Thursday, December 22, 2011

Entri Ini Panjang Harap Bersabar dan Baca Satu Persatu haha

Assalamualaikum semua. aisyah kembali untuk update belog sang cinta ni. uww. apa ni. awal-awal lagi dah cinta-cinta haha. hari tu, dalam entry INI saya ada sebutkan kenapa saya tak boleh cari kerja lagi sampai bulan satu kan? ha sekarang ni nak cerita lah ni.

Sebelum tu, boleh tak saya nak sumbatkan dulu gambar-gambar untuk entri kali ni, boleh laa boleh laa ya. mesti lah boleh belog sang cinta saya sendiri kan :D

Rabu semalam, saya keluar dengan kawan kamching tersayang, fyfa rashid. saya ajak dia teman untuk beli kasut. sebab tapak kasut kesayangan saya agak dah kopak sikit. sebelum jadi kopak besar baik saya beli baru untuk persediaan.



Taraa, ini lah dia. kenal kan, fyfa rashid. serius semalam hari yang paling membengangkan buat saya. ada ke patut penat saya cari kasut tapi tak ada saiz yang sesuai untuk kaki saya. saya pusing-pusing satu ts tu, semua kasut yang saya cuba dan suka tu tak ngam pulak dengan kaki ni. ya allah, memang gedabaknya saiz kaki macam dinasour T.T


Tapi jumpa jugak walaupun agak ngam sangat dengan saiz kaki. rembat jelah, asalkan hati dah suka. lepas tu jumpa kawan-kawan lain sekali, syafiqah faizura, hisyam alif, dan amie. terima kasih ya korang sudi jumpa semalam.


Yang paling kiri ni lah syafiqah faizura aka rorra nama terkenal dia. orang biasa panggil dia rorra termasuk saya. hee


Okay okay dah, habis cerita keluar semalam. dah tengah-tengah baru nak mula cerita kenapa tak boleh kerja buat masa sekarang. lambatlah kau ni aisyah. macam ni, sebenarnya.


Tarikh 25dis bersamaan hari ahad, saya akan pergi jauh. jauh sangat ke? hehe. straight to the point, saya kena pergi bercuti di medan, sumatera utara, indonesia. seorang diri. serius.


Eh bergurau jea. maksud saya, dari sini saya kena gerak sorang jea hingga ke sana, mak ayah hantarkan sampai kat lcct. bila naik flight tu sorang-sorang la. saya pergi ke sana selama dua minggu. 7jan baru balik ke sini. bagi saya sangat lama oh dua minggu.


Mula-mula kena pergi padang dulu lepas dua tiga hari baru bertolak ke medan. mak suruh saya tenangkan fikiran dekat sana. maklum budak baru habis spm. kahkah.


Kalau nak tahu kan, aisyah ni berasal dari indonesia. mak ayah aisyah asalnya orang sana, tapi aisyah dengan adik-beradik semua lahir kat sini. padang di sumater barat tu kampung saya. secara jelasnya, aisyah ni keturunan minang kabau. yang macam kat negeri sembilan tu. lebih kurang sama jea cara percakapan dia walupun aisyah ni tak berapa pandai sangat. hehe pardon me.


Yang di medan tu, tempat kakak mak saya. dia yang ajak datang sana untuk sambut tahun baru dekat sana sekali dengan sepupu-sepupu saya di sana. berapa kali sana dalam ayat sebelah ni. mula-mula tu, ayah macam tak nak lepas saya pergi sana sebab nanti macam menyusahkan keluarga orang sana, tapi dah dipujuk-pujuk ayah pun izin kan jugak. sekali lagi banyak perkataan sana haha.


Jadi cuti dua minggu tu, saya memang habis dan penuhkan masa di medan jea. 3jan baru balik ke padang semula untuk jumpa nenek. oh rindu nenek, kesian dia mesti sorang-sorang kat sana :'( tunggu saya ya nenek.


Kawan-kawan, janganlah awak-awak rasa macam tak sangka pulak yang aisyah ni asal dari orang sana. macam tak percaya kan? tapi itu lah realitinya :)


Dan dalam masa dua minggu tu jugak saya tak dapat update belog sang cinta ni. entri ni lah entri yang terakhir buat bulan disember penghujung tahun 2011. aisyah happy sebab masih dapat jadi blogger tegar dan dapat kenal ramai kawan dalam dunia blog ni. seronok sangat kenal ramai kawan baru, tak kira berapa pun umur kawan-kawan yang saya kenal dalam blog ni.


Saya harap, kawan-kawan semua dapat jaga blog ni dengan baik masa saya tak ada kat sini nanti. ni rasa nak menangis nih. haha sudah aisyah.


Bagi adik-adik yang masih bersekolah tu, korang belajar elok-elok tau. serius ni, aisyah rindu sekolah. adik-adik sibuk nak mula kembali bersekolah tapi saya sibuk pergi bercuti pulak. haha


Nantikan update terbaru dari saya di bulan januari, lepas saya selamat sampai ke sini. insyaAllah. doakan saya tak apa-apa dekat sana ya? kenang daku dalam doamu.


Assalamualaikum sekali lagi. bye-bye :)

47 comments:

Agus Setya Fakhruddin said...

salam singgah ya

syafiqakarim said...

p ts xajak kite.fine ;'(

konde said...

subhanallah comelnya tuh yang guna hijab :) salam kenal ya...

Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

Hanif Farish said...

Ohh ada keturunan orang indo rupanye hehe :)

~Nana BamBam~ said...

best tak bercuti kat medan ? nanti bleh ajak kak nana gi jenjalan sana..wuhuuu.

FarhanaLicious said...

sama dengan. kasut yang tak berkenan tu ada je saiz nya. yg kita berkenan, takda saiz pulak. hilang mood nak shopping. hehe

Akmal Khalidah said...

Waaah, bestnya pegi medan ;) Selamat pergi dan sampai yee :)

atifah said...

wahh belikan saya cendermata tak ? haha medan tempat awak rupanya.

ShahzCudin said...

ohooo..ptut la ade rupe org sana..kuikuikui..

aisyah ni member ke-2 sy ade drh sana..

selamat bercuti..nt blik story la pengalaman kt sana, k?

Zylee Rahman said...

Beli lah souvenir sikit. Hihi bestnya pergi sana sorang sorang. Tak sangka ada darah orang SANA. Haha :)

Fatin Nor Syafiqah bt Zulkefli said...

sayanggg echaa ,comelnyerr dia :) hihi entry yg panjang tapi terbaik sygg <3

LiLy @ MumMyQiStInA said...

wah..bestnye..
Selamat bercuti2 ye..
Enjoy ur holiday..^^

Sally Yatiey said...

Selamat bercuti ye Aischa :)
hehe .

eiyzniey said...

Alaaa..nnti rinduu nak bce blog aisya laa.
Nnti blk..cpt2 updte blog yaa..
Papepunnn..jage dri..jage solat ya.
:')

illi said...

amboi,,best dia bercuti. sampai ke sebelah SANA :p

btw, slmat bercuti! have fun!

Bella Roast Almond said...

selamat bercuti ya..:)

s e r r y. said...

aloh . scha cuti lama benor . nanti sapa nak update belog ? mesti rindu dekat dia . hohohoho.

okey . take care dkt sana .
hati hati ya .
da la pegi sesorang . ouh cuakk ouh .
#hikhik. kita pulak yg beria cuaknya :)

Teenager Housemaid said...

wah medan..org medan rupenye..
saya penah pegi medan..becuti kat sane..hehehe..
best!

huda_sepet96 said...

wah, akak fly ke indonesia lah cuti ni. hrmm, okay,nanti rindu nak baca post baru dia.

have fun kak :)

Juliet_iRa~" said...

wahh seronok blk jumpa nenek dan cousin..

have fun n take care..:)

Nur Aischa said...

@Agus Setya Fakhruddin ok trima kasih sudi singgah ya :)

@syafiqakarim alolo, haha mcm mana nak contact takda no. iqa ;D

@konde salam kenal jugak ya :D eh aisyah biasa2 saja

@Hanif Farish hehe ya hanif :)

@Nana BamBam dah lama tk pergi sana kak, hee okay2, buat passport dulu tau nanti kita boleh pegi sama ;D

@FarhanaLicious a'ah kan, wahh hahaha slalu mcm tu tau :(

@Akmal Khalidah hee thanks ya dear ;) okay doakan slmt sampai sana <3

@ShahzCudin kedua? oh siapa yg sorang lagi satu tu? hehe okay okay :)

@Zylee Rahman hahah insyaallah syg ;D haha kasi besar sikit perkataan SANA tu kan, hee

@Fatin Nor Syafiqah bt Zulkefli hai kak sayanggg fatin, hee eh takda la.. ;) oh ok2 thanks sgt tau kak <3

Nur Aischa said...

@Lily @ MummyQistina hehe okay puan lily, doakan aisyah slmt sampai dan balik ke sini ya ;D

@Sally Yatiey okay sally, awak pun ;)

@Illi hahah SANA kan :D okay terima kasih tau <3

@Bella Roast Almond okay kak, thanks tau ;)

@Serry tulah pslk kan, haha tp balik lsp tu terus nak cari kerja. rindu dkt serry jugak nanti, huhu okay tc too. alolo relax ya serry, hee ;D

@Teenager Housemaid hehe a'ah kak :) wahh pernah ya? bestlah dh ada jugak pengalaman pergi sana ;)

@huda_sepet96 a'ah dik. takpa,nanti balik sini terus akak update tau. btw tahniah result adik huda!! haha akak pulak yg eksaited skali ;D okay2 dik huda <3

@Juliet_iRa hee okay, thanks tau ;)

syasyajohan said...

cantik nya anda:DD

Nur Aischa said...

@eiyzniey alala kak,jgn ckp camtu. nanti balik dari sana cpt2 aisyah update ya :') okay kak, aisyah igt pesanan tu.. trima kasih tau <3

@syasyajohan eh tidak la, anda lagi cantik ;D

KizZ said...

Comelnya korang ni...seriusly..

fadh leyanie said...

selamat bercuti Aischa,jaga diri :P

Republic said...

jangan lupa buah tangan buat kami tahu...keh3

Fikri said...

selamat menanam anggur.. haha.

fathiahRAIHANA said...

percaya percaya :>
ada jugak kawan asal sana. hihi.
jg dri baik2 ye :>

cik wanie Lovela (CWL) said...

awk comel la

laskar pelangi said...

hai cik adik sayang:)
bestnya dia nak bercuti.hati2 dan jaga diri di sana tau mydear:)

Nur Aischa said...

@Kizz haha takda la.. :D

@fadh leyanie ok kak, thanks ya XD

@Republic buah tangan? haha ok insyaallah tp tak janji lah :D

@Fikri haha sekejap jea tu,nanti balik sini tgk lah terus cari kerja XD

@fathiahRAIHANA hihi ok dear thanks ya :3

@cik wanie Lovela (CWL) aisyah biasa jea kak ;)

@laskar pelangi hai cik kakak sayang ;) hee okay2, thanks tau tau <3

amy syahirah said...

u have such a perfect smile honeyy !! oh btw , dah merdeka kan , apa lagi, bercuti la round satu dunia ! ;)

Shawn Razaleigh said...

scha, kirim salam kat semua gadis2 diatas. tak kira..haha

onie said...

wahhhhh! ada darah indo la adik akak sorang ni :))

Mizz ErMa said...

lorr..kacukan indonesia la nie..ptt ler cun..hehe jgn lupa bwk alik ole2 okeh? hihi =P

ILA HonEyBuNNy said...

betul tu...patut la comeiiii..hehe..

lamanya dear bln depan...cewahh..heheh

Nur Nabilah Nordin said...

cantik nye pashmina awak..

محمد رازيق said...

owh, mix yer.. hehe.. patut ada cam muka acha septriasa sikit.. hehe

lisa said...

aischa, nak ikut :D

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

hha memang panjang.. fuhh berhabuk blog ni..

unieMARKS said...

Saya dah tak sekolah. hahaha

ohh, 2nd pict tu! suka :)

Fara E's said...

comelnye kau , aishhh , haha

amalyna said...

have fun :)

zulhilmi tempoyak said...

aduh....

dok tengok gmbr je tak kelip2 ni..

kim slm kat kawan2 ye..hahaha

Azree said...

Dah lama tidak pergi Medan. Antara tempat paling best pergi ke sana, Danau Toba.

Boleh lah jadi pemandu pelancong untuk kami nanti.

Nur Aischa said...

ya allah thanks smua nya, sudi dtg dan baca blog buruk ni. haha thanks sgt2 tau semua :'D