Tuesday, May 31, 2011

Rabu Keluar Sedunia

Wahhh,esok macam semua para remaja dan belia dalam malaysia ni,keluar untuk jumpa kawan-kawan.tahu lah cuti dua minggu kan.haha.tak kira kawan lama atau kawan baru.yg nak jejak kasih pun ada.sampai aku jea sekarang ni,pening kepala.tak tahu nak pergi mana dan jumpa mana satu.yg kawan aku dari klang,ajak ke sunway pyramid tapi aku kena gerak sorang-sorang jelah macam tu sebab kawan-kawan yg lain semua ke kl,lepas tu dgn pakwe lah.ehem :D


Memang majoriti esok pergi kl.ramai kut yg aku nak jumpa,tapi apa boleh buat.aku sendiri tak tahu nak buat macam mana.aku macam seram kot nak pergi sunway sorang-sorang,sudah jauh.naik ktm kena tukar aliran pulak tu.tapi esok kalau sempat,aku pergi sunway sekejap jelah lepas tu terus pergi kl jumpa kawan-kawan yg lain semua.kalau tidak,bila lagi dapat lepak macam tu kan? bukan senang semua kawan-kawan dapat keluar pada satu hari yg sama :(


Pelik kan,asal hari rabu ja mesti semuanya keluar.mesti padat punya lah esok,habislah sardin~ kenapa tak isnin ka selasa ka ahad ka? ahad tak apa lagi,ada bangla jea pun.hahaha jahat jahat ;P entah lah ni,mana satu pun tak tahu.karat jugak otak ni kalau asyik fikir benda kecik macam ni jea.


Apa-apa pun,malam ni malam penentu.wahh,macam nak pertandingan jea.haha.aku kalau keluar memang suka confirm last minit,tak suka plan awal-awal nanti terus tak jadi.dah selalu sgt macam gitu,sabo jelah.tapi apa pun merancang awal-awal lebih baik kan ^_^ tengoklah macam mana malam ni aku fikir.haha kbai kbai, takecare~

Saturday, May 28, 2011

Tak Sihat :(

Oh teruknya semalam dan hari ini,rasa macam nak pitam ja.dari semalam dah start sakit tekak yg teramat,susah nak bernafas,mata sakit,kepala denyut-denyut,menggigil,tak tahan ohh :'( itu petanda nak demam,tapi aku buat tak tahu jea,biarkan lah.nanti lagi aku layan sakit-sakit ni semua lagi lah bertambah sakit aku nanti.pergi sekolah pagi tadi berat ja rasanya kepala ni.aku kena pergi jugak kalau tak cikgu dah gugurkan dari Quarter Master.paksa jela badan ni bangun jugak.sampai ja sekolah sorang sorang sebab aku yg paling awal sampai,tak ada orang pun.nasib baik ada pak guard kat depan tu.hehe :P


Jadi,masa buat kerja tadi tak berapa nak larat lah.rasa macam nak balik rumah jea.serious tak larat nak buat kerja semua macam biasa.kitorang kena kemaskan barang dan baju baju kokurikulum tadi.macam macam lagi lah.dah habis semua cikgu bagi aiskrim.aku agak terkejut masa tu sebab tekak aku sakit sangat mana boleh telan benda manis macam tu.tapi bila cikgu dah bukak jea bekas aiskrim tu,pehh.aku terus meleleh~ HAHA.apa lagi,aku redah jela tekak ni nak telan jugak aiskrim tu.tambah dua kali pulak tu babe :D bila habis makan aiskrim,tekak terus dah tak sakit lagi.wahhh,pelik kan? haha.


Alhamdulillah sekarang ni dah okay sikit.yeehaa! :D harap esok sihat betul-betul terus.hahah

Friday, May 27, 2011

Selamat datang cuti :D

Alhamdulillah,habis jugak midyear exam :D boleh rehatkan minda kejap cuti dua minggu ni.syoknyaaa~ haha.tapi tak boleh syok sangat,ada jugak kerja yg nak kena buat,folio akaun.haih,ni den lomah nak buek nyo.nasib tahun ni last,redha jelah ;) tadi exam akaun memang susah lah aku cakap.kertas dua, huwaaa susahnya.tak boleh nak cakap banyak,tunggu jelah naik cuti nanti markah macam mana x( kertas satu senang pula,boleh tahan lagi soalannya hehe.dah dah,tak nak cakap pasal exam lagi,kita chillax dulu ya :D pada semua,selamat bercuti.untunglah yg dapat pergi holiday kan ^_^


Okay,takecare ya :DD

Wednesday, May 25, 2011

Kadang kala dia tidak kenal dengan diri dia sendiri,
Dia tidak pandai mengurus hidup dia dengan baik bila tiada siapa yg membimbingnya,
Dia tidak fokus dalam pelajarannya,
Oleh kerana hanya memikirkan sesuatu hal dan tidak pasti,
Sebab benda itu lah yg boleh merosakkan hatinya sendiri tanpa disedari.


Bila benda baru yg datang dalam hidup dia,
Dia akan cuba faham dan jadi lebih erat untuk menyayangi benda itu,
Dia cuba sedaya upaya yg boleh,
Walaupun dia tak tahu,
Satu masa yg akan datang dia akan disakiti juga,
Dan masa itu lah dia cuba untuk menyakiti dirinya sendiri.


Dia akan cuba membenci benda itu,
Untuk selama mana yg mungkin tapi tidak buat selama-lamanya,
Sebab dia tak mampu untuk membenci kerana dia suka pandang benda lepas itu dgn penuh perasaan,
Dan itu menunjukkan dia masih lagi terlalu sayangkan benda itu,
Walaupun sakit.
___________________________________________________
"nak berilusi kadang kadang boleh kan?" :D taip apa yg terlintas saja.sekian,wassalam semua.

Tuesday, May 24, 2011

Tettt, aku memang Sewel ya :D

First aku nak gelak dulu kejap.ahahahaha.macam orang gila pulak aku ni tiba tiba nak gelak malam buta macam ni.macam biasa,salamnya mana? ok ok,Assalamualaikum for all muslim readers :) cerita dia macam nih.


Lepas makan dalam pukul 8 macam tu,aku nak bukak blog.macam biasalah blogwalking kan,rutin harian tu :D sekali,tak boleh buka langsung oh.tiba tiba google suruh verified akaun google aku tu untuk buka blog.kalau tak,memang tak bolehla nak buka blognya nyahh.aku try banyak kali,tukar lah apa yg patut.email apa bagai.tetap tak boleh jugak! aku buka and buka lagi blog ni,tak dapat dapat jugak! pehhhh,masa tu memang stress.aku apa lagi,sewel gila terus pergi menangis macam orang mati laki.apa tidak ke segannya?? adik aku terus masuk bilik,tengok tengok mata aku dah berjurai.malu tu malu jugak dekat dia,tapi dah tak boleh fikir apa,aku redah je menangis ni.hahahah


Aku hilang akal,aku call asma tak dapat.ceitt,asma pergi off no. maxis dia :( aku terus online facebook,mujur kawan kita sorang ni online jugak atifah yg lagi comel cantik manis.aku terus hantar wall dekat dia,kenapa blog aku tak boleh buka? aku takut ada orang hack ja sebab ptg tadi lah aku biarkan ja blog buka lama lama padahal tak update apa pun,masa tu tgh online fb sekali.aku chat chat dan chat dgn dia sampai puas,aku minta dia settle kan blog aku ni.


Alhamdulilah! dapat jugak buka,yeahhhh tifah dah tolong kita.muahmuah banyak dekat tifah ya <3 *mesti kau geli,hahaha :DD aku sayang kau weh,kau lah penyelamat blog aku ni.bukan apa,dah macam macam aku korbankan selama buat blog ni,tak sanggup den nak tukar blog lain hah.den sayang bonaa pengikut pengikut setio den lai~


Yang macam rasa nak lempangnya,aku ni lah.entah kenapa sekarang suka cepat melalak tak tentu pasal.benda belum settle dah bercucuran air mata.tak munasabah,sampai tifah panggil kita ni cengeng tahu tak? kahkah :D malunya i~ kuikui.dan kalau korang perasan kan,tengok email saya tu,dah bertukar ke hotmail,bukan yahoo bodoh tu dah.HAHA.*kopek sikit mulut nih celupar ja tahu.tapi itu email utk account pak google kita lah,email ym lain cerita lah beb ;)


"Jadi post malam ini,sampai sini saja dulu.terima kasih pada yg sanggup baca cerita biul ni ya. hahaha. ok takecare,goodnight." boleh lah malam ni tidur dgn lena.*krohkrohhh~

Monday, May 23, 2011

Hoyeahhh~

"nampak tak ada bulatan warna hitam dekat perut tu? terpaksa edit kalau tak habis sexy.nampak perut yg boroi tu" :DD

Wahh kemain happy lagi aku dalam gambar ni.hahah.sampai terlompat-lompat hah :D happy pun sebab tinggal lagi satu paper jea nak habis exam iaitu hari jumaat ni.subjek akaun ohh,masak lah waa.jadi dapatlah rest kan sikit otak ni dari menghafal hafal bagai,3hari beb! siapa tak mahu~ HAHA.tak ada la,esok ada exam jugak,tapi pjk saja itu pun pukul 12.alah,apa lah sangat pjk tu,main bulat-bulat saja dah.*memang nak kena penampar lebih ni.

Okay,have a nice day yaaa ;)

Sunday, May 22, 2011

Masa untuk Ulangkaji :)

Assalamualaikum dan hai semua :D hari ni nak kena belajar subjek ekonomi asas pula sebab esok exam subjek ini lah.haihhh,untunglah kepada korang yg tak ada paper esok kan.haha.wish me goodluck and all the best ya all ;D ok,takecare~

Thursday, May 19, 2011

Killer Subject !

"agak frust ya muka.macam nak meneran ni" :D

Hari ni exam addmaths.ingatkan soalan boleh tahan,tapi lagi tak menahan ada lah.warghhhhhhhh! macam apa dah oh jawab addmath tadi,semua pakai campur campur jea formula.HAHA.tak tahu nak cakap macam mana? agak terkilan sikit masa jawab addmath tadi.sebelum rehat paper2,lepas rehat paper1 pulak.bukak jea kertas,memang dah tahu soalan agak susah.bukan agak,memang sangat sangat susah pun lah xP dah jawab soalan satu,nak masuk soalan dua ni,dah lupa macam mana nak buat! padahal baru pagi tadi buat soalan macam tu.

Cuba tengok soalan lain,macam takut jea nak tengok,nanti tertembus pula kertas tu.boleh berlubang*tipu.apa lagi,boleh pulak aku ambil mood kejap untuk tidur ya :D dekat 15minit macam tu lah.HEHE.tak lama kan? hahah~

Ada jugak tu yg dah fed up nak jawab addmath,boleh lagi dia pergi baca surat khabar.cikgu pun tak tahu nak cakap apa,cikgu biar kan jea :D semuanya frust jea sebab soalan susah.*tak susah mana,cuma tak buat revision.haha.

Sekian,sampai sini saja lah aku cerita.Assalamualaikum ;)

Wednesday, May 18, 2011

Malas ~_~

Haihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.baru start type dah mengeluh panjang.haha apa nak jadi lah dgn saya nih.bukan apa,rasa macam malas dan letih sangat lah nak pergi tuisyen kejap lagi.malasnyaaaaaaaa :( kalau tak pergi tuisyen petang ni,memang saya akan membuta lah sampai ke petang,lagi best :D tapi apa boleh buat? kena pergi jugaklah tuisyen tu,dah berapa banyak kelas hari rabu saya tertinggal.memang lama dah tak pergi,kelas math pulak tu.ya lah ya lah,saya pergi jugak kejap lagi.tak boleh ponteng ponteng dah.hehe


Ok lah,nak pergi siap.takecare and bye bye bye blogger/blogwalker ^_^Y

Monday, May 16, 2011

Sarang Serangga

Sedar tak sedar,dah lama jugak tak update blog ni ! wahhh,aku tinggalkan blog ni menyepi macam tu saja.rasanya dah bersawang ya?? :D teruk sangat tu haha.sorry ya kawan-kawan,sejak kebelakangan ni agak sibuk sikit.mana taknya,dgn exam,aktiviti untuk sambut hari guru yg dah dilangsungkan pun dekat sekolah tadi.ini pun,dah 3hari tak online pesbuk,bagi aku sangat sedih bila tak dapat online setelah sekian lama hahah xD from friday until yesterday,sunday.hehe

Dan masa ini jugak lah,banyak benda yg dah terjadi.lagi-lagi benda yg berkenaan hidup dan mati :( benda ni terjadi masa hari khamis malam jumaat,esok tu sudahla nak exam sejarah.confirm-confirm hancur result sejarah aku nanti.sedih siut.masa aku jawab paper sejarah tu,pagi-pagi lagi dah tak ada mood.frust gila,tension,sedih,ego,apa semuanya ada.aku jawab sejarah macam setengah masak ja,malam tu hafal memang tak masuk otak langsung.jangan sangka,aku sentiasa hidup dalam keluarga yg aman bahagia :(

Aku jadi serabut masa tu,dgn dia lagi langsung tak contact aku.tengok,benda macam ini ja mood aku terus tak ada.mungkin patutlah berat aku turun dgn tiba-tiba walaupun 2kg saja,tapi berbaloi juga lah sebab dah jarang makan dekat rumah.sejak kebelakangan ni,aku selalu ada masalah dgn parents.asyik aku saja yg dianggap salah,adakah aku terlalu kasar??  bila dah baik balik,haaa mesti ada masalah lain yg timbul lagi sekali.gila letih aku kalau tiap hari macam ini.

Sudah,tutup cerita tadi.mesti bosan bila baca.tak apa,aku faham.harap rabu ni aku dapat jawab math's dgn baik,sebab aku sayang cikgu math aku tu :D terbaikkkkk.hahah.lepas ni,apa yg nak jadi,jadi lah.

Tuesday, May 10, 2011

Exam Mood :)

Hari ni exam dekat sekolah dah bermula dgn rasminya.
Mula dgn subjek Bahasa Melayu.
Alhamdulillah,dapat jawab semua soalan dan tak ada yg tertinggal.hehe
Harap result Bm kali ni bagus dan tak mengecewakan.
Berhempas-pulas jari-jemari aku ni menulis sampai rasa macam nak patah jea.haha
Berpeluh-peluh jea masa jawab tadi.padahal memang keadaan di malaysia sekarang memang panas walaupun cuaca tak terlalu panas.

Esok exam Bahasa Inggeris pulak.haiyaaa
Macam mana lah aku merepek time buat essay nanti.
Memang habislah aku ganyang.
Mesti tulis ayat sama jea yg berulang-ulang.*konon nak nampak panjang :D
Confirm aku tak boleh skor Bi punya :(
Entah lah.tak nak berharap sangat,dapat cukup makan pun jadi agaknya.haha

Untuk semua kawan-kawan sekolah,buat yg terbaik k.
Prepare cukup-cukup dan anggaplah macam nak jawab Spm :D
We must fight-fight-fight for our SPM soon! yeahhh hahah
Okay, Assalamualaikum..

Sunday, May 1, 2011

1 Mei ♥

"Semuanya baik-baik saja" :D

Pada semalam dan hari ini,
ku rasakan indah sekali. hahaha. jengjengjeng!
Mengungkap suatu kepastian yang tidak beberapa nak pasti :D
Tapi,
Jika hanya sekadar angan-angan,
Aku tidak akan berharap apa-apa dahulu.
Biar aku sedar,
Dimana aku berada dan situ jugaklah aku sedar :)
_________________________________________________


Nahh,saya nak ucapkan goodluck untuk semua kawan-kawan yg akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun bulan5 ini tak lama lagi.do your best guys! InsyaAllah dapat result yg best okay ^_^ AMINN...