Sunday, January 30, 2011

sedih@geram

eee.gewwaamnyew titeww tengok kucing tu >,< kesian dia buat muka seposen jew. (abaikan ayat aku yg atas tuh.hahah)


hmm.aku hendak kan benda tuh,tapi ayah aku melarang secara tiba-tiba.
aku hendak kan cita-cita tuh,tapi ibu aku melarang atas sebab tiada masa depan.
aku hendakkannnya jugakkk T.T sedihlah ape yg dah lama kita nak,ape yg dah lama tersangkut kat dalam fikiran kita nih tak tercapai. haishh.ianya terlalu mahal,tak termampu aku untuk mendapatkannya.huhuh :(


jadi aku terus tanya pendapat kawan baik aku.kawan aku cakap,tak payah buat masa sekarang.macam menyusahkan ibubapa kita jea.dari situ aku ambil yg baik-baik dan fikirkan betul-betul.memang betul ape yg kau cakapkan itu kawan.terima kasih atas nasihat kau tu.


p/s: mesti korang tak fahamkan ape yg aku cerita nih.hihihih.biarlah jadi pemendam perasaan jea.chewahhh. HAHA apodah.okay wassalam ^_^

Wednesday, January 26, 2011

mak penat tau =_=

ya allah.penatnya hari nih,macam rasa nak mati jea.hoish! tak baik cakap mati,tarik balikk,tarikkk :P penat sangat hari ni pasal balik sekolah tadi berjalan kaki sampai bas stop dekat tepi highway.duhh sumpa penatttttt.ni semua pasal terlambatlah masa habis sekolah tadi.macam biasa setiap hari rabu kelas aku mesti balik 1.40,kira macam kelas tambahan la.korang pun ada kankan? hehe.tepat 1.40 cepat-cepat aku dgn syida keluar kelas terus pergi bilik koko nak ambil baju Quarter Master untuk esok.haa baju kitorang tahun ni kan warna ape tau,warna MAROON :D mula kitorang terkejut jugak,sebab warna dia macam tak menyerlah.ehhe mane ade lah! warna dia okay ape! xD cikgu cakap nanti senang nak cam budak Quarter Master yg mana satu,cikgu senang nampak yg mana buat kerja ke tidak.hoho.


berbalik cerita letih kita hari ni-aku,my adik,ppot,aina dan hany dah terlepas bas rapid! huahuah.gila awal lah bas tu sampai,pukul 1.45 dah datang.selalunya pukul 2 =_= akhirnye,kitorang pun terlepaslah bas! damnnnn.nak harap bas rapid masuk lagi sekali punya? jangan haraplah kan,tunggu macam tunggul sampai pukul 6.30. grrr! habis aina dengan ppot mencarut-carut dekat depan bilik koko tuh,hahaha tak tahulah kalau ade siapa-siapa yg terdengar xD jadi dgn kesiannya,kitorang terpaksa jalan kaki sampai luar taman cheras jaya.jauhnya laaaaa.betapa sadisnye hidup kitorang hari nih.haha.


jalan-jalan-jalan punya jalannn,sampai jugak kitorang dekat BAS STOP tepi highway tuh.serious muka semua macam nak makan orang.mana taknya,semua lapar dahaga xD
duduk-duduk-duduk punya tunggu,sharp pukul 3 bas rapid sampai jugak.alhamdulillah~ dapat jugak naik pengangkutan awam(bas rapid).semua suka dapat bas! tak payah nak tunggu2 bas u411 bodoh tu dekat sekolah.hahah.so macam biasa,semua dapat sampai rumah masing-masing walaupun hujan tadi.


bila dah sampai jea rumah,aku terus terlentang atas katil,tak tukar baju apa semua.terus tertidur! HAHA. penat sangatttt.hanya tuhan tahu perasaan kitorang macam mana tadi. *chehh tibe pulak perasaan perasaan ni hah :D aku pun TERbangun lah pukul 7,mak aih! tak sedar dah maghrib.cepat-cepatlah aku bangun.hee.sekarang ni badan dah jadi segar balik! haha.


p/s:harap aku dah ready nak merentas desa esok! yahuuu xD

Tuesday, January 25, 2011

kasihan ketua kelas saye

kenapa dgn ketua kelas saye? saya kesian tengok dia. tapi pasal ape? pasal budak-budak kelas tak berapa puas hati dgn dia hari nih. kasihan kau nadirah :( aku faham macam mana perasaan kau bila budak-budak kelas ade jea yg tak puas hati. bukan ape,tadi nadirah ada bawak pelan kedudukan kitorang dalam kelas,cikgu yg suruh tukar bagi budak melayu duduk dengan cina atau india. kira Satu Malaysia lah kan :D sekali nadirah bagi pelan tuh dekat cikgu kelas,cikgu pun sebut lah nama sorang-sorang,siapa duduk dengan siapa. TAPI, ramai yg tak puas hati dgn tempat duduk dorang! haishh,apadaaa termasuklah aku sekali xD tapi aku tak marah nadirah,aku cuma cakap jea bagi tempat aku kat depan-depan sikit,duduk belakang mesti mengantuk =_=


sekali tuh ramai budak lelaki cakap kat nadira yg dorang nak tukar tempat duduk,ada yg nak duduk dgn member dorang jugakla,ada yg tak nak duduk belakang la,ade yg nak duduk dgn geng dorang jugakla.budak-budak perempuan okay jea semua.budak-budak lelaki macam desak-desak nadira lah,kenapa nadira tukar tempat duduk dorang jadi macam tu.habis riuh rendah kelas aku tu macam pasar malam.lastlast,nadira menangis dohh.sedih aku tengok dia tadi.dia cakap, 'korang tukarlah sendiri.aku tak nak masuk campur' pastu dia terus nangis lagi. aku terus cakap kat dia,kau sabar jelaa.jgn nangis lagi,biasa lah tu jadi ketua kelas mesti berat tanggungjawab dia.kedudukan tuh akan ditukar lepas cuti raya cina nanti.so kita tengoklah macam mana rupa sebenar kedudukan kitorang dalam kelas -5DEDIKASI-


p/s:kepada kelas-kelas lain tuh,terima jela kat mana-mana tempat pun korang duduk dalam kelas,dengan siapa korang duduk.yg penting korang terus belajar dan fokus k masa cikgu ajar! itu jea kunci kejayaan kita :D

Monday, January 24, 2011

happy birthday to mee :D



hallohallohallo kawan,sihat? mcm mana life? okay kann :D hurr,dah lama tak update! ini semua pasal bz dgn sekolah ==' penatt sangattt ;'( tp lantak lah. haha. atas Double, Triple, dan jutaan terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada semua kawan-kawan tak kira kat mana korang berada,kawan-kawan sekolah lama,kawan-kawan dekat facebook hee THANKS sangat-sangat tauuu. i loved you allll sooo muchhhh!! hahah (poyo doh :D)


walaupun birthday aku semalam tak ada sambut apa pun,tapi aku bersyukur sangat-sangat kawan2 semua wish birthday aku sampai kat facebook tu ada yg tak pernah tegur pun wish jugak xD


macam-macam jenis ayat "WISH" aku dapat. hahah kelakar ohh :D si irfan bf saye,dia sampai call. dia nak nyanyi lagu birthday utk saye tapi saye cakap tak payah. macam budak-budak tadika lahh. hahaha kelakar you nih sayang. apa pun aku menghargai sangat korang semua,bersyukur dapat wish birthday dari korang semua ^_^ dan kepada asma',terima kasihh banyakkk myDear,sudi bagi kad :D comell dohh. haha saye akan simpan baik-baik yea. hee


P/S: Saya sayangg keluarga saye, Saya Rindu kawan-kawan lama di sekolah lama saya-Smk Perimbun Cheras, Saya sayanggg kawan-kawan sekolah saya-Smk Cheras Jaya, Saya Rindu bf saye :( dan saya sayanggg kawan-kawan baru semua kat facebook. Akhir sekali, saye sayangggg dan Cinta akan diri sayeee. huahuah :D *sorry ohh kalau ayat aku sadis sangat. HAHA

Thursday, January 20, 2011

bertukar! xD

aisyah nak ucapkan trimass banyak-banyak dekat kak hana sebab dah berjaya sikit edit blog ni. haha. thanks sgt-sgt kak hana buat tutorial tu. mula-mula eca tak faham jugak,tapi bila tengok betul-betul baru faham. hee. bila free lain kali,kak hana buat lah tutorial yg baru and banyak-banyak lagi tau? haha. chaiyokk lah kak hana punya tutorial ! i likeee ^_^ winkwink.


kredit to: kak hannafauzann ;)
TAK JADI DROP. TAK JADI DROP. TAK JADI DROP. TAK JADI DROP. TAK JADI DROP. TAK JADI DROP. TAK JADI DROP.
Aku tetap nak teruskan belajar akaun. aku ada semangat baru. aku taknak give UP !!! Aisyah kuat! tak kan lemah punya dalam pelajaran! Mesti boleh punya! Aku boleh! Malaysia BOLEH !! hahaha


p/s: bukan main BESAR PUNYA ayat-ayat tu kan? huahuah xD tu semua utk menaikkan semangat aku balik utk teruskan belajar PRINSIP PERAKAUNAN. doakan aku yg terbaik guys, aminn~

drop prinsip perakaunan

aku frust sekarang nih. tension, asyik nak menangis jeh. aku dah buat keputusan, nak drop subjek prinsip perakaunan. aku nak tukar dgn perdagangan. aku rasa macam takde semangat lagi dah nak teruskan belajar akaun. T_T rasa tak tenteram. homework yg cikgu bagi pun,aku tak dapat nak siapkan.yg aku tahu terus nak menangis jeh. dah ramai member nasihatkan aku  supaya jgn DROP subjek akaun tuh! tapi aku tak mampu,aku tak lah sepandai korang nak tengok dan faham kerja-kerja akaun yg rumit tuh. aku tak larat dah wey nak teruskan. aku fikir yg terbaik,daripada aku paksa teruskan belajar subjek tuh lagi baik aku drop. dari aku terus terasa macam terpaksa je belajar subjek tuh.

serious akaun form5 nih susah gilaa. grrrrr. aku dah bawak bincang dgn mak aku, mak aku ckp kalau tak boleh teruskan tak payah paksa. sebab tu semua pilihan aku,keputusan aku. daripada aku kecewa tengok result exam akaun gagal lebih baik aku drop dari sekarang. aku akan cuba luangkan byk masa utk study balik perdagangan form4,aku tetap akan cuba weh!! kalau perdagangan pun aku tak boleh bawak jugak,haaa aku ambil SPM 8subjek jelah.

dah cukuplah aku meng-frust-kan  otak aku ni. yg penting motto aku tahun,belajar rajin-rajin.tak nak lagi ada subjek yg gagal.biak p lah subjek ape pun yg aku bawak yg penting LULUS. cantik je tengok result tuh.

esok aku nak pergi jumpa cikgu maheran,nak bagitahu dia yg aku nak drop akaun pastu tukar dgn perdagangan. FULLSTOP! masa depan masih panjang.cuma kita jea yg kena pandai bawak diri.ini lah markah-markah prinsip perakaunan aku masa form4 dulu :(
ujian1 - 76%
ppt - 82%
ujian2 - 56%
pat - 29% ............ -_-

p/s: harap aku kuat, takde sedih-sedih lagi dah! 

Wednesday, January 19, 2011

kawan lupa kawan?

sedihnyee kalau ada kawan yg dah lupa dekat kawan kan? macam apa ntah -_- memang langsung dah tak ingat lah dia dengan aku lagi. sadisnye kau kan...dulu masa form4, aku ada kenal sorang budak nih. dia kira dekat jugakla dengan rumah aku tapi dia duduk taman lain.sekarang dia dah pindah,tak duduk serdang lagi dah.masa dulu-dulu aku pernah keluar lepak dengan dia, selalu message, kadang-kadang terserempak dekat mines tak pun dekat ktm serdang kalau aku balik lambat(balik petang). memang caring kot dia,kira kitorang ni rapat lah. tapi jangan salah faham! aku dengan dia cuma member baik jea, memang takde pape.


haritu lah.tiba-tiba jea aku terasa nak text dia. aku text lah dia, saja tegur kan.
aku: heyy anep!
anep: siapa ni?
aku: eh ni eca laa, tak ingat dah kea?? :)
anep: eca mana? tak ingat laa sebab ni pakai phone biasa,number-number lama semua takde.
aku: ohh yeke. em takpe lah. sorry ganggu. k bye
anep: laa. cakapla ni siapa?
aku: tak kan tak ingat dah kot.
anep: eca ampang ea?
aku: bukanlah
anep: eca desa?
.............................................. -_-
sadiss bhai kau nih.sampai hati tak kenal aku dah kan..? hmm apa lah.dulu kau jugak yg selalu cakap aku sombong,dah taknak kawan dgn kau.sekarang bila aku tegur kau,kau langsung tak ingat aku lagi kan?? sadiss memang sadisss! tahula kau duduk jauh dah sekarang tapi takkan member lama pun dah lupa? ceittt! sebelum cerita ni terjadi,last kitorang contact pun dekat fb.dia tegur aku,tapi chat skejap je.dia dah off..


em biarlah dia.masing-masing ade life sendiri kan,buatpe nak p menyibok! aku harap kau akan cam dan ingat aku balik kalau kita terjumpa dekat mana-mana lah kan.itu pun kalau lah, kalauuu :(

training merentas desa

best gila petang semalam training merentas desa! semangat je ohh aku dengan asma' lari. haha. tapi kitorang bukan main hentam jeh lari macam kuda, kitorang lari sambil jogging. dah lama kot aku tak jogging, mana lah badan ni tak berat -_- memang best lah lari dengan asma' semalam, yg aina tertinggal dekat belakang. lari-lari jea terus aina takde muncul-muncul dah. kesian aina terpaksa lari sorang-sorang :D yg arni lagi lah, tah mana-mana dia pergi ntah. jauh dekat belakang, last-last sampai sekolah lambat, orang lain semua dah sampai dulu pun. lambat sgt arni nih! HAHA. tapi semalam aku dengan asma' lari jea, tak benti-benti pun. kalau benti pun bukannya jalan,kitorang jalan laju macam bangla tu xD
5km berlari semalam dah cukup berbaloi bagi aku sebab dah lama sgt lah tak jogging. kalau nak bersenam atau bersukan pun harapkan dekat sekolah jela. pasal tu aku cuba jugak stay dekat sekolah semalam utk training merentas desa! yeahuu.


p/s: MERIAH sungguh petang semalam,lari ramai-ramai dengan member semua sebab pakat datang training semalam. kalau tak datang kena denda dgn cikgu. haha. bagus korang nih, datang jugak utk meriahkan training semalam xD

Sunday, January 16, 2011

10 things i hate about you

bangun pagi,gosok gigi,cuci mukaa,pakai bajuu.pergi sekolah,minum susu,balik rumah,jumpa ibu.gilossss,aku masuk air ke apo?? hahahah *sorry guyss,bila update blog pagi-pagi macam ni lah jadinya aku :D


aku baru je lepas ber-blogwalking ni.sukaaa baca and tengok blog korang ^_^ nak tahu tak? aku bangun tidur je tadi,terus on pc,terus cucuk broadband,terus pergi ke laman sesawang,terus klik ke BLOG.dengan tak basuh muka lagi,rambut macam singa? kahkahkah.ini lah aku,yg overdoss semangat sangat nak bukak blog.aku memang macamtu,tak sah dalam sehari tu tak bukak blog sebab nak lebih tahu setiap update followers ;)


okaylah,itu je kot nak bagitahu.hehee :P


p/s: post atas tu saja buat gelabah.sebab tengah update sambil tengok cerita itu dekat tv8 sekarang nih.hee.okay byebye,see ya!

Saturday, January 15, 2011

Belajar Belajar Belajar


hollooo.dah dua hari tak update.rasa macam ketinggalan lah pulak walaupun baru je dua hari :D *kepohh. cerita hari ini?? emm pasal,studySTUDYstudyyyy. urghhhh~


hari sabtu selalunya release tension,keluar jalan-jalan legakan otak bila dah 5 hari asyik belajar dgn fokus dalam kelas,chehh haha.tapi aku,hari sabtu mulai sekarang,tak ada lagi perkataan KELUAR. sedihnyaaa ;'( semuanya demi SPM tahun ni. *mak yg suruh semua ni padahall,huhu.mak tak bagi keluar ke mana-mana lagi dah melainkan kalau ada aktiviti dekat sekolah,tuh jew. isk iskk


tapi apakan daya(poyo jew ayat.hahah)utk masa depan aku jugak,memang dah lumrah parents semua nak tengok anak dia berjaya :)


mak cakap: start bulan nih jea sampai spm,bila hari cuti duduk rumah,BELAJAR.dah tak ada keluar-keluar lagi lepas ni.
aku: hah?? tapi tak kan tak boleh keluar langsung? habistu,terperuk jelah akak dekat rumah nih =='
mak: kau nak spm kak,kena ingat tu.kau kena belajar betul-betul tahun ni,tak ada main-main lagi dah.
aku: alaa.(aku terdiam kejap) oke la..tapi kalau cuti panjang,macam cuti seminggu tu kea,2minggu macam tu,boleh tak keluar??
mak: hm,tengok lah dulu macam mana nanti.
aku: :(


mula-mula tu aku sedihla jugak,tiba kena penjara kejap tahun ni dalam rumah.huhu bila aku fikir balik,fikir fikir punya fikir.aku terima seadanya,aku pun tak nak lah melawan.mak aku buat macam tu pun utk pelajaran aku jugak.Terima kasih mak :)


jadi lepas ni,aku akan lebih serious masa cikgu ajar dalam kelas,selalu bagi semangat dekat diri sendiri.kalau tak faham straight tanya dekat cikgu! ==' and jangan tangguh-tangguhkan lagi homework yg cikgu dah bagi.haha
GO AISYAH ! GOOO !! :D


p/s:gambar tu semua nenek-nenek kan? kesiann dorang,dah tua-tua pun masuk penjara.hahah.motif aku letak gambar tu sebenarnya,sama dengan perasaan aku sebab lebih kurang macam aku kena penjara dalam rumah sendiri. huahua.

okay takecare dude,sisters,bro,guyss,people ;D

Wednesday, January 12, 2011

tuttttt

arggghhhhhh! gerrramnya! rasa macam nak menangis jehh. T_T tadi balik sekolah pergi kedai buku dekat dengan rumah tu kejap,sekali tanya nak print,dia cakap print machine tu rosakkk.ada problem sikit..kerja akaun aku tu dah lama siap,cuma ada salah-salah sikit yg nak kena editkan balik.so aku nak editlah kejap dekat kedai tu,sekali pc dia tak boleh buka file dalam pendrive tu.pehhh memang menyirap lah! nak print tak dapat! nak edit balik kerja akaun tu pun tak dapattttt.haritu syida bawak balik pendrive aku,aku mintak dia printkan.sebab dekat rumah dia ada print machine,tapi dalam banyak-banyak tuh.satu jee yg boleh print! benda lain semua tak dapat nak print,syida cakap sebab format kerja aku tu tak sama dengan format pc diaaaa ;'( sedihh bhai.


aku takut je cikgu marah nanti kalau lambat hantar?? aduuu.frusttt! ada jeh masalah yg datang...aku tak sanggup nak drop subjek akaun cuma tak siap kertas 3 akaun tuh jea! aku tetap nak teruskan,dah penat-penat belajar setahun time form4 dulu.hmm


takpe ar,aku cuba cari inisiatif nanti.bawak fikir baik-baik,macam mana aku nak minta tolong dengan member-member aku nanti utk print kerja tuh.okaylah, take care guysss :(

Tuesday, January 11, 2011

Program Maju Diri 2011

PMD=Program Maju Diri
satu hari ni memang menghabiskan masa dekat dalam bilik seminar,sebab ada program maju diri yg dianjurkan cikgu kaunseling.kelas yg terpilih hari ni kelas A sampai kelas D,kelas aku la tu :) program ni utk menyedarkan dan majukan diri pelajar form5,macam kitorang ni ==' utk dapat straight A's bila SPM nanti.hee

so bila dah satu hari duduk bersila dalam tu,kaki aku mulalah meragam macam biasa.aku tak boleh duduk diam dalam tu,asyik gerak sana sini jea macam cacing kepanasan -.- padahal dalam tu sejuk yg amat.aku jenis tak boleh duduk bersila lama-lama,kalau tak aku tak boleh duduk diam.kejap-kejap,aku duduk angkat kaki,kejap-kejap aku duduk bersila balik.tapi bila dah cramp gila babi,hehe aku terus duduk silangkan kaki.ala duduk macam ayu-ayu gitu. HAHA (tapi mmg betul pun,aku lebih selesa duduk macam tu :p) sebab tu aku lebih sanggup berdiri daripada duduk bersila lama-lama..

macam-macam maklumat kitorang dapat tadi.ni yg buat aku tambah semangat nak belajar tahun nih! haha.totally banyak laa yg dapat bagi aku kesedaran,yg SPM tak lama lagi.kena belajar betul-betul lepas nih..penceramah sebelum rehat punya,pensyarah dari KLIUC.tapi agak bosann laa time dia bagi ceramah tuh.semua buat muka seposen ==' aku rasa aku sorang je kut yg bagi tumpuan and semangat punya dengar ceramah pensyarah tuh.hahaha(dalam hati fikir utk spm jea :D)

tapi penceramah yg lepas rehat punya,pehh hyperactive doh! terrrlebih semangat pulak cara dia bagi ceramah tu.semua budak-budak yg mengantuk,yg dah nak tidur tu terus tak jadi tidur! semuanya syok dengar and tengok penceramah tu.macam-macam lah dia cakap,banyak buat lawak pulak tuh.aku pun tak berhenti gelak,hahahah sampai sekarang rasa nak gelak lagi teringat dekat penceramah tu :DD aduu.serious kelakar oh cikgu tuh..tak kering gusi dengar lawak dia.btw,penceramah tu dari reko central, nama dia en.johar. hee

ceramahceramahceramah,sampai lah balik.kesian cikgu tu tak cukup masa nak habiskan ceramah dia.sebelum balik tu,dia ada tunjukkan klip video pasal NICK VUJICIC berasal dari australia.hmm sedih sangat tengok keadaan dia,tak cukup sifat.masa tengok tu,rasa macam nak menangis kot,tapi aku tahann jea dulu.hehe.semua orang serious tengok klip video tu..

hidup dia selalu tak terbela,masa dia kecik selalu je kena hina dengan orang.sampaikan masa dia lahir,mak dia tak boleh terima keadaan dia tak cukup sifat macam tuh.bila mak dia dah tengok nick tu macam tu,mak dia terus suruh nurse buang dia.kejam kan mak dia??!! grrr.Nick vujicic tak ada tangan tak ada kaki macam kita manusia yg normal,cukup sifat nih.bila dia dah dewasa,dia jadi orang yg berjaya,mmg berjaya betul lah! sampai dia kerja dekat syarikat akauntan yg terkenal dekat negara tuh.aku respect lah dia ni ! kalau korang nak tahu dia mana satu,search dekat google. "nick vujicic"

okay,sampai sini jelah aku cerita utk hari ni, Take Care Guysss ;D

Monday, January 10, 2011

Ada Ulat Dalam Nasi?

haishh.apa laa malang nasib hari nih ==' hari ni sekolah macam biasa,bangun pagi,mandi bagai.bila dah siap selalunya breakfast makan roti dulu,tapi roti tak ada terpaksa lah tak makan apa-apa.and dah sampai sekolah terus perut aku meragam,dia asyik melalak jee.bengang jugak aku.dia cakap, "laparrrr!" penat aku melayan kerenah perut ni.nasib baik masa dalam kelas tadi aku masih boleh bertahan.hehe.


time rehat nak dekat,aku rasa tak sabar-sabar.tunggu je loceng bunyi,excited pulak nak rehat pergi makan.huahua.haa tepat 10.40 aku terus keluarlah dengan semangatnya! hahaha cheh, poyo jea :P


dah turun bawah,direct pergi kantin,ambik tempat.terus beratur pergi beli makanan.hari ni makan nasi lemak.hee.dah siap beli,aku terus duduk lepastu apa lagi,jamah lah kan :D


Tajuk besar atas tuh,pasal ulat kan? HAHA.ni baru lah nak cerita nih..tengah sedap aku makan,tiba-tiba aku ternampak satu benda kecik kat nasi aku.aku tengok lah betul-betul,betul ke tidak apa yang aku tengok ni?? mula tu aku ingatkan tulang ikan bilis,tapi bila aku dah teliti betul-betul, siasat apa semua,benda tu kat nasi aku (dah macam penyiasat pulak :D) rupanya betul itu ULAT !!


Astaghfirullah..boleh terkena heart attack masa tuh! ==' mula tuh aku diam jea,tak nak bagitahu dekat member-member aku tengah sedap makan kan,kesian pulak nanti dorang.aku pun fikirlah banyak kali,nak ke tidak teruskan makan nasi lemak tu?? aku ragu-ragu masa tu.


sekali aku dah bengang,aku terus tolak pinggan tu dekat tengah meja.aku cakapla tak nak makan lagi lah,padahal banyak lagi nasi lemak tu aku tak habiskan.dorang semua pelik dengan aku kenapa tiba-tiba pulak aku macam tu? dorang tanya aku kenapa,aku senyap jea. aku diam kejap,serba salah nak bagitahu dekat dorang ke tidak.


dah dorang desak-desak aku suruh cerita,aku pun cerita jugak lah.aku cakap dalam nasi tu ada ulat :/ dorang terus terkejut! sampai meja sebelah pun terdengar,nak tahu apa benda dorang kecoh-kecoh tu.sekali arni dengan anis tengok dekat nasi tu,betul ke tidak.mula-mula dorang dua pun ingatkan tu tulang ikan bilis,tapi dah tengok betul-betul, sekali memang ulat lah!


perasaan aku masa tuh macam.. -_____- tapi aku redha je,tak nak besar-besarkan.tapi arni dengan rajinnya pergi bawak nasi aku dekat makcik kantin tu,dia tunjuk ada ulat dalam tuh.nasib baik ada cikgu samsiah dekat situ,jadi makcik kantin tu tak boleh nak berdolak-dalih la dengan arni.hahah.mentang situ ada cikgu,makcik kantin tu dengan sopannya tanya arni,nak tukar dengan nasi lain ke dik? arni cakap, saya bukan nak tukar dengan nasi lain,tapi nak duit balik. hahaha so dapat jugaklah rm1 aku balik! :D alaa seringgit je pun.


sumpah lepasnih aku dah tak kan MAKAN lagi makanan dekat kantin tuh,lagi bagus beli makanan dekat koperasi kan..hmm


p/s: pada korang yang pergi makan dekat mana-mana tempat,maksudnya makan dekat tempat awam la,berhati-hati ok?? :) tiada makanan lebih sedap dan nikmat dari makan masakan ibu atau ayah kita :D

Sunday, January 9, 2011

Jalan-Jalan

jalan-jalan, carik pasal. haha tak ada lah. jalan-jalan tengok and baca blog orang. aku menghayati satu persatu 'post' setiap blog masing-masing. ada cerita sedih, gembira, luahan perasaan, marah, macam-macam lagi. hehe

okay, itu saja lah aku nak bagitahu, hahah. tak ada benda aku nak cerita buat masa sekarang ni? now, nak pergi gosok baju sekolah, lepastu susun jadual and terus mandi. nak get ready tengok anugerah juara lagu 25 dekat tv3. semangat betul! huahua. nak tengok yuna, hujan especially, my fav one. "NOH" auww, hahaha (jangan.. nanti mizz nina marah) :p and and, bunkface! jomm kita tengok ramai-ramai nanti tau! :D

*rinduu gila dekat irfan,dah berapa hari tak message. tak tahu apa cerita pun pasal dia -.- lastly pagi tadi dapat message jugak. (apa masalahnya tak boleh cerita sini lah. hehe)

Take Care Guyss :)

Friday, January 7, 2011

Salam. Hai semua :)
Ni nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat korang yg dah follow blog aku, hehe.

Sorry yea kalau terlambat follow blog korang balik ^_^
Tapi ada jugak blog yg aku tak dapat nak follow sebab tak ada link.
Macam mana aku nak follow balik??
Jadi harap korang tinggalkan link blog ea?

