Monday, November 28, 2011

Kenangan Abadi (Entri Bergambar)

Setiap kenangan yang tercipta pada permulaan zaman kanak-kanak merupakan abadi buat remaja yang semakin hampir ke dewasa sampai nak kahwin dan ke hari tua. kehkeh.


Assalamualaikum dan hai semua :D jangan terkejut entri kali ni aku banyak bubuh gambar. tapi versi zaman dulu-dulu punya. hari tu aku dah janji nak buat satu entri mengimbau kenangan dengan kawan-kawan kan. ha ini lah dia. mari-mari dekat. biar gambar yang menceritakan semuanya. bersedialah hadapi gambar-gambar kurang matang kami.




ini arina syahira, permulaan aku masuk alam sekolah menengah dengan arina ni lah yang aku rapat. part paling aku suka kawan dengan dia sebab kitorang satu kepala. ini gambar masa form 2, maaf gambar kurang jelas. guna kamera handphone jea masa tu.


Gambar-gambar dekat bawah semua ni aku dah bertukar sekolah. sangat sedih ya tinggalkan sekolah lama sebab dari kecil dapat kenal dengan semua kawan-kawan yang dari sekolah rendah. aku mula tukar sekolah ke smk cheras jaya balakong pada tahun 2009, masa aku form 3. dari situ la aku mula kenal ramai kawan dan ehem ehem. haha. ceh nak ehem pulak, cakap boypren jea kan sonang ha aisyah :D


ni gambar zaman myspace. kahkah. glamour you amik gambar dalam tandas, macam toilet pavilion kan. serius nak tergelak bila mengingat balik gambar-gambar masa ni.


cinta buatan malaysia ! yeyeahh! hahaha
kan aku dah kata, masa form 3 ni zaman gila-gila kitorang.
 lebih tak patut, masa ni jugak la kitorang naik bas mini terus melencong pergi mines lepas habis sekolah. tambahan pula, lagi dua hari nak pmr pulak tu. haish, adik adik tolong jangan contohi kami berbuat sedemikian begini.


kami lah wirawati kadet polis. semangat kemain nak masuk kawad kaki, kalau nak tahu masa ni muka aku jadi hitam legam. haha tapi best lah :D


Menjelang tahun 2010, muncul lah kitorang ke alam tingkatan empat. ada yang dah pindah sekolah, ada yang dah berpecah. masa tingkatan tiga dulu kami ada geng, tak menahan nama geng nya CHOMOT. contoh macam nama aku dorang panggil eca jadi ecot. pika jadi pikot. aina jadi ainot. asma jadi asmot. umie jadi umot. nina jadi ninot. syida jadi syidot. fyfa jadi pipot. hany jadi hanot. siap bubuh nama chomot lagi dekat belakang nama masa join myspace dulu. hahaha sangat sakai masa tak matang dulu :D

gambar raya tahun lepas, bukan main sakan kami semua beraya rumah kawan.

aina dekat belakang jangan nak posing role model sangat kan? haha

aneh-aneh jea posing kitorang. dua jari peace ke depan dan muncungkan bibir.

aku seorang rockers.
lepas habis rempuh hujan lebat ini lah jadi dia. haha
-kenangan raya tahun 2010-

aina, aisyah, fyfa, asma'. LOVE

fyfa, adila, faezah, aisyah. LOVE LOVE

Berikutnya dah mula berhijrah ke tahun 2011. mula lah kitorang jadi senior sekolah dan pada tahun ni jugak la tahun akhir kitorang di smk cheras jaya. sobs sobs

ini kelas 5 dedikasi yang paling mental antara semua kelas tingkatan 5. hahaha
tapi kami bahagia.
-klik pada gambar untuk lihat secara slide-

kalangan gadis dan jejaka malaya lima dedikasi. haha

jangan terkejut aku pernah masuk persembahan dikir barat dekat sekolah.
memang seronok sangat. kitorang pun dah ibarat jejaka melayu sebab kena pakai baju melayu bersampin kan kain batik.

