Saturday, August 6, 2011

Lu kejam ah.

BENG BENG !!


Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatu :) gahhhhhhhh. aku dah kembali memunculkan diri dalam blogging. waktu petang yang hening lagi sayu, titiba... ah sudah, mula nak merepek. tolong hentikannya. kahkah


Rabu hari tu aku tengah sedap blogging macam biasa. aku offline lah. tak lama lepas tu aku online blog ni balik. titiba tak boleh buka. tekan berapa kali kejap cabut kejap pasang balik broadband ni tak dapat jugak nak buka. ce try lah nak buka youtube atau google atau website lain. pun tak boleh. saya geram. lantas saya menangis. saya meraung cuma adik saya yang tahu. hehe


"kau kejam broadband maxis. sampai hati buat aku jadi menyayat hati macam ni. tak izinkan aku buka internet. aku merajuk cakap dengan mak ayah nak tukar broadband lain baru malam ni kau elok balik ya. nahh tahu pun seram"


Rupanya baru sedar. sekarang memang musim internet bermasalah. ada siapa yang dah kena macam ni tahu lah tu. mak pun cakap benda sama jugak sebab ada terbaca kat surat khabar. haiyaa dekat empat hari saya merana tak dapat buka internet ni wak. dah macam orang tak siuman. at least twitter jelah peneman berapa hari ni. ganjil kan? website lain tak boleh buka tapi twitter boleh pulak. pelik's tapi's benar's.


Alhamdulillah aku lafaz panjang internet dapat guna macam biasa. adik yang bagitahu masa dia nak online pesbuk tadi, watlek. fiuhhh.


Jadi apa kabarrrrrr ya awak awak sekalian alam blogger dan bukan blogger ?? adakah anda merindui ku ini? haha ya, sudah tentu tidak :D takda lah, serious tahap langit saya rindu nak blogging wak. tsk tskk.

3 comments:

Syaza Kelyza said...

sama la . sis pun dua tiga hari ni dah tak boleh bukak blog , yang lain boleh pulak . adehh .

Syida Laily said...

eeh ? yeke ? saya punya ok saja . cuma adalah nik ckp dia punya macam tu jugak .

Nur Aischa said...

@sis syaza ohh sama kan?? tu ada terbaca post sis haritu. tp skrg nasib baik dh oke kan ;)

@syida a'ah betul ouh. nik pun?? haha takpa nanti lps brapa hari dh ok lah tu :)