapa kan.jujurlah aku cakap ni,buat masa sekarang aku lebih rapat dan ngam dengan kawan kawan perempuan.jangan ingat aku lesbian ! mahu tak gila wey? HAHA memang tak ah! :D status aku sekarang...nak tahu dak?? tak nak tahu pun tak apa,aku nak bagitahu jugak.kahkah dekat blog jea pun oh,mana lagi aku nak luah kan.saya single but not available.haisss,dah lebih 3 bulan aku single.YEAY! itu antara kejayaan besar aku :DD

Siapa kata tak sunyi?? alaa mesti lah sunyi kan.sedih pun ada tapi apa boleh buat.terima dengan redha jelah,lebih baik aku tumpang bahagia tengok orang lain couple dari aku sendiri yg couple.kadang seronok jugak tak ada pakwe ni.haha tapi kadang tak seronok jugak sebab tak ada yg caring pasal kita.ahhh persetankan semua itu! HAHA.kalau ada yg tengok aku dengan lelaki,itu namanya kawan.bukan pakwe boyfriend suami scandal etc.macam post yg lepas,aku taknak ada apa perasaan dekat mana mana lelaki sekarang ni,jadi kawan jea.lagi baguih :D

Terkadang,aku ni keras jugak.susah nak terima lelaki.dah serik wey jadi peng-harap.tak guna betul.hahaha dah pedulikan.saya lebih selesa jadi diri sendiri yg sekarang ni :)

esok hari khamis, lepas tu hari jumaat, lepas tu hari sabtu, lepas tu hari ahad. lepas tu hari isnin balik semula, lepas tu hari selasa pula dan seterusnya.. seterusnya dan seterusnya, seterusnya, seterusnya dan seterusnya lah. apa mengarut pun tak tahu. HAHA k dah chiauwww ;DD

Winduw tat Blog xD

Har har har,buruk betul tajuk atas tu oh.teringat pulak zaman mesej masa kanak-kanak dulu :D kemana kita hilang?? nahh,baru sekarang reti nak update.rasa lama lama lama lama lama lama sangat sangat tak update ni ! tak pernah sebelum ni tak update sampai satu minggu.alaaaa,serious ni ! rindu gila vavi dekat blog.nak update tapi malas :( ish tak guna betul haha.chillax kay.


Setakat ni okay saja,aku sihat-sihat jea.cuma akhir akhir ni aku selalu busy dengan aktiviti sekolah,kerja sekolah,belajar apa bagai tulah.sabtu lepas ada karnival HEM sekali dengan hari temu mesra.ala yg parents datang sekolah ambil slip exam tu.haa tahu kan :D nak tahu tak,aku datang amik jugak dengan mak aku.ayah aku yg hantarkan,masuk sekolah terus pergi kelas.dari luar dah nampak tu gerai gerai,tak sabar nak terjah la kononnya kan haha.tapi sabar dulu,mula pergi kelas adik aku dulu amik slip dia.UNTUNGlah result dia cantik walaupun math's dia sewel sikit.HAHA tapi sampai jea kelas aku,hamik kau kena ceramah dengan cikgu.macam macam lah,aku mampu angguk angguk,geleng geleng lepastu cakap ya jelah sambil senyum.kahkah.eh tapi saya baik tau dalam kelas,FOKUS.tak pernah lawan cakap cikgu,kehkeh ;D


Selama satu minggu ini jugak lah dah pelbagai manis pahit jadi kat aku.yg manis tu cun jugak lah tapi pahit tu,haihh.nak ingat pun menyampah jugak.macam macam hal oh.baik lupakan,macam apa jea nak fikir balik.nak ucapkan terima kasih banyak banyak pada sesiapa yg sudi menziarahi blog burung hantu ni.haha thank you so much :-* sekarang ni mood otw nak siapkan folio akaun.fuhh,hampir jea lagi nak siap.harap sempatlah sebelum jumaat ni.okaylah,nanti jumpa lagi next entry,kbyebye ;D

Tuesday, June 21, 2011

About Lelaki :/

Jadi hari ini,sebenarnya tak tahu nak post apa.tapi post jelah apa-apa yg aku rasa nak luahkan ni.haha chehh.so assalamualaikum and salam sejahtera.*macam pembaca berita jea.hehe.i think i just want to stop mention or thinking all about guy.aku rasa dah naik bosan sekarang ni.aku belum jumpa lagi mr.right dalam hidup aku.yang seorang tu aku duduk tertunggu-tunggu,hmm lupakan saja lah.memang tak patut kalau perigi cari timba.just let it be.i don't want to be hope so.aku taknak sedih-sedih lagi atas sebab tak dapat lagi lelaki idaman.*kononnya lah :D


