Tuesday, April 26, 2011

Ya Allah. .
Tolonglah aku. .
Aku dah tak tahu nak buat apa dgn perasaan aku ni. .
Sakit sangat. .
Aku rasa macam nak campak jauh-jauh benda yg dikatakan perasaan ni. .
So sad....huwaaaaa x'(

Sunday, April 24, 2011

Serious ayat ini mendalam :O

"If you love two people at the same time, choose the second one, because if you really loved the first one you wouldn't have fallen for the second one" - Johnny Depp

dhanial ,soley soley soley. maaf maaf maaf. sangat sangat sangat tau?? sebab aku amik ayat kau yg atas tu! betul aku cakap ni,aku suka ayat tu,memang mendalam sangat.menusuk kalbu aku babe! hahaha xD

humm sebab ayat tu hampir sama dengan keaadaan aku sekarang ni :( gila sedih..aku benci bila perasaan macam ni ! tapi aku rasa macam betul lah ayat johnny depp tu.betul sangat-sangat.SETUJU! :D

Mana Hilang??

Terutama sekali,bagi salam dulu lah kan.hehe okeoke,assalamualaikum blogger and blogwalking :) aisyah typing this post with a bigbigbig smileee :D senyum,tak perlu kata apa-apa, SENYUM.haha.haiyak.baru kita perasanlah,rupa-rupanya dah satu minggu tak update blog?? sadisnya,kesian awak ya blog kita tinggalkan macam itu ja :'( jangan nangis jangan nangis tau.(cakap sorang-sorang) dah dah kita nak start cerita ni,awak-awak semua nak baca atau tidak terpulang ya,kita tak paksa aok tau ;D tak kisah.hehe

Selama satu minggu ni agak bengang lah jugak sebab tak boleh langsung nak post cerita baru! berukband punya pasal lah ni,entah kenapa dia lembab semacam siput di tanah *siput pun lagi laju rasanya.bila online facebook kemain lagi laju diaaaa :O tapi jangan risau.walaupun kita tak dapat post cerita tapi kita selalu up-to-date tau tau cerita korang,tak pernah tertinggal nak baca the latest post korang.yeahhhman! hahaha :D betul tau awak,kita tak tipu :) nahh,baru sekarang lah,masa ni jugaklah akhirnya internet kita ni okay sikit,dah sihat balik.lega kejap dapat update blog.nanti kang tak update,sunyi sepi jea blog ni.tak ada siapa lagi nak kunjungkan?? :(

bila internet okay untuk ber-facebook.huishh,apa lagi kan.satu minggu ni penuh dgn online facebook tuh ja,mahu jugak dalam satu hari tu online sampai dua kali.HAHA eksaited habis :D (macam ginilah nasib orang kesunyian,cuma bergantung di facebook ja).kalau dulu-dulu,habis satu minggu barulah nak online.tapi sekarang nak contact kawan-kawan,kenal kawan-kawan baru,semua bergantung di facebook jela sekarang :) itu bagi saya lah awak.hehe

Kita sekolah macam biasa,belajar pun macam biasa,pergi tuisyen pun macam biasa jugak,lepak dgn kawan-kawan dekat sekolah pun sama macam biasa jugak tapi confirm kadang tu masuk air sebab dorang ni tak reti-reti nak berhenti buat lawak.baik masuk maharaja lawak jea korang ni.HAHA okeoke,gurau jea lah awaks ;D okaylah,rasanya dah tak ada apa lagi yg kita nak type?? tapi awak jgn risau,kita mesti post lagi kalau ada apa-apa cerita yg terbaru tau? haha.ok do takecare guys,byebyebye~ ;D

EH EH,LUPA NAK TANYA.AWAK SEMUA SIHAT?? ALHAMDULILLAH LA SIHAT YA.KITA PUN SIHAT JUGAK TAU AWAKS.haha

"menggelabah jea kan aku type pakai kita awak pulak.kata ROCK.mengada nak type pakai awakita ya.haiss.jangan salah faham tau korang semua,mood aku tengah baik lagi coooool gini tu yg post pakai awakita ni.hihih"

Saturday, April 16, 2011

Dating dgn Orang Jauh: AOK :D

Asalamualaikum warahmatullah hi wabarakatu :) hai you all's,sihat tak? dah makan malam? aku dah.tapi makan petang tadi la.hehe.sebanarnya nak cerita pasal DATE hari ni,sweet ngat aih.tajuk nak gempak ja lebih tu padahal jumpa aweks chun di Kuala Lumpur tadi.hahaha.maaf tau,takdak niat nak tipu korang xD ala tipu sikit jea,chillax lah sister's ;)

Balik tuisyen tadi terus pergi jumpa budak comel dari pahang ni.eksaited kemain lagi aku nak jumpa dia hari ni.heee.koi suka suka suka :D sebelum ni aku pernah post pasal dia,nama dia Nieyda Yusaini.dia datang dari pahang semata-mata nak jumpa koi tuuuuu.auwww happynya koi lepak dgn aok tadi tau >,< eh perasan lebih aku ni,bukan dia datang sini semata-mata nak jumpa aku nya,ishh mengada.haha.tak ada la,koi gurau jak :) nieyda maih sini dgn kakak dia,bf kakak dia,and kawan-kawan kakak dia.rumah nieyda ni kat wangsa maju tapi dia tak duduk sini,dia duduk pahang dgn makciknya,sekolah pun dekat sana jugak :D

Kebetulan nieyda cutemutebutesutenute datang sini,aku pun ambil kesempatan.chewahhh haha.maksud aku nak pergi jumpa dia lah.hihi.baru first time jumpa ni,tapi masa lepak tadi macam dah bertahun-tahun kenal.memang HAPPENINGGGG! hahaha (sambil buat tangan macam superman terbang dalam cerita bangbangkebaboooom).jadi inilah gambarnya.tuh diaaaaaaa hahah

Jrengjrengjrengggggg! koi suka aok.aok suka koi?? hihi.
dah macam kenal lama padahal baru jumpa hari ni :D
aok cute comel lahhhh.winkwink ^_^

Ini Joyah dan Sameah.eh takde la,tipu jea.hihi.
Serious,neiyda cantik tau,uishh terkejut tengok aok tadi :D

Masa aku jumpa nieyda tadi,muka dia lain ohhhh,tak sama macam dalam pesbuk.muka dia sweet sangat-sangat,macam omputih pun ada.haha.lawaaa,koi jealous tau aok ;D gurau saja.hee.Seronok lepak dgn nieyda hari ni,macam-macam cecite kita borak tadi kan,gosip-gosip,memang non-stop lah kita borak tadi.hahaha ;'D aok siap nak bawak koi jumpa mak aok,tapi koi kata tak payah,koi malu lah.hihi.dalam hati koi cakap, "macam nak pergi meminang ja" haha.

Harap lepas ni kita dapat jumpa lagi ya,happy dapat temankan nieyda shopping tadi ;) tapi koi tak shopping pun,tak bawak duit lebih.ehem,nak saving padahal >,< masa nak balik tu,aduh.sedihnyaaa nak berpisah sebab aku nak balik dah,jadi berpisah lah kami.nieyda pun gerak dgn kakak dia and bf kakak dia :) THANKS SANGAT-SANGAT SEBAB SUDI KELUAR DGN ECA HARI NI TAU NIEYDA ;'D

Friday, April 15, 2011

Birthday Girl:Cuma Kita Berempat


"itu diaaaa,kawan terbaik saya, 'AINAA ATHIRA BT ALI'.
dia cantik kankan ;) hee

Assalamualaikum dan haihaihai :D ada sihat? sihat ada?? apa meroyan aku ni haha.okay-okay,kita terus pergi ke titik yg lurus.kita nak cerita ni,petang semalam keluar pergi mines kejap.itu pun asma' message last minit,haiyak.punya kelam-kabut aku nak bersiap.pergi mines sebab nak celebrate birthday aina,nak lepak dgn aina punya pasal aku sanggup naik cab dari rumah sampai terbang hangus macam tuh ja RM10 T_T wuwuwu,pakcik taxi tu memang cekik darah! haha bengang saya tau semalam,ni semua sebab tertinggal bas rapid.saya tak dapat nak upload gambar masuk dalam blog ni,internet lembab lah guys ;'( saboo jelah nampaknya.

Kitorang celebrate birthday aina simple-simple jea,pergi makan-makan lepas tu bantai karaoke 8 lagu.kahkahkah xD tapi apa pun,petang semalam memang ROCK THE WORLD 2011 lah wa cakap,lagi-lagi masa karaoke.release tension,memang berfeeling habislah masa nyanyi tu.hihi malu saya nyah >,<

I Heart You Girls ;D

"Ainaa,sorrysorrysorry sangat tau tak ada kek pun untuk kau :( harap kau happy and happening lepak dgn kitorang semalam.hihih.Thanks sangatsangatsangat sebab belanja kitorang karaoke semalam.muahmuah! haha mengada kau aisyah" xD

-->Okay see next post ya guys,takecare,miss yaaa ;)

Sunday, April 10, 2011

Wishes Of the Night

I wish that i could be with you all the seconds,
time,
day,
everyday,
and whole my Life :)

I'm always think and wish this to give strenght in my Life :)

Hai Readers :)

HalloHallo and Assalamualaikum guys. dah berapa hari tak update cerita dalam blog ni, bukan apa sebab tak ada idea lah guys :( sebenarnya memang banyak sangat-sangat cerita yg saya nak kongsi kan dalam ni tapi selalu tak ada masa.grrr,bengang jea rasa ni.hahah.


Okay okay tak apa.saya tengok dulu macam mana esok ya.kalau tak ada apa-apa hal saya akan buat post terbaru lagi meletup kebaaaboommmm!!! (saja jea over tu xD) Insyaallah  kita jumpa lagi lain masa,takecare of yourself people ;) winkwink!


Nota Ringkas: Buku teks prinsip perakaunan dengan ekonomi asas saya kena rampas ohhhhh sebab tak balut lagi.mungkin esok baru saya pergi tuntut dekat bilik Spbt and dekat situ jugaklah kena balut.haiyakk ~.~

Tuesday, April 5, 2011

Kena Cubit

Dimulakan dengan assalamualaikum, semua :) saya tgh penat sangat-sangat ni sebab baru balik dari sekolah.letihnya latihan dikir barat tadi,haiss.tapi tetap jugak nak update blog ni,tak kisah lah penat ke tidak.haha.ehh,apodah yg saya merepek ni?? Maaf ya korang semua :D


Okay.macam ni cerita dia.*cecite cecite! hahaha semenjak tengok cerita hantu kak limah balik rumah,saya memang suka beno lah guna perkataan "cecite-cecite" ni. haa siapa setuju,angkat tangan macam saya.(sambil goyangkan tangan anda ke atas) nahh tengok tu tengok tu,aisyah merepek lagi,kata tadi nak cecite cecite tapi tak cerita-cerita pun lagi.sabarlah lah kejap kawan,jgn lah marah saya,nak cerita lah ni.hee


Tadi dalam kelas cikgu addmath check buku kitorang satu kelas,cikgu nak tengok homework yg semalam cikgu bagi.saya ingatkan cikgu tak jadi check tau,sebab cikgu tu mesti lupa punya lah haha.jadi saya yg pemalas macam keldai ni memang tak buat langsunglah.rupa-rupanya kan,masa addmath tadi cikgu terus check buku nak tengok kerja sekolah yg dia bagi semalam.


Opocot! saya pun apa lagi kelam kabut terus aihh.sudahla bahagian barisan tempat duduk saya yg dia check dulu.budak lelaki depan saya tu dah kena cubit 360darjah sebab tak siap jugak.*360darjah tu tipu.hihi. haiyo,sampai ja turn saya dia terus tanya mana homework semalam.saya pun buat muka blur sambil jawab "Aaaarr,saya tak buat lagi cikgu" hah hamik kauu,sekali kena CUBIT ya! hahaha memang padanlah dgn muka aku kena sekali,auwww sakitnya.. xS


Tapi saya tak ambil hati pun bila kena cubit dgn cikgu tadi sebab memang salah saya pun tak buat kerja yg dah dia bagi.haisss menyesal den.moral dari cerita ni,jangan lah korang berani-berani tak siapkan kerja sekolah cikgu bagi.kalau tak sempat siap jugak,HARUS sempat-sempatkan jugak siap dekat sekolah tak kira lah dalam tandas kot time tu nak terberak ka terkucil ka ,mana tahu kan.HAHA.eceh,cuma gurau semata-mata ni ;)


P/S: ini first time kena cubit dengan cikgu addmath,FIRST TIME tu beb! selama ni tak pernah lagi.kahkahh.itulah akibatnya bila terlalu malas.haiss.parah la macam ni xD

Monday, April 4, 2011

Okay, I See the BRIGHT LIGHT Now :)

Haihaihai dan assalamualaikum semuaaaa,ada baik malam ini atau tidak?? ada ceria atau sedih?? kalau sedih,cuba chill-chill saja ya.hihi.

Apa kena pulak dgn aku ni kan tiba-tiba ja tgh malam macam ni nak happy-happy?? sebelum ni kemain sedih,meraung lagi.hahah xD memang annoying gila aku sebelum ni,bila ingat balik pun aku sendiri rasa macam nak hentak kepala dekat dinding saja bila post cerita-cerita sedih ni.

Mesti benganggg jea bhai tengok aku asyik post cerita sedih-sedih jea semua.
auwww,geli do rasanya :/
Haiss,sekarang aku dah tak nak macam tuh lagi.
Jyeahhh aku dah boleh berfikir dgn waras sekarang.
Aku takmau sedih-sedih lagi dah,nak fikir happy saja lepas ni ^_^

Dalam masa sekarang ni aku memang dah tak nak bercintan-cintun lagi dgn sesiapa.
Aku nak fokus utk SPM saja sebab SPM ni lah satu-satunya boyprengg aku sekarang ni.HAHA.
Haiss tak nak panjang kan cerita,kita pendekkan.
Insyaallah la,kemungkinan aku akan couple lepas dah habis Spm nanti tapi itu pun mungkin jugak ambil masa yg agak lama sikit.

Jadi sekarang, straight untuk abang Spm kita dan lupakan pasal cintan-cintun ni :D

Sunday, April 3, 2011

I Want to BE Like The Other Girl

Kenapa hidup aku sekarang jadi macam ni.
Aku pun nak merasa jugak jadi macam gadis-gadis yg lain.
Yang selalu rasa happy.
Yang tak kisah apa benda sedih pun terjadi dalam hidup dia orang.
Dia orang mesti akan pandang ke depan jugak and lupa/campak kan saja jauh-jauh benda sedih tu.


Betul lah sesetengah pendapat orang,bercinta memang sakit.
Selepas ni aku memang dah tak nak bercinta lagi dah.
Anggap semua kawan saja!
Asal aku gembira sudah,tak payah runsing-runsing lagi.


Semua yg aku ceritakan itu ada betulnya,memang aku tak tipu.sebab itu semua luahan yg aku pendam and aku rasa :( okay guys,assalamualaikum..