Monday, January 10, 2011

Ada Ulat Dalam Nasi?

haishh.apa laa malang nasib hari nih ==' hari ni sekolah macam biasa,bangun pagi,mandi bagai.bila dah siap selalunya breakfast makan roti dulu,tapi roti tak ada terpaksa lah tak makan apa-apa.and dah sampai sekolah terus perut aku meragam,dia asyik melalak jee.bengang jugak aku.dia cakap, "laparrrr!" penat aku melayan kerenah perut ni.nasib baik masa dalam kelas tadi aku masih boleh bertahan.hehe.


time rehat nak dekat,aku rasa tak sabar-sabar.tunggu je loceng bunyi,excited pulak nak rehat pergi makan.huahua.haa tepat 10.40 aku terus keluarlah dengan semangatnya! hahaha cheh, poyo jea :P


dah turun bawah,direct pergi kantin,ambik tempat.terus beratur pergi beli makanan.hari ni makan nasi lemak.hee.dah siap beli,aku terus duduk lepastu apa lagi,jamah lah kan :D


Tajuk besar atas tuh,pasal ulat kan? HAHA.ni baru lah nak cerita nih..tengah sedap aku makan,tiba-tiba aku ternampak satu benda kecik kat nasi aku.aku tengok lah betul-betul,betul ke tidak apa yang aku tengok ni?? mula tu aku ingatkan tulang ikan bilis,tapi bila aku dah teliti betul-betul, siasat apa semua,benda tu kat nasi aku (dah macam penyiasat pulak :D) rupanya betul itu ULAT !!


Astaghfirullah..boleh terkena heart attack masa tuh! ==' mula tuh aku diam jea,tak nak bagitahu dekat member-member aku tengah sedap makan kan,kesian pulak nanti dorang.aku pun fikirlah banyak kali,nak ke tidak teruskan makan nasi lemak tu?? aku ragu-ragu masa tu.


sekali aku dah bengang,aku terus tolak pinggan tu dekat tengah meja.aku cakapla tak nak makan lagi lah,padahal banyak lagi nasi lemak tu aku tak habiskan.dorang semua pelik dengan aku kenapa tiba-tiba pulak aku macam tu? dorang tanya aku kenapa,aku senyap jea. aku diam kejap,serba salah nak bagitahu dekat dorang ke tidak.


dah dorang desak-desak aku suruh cerita,aku pun cerita jugak lah.aku cakap dalam nasi tu ada ulat :/ dorang terus terkejut! sampai meja sebelah pun terdengar,nak tahu apa benda dorang kecoh-kecoh tu.sekali arni dengan anis tengok dekat nasi tu,betul ke tidak.mula-mula dorang dua pun ingatkan tu tulang ikan bilis,tapi dah tengok betul-betul, sekali memang ulat lah!


perasaan aku masa tuh macam.. -_____- tapi aku redha je,tak nak besar-besarkan.tapi arni dengan rajinnya pergi bawak nasi aku dekat makcik kantin tu,dia tunjuk ada ulat dalam tuh.nasib baik ada cikgu samsiah dekat situ,jadi makcik kantin tu tak boleh nak berdolak-dalih la dengan arni.hahah.mentang situ ada cikgu,makcik kantin tu dengan sopannya tanya arni,nak tukar dengan nasi lain ke dik? arni cakap, saya bukan nak tukar dengan nasi lain,tapi nak duit balik. hahaha so dapat jugaklah rm1 aku balik! :D alaa seringgit je pun.


sumpah lepasnih aku dah tak kan MAKAN lagi makanan dekat kantin tuh,lagi bagus beli makanan dekat koperasi kan..hmm


p/s: pada korang yang pergi makan dekat mana-mana tempat,maksudnya makan dekat tempat awam la,berhati-hati ok?? :) tiada makanan lebih sedap dan nikmat dari makan masakan ibu atau ayah kita :D

3 comments:

aina ali said...

betul tuh ecah , euwww sangat geli

atifah said...

serious tahun ni aku tak pernah makan kat kantin. hahah jarang la. memang tak suka pun. kau bernasib baiks scha

scha sykes said...

aina, memang ohh.memang geli dan aku tak kan beli lagi makanan kat kantin tuh. haha

tifah, waa kau lagi la tak pernah bli lgsung?? nasib baik aku bernasib baik..hahah