Wednesday, May 25, 2011

Kadang kala dia tidak kenal dengan diri dia sendiri,
Dia tidak pandai mengurus hidup dia dengan baik bila tiada siapa yg membimbingnya,
Dia tidak fokus dalam pelajarannya,
Oleh kerana hanya memikirkan sesuatu hal dan tidak pasti,
Sebab benda itu lah yg boleh merosakkan hatinya sendiri tanpa disedari.


Bila benda baru yg datang dalam hidup dia,
Dia akan cuba faham dan jadi lebih erat untuk menyayangi benda itu,
Dia cuba sedaya upaya yg boleh,
Walaupun dia tak tahu,
Satu masa yg akan datang dia akan disakiti juga,
Dan masa itu lah dia cuba untuk menyakiti dirinya sendiri.


Dia akan cuba membenci benda itu,
Untuk selama mana yg mungkin tapi tidak buat selama-lamanya,
Sebab dia tak mampu untuk membenci kerana dia suka pandang benda lepas itu dgn penuh perasaan,
Dan itu menunjukkan dia masih lagi terlalu sayangkan benda itu,
Walaupun sakit.
___________________________________________________
"nak berilusi kadang kadang boleh kan?" :D taip apa yg terlintas saja.sekian,wassalam semua.