Wednesday, September 14, 2011

Oh susahnya addmath.

Hai assalamualaikum. anda sihat? saya pun sihat hehe. sekarang ni untuk saat ketika masa ni boleh tarik nafas lega yang panjang. tapi tak boleh lega yang panjang sangat, nanti isnin dah sambung exam balik semula. aiyoyo. cukuplah hari ni. sebab saya exam addmaths. subjek yang seronok tapi amat menyiksa jiwaraga.


Masuk kelas macam biasa, ada berapa minit tinggal sebelum mula. sempat jugak nak belek belek dari duduk ngelamun fikir orang jauh. uish uish. dah mula masa untuk menjawab, kertas satu dengan kertas dua memang membunuh otak! jabatan pelajaran selangor sungguh sadis. dibaginya soalan soalan yang tak mampu dek benak akal selesaikan. apa tak ke mampu tu.


Jangan khuatir. masih ada soalan yang saya jawab walaupun masih ada soalan yang tak terjawab. kahkah! boleh tak nak menangis sekarang? T_T


Cukuplah lekat punggung satu hari dekat kerusi dalam kelas tadi sampai terasa kebas. sudah frust. menonggeng pulak tu. rasa macam nak makan kertas tu sampai lunyai biar cikgu tak dapat tanda apa yang saya jawab. memang ketara amarah & kegeraman saya.


Bukan saya sorang yang frust. ramai lagi penduduk yang lain dalam kelas turut join sekaki sekali. ada yang tekan tekan kepala. ada yang marah dekat kawan lain sebab asyik tanya soalan itu ini macam mana nak buat sedangkan dia sendiri tak terjawab lagi. ada yang khusyuk terus tak berhenti buat. ada yang duduk relax sebab rela tak nak jawab soalan soalan panas tu. hahahaha


Terbukti lah soalan addmath untuk trial ni memang perit. saya tak tahu nak gambarkan macam mana bila dapat kertas dengan markah warna merah pekat. cukup benci. macam rasa nak liquid bagi lulus. bak kata orang, atas pagar pun jadi lah. doa doa lah kita ye kawan kawan supaya lulus. jangan putus asa!


Rasa macam nak tanya raimi(betul ke ni ejaan nama dia) yang kelas 5 Amanah paling pertama paling pandai paling cemerlang paling bijak dekat sekolah. betul, tak percaya sila tanya raimi. nak tahu macam mana cara dia belajar addmath supaya dapat skor macam yang dia pernah dapat skor 90++ dalam peperiksaan pertengahan tahun tak silap. dia genius. lagi satu, dia cuteee. ingat tu. memang tak mungkin saya dapat markah macam dia. sekian untuk angan angan.


Jap. nak selitkan gambar masa pergi openhouse rumah nizar hari sabtu lepas. best sangat dapat gather dengan geng kelas ;D terimakasih nizar sudi jemput kitorang. hee


atas kerusi: saya, afiqah, huda(kelas 5C), wardah, syida.
barisan depan: syukrey, kamalia(kelas 5A), hadzri, ijam, amin.

yang pegang budak comel tu lah nizar. itu adik dia, memang comellllll. rasa nak cubit pipi dia tapi garang, asyik dok lekat dengan abang oki(syukrey) sebelah nizar tu. haha

Ada lagi gambar raya siap konvoi reramai naik motor. haha masa ni dengan geng kelas 5F, fyfa rashid. tapi tak ada kat saya sebab dorang dah siap masuk pasbuk.

Ok la, nanti ada masa update lagi ye. jumpa lagi. terima kasih sudi baca! :D

8 comments:

Syida Laily said...

abg koki lah :D

Nur Aischa said...

ohh silap silap. hahah

cik tie merah said...

hhahaha..mane2 pon boleh kan..

Nur Aischa said...

hahah tulah psl :D

meaw said...

sat!add math la paling senang,memang la paling susah time sekolah-sekolah,bila naik ke ipta add math tu pandang sebelah mata je tau,hahhaa...tak caya tunggu t scha study kat ipta,hehe

Nur Aischa said...

hah sungguh ke ni cik meaw?? ish time skolah menengah ni soalan dia bkn main azab tau..hahah ok2,saya percaya ckp cik meaw! ;D

meaw said...

yesss! memang azab,tapi bila dah sampai ipta mesti dalam benak fikiran "oh,kenapa senang sangat ADDMATH?kenapa aku tak belajar sungguh2 addmath dulu" percayalah :)



good luck dear

Nur Aischa said...

ya allah betul ke ni?? rasa mcm mimpi ohh. haha okay2, thanks sgt sis rasa dah bersemengat nak bwk addmath betul2!