Sunday, January 2, 2011

Trip to Genting Highland

Heyy Haii :)
Sempena cuti new year semalam, aku dengan family semua pergi genting.
Malam sebelum nak pergi tu perasaan excited jeh, tak sabar-sabar. haha

Gerak around 10 am macam tu, sebelum tu pergi sarapan kat mamak cheras dulu. hehe
Dah habis makan, terus bertolak.
Tapi ayah ikut jalan kampung, banyak rosak pulak tu.
Ingat lalu highway. Aduu, jalan dah macam ape dah!
Nak elak kan dari kena tol, ayah bawak lah ikut jalan ulu yam sampai rawang terus batang kali.
Dekat satu jam setengah jugak nak sampai genting.

Dalam kereta mata rasa mengantuk je, tak cukup tidur kan. haha
Nak tidur tak jadi, sebab nak tengok keindahan alam. cheh!

Okay, sampai jugak akhirnya di genting highland :)
Tapi kitorang tak naik sampai kat atas tu, kitorang just turun kat bawah jea.
Lagi senang, cari parking sampai tingkat atas sekali.
Tingkat bawah semua penuh! grr

Pehh dapat jugak naik kereta kabel !
woww serious bertambah excited masa tuh! hahaha
Sebelum naik tu kena beratur dulu, punya lah ramai !
Panjang je orang beratur -.-'

Nahh, ni dia kereta kabel.
Syokk lah naik benda nih, haha
Bagi yang semput atau takut, baik jangan tengok bawah.
Nanti korang rasa macam nak terjun keluar. HAHA

Nampak kan kabus dia?
Gila sejuk masa ni, menggigil aku. haha



hehe Ini lah aku :D
Sorry gambar buruk..
Time ni baru je sampai betul-betul kat genting highland tu :)


Ha masa ni nak beli strawberry.
Dia letak dengan coklat tu, pehh memang seddappp.
Satu batang rm4, tapi aku beli dua. hee
Mana tak sedapnya wey dah cicah dengan coklat tu. slurpp!
Terbaik dari ladang. hahah



Yang ni tempat apa pun aku tak tahu.




Cantik tak, cantik takk ?? hehe


Tapi aku agak kecewa lah kat sana semalam, sebab tak dapat nak main roller coster dengan game-game yg lain. humm
Sedihh ;'(
So just dapat snap gambar pun jadi lah. :)

Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi maleh la nak upload.
Internet lembab jeh. grr

Dah penat round-round, makan apa semua, bergambar. terus pergi balik kat tempat kereta kabel, untuk balik ke rumah :)
Walaupun cuma satu hari je kat sana, memadai jugak la dapat merasa pergi sana.
Maklumlah, kali pertama pergi. haha

Naik kereta kabel ni lama jugak, gila jauh lah!
Dekat 30minit naik benda ni. tapi best. hahah



Nampak kan?
Jauh sangat-sangat nak sampai atas tu.



Akhirnya sampai pun kat tempat parking kereta :)
Aku penat gila lah, naik je kereta aku terus tertidur.

Tapi kan korang, masa dalam perjalanan balik tuh, tengah sedap tidur. kitorang macam ada terbau asap, ingatkan ada apa-apa terbakar. Lepas tu tiba-tiba ayah berhenti kan kereta kat tepi jalan, suruh kitorang semua keluar. Ayah terus mati kan kereta. Aku pun terkejut teruslah terjaga. Bila dah keluar dari kereta tu tengok-tengok ada keluar banyak asap kat tayar. Bau dia kuat! pehh aku rasa macam nak menangis dah, takut kot, tiba ke kereta tu meletup ;'(

Nasib baik ayah berhenti kan kereta tepat-tepat dekat dengan pondok polis kat situ. Aku dengan mak aku, adik-adik semua panik.
Ayah aku cerita lah, time tengah jalan tu brek tak makan. Dia tak berfungsi, dah la masa tu nak turun bukit! pehh cuak tahap gila lah aku masa tuh. Berderau darah aku.
Ayah aku pun pelik lah kenapa brek tak boleh time nak turun bukit tu. kan bukit tu macam mencerun, nasib baik ayah sempat mati kan kereta. Kalau kitorang tak sedar ada asap keluar masa tu, mesti aku dengan family aku semua masa tu DAH ...! hmm

Lepastu ayah aku pergi panggil polis tu datang tengok kat kereta, polis tu terus call mekanik.
Tak sampai 10minit, orang tu dah datang. mujur cepat. So ayah aku cerita la kat dia brek tak makan langsung, dia tiba jadi keras terus keluar asap.

Mekanik tu pun betul kan bahagian brek kereta, dia tengok kat bawah kereta, macam mana keadaan tayar masa tu.
Dia letak minyak apa tah, Lastly dia test bawak kereta ayah and cuba tekan brek.
Wah! syukur alhamdulillah dah okay, SELAMAT jugak -.-
(time tu semua orang yg lalu kat situ tengok kitorang, yg nak berhenti datang tolong pun ada. huhu)

Jadi kepada korang semua.
Sebelum memulakan perjalanan jauh, rancang lah dengan teliti dulu k :)

"Terima kasih mak ayah sudi bawak kitorang pergi jalan-jalan semalam"

No comments: