Tuesday, January 11, 2011

Program Maju Diri 2011

PMD=Program Maju Diri
satu hari ni memang menghabiskan masa dekat dalam bilik seminar,sebab ada program maju diri yg dianjurkan cikgu kaunseling.kelas yg terpilih hari ni kelas A sampai kelas D,kelas aku la tu :) program ni utk menyedarkan dan majukan diri pelajar form5,macam kitorang ni ==' utk dapat straight A's bila SPM nanti.hee

so bila dah satu hari duduk bersila dalam tu,kaki aku mulalah meragam macam biasa.aku tak boleh duduk diam dalam tu,asyik gerak sana sini jea macam cacing kepanasan -.- padahal dalam tu sejuk yg amat.aku jenis tak boleh duduk bersila lama-lama,kalau tak aku tak boleh duduk diam.kejap-kejap,aku duduk angkat kaki,kejap-kejap aku duduk bersila balik.tapi bila dah cramp gila babi,hehe aku terus duduk silangkan kaki.ala duduk macam ayu-ayu gitu. HAHA (tapi mmg betul pun,aku lebih selesa duduk macam tu :p) sebab tu aku lebih sanggup berdiri daripada duduk bersila lama-lama..

macam-macam maklumat kitorang dapat tadi.ni yg buat aku tambah semangat nak belajar tahun nih! haha.totally banyak laa yg dapat bagi aku kesedaran,yg SPM tak lama lagi.kena belajar betul-betul lepas nih..penceramah sebelum rehat punya,pensyarah dari KLIUC.tapi agak bosann laa time dia bagi ceramah tuh.semua buat muka seposen ==' aku rasa aku sorang je kut yg bagi tumpuan and semangat punya dengar ceramah pensyarah tuh.hahaha(dalam hati fikir utk spm jea :D)

tapi penceramah yg lepas rehat punya,pehh hyperactive doh! terrrlebih semangat pulak cara dia bagi ceramah tu.semua budak-budak yg mengantuk,yg dah nak tidur tu terus tak jadi tidur! semuanya syok dengar and tengok penceramah tu.macam-macam lah dia cakap,banyak buat lawak pulak tuh.aku pun tak berhenti gelak,hahahah sampai sekarang rasa nak gelak lagi teringat dekat penceramah tu :DD aduu.serious kelakar oh cikgu tuh..tak kering gusi dengar lawak dia.btw,penceramah tu dari reko central, nama dia en.johar. hee

ceramahceramahceramah,sampai lah balik.kesian cikgu tu tak cukup masa nak habiskan ceramah dia.sebelum balik tu,dia ada tunjukkan klip video pasal NICK VUJICIC berasal dari australia.hmm sedih sangat tengok keadaan dia,tak cukup sifat.masa tengok tu,rasa macam nak menangis kot,tapi aku tahann jea dulu.hehe.semua orang serious tengok klip video tu..

hidup dia selalu tak terbela,masa dia kecik selalu je kena hina dengan orang.sampaikan masa dia lahir,mak dia tak boleh terima keadaan dia tak cukup sifat macam tuh.bila mak dia dah tengok nick tu macam tu,mak dia terus suruh nurse buang dia.kejam kan mak dia??!! grrr.Nick vujicic tak ada tangan tak ada kaki macam kita manusia yg normal,cukup sifat nih.bila dia dah dewasa,dia jadi orang yg berjaya,mmg berjaya betul lah! sampai dia kerja dekat syarikat akauntan yg terkenal dekat negara tuh.aku respect lah dia ni ! kalau korang nak tahu dia mana satu,search dekat google. "nick vujicic"

okay,sampai sini jelah aku cerita utk hari ni, Take Care Guysss ;D

No comments: