Thursday, March 31, 2011

Penutup Bulan

Akhirnya sampai jugak tarikh 31 mac.
sampai jugak pengakhir dan penghujung segala bulan dalam satu tahun.
Keseluruhannya,bulan mac ini merupakan bulan malapetaka aku.
bulan yg tak berapa nak seronok dan gembira macam selalu.

Bulan mac merupakan bulan kesedihan,kehampaan aku.
banyak perkara yg sulit terjadi terhadap aku ketika dalam bulan mac ini.
Bulan mac jugak merupakan bulan kekecewaan aku.*chehhh haha!
tapi serious lah aku cakap ni,tak tipu woo :'(

Ah sudahlah,aku nak lupakan semua yg terjadi sebelum-sebelum ini.
harap mulai esok,masuknya 1 April jadi hari yg lebih baik buat aku.
Aku nak buka buku baru,tutup buku yg lama.
Biar tersimpan jea.

I WILL WAITING FOR YOU TOMORROW, APRIL MONTH ! :'D

Saturday, March 26, 2011

mood kuranglah

woahhh dah 5hari tak update blog.terasa macam 5tahun pulak dah.haha itu semua tipu xD hmm sebenarnya mood tak berapa nak baik sekarang ni tapi apa boleh buat.cuba-cuba jugaklah lupakan mood yg tak ada tu.hari ini terpaksa tak pergi tuisyen sebab ada perjumpaan QM dekat sekolah :( udah lah 3 subjek sekaligus utk hari ni,habislah banyak yg tertinggal.huwaaa.

Sunday, March 20, 2011

looking to the past

the only thing that is easy to undermine myself, i like to think about the life of the past in my life :(

kenapa mesti macam ni.perlu ke aku nak fikirkan balik setiap masa.bodoh betul lah aku ni.ini lah salah satu sifat menjatuhkan keyakinan aku untuk teruskan hidup ni.

-END-
P/S: Tak ada mood ja rasa nak sekolah besok.selalunya aku lah orang paling semangat dalam rumah ni nak pergi sekolah.hahah.maybe sebab tak puas dapat cuti.  BRING ME THE HOLIDAY BACKKKKKKKKK !

Friday, March 18, 2011

DugaanNya

Bapanya, mahukannya jadi seorang askar..
Bukan cita-citanya..
Bukan impiannya..
Dia terlalu muda, untuk tinggalkan keluarga..
Bila tiba masanya..
Pilu mula terasa.....
  Berkecamuk hati, hatinya sendiri..
  Persoalannya kini, sampai bila mampu..
  Ku bertahan..
  Mampukah ku bertahan....
Woo ooo..
Nampak ketarakah dilema di wajah ku..
Woo ooo..
Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu..
  Woo ooo..
  Nampak ketarakah dilema di wajah ku..
  Woo ooo..
  Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu..
Beginikah selalunya cinta..
Diakhiri sengsara..
Setelah dicurahkan semua..
  Cuba ku dalami..
  Sampai termimpi-mimpi..
  Namun apa yang ku jumpa..
  Semuanya sama....
Berkecamuk hati, hatinya sendiri..
Persoalannya kini sampai bila mampu..
Ku bertahan..
Mampukah ku bertahan....
  Woo ooo..
  Nampak ketarakah dilema di wajahku..
  Woo ooo..
  Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu..
Woo ooo..
Nampak ketarakah dilema di wajahku..
Woo ooo..
Di luarnya tenang tapi Tuhan saja tahu....
lalalalalalalalala~~~
  Woo ooo...
  Ini semua dugaanNya....
  Semua dugaanNya..aa..
  Let's Go!
Woo ooo..
Nampak ketarakah dilema di wajahku..
Woo ooo..
Diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu..
  Woo ooo..
  Nampak ketarakah dilema di wajahku..
  Woo ooo..
  Diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu..
Woo ooo..
Nampak ketarakah dilema di wajahku..
Woo ooo..
Diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu..
  Woo ooo..
  Nampak ketarakah dilema di wajahku..
  Woo ooo..
  Diluarnya tenang tapi Tuhan saja tahu....
DIINSPIRASIKAN OLEH: HUJAN..

ROCKETEER ♥

wooooo.start dari semalam sampai ke hari ni aku asyik dengar lagu ROCKETEER by FAR EAST MOVEMENT ni saja oh.heee.rasa macam dah fall in ♥ pulak dgn lagu ni.aku suka sebab beat dia best.coooool ja :D chill rasanya.kamu semua try lah dengar nanti? tak tahu la bagi korang sedap ke tak tau.kalau tak sedap tak apa ya.hahah.yg penting aku suka dengar lagu ni 

Thursday, March 17, 2011

menangis tak berlagu

YA ALLAH ! hampir nak jatuh jantung aku kejap tadi.cerita dia macam ni la.tadi aku saja-saja try edit blog ni,tukar background dia apa semua yg patut.lepastu pergi dekat design macam biasa edit html kan.aku pun dapat idea,saja-saja nak tukar kepada background yg masa dulu-dulu aku start join ber-blogging ni.so bila dah tukar aku lupa nak preview dulu.aku terus ja main save template tuh.sekali aku klik view blog memang dah jadi blog asalan yg lama dulu-dulu tu.bila aku klik design, perkataan edit html dah tak ada.repeat-->DAH TAK ADAAAAAAA !


aku pun terus jadi kelam kabut.tak keruan cari perkataan edit html tu.blog aku jadi lain terus tau bila aku dah tukar ke template asalan yg lama dulu tu.bila tak jumpa,aku terus jerit panggil  adik aku.serious shit aku terus menangis babe tadi.hahahaha.teruk betul aihh.so aku try relax,chill-chill kejap.aku cari perlahan-perlahan perkataan edit html.nahhhh jumpa jugak!! tapi aku dah tak ingat aku jumpa perkataan tu dekat mana oh?? serious dah tak ingat.rasa macam mimpi ja masa aku klik edit html tu.


lega sangatlahh dapat balik background aku yg sekarang ni.nasib baik aku dah copy awal-awal segala code html ni.muahmuahhh.HAHAH gedixxx gila :D sorry tau,meroyan sekejap ya.haha.yeah,tulah padannn dengan muka aku.gatal lagi jari-jari tu nak klik sana-sini.dah tahu tak pandai tu jangan main sukahati jea belasah sana-sini ya.haisss.


p/s: jadi inilah hasilnya blog aku yg sekarang ni.walaupun tak cantik dan hebat macam blog kamu semua,tapi aku suka.hihih  okay bye readers,take care.assalamualaikum ;)

lack of ideas

aku sedar post-post aku yg sebelum ini semuanya macam sakkai.aku sendiri pun tak tahu kenapa nihh :( rasa macam dah tak ada idea.macam dah tak boleh fikir.damn gilaaaa.nanti kalau tak ada apa-apa post,blog ni terasa sepi pulak pasal dah lama tak update.haiss.


serious dah kekurangan idea.sesiapa tolonglah akuuuuu.huhuhuh

have a great day :D

assalamualaikum dan haiiii semua.jadi rindu pulak nak menghupdate blog ni.haha.nak cerita pasal keluar semalam.semalam kan,hari yg paling seroooonok sangat-sangat.sebab dapat jumpa ejay(jannah) dengan umi syazwani.dah lama tak jumpa dorang,pasal dorang dah tak sama sekolah lagi dengan kitorang.


dari rumah aku gerak sama-sama dengan fyfa and ainaa.naik lrt sama-sama dan sampai lah ke kl sama-sama.dah sampai tu temankan aina dgn fyfa nak beli baju dulu.aku je yg tak beli apa-apa sebab tak ada duit lebih.kann dan kempunan aku ni.harhar.jadi aku cuma dapat cuci mata sambil terkeluar air liur tengok dorang beli baju *itu semua tipu.aku cuma dapat belek-belek sajalah and cadangkan baju apa untuk dorang dua beli.haiss tak apa,lain masa aku boleh beli ya.hee


sebelum tu,kitorang pergi cari tempat makan dulu.aku plan sama ada nak makan mcD atau kfc.tapi aku nak kfc,teringinnn nak makan fillet o' fish tu ohh.betul ke itu nama dia?? haih,biar jelah :D ala aku tahu daa,aku je yg ketinggalan belum makan donat ikan yg comel loteh tu.korang mesti dah try kan? haha xD tak apa kau,tengok lah nanti ya.hihih.lastly makan dekat mcD sg.wang jelah.


dah habis makan,perut kami bertiga pun dah terlebih kenyang terus pusing-pusing dalam sg.wang tu.kitorang try call awa,lambat betul nak sampai.jenuh kitorang tunggu.last-last dorang sampai pukul 3.aku memang dah agak,mesti yang lain-lain tu sampai dalam pukul 3.tak lama lepastu awa call,tanya dekat mana.awa,ejay,umi, ada dekat pintu keluar sg.wang bawah nun.kitorang pun cepat-cepat jalan macam bangla nak jumpa budak 3 orang ni.mula tu tak perasan pun dorang dekat situ,so memang betul lah itu dorang.yang fyfa sempat jeling lagi dekat ejay sebab tak cam langsung itu dia! serious nampak lain! ejay muka panas je masa bagitahu tu.hahaha.bila dah jumpa tu apa lagi,riuh-rendah jadinya.semua orang tengok macam dunia kami yg punya haha.tapi kitorang tak kisah pun,buat muka tak malu jelah :D


aina bila dah jumpa ejay dgn umi syazwani tu memang tak ingat dunialah gelaknya,haha.memang masuk air je bila borak-borak dengan ejay and umi tu :D dah jalan-jalan,makan-makan,tembak sana-tembak sini(ambil gambar).dah pukul 5 lebih.mak aihh,aku dah hampir terlambat nak pergi tuisyen! bukan hampir,memang dah terlambat pun :D aku dengan muka sedihnya terpaksa tinggalkan dorang semua dulu :( aku pun bergegaslah nak pergi tuisyen sampai sesat nahh dalam pabiliyon tu.entah pintu keluar sesuka hati mana aku tembus sampai nak menuju ke jalan klcc.hahaha nasib baik tak ada ramai orang dekat situ,boleh cover lagi.uhhu.itulah akibatnya jalan sorang-sorang :p


tapi seronok lah semalam sebab banyak kali terserempak dengan kawan-kawan sekolah lama.siap bertegur lagi.hee.yang paling bestnya dapat jumpa anep! wahhh,serious tak sangka dia yg nampak aku dulu,tiba-tiba ja muncul depan-depan.sampai cakap, "jalannnn tak pandang orang" wahahah aku tergelak ja masa tu :D


p/s:keseluruhannya,aku terlambat hampir setengah jam ke tempat tuisyen.kuikuikui.

Sunday, March 13, 2011

boring betul hari ni

hai assalamualaikum guys :) sihat tak sihat tak?? haa baguslah sihat ya :D hari ni korang tak ke mana-mana ke? cuti panjang ni tak ada planning nak pergi mana-mana? ke duduk rumah jea study homework yg cikgu bagi tu.hehe.mesti macam tu kan? punya berlambak kerja sekolah cikgu bagi,dgn nota-nota lagi.haiss(mengeluh sekejap)
macam hari ni,aku bosan taktau lah nak buat apa.bosannyaaaaaaa :( jadi aktiviti pun macam biasalah.Ber-blogging/Ber-facebook/Ber-dengar lagu/Ber-tengok tv. ituuu jelah tak habis kerja aku hari ni.haha.nak keluar pun buat apa,bukan ada siapa-siapa pun nak keluar hari ahad kan.semua pakat nak hari rabu tak pun sabtu jea,hari lain takmau pulak.haisss(mengeluh lagi)
tang hari ahad ja bosan.tang hari ahad ja rasa macam mengantuk.tang hari ahad ja blur tak tahu nak buat apa.tang hari ahad ja hari yg menyepikan dalam hidup ni.berapa banyak tang dah aku nih :D


Setakat ini sajalah yg termampu aku nak post buat masa ni.tak ada idea dah.hihi.okay,have a nice dayyyyy ^_^

Saturday, March 12, 2011

hari pertama dekat tempat tuisyen part 2

PUKUL 12.15PM-->LEPAK LUAR KEJAP. 
eh ternampak emir pulak dah! haa kau skip rupanya kann,tak masuk kelas.ishishhh,merayau pulak kau ya.hahah.aku lepak dgn emir kejap sambil tunggu badri dgn amir.amir bestlah dah habis kelas,dia nak pergi merayau pulak dekat kl dgn emir.aku dgn badri pergi gerak kelas akaun pulak.
PUKUL 12.30-1.45PM-->BILIK 6.
nasib baik ada badri,tak sangka time tuisyen akaun aku sama dgn dia :D kelas pun sama.haha.ada jugak member.tapi aku tak dapat berapa nak tangkaplah apa yg cikgu tu ajar,gila laju dia ajar macam UNiFi.udahla budak chinese depan aku ni tinggi.jenuh aku tegakkan badan nak tengok papan putih tu.grrr sabo jelah.terpaksa tiru badri punya sikit.thanks badri haha.
PUKUL 1.45PM-->DAH HABIS TUISYEN.
aku dgn badri pergi lrt pudu,bad nak pergi jumpa amir dgn emir.bad ajak lepak sekali tapi aku kena pergi mines celebrate birthday amin.hee :D jadi kitorang pun berpisah lah haha macam apa pulak dah..
PUKUL 2.30PM-->LRT SG.BESI.
sampai jugak akhirnya,aku kena tunggu bas nak pergi mines.dah sampai mines,aku terus pergi kfc.jumpa ain,afiqah and syida :D dorang dah ready nak beli kfc.thanks korang sanggup tunggu aku dulu sebelum beli kfc.hahah.lepastu amin pun datang :) ada fendi,amirul azwan,hadzri,faiz pun ada! wahh classmate lama,dah sekian lama kau pindah sampai utara sana dapat jugak jumpa kau tadi :D sedddap ohh kek amin,atas dia macam ada pudding mangga.um nyumnyum hahah.tiba-tiba muzaini pun muncul,nak jumpa faiz lah tu :)
dah semua perut habis kenyang melantak kfc dgn kek,pergi karaoke pulak.mula-mula aku taknak nyanyi,segannn.hahaha poyo jelah xD last-last nyanyi jugak aku ni bila amin dah ajak nyanyi sama.syida dgn afiqa pun enjoy sekali heheh.kelakar gila wan nyanyi,tapi suara dia macam artis! wahh ada bakatlah kau wannn,cayalah kau :D macam-macam action kau buat masa nyanyi tu,skejap mengurat akak sebelah tulah,bila pakwe dia masuk jea terus kau menyorok ya.HAHA.
PUKUL 5PM-->BERSURAI.
aku,afiqa dgn syida pun nak balik dah.


-T A M M A T-

hari pertama dekat tempat tuisyen part 1

macam mana nak start ya.tak apa lah,mulakan dgn bismillah....assalamualaikum rakan sekalian.apa khabar orang di sana? adakah sihat-sihat belaka? atau pun ada yg tak sihat?? yg tak sihat tu pergi makan ubat ya :) hehehe tiba-tiba pula caring pasal kamu-kamu semua,rindu laaaaa ;D ok,ni nak cerita macam mana aku tuisyen hari ni.maklumlah baru start pagi tadi hee.
PUKUL 7AM-->BANGUN TIDUR.
itu pun mak yg kejutkan,ketuk pintu banyak-banyak kali sebab aku tak bangun-bangun lagi.padahal dah set alarm dekat phone tu tapi tak bunyi pulak,chissss.aku bangun terus mandi cucilah,gosok gigilah,apa-apa jelah yg patut kan haha.dah siap mandi syida message,dia pun nak pergi daftar jugak tempat tuisyen tu.
PUKUL 8.30AM-->GERAK TUNGGU BAS.
bas dah sampai pun,syida tunggu dekat ktm,naik bas aku terus pergi lrt sg.besi.last-last sampai pudu dalam pukul 9.45.aku dgn syida cepat-cepat pergi tempat tuisyen,laju jea jalan dah macam bangla pun ada masa tu.hahah.aku ingatkan aku samapi tepat pada masa tengok-tengok aku dah terlambat pun 15minit! masa tu aku pergi office,tanya akak tu kelas BI dekat mana,dia cakap aku punya kelas start pukul berapa? aku cakaplah pukul 9.45,rupanya start pukul 9.30.mak aihhh,aku pun buat muka pelik.bila aku tengok balik dekat kad tu rupanya kelas start 9.30! habislaa aku dah lambat,mesti kelas dah lama start punya.*memang dah lama start pun.akak tu pun bawak aku pergi ke kelas BI,sebab aku budak baru mana nak tahu kelas berapa je setiap subjek tu kan huhuh.diapun suruh aku naik,bilik berapa pun aku tak ingat dah.gelabah tak tentu pasal punya lah xD


masuk je kelas,memang ramailah budak-budak dia.penuh kelas tu,tinggal berapa jea tempat kosong.nasib baik ada satu dekat sebelah budak perempuan dgn lelaki ni hehe.tiba-tiba sir dekat depan tu tanya nama aku siapa,aku dengan tergagagagap nya pun jawab,siap bagi nama penuh lagi.aku sebut "nuraisyah".sir tu ulang balik nama aku dekat depan budak-budak semua lepastu pergi tulis dekat papan putih,dia suruh semua orang sebut nama aku.lepastu pulak dia suruh semua budak-budak tepuk tangan.hahahaha kurang hasammm,dia macam nak perli aku ja sebab masuk lambat kot.grrr ;D malu gila syiallll masa tuh.kelas BI dia boleh tahan jugak,aku pun belajar la macam biasa.tapi aku kesunyian masa tu,takde member.aku diam jela.budak perempuan sebelah tu macam sombong jak,tak tegur pun langsung boleh pulak main pandang-pandang sbelah mata macam lanun tapi tak tegur pun.cuma senyum sebelah mata jea aku pun senyumlah balik macam muka tak ikhlas.hehh.
PUKUL 10.45AM-->TERSEREMPAK DGN BADRI,KAWAN SEKOLAH LAMA :D
dah habis pun kelas BI,aku pergi turun bawah dekat kaunter.keluar jea dari bilik tu punya ramai budak-budak.sesak jea  tangga.dahsyat jugak tempat tuisyen martin ni.tiba-tiba dekat tepi kaunter tu aku nampak badri,ehhh tak sangka kau tuisyen time tu jugak! haha.kitorang pun borak-boraklah kejap dekat situ.dia cakap amir dgn emir pun ada.lagilah aku excited nak jumpa dorang :D badri pun dah nak start kelas dia,aku pun turun lah bawah nak pergi kelas addmath pulak.
PUKUL 11-12.15PM-->KELAS ADDMATH.
dekat bilik 8.aku masuk kelas  cepat-cepat kalau tak habis penuh nanti.aku ternampak ada 3 orang budak perempuan melayu ni,sebelah sorang ni kosong.aku tanya dia situ kosong tak,aku duduk lah dekat situ.majoriti dalam kelas tu semua cina,melayu sikit jea.sebelum kelas start,aku senyap jugak.tiba-tiba pulak aku jadi pendiam.haha.maklumla budak baru :D aku dah bosan bermonolog dalaman sorang-sorang,aku terus tegur and borak-borak dgn budak sbelah tu.aku tanya dia sekolah kat mana,amik subjek apa.lepastu kitorang terus berkenalan.yeay,dapat jugak kawan baru dalam kelas addmath tu :D ada jalan kerja yg aku tak faham dia tolong ajarkan.bestlah hihi ;) tapi sayangnya aku dah tak ingat apa nama diaaaa.podaaaah,apa lah aku nih.

