Thursday, January 6, 2011

Cerita Sekolah

Hari ni dah masuk hari ke 4 untuk sekolah. Lagi berapa ratus hari je nak habis sekolah lepas tamat spm nanti. (suka je nak habis sekolah, padahal exam pertama utk form5 pun belum lagi. hahah)
Semalam ada mesyuarat agung untuk rumah sukan dengan kelab permainan, macam biasa lah. Pelantikan AJK, Pengerusi, Setiausaha bagai. Lepas dah pilih pengerusi untuk rumah sukan, naib pengerusi pulak. Cikgu tanya semua orang, siapa yg nak bagi cadangan? Aku pandang atifah, suruh lantik asilah sebab aku dah tunjuk-tunjuk dia dari belakang. hehe. Lepastu, atifah pergi bangun, terus dia cakap kat cikgu, dia pergi baginya nama aku! *tak guna kau tifah...hahahah. cheh, guraugurau jela tipah :D
Cikgu pun panggil nama aku, suruh bangun. Aku dengan dahi berkerutnya, muka malu-malu, terpaksa lah bangun pergi ke depan dan terus pandang semua ahli-ahli rumah sukan kat situ. Muka aku masa tu dengan tersengih-sengih macam kerang busuk, lepastu aku terus pandang tipah. Aku buat mata bulat punya kat dia. haha! tipah terus gelak, jahat laa :D
Masa perlantikan naib pengerusi tu, aku dicalonkan dengan fadhilah. Cikgu suruh pusing belakang, lepastu cikgu sebut nama aku dengan fadhilah, siapa yg lagi ramai pilih untuk lantik jadi naib pengerusi. masa tu memang aku dengan fadhilah tak tahu la siapa jea yg angkat tangan ke tidak.
Sekali, cikgu cakap aku yg jadi. hahaha. dengan rasminya, aku pun dilantik jadi naib pengerusi rumah sukan. ni semua tipah punya pasal. gggr! hahah.


Hari ini sekolah macam biasa, tapi awal pagi je terus dah hujan lebat. nasib baik sampai sekolah tak hujan sangat. tapi mengantuk je hari ni. Nak kata tidur lambat tak malam tadi? awal kut aku tidur, pukul 11 dah tutup mata. hehe.
Hari ni tak belajar apa langsung! Cikgu ramai yg tak datang sebab kena tanda untuk markah spm. Jadi apa lagi, aku sempat-sempatkan jugak buat nota sains, fuhh nasib sempat siap. tapi gambar tak lukis lagi, nanti-nanti jelaa. huahua. Aku memang suka buat homework last minit, akibatnya kat sekolah tadi baru lah terkial-kial nak pinjam buku nota sains kawan sebelah (syida) :D
Jadi korang jangan ikut cara aku ni, menyesal nanti. hahah.


Masa subjek sains, tiba-tiba ada sorang budak lelaki masuk makmal kitorang, dengan pakai begnya. ingatkan budak baru, rupanya Azman! Terkejut jugak kitorang semua tadi tengok dia muncul mengejut dari planet mana tah. kahkah :D
Kitorang pun tak tahu sebab apa dia pindah masuk cheras jaya balik? kiranya dia stay kelas D jugakla, sama kelas dengan aku. Dah elok bahagia belajar kat teknik kajang tuh pergi balik sini balik. Masa form4 dulu sebok sangat nak pergi teknik. haha.

No comments: