Monday, August 22, 2011

Shopping & Buka Puasa Di Mines

Hi Assalamualaikum :) aiyo, rindu dah ni kat belog. ek eleh, baru dua hari tak update apa cer. haha relax relax. kali ni kita nak kongsi kan sikit time buka puasa dengan kawan-kawan hari sabtu bersamaan 20/08/2011. sebelum pergi berbuka tu beli barang kejap. pergi empat orang jea, kita/fyfa/pkot/adik pkot. itu pun berpecah. berpartner-partner. kita dengan fyfa, pkot pulak dengan adik dia. alahai sikitnya. ingat lagi dulu masa form 3, bukan main sakan lagi pergi shopping ramai-ramai. meriah tak terbilang. seronok sangat masa tu.


Lepas siap beli barang semua pergi mines wonderland terus. ekceli rakan-rakan tercinta yang join masa ni dari klang. jauh tak jauh kan :D antaranya Arza, Fizan, Ieyul, Syahmi, Luqman (cousin syahmi). haa ni semua dok pakat dari klang, kecuali cousin syahmi tu jea. tak pasti la dia duduk mana. kahkah. okay, amatilah potret-potret yang terdapat di bawah. klik pada gambar untuk pembesaran yang terlebih besarnya.


Semua tak sabar tunggu nak makan. petang lagi, dok tunggu jela sampai azan. perasan kan girl yg sebelah kita tu, orang panggil dia Lulu Realla' (taktahu nama sebenar) dia baru sampai masa ni. dia stay bangi :)


dari kiri; Syahmi, Lulu, Luqman, Aku, Arza, Ainaa, Fizan

Muka aku selekeh. kahkah! yang paling depan ni Ieyul nama dia. suka condemn apa orang cakap. aku lah yg selalu tak bernasib baik asyik kena jea dengan dia. HAHA frust menonggeng. tapi takpa, kita gurau-gurau jea kan. watlekk :D

Seronok sangat masa ni, sudi jugak korang datang jauh-jauh. untunglah naik kereta kan. hehe terima kasih sudi datang ke tempat kami. maaf kalau ada terbosan ke apa tau. sebab masa ni aku tetiba jadi pemalu. tak tahu nak cakap-cakap banyak macam jumpa sebelum ni. taktahu kenapa oh. kasi ketuk sikit kepala aku ni. haha nasib baik Ainaa ada memeriahkan lagi suasana.

Sebelum balik, baik amik gambar jejaka-jejaka pingitan ni dulu. haha best lah korang ni. asyik gelak jea memanjang.

#Sumber gambar dari Ainaa Comel

Terima kasih Arza, Fizan, Ieyul, Syahmi, Luqman, Lulu, Ainaadan Fyfa sudi keluar buka puasa sama-sama. bukan senang nak jumpa arza dengan fizan ni. last jumpa bulan enam.

Harap habis Spm nanti kita dapat gather-gather lagi ya. hoyeah! dah jadi rindu pulak. hahah

Ok dah habis. terima kasih sudi singgah. sorry ya post kali ni kalau ada salah silap apa-apa. harap maafkan :) wassalam.

7 comments:

anismaniss said...

knp ecah lawa sgt nei , awww cute lahh :)

Nur Aischa said...

hai anis ^_^ manada la, haha anis cute jugak okay <3

sifu im said...

nk kenal ngn gadis2 pinggitan kt atas tu leh??haha

Nur Aischa said...

hahah silakan lah jika tidak segan.

Syaza Kelyza said...

rinduuuuuuu pergi Mines ! :)

arza jambu said...

pewwwiiiiitttttt
hahaa


follow tweet : arzahafizi

Nur Aischa said...

@syaza kelyza hee camtu singgah la :D

@arza jambu hahaha pewit gitu :D oke oke.