Ok, Thank you ;D

Thursday, January 6, 2011

Cerita Sekolah

Hari ni dah masuk hari ke 4 untuk sekolah. Lagi berapa ratus hari je nak habis sekolah lepas tamat spm nanti. (suka je nak habis sekolah, padahal exam pertama utk form5 pun belum lagi. hahah)
Semalam ada mesyuarat agung untuk rumah sukan dengan kelab permainan, macam biasa lah. Pelantikan AJK, Pengerusi, Setiausaha bagai. Lepas dah pilih pengerusi untuk rumah sukan, naib pengerusi pulak. Cikgu tanya semua orang, siapa yg nak bagi cadangan? Aku pandang atifah, suruh lantik asilah sebab aku dah tunjuk-tunjuk dia dari belakang. hehe. Lepastu, atifah pergi bangun, terus dia cakap kat cikgu, dia pergi baginya nama aku! *tak guna kau tifah...hahahah. cheh, guraugurau jela tipah :D
Cikgu pun panggil nama aku, suruh bangun. Aku dengan dahi berkerutnya, muka malu-malu, terpaksa lah bangun pergi ke depan dan terus pandang semua ahli-ahli rumah sukan kat situ. Muka aku masa tu dengan tersengih-sengih macam kerang busuk, lepastu aku terus pandang tipah. Aku buat mata bulat punya kat dia. haha! tipah terus gelak, jahat laa :D
Masa perlantikan naib pengerusi tu, aku dicalonkan dengan fadhilah. Cikgu suruh pusing belakang, lepastu cikgu sebut nama aku dengan fadhilah, siapa yg lagi ramai pilih untuk lantik jadi naib pengerusi. masa tu memang aku dengan fadhilah tak tahu la siapa jea yg angkat tangan ke tidak.
Sekali, cikgu cakap aku yg jadi. hahaha. dengan rasminya, aku pun dilantik jadi naib pengerusi rumah sukan. ni semua tipah punya pasal. gggr! hahah.


Hari ini sekolah macam biasa, tapi awal pagi je terus dah hujan lebat. nasib baik sampai sekolah tak hujan sangat. tapi mengantuk je hari ni. Nak kata tidur lambat tak malam tadi? awal kut aku tidur, pukul 11 dah tutup mata. hehe.
Hari ni tak belajar apa langsung! Cikgu ramai yg tak datang sebab kena tanda untuk markah spm. Jadi apa lagi, aku sempat-sempatkan jugak buat nota sains, fuhh nasib sempat siap. tapi gambar tak lukis lagi, nanti-nanti jelaa. huahua. Aku memang suka buat homework last minit, akibatnya kat sekolah tadi baru lah terkial-kial nak pinjam buku nota sains kawan sebelah (syida) :D
Jadi korang jangan ikut cara aku ni, menyesal nanti. hahah.


Masa subjek sains, tiba-tiba ada sorang budak lelaki masuk makmal kitorang, dengan pakai begnya. ingatkan budak baru, rupanya Azman! Terkejut jugak kitorang semua tadi tengok dia muncul mengejut dari planet mana tah. kahkah :D
Kitorang pun tak tahu sebab apa dia pindah masuk cheras jaya balik? kiranya dia stay kelas D jugakla, sama kelas dengan aku. Dah elok bahagia belajar kat teknik kajang tuh pergi balik sini balik. Masa form4 dulu sebok sangat nak pergi teknik. haha.

Sunday, January 2, 2011

Trip to Genting Highland

Heyy Haii :)
Sempena cuti new year semalam, aku dengan family semua pergi genting.
Malam sebelum nak pergi tu perasaan excited jeh, tak sabar-sabar. haha

Gerak around 10 am macam tu, sebelum tu pergi sarapan kat mamak cheras dulu. hehe
Dah habis makan, terus bertolak.
Tapi ayah ikut jalan kampung, banyak rosak pulak tu.
Ingat lalu highway. Aduu, jalan dah macam ape dah!
Nak elak kan dari kena tol, ayah bawak lah ikut jalan ulu yam sampai rawang terus batang kali.
Dekat satu jam setengah jugak nak sampai genting.

Dalam kereta mata rasa mengantuk je, tak cukup tidur kan. haha
Nak tidur tak jadi, sebab nak tengok keindahan alam. cheh!

Okay, sampai jugak akhirnya di genting highland :)
Tapi kitorang tak naik sampai kat atas tu, kitorang just turun kat bawah jea.
Lagi senang, cari parking sampai tingkat atas sekali.
Tingkat bawah semua penuh! grr

Pehh dapat jugak naik kereta kabel !
woww serious bertambah excited masa tuh! hahaha
Sebelum naik tu kena beratur dulu, punya lah ramai !
Panjang je orang beratur -.-'

Nahh, ni dia kereta kabel.
Syokk lah naik benda nih, haha
Bagi yang semput atau takut, baik jangan tengok bawah.
Nanti korang rasa macam nak terjun keluar. HAHA

Nampak kan kabus dia?
Gila sejuk masa ni, menggigil aku. haha



hehe Ini lah aku :D
Sorry gambar buruk..
Time ni baru je sampai betul-betul kat genting highland tu :)


Ha masa ni nak beli strawberry.
Dia letak dengan coklat tu, pehh memang seddappp.
Satu batang rm4, tapi aku beli dua. hee
Mana tak sedapnya wey dah cicah dengan coklat tu. slurpp!
Terbaik dari ladang. hahah



Yang ni tempat apa pun aku tak tahu.