adila, LOVE

aisyah, pika, fyfa, faezah, adila, mira, ismi, hany.
kita bersatu padu selama latihan bersama untuk persembahan dikir barat oyeah!

dengan fyfa, fyfa memang kawan kamching aku.
ada apa-apa masalah mesti aku ceritakan dengan dia :')
bila keluar jea mesti ajak dia, tak sah kalau tak ada dia.

arza dan fizan, sebenarnya baru kenal masa awal tahun 2011.
makin lama makin rapat pula kitorang dengan arza & fizan ni.
ada masalah kami kongsi sama-sama.
dorang ni memang kelakar. bak kata fizan dengan arza,
dorang ni sweet gay. haha gurauan jea.

ini pika. dia comel sangat, lagi-lagi mata dia yang bulat tu.
kitorang tak sah kalau tak mesej guna muah muahh. hahaha

ini aina, kitorang satu kepala jugak.
bila jumpa kalau tak gosip memang tak sah.
suka bercakap pasal fashion, itu dan ini. haha

THE FIVE OF US, aku rindu ini.
bila kan dapat macam ni lagi.

Dah habis. nahh mesti penat kan tengok gambar-gambar. kahkah. tak apa la sekali sekala. lagi pun dah lama tak buat entri bergambar. ini jelah cara untuk aku ekspresikan semua kenangan sekolah.

Benar lah orang berkata. masa kanak-kanak atau remaja teringin nak menjadi orang dewasa sebab bebas dapat buat apa saja. tapi bila dah menuju ke alam dewasa, terkial-kial mencari kenangan di masa kanak-kanak atau remaja. serius sedih nak habiskan zaman persekolahan. agaknya lepas ni ke mana lah aku ya. hmm. kadang-kadang aku terasa macam no life. sangat tak ada kemajuan :(

sudah sudah nanti terlebih emosi pulak aisyah ni. haha terima kasih sudi baca dan jenguk gambar-gambar untuk entri kali ni :) kalau ada silap harap dimaafkan ya.

Bye bye semua~

51 comments:

ShahzCudin said...

byknye gmbar~ haha..
bestkan ingat zaman dolu-dolu..zaman skolah la zaman paling best..bile da msuk uni ni lain plak suasananya...
ni la hakikat idup..makin dewasa, lain plak cbran yg kite akan trima..

zulhilmi tempoyak said...

adeh...comelnya..

smpai bwh ni tros rs x larat nk komen. cair tgok sume gmbr ni.

tumpang tnye. camne nk ngorat ye.
hahahaha

Khuzrin Kamarudin said...

Alaaa... comel comel je semua time dulu2.. hahaha...

Mizz ErMa said...

uhuhu..jelesnye dengan entry ini..sy xde pon gmbr2 mcm nie taem skola dulu..sob, sob,

asma salsabiila said...

alahai malunyew itew gambar kadet polis tu -_____-

aina ali said...

huh sedihnya weh :(

ILA HonEyBuNNy said...

seronoknya..teringat zaman2 sekolah dulu...

nanti bla tgk gambar2 neh mesti teringat tau..;-)

Nur Aischa said...

haha tula, sbenarnya ada byk lagi tp yg ni dah kira cukup la :D tula, dolu dolu kan. haha lain ya? haih mcm mana la nanti, betul tu. lain pulak yg bakal dihadapi nanti..

@zulhilmi tempoyak tak larat?? hahaha maaf ya :D cehceh takda ngorat2 kat sini haha!

Khuzrin Kamarudin masa zmn kanak2 kan, hahaha

@Mizz Erma hehe takmau la mcm tu ;) takpa yg penting memori kita masih kekal ingat kenangan skolah ya :D

@asma salsabiila kahkah watlek sudah, gambar lama kan. takpa cute apa tau ;D

@aina ali kan, mmg sedih T.T

@ILA HoneyBunny wahh rindu kan :') a'ah betul tu,biar jd kenangan dlm blog ni.. hehe

laskar pelangi said...

zaman sekolah lah paling tiptop kan? ;)

Juliet_iRa~" said...

comel ms zmn skola..hee

aina dgn aisyah mcm seiras la..heee ;p

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

pasti terimbau kenangan lama mas atulis entry ni kan? setiap persahabatan itu pasti akan terpisah jarak, namun di hati pasti sentiasa dekat!

Akmal Khalidah said...

Best pulak tengok gambar2 akak dengan kawan akak ;)

Sweet :D

onie said...

oooooo,g sekolah bawak henpon yeeeeeee,hehehe....gambar bawah sekaliiiiiiii tu comei semuanya :D

Nur Aischa said...

@laskar pelangi tiptop?? wahh hahah boleh la jugak,baru nak up lah namanya kan :D

@Juliet_iRa hehe takda la, biasa jea.. eh tak pun, aina tu dia mix tau. hee

@FIFIEY LYCHEE MARATION a'ah kak, mmg betul tu :'( ya, dlm hati mmg sentiasa dekat ;D

@Akmal Khalidah haha terima kasih ya dear :D ini lah kenangan manis dgn kawan2 skolah..

@onie hehehe a'ah, tp tak lah slalu. haha oh gmbr bwh tu masa ada jamuan kelab persatuan ;D

dhanial yahaya said...

Hahaha muka asma! :P

fazrulnoor said...

comel2 semuanya :) bw

SYAFIQAHSALEH said...

semua comel comel! btw, paling suka pic yang bwh skali.comel sngt :)

Boboi Boy said...

shumelnya depa :)

cik wanie Lovela (CWL) said...

comelnya dia

EyqaLuvender said...

hye adik kakak yg comel!
yup,pasni da susah nk jmpe kwn2 skolah kn?
nnt da msk u,dpt kwn baru...tp jgn lupe kwn lame plak...hehe

Nur Aischa said...

@dhanial yahaya ambui kau dhan, hahah comel apa tau ;D

@fazrulnoor hehe kawan2 tu smua comel :D ok trima kasih sudi dtg ke blog ya

@SYAFIQAHSALEH hee muka masa tak matang lagi :D oh ok2 thank sgt ya ;)

@Boboi Boy hahah budak2 berbaju sekolah :D

@cik wanie Lovela (CWL) haha takda la, kawan2 tu lagi comel belaka ;)

@EyqaLuvender hai hai kakakku yg cantik! a'ah kan, wuwu sedih ohh :'( orait kak, kwn lama sentiasa dihati kak. hee

syahirooAhmad said...

halamak~~ pix last sekali baru nampak kematangan adik aku sorang nih... :)

iedchan said...

Rindu zaman dulu2 kan heheh i folo u k dear

Nur Aischa said...

@syahirooAhmad haha serius ni?? aiyoyo maknyanya gambar2 lain tu mmg nmpk tak matang la :D

@iedchan a'ah kak, rindu sgt :') oh ok2 thanks ya <3

Aimi Fathiah said...

saya kenal arza da fizan tu. hehehe

Tuan Besar said...

Haha seronok tengok gambar dari atas sampai bawah. Boleh nampak perbezaan setiap tahun :D

Zylee Rahman said...

Nanti semua akan rindu zaman sekolah dulu.

Nur Aischa said...

@Aimi Fathiah eh eh mcm mana boleh kenal? satu skolah kea dik?? :D

@Tuan Besar wahh serius ni? haha a'ah kan, ada perbezaannya setiap gmbr tu :D

@Zylee Rahman betul tu azi, sedih sgt :'( mmg betul2 rindu lah kat skolah nanti..

Mizz ErMa said...

betul3..tetiba rasa macam nak kembali ke zaman persekolahan balik..(boleh macam tu?) =P

Nur Aischa said...

haha kan kan kak, mmg tak dpt la kak sbb nanti adik2 kat skolah tu pelik jea tgk kita dtg masuk skolah balik. haha

eiyzniey said...

Wahh..byk gmbo.
Cun3.hehe

Nurul Ainaa said...

Amboooii sakan bergambar. Hehehe
suka gambar yang last. Awesome! xD

Nur Aischa said...

@eiyzniey haha byk kan, bkn slalu ;D eh manada, btw thanks ya hee

@Nurul Ainaa kahkah gmbr2 lama lah dear..wah thanks tau :D

unieMARKS :) said...

Hye awak, awak tau awak comel. HAHA

*macam nak ngorat ja ayat* ;p

alyaclumsy said...

rindunya zmn sekolah :D

Daddylicious said...

peh..puas tengok gambar hari ni...hehe

kemain kiut2 lagi...:)

budak penjara said...

bnyk giler gmbar..cmne ngn spm dik??

zulhilmi tempoyak said...

klu diberikan peluang ape slhnye ngorat ye x..
hahahahak..

tp nmpk sweet je kn..;p

Mizz ErMa said...

hahaha..itu la pasal..spm ok ke? agak2 dpt score bape? hehehe

Nur Aischa said...

@unieMARKS hai jugak awak yg cantik, wahh mmg betul mcm nak mengorat ni, haha!

@alyaclumsy hee rindu kan :'(

@Daddylicious hahah semua masa zaman persekolahan jea :D eh takda la, budak2 lagi kan masa tu. hehe

@budak penjara haha a'h utk entry ni tiba terbanyak pula :D spm okay, alhamdulillah tp belum habis lagi. 5hb esok ada exam balik last 6hb :)

@zulhilmi tempoyak hahaha ambui ambui :D a'ah memori manis hehe

@Mizz Erma spm? okay la, boleh la. hehehe score brapa tu tak pasti sbb dah usaha yg termampu slebihnya tawakkal pada Allah ;)

محمد رازيق said...

wah, bnyak gambar ni.. hehe.. salam kenal.. free2 jmput dtg blog kami :)

hamzah ian said...

comel2 semua nya.. aduhai.. rindu zaman skolah aku.. hoho

Perfumes Farm said...

Hi,

Join Perfumes Farm Contest and stand a chance to win Fragrance Mist from Victoria's Secret. Join now!

Nurul Iman Rosman said...

banyaaaaaaknye gambar dia.

comel-comel belake :)

Mizz ErMa said...

ehehe..jawapan selamat nampak..=P tapi tu lah, kita da usaha, tawakkal jela kan..=)

KizZ said...

Alalah so sweet larh korang ni..

cik wanie Lovela (CWL) said...

nak cakap lagi.hang nie lawa gila lah!!! heheheh

cute sayang!

syakey said...

woo! rindu nya zaman skolah...

aidabeelicious said...

Untunglah dah habis, kita next year T^T

Ayie a.k.a Nyei said...

ini serius photogenic. kool.

Nur Aischa said...

@muhd raziq a'ah bukan slalu kan :D ok salam kenal juga ya, orait orait :)

@hamzah ian haha takda la.. wahh habislah dah buat mejah jd rindu dgn sekolah :D

@Nurul Iman Rosman haha maaf kak ;D aish takda la..

@Mizz Erma a'ah jwpn slamat hahah klakar la akak ni.. betul2 tu, setuju sgt. insyaAllah ;)

@Kizz hehe mekasih cik kizz ;)

@cik wanie Lovela (CWL) hahaha ya allah serisu tak kak, haish takda takda :D

@syakey wahh rindu ea..haha

@aidabeelicious hehehe takpa dear,sekejap je rasa tgk2 dah spm pun. aida boleh! ;D

@Ayie a.k.a Nyei photogenic? apa tu??