Aku teringin nak ada kawan baik lelaki yg selalu boleh spend time dengan aku,tapi cuma kawan sahaja.tak lebih dari itu,hanya kawan.boleh tidak?? aku teringin macam tu.tak ada apa-apa perasaan bila lepak sama,gelak sama,gossip sama.macam tulah contohnya.tapi orang selalu cakap,lagi kerap kita dengan dia lagi kuat kita sayang kat dia.fuhh,mendalam ayat itu.HAHA.tapi kita boleh nafikannya.boleh tak boleh tak?? :(


Sebab aku tak nak harap kat lelaki lagi,aku cuba untuk jadi ganas kadang-kadang.*my bad.aku elak perasaan ni nak suka lelaki jadi aku anggap sesiapa kawan lelaki aku tu macam kawan perempuan jea,biar aku tak ada apa-apa perasaan kat dia.pasal tu emosi aku tak tentu.aku teringin nak jadi feminin,macam girl lain tu memang tersangatlah ladies.tapi aku tak boleh,pasal tu aku lebih selesa pakai t-shirt and jeans.simple but nice :D sorry pada kawan-kawan lelaki yg lain kalau sometimes aku ada tercakap kasar sikit.memang itu buruk aku.maaf sangat.hmm


Malam tadi aku dah putus kawan dengan lutfi yg pernah aku cerita dalam blog ni hari tu.dia message sekerat,aku pun reply lah sekerat.dia cakap dah tak dapat datang sini lagi,aku tanya pasal apa.lain pulak dijawabnya.aku pun tak faham apa mesej dia tu.dia cakap takecare and goodbye.aku tak reply,tak lama lepas tu dia call aku.dekat 2kali tapi aku tak angkat.biar jelah dia.mals aku aku nak fikir lagi.lebih baik aku fikir pasal keluarga,belajar dan kawan-kawan sekeliling ni saja <3


Kalau ada jodoh tu tak kemananya,ada yg aku tersangkut,ha dapatlah jawabnya.hahaha.okay okay chill :) aku tak tahu nak cakap apa lagi,sekarang aku lebih banyak isi masa dengan belajar,tengok tv,dengar fav music.wahh,agaklah enjoy kan :D hehe ok lah takecare ya korang,tata titi tutu~

Thursday, June 16, 2011

STOP online facebook

Seperti yg dah dimaklumkan dekat fb tadi,akhirnya aku berjaya jugak nekad buat keputusan untuk tidak lagi online facebook.NO MORE.cheeewah hahah.jadi tadi aku last online fb,lepas ni aku nak lebih focus untuk belajar.hmm,result exam ppt aku teruk.setengah masak ja,dah dua gagal pulak tu.sedih jea :( ini semua asyik dok lekat dgn fb sampai time untuk belajar pun dah lupa.frust jugak kalau setiap hari macam nih.tak lama lagi dah trial,memang tak happening lah nampaknya raya tahun ni.naik jea cuti terus dah mula trial,macam mana nih.cuak aku dibuatnya.


Tahun ni jelah last sekolah,lepas ni mana ada lagi nak sekolah-sekolah ni.terus sambung belajar,timba pulak life baru.tak tahu lah nanti macam mana.sedih jea tinggalkan fb 4bulan,sampai habis SPM bulan 12 nanti baru aku buka balik fb.aku tak deactive tapi cuma tak online saja lah macam selalu tu.lepas ni aku kena struggle gila-gila masa belajar,aku nak macam masa aku sekolah rendah dulu.rindu time tu,aku selalu rajin buat homework sendiri.tak macam sekarang ni,pemalas sangat.dah hilang semangat belajar,jadi sekarang ni aku nak dapatkan balik semangat tu.YEAHH!! :D


Tapi nanti kalau korang ada nampak aku dok online fb jugak,cepat-cepat lempang aku tau?? hahahaha gurau gurau,jangan mehh.kesian pipi ni nanti xDD tak ada punya lah,dah sekali aku cakap tu memang betul betul punya tak online lah.korang yg nak SPM tahun ni macam aku dekat luar tu,cukup-cukup lah online fb ya,otak korang penat nanti asyik lama-lama menghadap monitor pc/laptop tu :D apa-apa pun harap korang dapat wish yg terbaik untuk Spm nanti.INSYAALLAH ;)


Blog kesayangan ni aku tetap akan teruskan jugak perjuangan,kata pengguna blog tegar.HAHA.tak boleh tinggal punya sebab kalau ada apa-apa yg terjadi dekat aku atau didunia ini aku akan cuba meng-update blog ni.baru tahu ada perkembangan atau tidak kan :D okay la,rasanya sampai sini dulu post ya.ok takecare,byebyebye~ heee



Monday, June 13, 2011

Dapat Kertas Exam

Hari ni dah dapat kertas exam pertengahan tahun yg sebelum cuti tu,nahh.sekali 4 kertas dah dapat! pehhh,lagi 5 nak dapat ni,cuakk ouh.macam mana markah kertas-kertas tu? hehe tak payah cerita lah. eh eh? malu laa,bukan bagus pun.setakat biasa jea xD hmm yg tak berapa puas hati ni addmath's lah,urghhh.geram,kenapa tak boleh nak skor-skor lagi :'( sedih la macam ni,apa pun aku tak boleh putus asa.tak apa,trial ada lagi.hee.apa pun aku puas hati jugak dgn markah-markah kertas aku,alhamdulillah :)


Tinggal kertas Akaun,Bi,Agama,Sejarah,Ekonomi Asas.Sejarah patutnya dah dapat sebelum balik tadi,tapi aku tak dapat amik sebab kena keluar kelas pergi amik nama budak-budak untuk sukantara tak lama lagi.haihh,memang malas.apa pun tak boleh! HAHA.ok dah dah,tak ada apa lagi nak type ni.maaf ya post kali ni agak ke-pendek-kan sikit,tak panjang macam selalu.hahaha.okay,tatatititutu~

Sunday, June 12, 2011

I Will Miss This Moment

Masa ni kita jumpa hari rabu, 08/06/2011
Kita tengah buat mata juling,tapi eca tak ketara sangat,nieyda lagi nampak ketara :D

Kita dah macam adik beradik :')

Masa ni hari Sabtu,semalam lah. 11/06/2011
Kita tengah duduk dekat taman klcc,walaupun hari dah nak hujan ;D

hahaha tak boleh lupa lah time nih xD

Eca dah jadi rindu masa keluar dgn nieyda walaupun dua hari jea dapat jumpa,dah la nieyda jauh dekat pahang pulak :( thanks sangat-sangat sudi keluar habiskan masa dgn eca ya nieyda,sama jugak dgn kakak nieyda.

Esok dah start sekolah,huwaaaaa.sekejapnya rasa cuti,macam tak puas pulak.tapi fikir-fikir balik baik aku sekolah,Spm lagi 4bulan lebih jea nak datang.bayangkan kita nak kena cover all balik semua subjek form4 and form5.tak tahu nak lalui nya macam mana,doakan saya dapat buat dan belajar lebih baik lagi lepas ni ya semua :) aminn..

Friday, June 10, 2011

Separuh Jalan

Alhamdulillah,kerja folio Akaun dah hampir siap separuh jalan jugak.akhirnya dah sampai kunci kira-kira.korang mesti tak faham kan? hahaha biar jelah,hanya budak-budak akaun saja yg memahaminya :D tengah hari semalam gerak rumah syida,sampai rumah dia terus buat.dia lah yg banyak tolong aku buat kerja tu,thanks banyak-banyak tau syida?? sayang kau sangat-sangat! haha.aku hargainya ;D naik cuti ni cikgu nak tengok,dah buat separuh jalan pun tak apa yg penting buat daripada tak buat langsung oh.okay,dah tak ada idea nak type lagi ni,nanti-nanti ada cerita aku post lagi ya.hahah. do takecare ya? ;)


NOTE: hari nampak macam dah mendung,guruh pun dah start bunyi.buat penat ja jemur kain tadi,nasib baik tak semua.haiyaaa.baik angkat balik lah sebelum basah kuyup nanti :DD

Monday, June 6, 2011

Twitter ;)

Yeahh,i've got a twitter right now.
Ya lah,aku tahu semua orang dah ada twitter sekarang,aku ja yg lambat.kahkah
Update ni pun cuma nak beritahu kat korang semua,baru jea buat twitter dalam berapa hari yg lepas.
Free-free nanti visit and follow lah ya my twitter ;D


Nah,ini dia link twitter saya,

*actually dah dapat follow twitter Noh HUJAN tu. yeahh,hahaha Mizz Nina pun >,<

Sunday, June 5, 2011

50 Best/50 Tak Best

Aktviti semalam,apa lagi.macam biasa saja lah,keluar jumpa kawan-kawan.hahah.okay,ni nak cerita sikit,malas nak panjang-panjang,saya buat lebih detail jelah ya ^_^