Cantik tak, cantik takk ?? hehe


Tapi aku agak kecewa lah kat sana semalam, sebab tak dapat nak main roller coster dengan game-game yg lain. humm
Sedihh ;'(
So just dapat snap gambar pun jadi lah. :)

Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi maleh la nak upload.
Internet lembab jeh. grr

Dah penat round-round, makan apa semua, bergambar. terus pergi balik kat tempat kereta kabel, untuk balik ke rumah :)
Walaupun cuma satu hari je kat sana, memadai jugak la dapat merasa pergi sana.
Maklumlah, kali pertama pergi. haha

Naik kereta kabel ni lama jugak, gila jauh lah!
Dekat 30minit naik benda ni. tapi best. hahah



Nampak kan?
Jauh sangat-sangat nak sampai atas tu.



Akhirnya sampai pun kat tempat parking kereta :)
Aku penat gila lah, naik je kereta aku terus tertidur.

Tapi kan korang, masa dalam perjalanan balik tuh, tengah sedap tidur. kitorang macam ada terbau asap, ingatkan ada apa-apa terbakar. Lepas tu tiba-tiba ayah berhenti kan kereta kat tepi jalan, suruh kitorang semua keluar. Ayah terus mati kan kereta. Aku pun terkejut teruslah terjaga. Bila dah keluar dari kereta tu tengok-tengok ada keluar banyak asap kat tayar. Bau dia kuat! pehh aku rasa macam nak menangis dah, takut kot, tiba ke kereta tu meletup ;'(

Nasib baik ayah berhenti kan kereta tepat-tepat dekat dengan pondok polis kat situ. Aku dengan mak aku, adik-adik semua panik.
Ayah aku cerita lah, time tengah jalan tu brek tak makan. Dia tak berfungsi, dah la masa tu nak turun bukit! pehh cuak tahap gila lah aku masa tuh. Berderau darah aku.
Ayah aku pun pelik lah kenapa brek tak boleh time nak turun bukit tu. kan bukit tu macam mencerun, nasib baik ayah sempat mati kan kereta. Kalau kitorang tak sedar ada asap keluar masa tu, mesti aku dengan family aku semua masa tu DAH ...! hmm

Lepastu ayah aku pergi panggil polis tu datang tengok kat kereta, polis tu terus call mekanik.
Tak sampai 10minit, orang tu dah datang. mujur cepat. So ayah aku cerita la kat dia brek tak makan langsung, dia tiba jadi keras terus keluar asap.

Mekanik tu pun betul kan bahagian brek kereta, dia tengok kat bawah kereta, macam mana keadaan tayar masa tu.
Dia letak minyak apa tah, Lastly dia test bawak kereta ayah and cuba tekan brek.
Wah! syukur alhamdulillah dah okay, SELAMAT jugak -.-
(time tu semua orang yg lalu kat situ tengok kitorang, yg nak berhenti datang tolong pun ada. huhu)

Jadi kepada korang semua.
Sebelum memulakan perjalanan jauh, rancang lah dengan teliti dulu k :)

"Terima kasih mak ayah sudi bawak kitorang pergi jalan-jalan semalam"

Berhabuk !

Haii. Hollooo.
Korang semua apa khabar ?
Sihat sejahtera kan kan?
Tak ada yg sakit-sakit kan?
Alhamdulillah..
Baguslah macam tu.

Eyy, apa kena tah dengan aku nih!
Baru sekarang nak update blog. grrrrr
Memang dah berhabuk lah kan, tak tahu apa cherr dalam blog ni.

Orang dah sambut new year, dah beli barang sekolah, baju sekolah.
(sekolah lagi ke korang ni?? hahahah)
Cakap je orang, padahall aku pun sama! :D

Aduuu, esok dah start sekolah!
Tak merasa langsung cuti panjang yg lepas. grrr
Excited pun ada jugak ni nak sekolah besok. hehe ;D
"Okay dah!"

Topik kat atas tu pasal berhabuk.
Sebab apa?
Sebab dah lama tak sentuh pc, dah lama tak online facebook dan dah lama tak update cerita dalam blog ni !
Serious HABUK lebih dah =='
Tah apa cerita kat facebook tu kan?


Jadi, aku nak ucapkan kepada semua yg masih bersekolah, yg dah habis sekolah, yg baru masuk tadika, yg baru nak masuk sekolah rendah, yg baru nak start kerja, yg dah nak balik asrama.
"SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011"
^_^
Harap tahun 2011 ni lebih bermakna utk korang.
Macam aku la, SPM victim doh! grrr
cuak cuak cuakk. hahah
So tahun ni kena lebih serious la oh, tak boleh main-main lagi dah -.-

Okay bye-bye ;)