Tuesday, April 5, 2011

Kena Cubit

Dimulakan dengan assalamualaikum, semua :) saya tgh penat sangat-sangat ni sebab baru balik dari sekolah.letihnya latihan dikir barat tadi,haiss.tapi tetap jugak nak update blog ni,tak kisah lah penat ke tidak.haha.ehh,apodah yg saya merepek ni?? Maaf ya korang semua :D


Okay.macam ni cerita dia.*cecite cecite! hahaha semenjak tengok cerita hantu kak limah balik rumah,saya memang suka beno lah guna perkataan "cecite-cecite" ni. haa siapa setuju,angkat tangan macam saya.(sambil goyangkan tangan anda ke atas) nahh tengok tu tengok tu,aisyah merepek lagi,kata tadi nak cecite cecite tapi tak cerita-cerita pun lagi.sabarlah lah kejap kawan,jgn lah marah saya,nak cerita lah ni.hee


Tadi dalam kelas cikgu addmath check buku kitorang satu kelas,cikgu nak tengok homework yg semalam cikgu bagi.saya ingatkan cikgu tak jadi check tau,sebab cikgu tu mesti lupa punya lah haha.jadi saya yg pemalas macam keldai ni memang tak buat langsunglah.rupa-rupanya kan,masa addmath tadi cikgu terus check buku nak tengok kerja sekolah yg dia bagi semalam.


Opocot! saya pun apa lagi kelam kabut terus aihh.sudahla bahagian barisan tempat duduk saya yg dia check dulu.budak lelaki depan saya tu dah kena cubit 360darjah sebab tak siap jugak.*360darjah tu tipu.hihi. haiyo,sampai ja turn saya dia terus tanya mana homework semalam.saya pun buat muka blur sambil jawab "Aaaarr,saya tak buat lagi cikgu" hah hamik kauu,sekali kena CUBIT ya! hahaha memang padanlah dgn muka aku kena sekali,auwww sakitnya.. xS


Tapi saya tak ambil hati pun bila kena cubit dgn cikgu tadi sebab memang salah saya pun tak buat kerja yg dah dia bagi.haisss menyesal den.moral dari cerita ni,jangan lah korang berani-berani tak siapkan kerja sekolah cikgu bagi.kalau tak sempat siap jugak,HARUS sempat-sempatkan jugak siap dekat sekolah tak kira lah dalam tandas kot time tu nak terberak ka terkucil ka ,mana tahu kan.HAHA.eceh,cuma gurau semata-mata ni ;)


P/S: ini first time kena cubit dengan cikgu addmath,FIRST TIME tu beb! selama ni tak pernah lagi.kahkahh.itulah akibatnya bila terlalu malas.haiss.parah la macam ni xD

No comments: