Thursday, March 3, 2011

seorang cikgu yg merasa hambar

hai korang semua.hari ni rasa sedihlah.sedih sangat-sangat :( apa perasaan korang bila cikgu yg ajar salah satu mata pelajaran yg tersangatlah penting dalam pelajaran korang? dia siap cakap yg dia memang dah tak nak masuk kelas korang lagi.dia suruh tukar dgn cikgu lain.makan dalam bhai bila dengar dia cakap macam tuh ;'(

ini semua bermula dgn salah dua orang budak cina dalam kelas aku ni.dorang lah punya pasal ! hari jumaat minggu lepas,cikgu mahiran dia cikgu subjek akaun kami.aku suka cara dia mengajar,memang dapat tangkap apa yg dia jelaskan masa dia mengajar.kita tak minta ulang pun dia mesti akan ulangkan sendiri penerangan dia tu.so bila dia ulang-ulang balik apa yg dia ajar,kita boleh ingat apa yg dia ajar supaya mudah faham.tapi malang betul lah,apa nak jadi laa dgn kelas aku yg sekarang ni.dah macam duduk dalam hosp tanjung rambutan.boleh gila jadinya! orang kata kena fokus masa cikgu ajar dekat depan tapi macam mana nak fokus kalau kelas dah bising macam pasar malam?? pasar malam pun elok lagi riuh-rendah dia.aku pun tak faham apa masalah kelas aku ni,memang kelas terlalu padat.ramai sangat pelajar dia sampai cecah 46 orang.kelas lain pun ramai jugak pelajar dia tapi still boleh dikawal lagi,tapi untuk kelas aku.takde makna perkataan boleh DIKAWAL ! tapi aku sayang kelas ni,seronok bila dapat belajar sama-sama tapi ada jugak sesetengah pelajar yg tak faham maksud senyap masa belajar dalam kelas!

"sebab nila setitik,rosak susu sebelanga". hari ni subjek akaun,cikgu mahiran tak nak masuk kelas kitorang.dah tak nak ajar akaun lagi dekat kelas kitorang.itu pun cikgu mahiran suruh cikgu mazdirah yg ajarkan kitorang akaun.kitorang semua pelik,kenapa cikgu mazdirah yg ajar?? tapi kitorang senyap dulu,teruskan sambung belajar.dah habis cikgu mazdirah ajar,dia terus cakap yg dia kena ganti cikgu mahiran untuk kelas kitorang.cikgu mahiran dah tak nak mengajar kelas kitorang lagi.arghhhh serious aku dgn kawan-kawan aku masa tu rasa sedih sangat! ;'( cikgu mahiran fed up nak ajar kelas kitorang,pasal kelas kitorang terlalu bising.memang tak tahan.cikgu mana yg tahan bila dah cakap banyak kali suruh diam,tak diam-diam jugak? nah hamikk kau kelas 5dedikasi ! cikgu dah tak nak ajar lagi kita subjek akaun!

cikgu mazdirah pun cakap,terpaksa masuk kelas kitorang ajar akaun hari nih.perkataan 'terpaksa' tu aku tak boleh terima.cikguuuu,macam mana kitorang nak SPM nanti kalau cikgu tak nak masuk kelas kitorang sampai bila-bila??? bukan semua budak dalam kelas ni tak nak dengar cakap tapi cuma beberapa je yg memang kepala batu,susah nak dengar cakap cikgu.aku dengan afiqah rasa macam nak menanigs je bila dapat tahu cikgu mahiran dah tak nak masuk dan ajar akaun kelas kami lagi lepas nih :(

hari esok,tak tahulah macam mana agaknya kelas aku 5dedikasi tu masa subjek akaun nanti.masuk ke tidak cikgu mahiran,jejak ke tidak dia kat kelas kami.kitorang berharap sangat cikgu ajar balik kelas kitorang macam biasa.................

2 comments:

atifah said...

aku fahm perasaan kau scha. sabar weh. kau doakan kan lah untuk cikgu tu semoga pintu hatinya terbuka untuk mengajar korang balik. insyAllah dia akan okay.

scha sykes said...

tulah pasal :( tp alhamdulillah cikgu mahiran dh masuk kelas ajar mcm biase.hee thanks tipah :)