Wednesday, January 26, 2011

mak penat tau =_=

ya allah.penatnya hari nih,macam rasa nak mati jea.hoish! tak baik cakap mati,tarik balikk,tarikkk :P penat sangat hari ni pasal balik sekolah tadi berjalan kaki sampai bas stop dekat tepi highway.duhh sumpa penatttttt.ni semua pasal terlambatlah masa habis sekolah tadi.macam biasa setiap hari rabu kelas aku mesti balik 1.40,kira macam kelas tambahan la.korang pun ada kankan? hehe.tepat 1.40 cepat-cepat aku dgn syida keluar kelas terus pergi bilik koko nak ambil baju Quarter Master untuk esok.haa baju kitorang tahun ni kan warna ape tau,warna MAROON :D mula kitorang terkejut jugak,sebab warna dia macam tak menyerlah.ehhe mane ade lah! warna dia okay ape! xD cikgu cakap nanti senang nak cam budak Quarter Master yg mana satu,cikgu senang nampak yg mana buat kerja ke tidak.hoho.


berbalik cerita letih kita hari ni-aku,my adik,ppot,aina dan hany dah terlepas bas rapid! huahuah.gila awal lah bas tu sampai,pukul 1.45 dah datang.selalunya pukul 2 =_= akhirnye,kitorang pun terlepaslah bas! damnnnn.nak harap bas rapid masuk lagi sekali punya? jangan haraplah kan,tunggu macam tunggul sampai pukul 6.30. grrr! habis aina dengan ppot mencarut-carut dekat depan bilik koko tuh,hahaha tak tahulah kalau ade siapa-siapa yg terdengar xD jadi dgn kesiannya,kitorang terpaksa jalan kaki sampai luar taman cheras jaya.jauhnya laaaaa.betapa sadisnye hidup kitorang hari nih.haha.


jalan-jalan-jalan punya jalannn,sampai jugak kitorang dekat BAS STOP tepi highway tuh.serious muka semua macam nak makan orang.mana taknya,semua lapar dahaga xD
duduk-duduk-duduk punya tunggu,sharp pukul 3 bas rapid sampai jugak.alhamdulillah~ dapat jugak naik pengangkutan awam(bas rapid).semua suka dapat bas! tak payah nak tunggu2 bas u411 bodoh tu dekat sekolah.hahah.so macam biasa,semua dapat sampai rumah masing-masing walaupun hujan tadi.


bila dah sampai jea rumah,aku terus terlentang atas katil,tak tukar baju apa semua.terus tertidur! HAHA. penat sangatttt.hanya tuhan tahu perasaan kitorang macam mana tadi. *chehh tibe pulak perasaan perasaan ni hah :D aku pun TERbangun lah pukul 7,mak aih! tak sedar dah maghrib.cepat-cepatlah aku bangun.hee.sekarang ni badan dah jadi segar balik! haha.


p/s:harap aku dah ready nak merentas desa esok! yahuuu xD

2 comments:

aina ali said...

hahha , hanye tuhan je tau penat kite kan . mgembare utk mencari bas banggang , :D

scha sykes said...

hahaha tu ah pasal.mengembara tu tak boleh bla laa. haha!