Saturday, January 15, 2011

Belajar Belajar Belajar


hollooo.dah dua hari tak update.rasa macam ketinggalan lah pulak walaupun baru je dua hari :D *kepohh. cerita hari ini?? emm pasal,studySTUDYstudyyyy. urghhhh~


hari sabtu selalunya release tension,keluar jalan-jalan legakan otak bila dah 5 hari asyik belajar dgn fokus dalam kelas,chehh haha.tapi aku,hari sabtu mulai sekarang,tak ada lagi perkataan KELUAR. sedihnyaaa ;'( semuanya demi SPM tahun ni. *mak yg suruh semua ni padahall,huhu.mak tak bagi keluar ke mana-mana lagi dah melainkan kalau ada aktiviti dekat sekolah,tuh jew. isk iskk


tapi apakan daya(poyo jew ayat.hahah)utk masa depan aku jugak,memang dah lumrah parents semua nak tengok anak dia berjaya :)


mak cakap: start bulan nih jea sampai spm,bila hari cuti duduk rumah,BELAJAR.dah tak ada keluar-keluar lagi lepas ni.
aku: hah?? tapi tak kan tak boleh keluar langsung? habistu,terperuk jelah akak dekat rumah nih =='
mak: kau nak spm kak,kena ingat tu.kau kena belajar betul-betul tahun ni,tak ada main-main lagi dah.
aku: alaa.(aku terdiam kejap) oke la..tapi kalau cuti panjang,macam cuti seminggu tu kea,2minggu macam tu,boleh tak keluar??
mak: hm,tengok lah dulu macam mana nanti.
aku: :(


mula-mula tu aku sedihla jugak,tiba kena penjara kejap tahun ni dalam rumah.huhu bila aku fikir balik,fikir fikir punya fikir.aku terima seadanya,aku pun tak nak lah melawan.mak aku buat macam tu pun utk pelajaran aku jugak.Terima kasih mak :)


jadi lepas ni,aku akan lebih serious masa cikgu ajar dalam kelas,selalu bagi semangat dekat diri sendiri.kalau tak faham straight tanya dekat cikgu! ==' and jangan tangguh-tangguhkan lagi homework yg cikgu dah bagi.haha
GO AISYAH ! GOOO !! :D


p/s:gambar tu semua nenek-nenek kan? kesiann dorang,dah tua-tua pun masuk penjara.hahah.motif aku letak gambar tu sebenarnya,sama dengan perasaan aku sebab lebih kurang macam aku kena penjara dalam rumah sendiri. huahua.

okay takecare dude,sisters,bro,guyss,people ;D

3 comments:

atifah said...

haha nangis lah!

aina ali said...

hmm kite same no hang2 lagi ...

scha sykes said...

tifah, hahah dah tk boleh nangis laa.air mata dah kering :D
aina: tulah,senasib jea kita kan -.-