- First,meet Lutfi.as usual tunggu dekat lrt hangtuah tapi dia sampai dulu.haha


- Lepak sepetang dengan dia,meet his friend at bb.lepak di pulau(kedai makan mamak) tapi best.makanan dia sedap sedap siap ada gerai-gerai jual makanan lagi depan dia.harga pun murah,berpatutan :D


6pm++ meet Natural Blazin Squad(Showdown 2011) dekat pavi yg tak seberapa nak pavi ;P shake hand,borak-borak apa semua.jumpa ni pun kebetulan by  someone yg contact saya bawak jumpa Nat :)


Dah nak dekat pukul 7pm,meet Arza, Fizan(fizo), Ieyul, dan Wan Muhd Syahmi.jumpa dekat Lot10 sebab dorang baru sampai dari klcc,pehh jauh nak menapak dari sana.haha.


7pm++ Arza and Fizan semua teman hantarkan aku balik sampai lrt hangtuah.punya penat menapak sampai situ,sambil tu Ieyul dgn Fizan gilo-gilo buat lawak apa semua.hahaha kecut perut aku gelak tengok dorang nih xD


Dah sampai lrt,salam apa semua and ucapkan thanks sangat-sangat sebab sudi hantarkan sampai lrt.kahkahkah,kelakar ar korang nih :D ada masa kita lepak lagi eh? walaupun sekejap jea semalam tapi serious best.


p/s: Aku agak 50 tak best tu sebab aku rasa semalam tu jelah last meet aku dgn Lutfi sebelum dia balik Perak :( pehh kejap ja dapat jumpa dia,itu pun kelam kabut ja semalam sebab aku blah macam tuh ja.dia nak pergi temankan kawan dia makan dekat serambi.aku malas nak kacau.so sekarang nih,tak tahu la macam mana.sampai sini lah dulu. TAMMAT..

Friday, June 3, 2011

Sepetang bersama Anis Roslan ;)

Sebelum tengah hari semalam,last minit girlfriend nazirul,senang panggil grol jelah ya :D anis message aku ajak datang jumpa dekat taman impian ehsan.dekat jugak dgn kawasan rumah aku,tapi tak dekat sgt la hehe.semalam last dia dekat sini sebelum balik tampin,negeri sembilan.aku pun cepat-cepatlah siap dari rumah nak pergi rumah aina dulu ni,mak dia yg hantarkan.masa aku nak turun tunggu bas,aku pergi taman kejap.syidi dengan farish datang ride sampai tempat aku naik fixie.woahhh,sanggup tu! jauh kot dari rumah dorang nak sampai dekat tempat aku,farish sendiri pun cakap macam tu.hahaha.itu semua syidi lah yg ajak :D


Sebelum aku pergi tunggu bas tu,lepak kejap dgn dorang dua ni dekat taman,borak-borak dulu.kemain eksaited aku tengok basikal dorang dua.HAHA.*fixie sebenarnya.dah dekat satu setengah aku terus gerak,dorang pun nak pergi dah.bas pun datang,aku nak pergi rumah aina.sambil naik bas tu aku nampak jea la syidi dgn faris ni ride fixie :D dah sampai taming,dorang ikut aku nak tengok rumah aina yg mana satu,sekali lalu jea lepastu dorang dah pergi,nak ride sampai mines pulak.pehhh,sanggup betul dorang ni :O


Sampai impian,pergi singgah rumah nazirul,bf anis.mak dia masak,ajak kitorang makan.kenyang aku makan dekat rumah dia,kitorang lepak borak-borak dgn anis.hehe.tapi aina balik awal,mak dia jemput awal sebab nak pergi rumah saudara.tinggal aku sorang lagi,lepak jela dgn anis,ada syazwan(epy) dgn bihar(amad).kitorang makan charkoi(betul ke eja?? haha) sedap sangat,aku dapat makan satu ja sebab bihar dgn epy pelahap :D adik grol pun.hahah.


Dah petang sikit,anis ajak pergi rumah saudara dia dekat apartment kasawari.kitorang snap-snap gambar for the last moment,mesti aina jealous ;D siapa suruh balik awal sangat haha.balik around 5.30 macam tu,aku tumpang hany.dia hantar aku balik sampai rumah naik motor.sambil tu borak2 la,macam-macam.kahkah.okayla,sampai sini saja aktiviti saya semalam,thanks ya grol lepak rumah kau semalam,mak kau masak sedap.haha untung anis! ;)


p/s: Btw,eca dgn aina rindu anis walaupun dapat jumpa sekejap ja semalam.kena tunggu lah sampai habis spm baru dapat jumpa anis balik kan? haihh,takecare ya ^_^Y