Friday, March 11, 2011

esok dah start tuisyen

hai assalamualaikum rakan sekalian semua.tiba-tiba malam ni rasa nak update blog.hihi :) rasa lega sikit test 1 dah habis,sekarang dah datang cuti satu minggu pulak.rasa baru jea cuti satu minggu masa raya cina bulan lepas dah datang cuti panjang lagi.padahal bulan lepas tu,macam sekejap jea.tak sangka ya :D (perasan tak dalam perenggan ni banyak perkataan 'rasa').haaa.


'perenggan seterusnya'.kertas bm dgn math dah dapat tadi.hureyyy,math lulus jugak akhirnya,dapat B.heeee :D lega sangat,tapi tak berapa puas hati laa.bm dapat rendah ja,itu pun past-past ja B.haisss,yg geram tu tang jawapan pemahaman.kemain betul aku rasa jawapan tu tapi cikgu bagi sikit ja?? macam tak achi nahh,hm tak kisah la.ujian dah lepas kan nak buat macam mana :) saboo jelah.yang penting sekarang,akaun aku mesti kena lulus jugak,hehehe.


ok habis cerita pasal ujian,ikut tajuk pulak.'TUISYEN' ya anak-anak.hari khamis semalam aku pergi tempat tuisyen martin dekat pudu.wahh,mesti kamu semua ingat macam jauhh hehe tapi tak lah jauh mana.macam aku boleh naik lrt jea,sekejap dah sampai sebab bas dari tempat aku terus bawak pergi lrt sg.besi sana,jadi senanglah nak pergi tuisyen naik lrt sg.besi terus sampai lrt pudu.nahh ;D jadi semalam pergi mendaftarkan diri,isi form semua.tanya jadual apa yg patut.akhirnya aku kena tuisyen hari sabtu dan rabu.tapi rasa nak tukar rabu kepada jumaat lah,tak feel lah hari rabu.*rasanya tak ada kena-mengena dgn 'feel' kan?? :D


tak sabar rasanya nak start tuisyen esok,hiiiii ;) harap tuisyen form5 ni boleh majukan sikit pelajaran aku berbanding macam masa aku tuisyen form3 dulu dekat cikgu mariam btho.acuh tak acuh ja,dah saebulan terus berhenti.hahaha teruk oh,masa mula-mula bukan main semangat lagi.sekarang aku taknak macam tu dah,dah besar kan boleh fikir.kalau dulu masa tu budak-budak lagi.hingus pun tak reti nak lap.HAHAH anak siapa lah tu kan xD


p/s: ramai betul budak-budak tak datang sekolah hari ni.mentang esok nak start cuti,haisss igt spm dah nak dekat ya anak-anak.lagi dua ratus xxx hari lagi nak Spm.takutnya :(

Sunday, March 6, 2011

aku mengaku.aku dalam kesepian sekarang ni.banyak benda aku fikir tapi aku takmau cerita lebih.biar aku pendamkan ja.pasal tu aku sorang ja yg faham sepi dalam diri aku ni.bila aku cerita orang takkan faham walaupun aku akan ulang banyak kali.just ignore me.sekian. . .

semakin hari semakin malas

virus malas dah mula jangkit dalam otak ni.tinggal satu hari ja lagi nak exam,tapi aku tak jugak nak baca buku.haiss pemalas betul aku nih.kihkih.aku sekarang tak boleh la nak belajar sendiri dekat rumah sorang-sorang.kena belajar dalam kelas jugak baru dapat fokus.bila belajar dekat rumah ja,mesti adik kacau lah,asyik rasa nak makan lah,mengantuk lah,curi-curi bukak blog lah,landing-landing atas katil kejap lah.macam-macam "lah" lah lagi.hahaha.last sekali memang tak jadi belajar langsung.ishishhh.

aku rase aku patut pergi tuisyen.aku nak ambil subjek-subjek yg aku selalu lemah.tak kira lah dekat mana yg penting dapat tuisyen,dapat belajar dgn fokus macam dalam kelas.takde lah bosan belajar sorang-sorang dalam bilik ni.aku cadang nak pergi masuk dekat tuisyen martin pudu.mesti korang ingat macam jauh tapi bagi aku tak sebab boleh naik lrt satu hala ja.sekejap dah sampai.mak suruh tuisyen dekat-dekat sini ja tapi aku taknak.tuisyen megajaya macam dah penuh lagi pun subjek akaun dia time petang.kebanyakan tempat tuisyen dekat kawasan ni semua buat subjek akaun time petang.aduh,aku dah la takde transport.siapa yg nak hantar? siapa nak ambil aku hantar balik rumah? ayah tak habis-habis kerja ja,hari ni pun nak kerja.memang tak lah kan kalau nak tuisyen hari ahad dah kalau ayah kerja hari ahad.grrrr

pasal tu aku make decision(wah speaking gitu),nak tuisyen dekat martin jelah.takde siapa-siapa nak susah hantar aku pergi and hantar aku balik rumah.naik lrt lagi bagus.habis cerita.bila nak startnye tak tahu lagi tapi aku akan cuba gak pergi sana.

Thursday, March 3, 2011

seorang cikgu yg merasa hambar

hai korang semua.hari ni rasa sedihlah.sedih sangat-sangat :( apa perasaan korang bila cikgu yg ajar salah satu mata pelajaran yg tersangatlah penting dalam pelajaran korang? dia siap cakap yg dia memang dah tak nak masuk kelas korang lagi.dia suruh tukar dgn cikgu lain.makan dalam bhai bila dengar dia cakap macam tuh ;'(

ini semua bermula dgn salah dua orang budak cina dalam kelas aku ni.dorang lah punya pasal ! hari jumaat minggu lepas,cikgu mahiran dia cikgu subjek akaun kami.aku suka cara dia mengajar,memang dapat tangkap apa yg dia jelaskan masa dia mengajar.kita tak minta ulang pun dia mesti akan ulangkan sendiri penerangan dia tu.so bila dia ulang-ulang balik apa yg dia ajar,kita boleh ingat apa yg dia ajar supaya mudah faham.tapi malang betul lah,apa nak jadi laa dgn kelas aku yg sekarang ni.dah macam duduk dalam hosp tanjung rambutan.boleh gila jadinya! orang kata kena fokus masa cikgu ajar dekat depan tapi macam mana nak fokus kalau kelas dah bising macam pasar malam?? pasar malam pun elok lagi riuh-rendah dia.aku pun tak faham apa masalah kelas aku ni,memang kelas terlalu padat.ramai sangat pelajar dia sampai cecah 46 orang.kelas lain pun ramai jugak pelajar dia tapi still boleh dikawal lagi,tapi untuk kelas aku.takde makna perkataan boleh DIKAWAL ! tapi aku sayang kelas ni,seronok bila dapat belajar sama-sama tapi ada jugak sesetengah pelajar yg tak faham maksud senyap masa belajar dalam kelas!

"sebab nila setitik,rosak susu sebelanga". hari ni subjek akaun,cikgu mahiran tak nak masuk kelas kitorang.dah tak nak ajar akaun lagi dekat kelas kitorang.itu pun cikgu mahiran suruh cikgu mazdirah yg ajarkan kitorang akaun.kitorang semua pelik,kenapa cikgu mazdirah yg ajar?? tapi kitorang senyap dulu,teruskan sambung belajar.dah habis cikgu mazdirah ajar,dia terus cakap yg dia kena ganti cikgu mahiran untuk kelas kitorang.cikgu mahiran dah tak nak mengajar kelas kitorang lagi.arghhhh serious aku dgn kawan-kawan aku masa tu rasa sedih sangat! ;'( cikgu mahiran fed up nak ajar kelas kitorang,pasal kelas kitorang terlalu bising.memang tak tahan.cikgu mana yg tahan bila dah cakap banyak kali suruh diam,tak diam-diam jugak? nah hamikk kau kelas 5dedikasi ! cikgu dah tak nak ajar lagi kita subjek akaun!

