Saturday, March 12, 2011

hari pertama dekat tempat tuisyen part 1

macam mana nak start ya.tak apa lah,mulakan dgn bismillah....assalamualaikum rakan sekalian.apa khabar orang di sana? adakah sihat-sihat belaka? atau pun ada yg tak sihat?? yg tak sihat tu pergi makan ubat ya :) hehehe tiba-tiba pula caring pasal kamu-kamu semua,rindu laaaaa ;D ok,ni nak cerita macam mana aku tuisyen hari ni.maklumlah baru start pagi tadi hee.
PUKUL 7AM-->BANGUN TIDUR.
itu pun mak yg kejutkan,ketuk pintu banyak-banyak kali sebab aku tak bangun-bangun lagi.padahal dah set alarm dekat phone tu tapi tak bunyi pulak,chissss.aku bangun terus mandi cucilah,gosok gigilah,apa-apa jelah yg patut kan haha.dah siap mandi syida message,dia pun nak pergi daftar jugak tempat tuisyen tu.
PUKUL 8.30AM-->GERAK TUNGGU BAS.
bas dah sampai pun,syida tunggu dekat ktm,naik bas aku terus pergi lrt sg.besi.last-last sampai pudu dalam pukul 9.45.aku dgn syida cepat-cepat pergi tempat tuisyen,laju jea jalan dah macam bangla pun ada masa tu.hahah.aku ingatkan aku samapi tepat pada masa tengok-tengok aku dah terlambat pun 15minit! masa tu aku pergi office,tanya akak tu kelas BI dekat mana,dia cakap aku punya kelas start pukul berapa? aku cakaplah pukul 9.45,rupanya start pukul 9.30.mak aihhh,aku pun buat muka pelik.bila aku tengok balik dekat kad tu rupanya kelas start 9.30! habislaa aku dah lambat,mesti kelas dah lama start punya.*memang dah lama start pun.akak tu pun bawak aku pergi ke kelas BI,sebab aku budak baru mana nak tahu kelas berapa je setiap subjek tu kan huhuh.diapun suruh aku naik,bilik berapa pun aku tak ingat dah.gelabah tak tentu pasal punya lah xD


masuk je kelas,memang ramailah budak-budak dia.penuh kelas tu,tinggal berapa jea tempat kosong.nasib baik ada satu dekat sebelah budak perempuan dgn lelaki ni hehe.tiba-tiba sir dekat depan tu tanya nama aku siapa,aku dengan tergagagagap nya pun jawab,siap bagi nama penuh lagi.aku sebut "nuraisyah".sir tu ulang balik nama aku dekat depan budak-budak semua lepastu pergi tulis dekat papan putih,dia suruh semua orang sebut nama aku.lepastu pulak dia suruh semua budak-budak tepuk tangan.hahahaha kurang hasammm,dia macam nak perli aku ja sebab masuk lambat kot.grrr ;D malu gila syiallll masa tuh.kelas BI dia boleh tahan jugak,aku pun belajar la macam biasa.tapi aku kesunyian masa tu,takde member.aku diam jela.budak perempuan sebelah tu macam sombong jak,tak tegur pun langsung boleh pulak main pandang-pandang sbelah mata macam lanun tapi tak tegur pun.cuma senyum sebelah mata jea aku pun senyumlah balik macam muka tak ikhlas.hehh.
PUKUL 10.45AM-->TERSEREMPAK DGN BADRI,KAWAN SEKOLAH LAMA :D
dah habis pun kelas BI,aku pergi turun bawah dekat kaunter.keluar jea dari bilik tu punya ramai budak-budak.sesak jea  tangga.dahsyat jugak tempat tuisyen martin ni.tiba-tiba dekat tepi kaunter tu aku nampak badri,ehhh tak sangka kau tuisyen time tu jugak! haha.kitorang pun borak-boraklah kejap dekat situ.dia cakap amir dgn emir pun ada.lagilah aku excited nak jumpa dorang :D badri pun dah nak start kelas dia,aku pun turun lah bawah nak pergi kelas addmath pulak.
PUKUL 11-12.15PM-->KELAS ADDMATH.
dekat bilik 8.aku masuk kelas  cepat-cepat kalau tak habis penuh nanti.aku ternampak ada 3 orang budak perempuan melayu ni,sebelah sorang ni kosong.aku tanya dia situ kosong tak,aku duduk lah dekat situ.majoriti dalam kelas tu semua cina,melayu sikit jea.sebelum kelas start,aku senyap jugak.tiba-tiba pulak aku jadi pendiam.haha.maklumla budak baru :D aku dah bosan bermonolog dalaman sorang-sorang,aku terus tegur and borak-borak dgn budak sbelah tu.aku tanya dia sekolah kat mana,amik subjek apa.lepastu kitorang terus berkenalan.yeay,dapat jugak kawan baru dalam kelas addmath tu :D ada jalan kerja yg aku tak faham dia tolong ajarkan.bestlah hihi ;) tapi sayangnya aku dah tak ingat apa nama diaaaa.podaaaah,apa lah aku nih.

No comments: