Monday, July 18, 2011

Ganti Puasa :)

Hai selamat petang yu'ollssss. haha hari ni kan, aku kan, puasa oh. means berganti puasa lah untuk puasa tahun lepas yg tak dapat dilaksanakan oleh sebab-2...(perempuan faham tapi lelaki entahla :D) hari ni first day untuk ganti, ada lagi dua hari perlu diganti lagi. sikit jea kan kena ganti? haa sebab puasa tahun lepas, time tak boleh puasa tu ter-terus ke hari raya. waaa mmg seronok oh. HAHA tak payah pening-2 fikir nak kena ganti banyak-2. pagi tadi dah bangun sahur pun kat sekolah tadi still rasa lapar lagi :'( dengan mengantuknya time sejarah. memang terangguk-angguk lah kepala ni. takpa-2, tinggal berapa jam lagi dah nak berbuka :DD


Eh eh ni ada sikit gosip. meh sini kalau nak tahu. amboiiii kalau bab gosip laju jea kan? haha tadi time subj bahasa inggeris, teacher tak datang. ada dua period hari ni, tapi first period tu cikgu sandera(cikgu dispilin) yg patut masuk kelas, dia masuk lambat. time dia masuk tu semua budak lelaki dah gelabah + cuak. sebab risau rambut kena gunting. HAHA semua dok pegang-2 cover-2 rambut jea. sekali cikgu tu round satu kelas kitorang sambil usya rambut budak lelaki. si azman yg paling kelakar, rambut dia macam "ahmoy" bak kata budak-2 dalam kelas. cikgu sikat rambut depan dia, fuhh panjang sampai cecah bulu kening :D part ni tak tahan, cikgu pergi gunting rambut dia macam apa entah. hahaha semua orang gelak oh. dia petak jea masa tu pegang-2 rambut dia, habis segan. dah tak hardcore lah dia lepasni xD bak kata dia sendiri dah macam bentuk mangkuk. HAHA apa lah kau ni man, tula siapa suruh simpan rambut panjang lagi kan dah kantoi. haiyaa


Yang amin pulak, pun kena jugak. kesian dia tengah rajin buat homework tiba-2 cikgu tu suruh pergi belakang. rambut depan dia kena gunting rata, kesian dia. dia bengang gila tadi, bila cikgu tu dah keluar kelas, habis dia dok marah-2 kat cikgu tu. haha tengah sedih-2 rambut dah kena gunting dia siap boleh nyanyi lagu sedih lagi. aku gelak jelah tengok dia :D takpa amin, rambut tu cepat panjang tak payah risau laa. haha macam-2 jadi hari ni. hadoyy apa pun mesti aku rindu sekolah bila habis spm nanti, mesti nak rasa suasana macam ni lagi :( ok takecare ya korang, thanks baca :D have a nice day~

4 comments:

Syida Laily said...

rugi saya tak datang.. tak dapat tengok muka cuak diorang tuh.. haha

Nur Aischa said...

haa tulah pasal,mmg klakar dan best tau hari ni. HAHA

Zylee Rahman said...

amin pun kne? sian dia. haha

Nur Aischa said...

a'ah dia pun kena jugak. hahah