cikgu mazdirah pun cakap,terpaksa masuk kelas kitorang ajar akaun hari nih.perkataan 'terpaksa' tu aku tak boleh terima.cikguuuu,macam mana kitorang nak SPM nanti kalau cikgu tak nak masuk kelas kitorang sampai bila-bila??? bukan semua budak dalam kelas ni tak nak dengar cakap tapi cuma beberapa je yg memang kepala batu,susah nak dengar cakap cikgu.aku dengan afiqah rasa macam nak menanigs je bila dapat tahu cikgu mahiran dah tak nak masuk dan ajar akaun kelas kami lagi lepas nih :(

hari esok,tak tahulah macam mana agaknya kelas aku 5dedikasi tu masa subjek akaun nanti.masuk ke tidak cikgu mahiran,jejak ke tidak dia kat kelas kami.kitorang berharap sangat cikgu ajar balik kelas kitorang macam biasa.................

Tuesday, March 1, 2011

kau ni siapa?

sampai je rumah,tiba-tiba dapat satu misscall.tengok-tengok nombor yang tak dikenali tapi nombor tu aku save,sebab sebelum ini pun dia pernah message,aku buat tak layan ja memang tak ah nak reply.bila hari ni,tiba-tiba pulak orang ni misscall lagi jadi aku pun teruslah hantar message dekat nombor tu.first aku hantar message tu memang brutal,direct pakai 'kau' lah haha,aku memang pantang bila dapat misscall-misscall nombor yg tak kenal ni.gerrram je rase.macam ni la aku hantar message dekat dia.

aku: kau ni siape?
unkonwn number: kou yang call ak,
aku: perasan gila? Tah bila masa plak aku call kau.kau yg mscl dulu tbe2.
unknown number: haha,

bzzzzzztttt.apa entah motif dia nak gelak 'haha' ? bengong  budak nih.gilo ke apo tuh.haisss.biarlah.yg penting aku tak kan layan mana-mana nombor tak dikenali macam tuh.B A H A Y A !

okayla sampai sini ja dulu aku post,mata pun dah sayup-sayup ni rasa mengantuk.heheh.nak rehat sekejap ye,okay takecare everyone ;)

semangat dikir barat remix kalau berpacaran

Hai salam satu malaysia semua :D sihat?? mesti sihat kan hehe.nak cerita pasal dikir barat dekat sekolah tadi.hari ini punya training lain macam punya semangat lah,selalunya tak macam ni pun.yang paling tak menahannye aku lah.asyik gelak je tak berhenti tengok wan (amirul azwan) nyanyi lagu kalau berpacaran.haa! korang semua mesti tahu kan lagu siapa ni?? HAHA.


masa dah nak habis latihan dikir barat tadi,kitorang buat nyanyian sendiri,terrrbaik dari ladang punya wa cerita sama lu tau xD ada ke patut,campur-aduk kan lagu kalau berpacaran dengan tarian dikir barat? ini semua idea fyfa tak silap,dia pergi bagi lirik lagu tu dekat wan,suruh nyanyikan.lepastu baru kitorang nyanyi serentak ramai-ramai sekali dengan bunyi muzik gong nya,rebana pun.mana best kalau nyanyi takda muzik kan..haha so kitorang pun buatlah lagu sendiri tadi.itu pun saja suka-suka buat sebab coach tu tengah bincang dgn cikgu.


yang paling aku tak tahan masa nyanyi tu,wan pergi gelek dangdut macam inul daratista.hahaha.eh betul ke eja nama dia tu?? ah biarkan jelah,taramm ja! :D aku pun apa lagi,gelak tak hingat dunia lah,sampai nak terkeluar air mata ni.hahh.wan tak habis-habis buat gelek lah apa lah,macam-macam.semua budak dikir barat gelak tengok dia menari tadi.hahah serious syok nahh latihan dikir barat hari nih! tak mengecewakan :)


itu pun permintaan semua geng dikir barat jugak nak nyanyi lagu tu sama-sama sebelum habis latihan tadi.haiss macam-macam.tak boleh bla lah wan nih.hahahah gelek kau memang chun lah wan xD


p/s: bila lah nak baca buku ni.minggu depan dah start exam.habislah,masakkk den macam nih.