Friday, December 24, 2010

Muka Frust Satu Hari !

Salam. Hai..

Ni nak cerita pasal tension nih.
Pehh bapak lah gila frust siaaa hari nih !
Entah kenapa tiba-tiba nak marah-marah.
Tak ada angin tak ada ribut tiba je aku nak naik minyak hari ni ;'(

Tak tahu kenapa..
Sebaba apa..
Tapi yang paling kesian kat angah laa :(
Kesian dia..
Sebab time nak closing kedai tadi, aku terus pergi kitchen, marah-marah kat angah, dengan tiba-tibanya!
Bapak kejam aku nih pergi sound angah hahah.
(sebab time aku dah hantar barang kat adha suruh dia basuh, aku macam terdengar yg angah cakap dekat aku, 'aisyah ni lembab ah buat kerja!')
Itu lah sebab dia aku aku terus berang kat angah.

Ke aku silap dengar ??
Tu angah pelik dengan aku, kenapa tiba-tiba je aku pergi marah dekat dia ?
Sorry tau angah..
Tak berniat nak marah, eca je yg salah dengar..

Mungkin sebab aku penat sangat kut kerja, terlalu letih.
Tu yang tension gila babi sangat tuh =='

Aku marah tadi sampai terbawa-bawa dekat rumah..
Habis adik aku kena tempias marah aku ni sekali..
Kesian dia.
(TERUK ah kau ni syah!!)

Sekali ambik kau, aku kena marah balik dengan adik aku, sampai mak aku pun terjaga dari tidur dia lepastu terus marah kat aku balik. hahah!
(padan muka kau syah!)

Aku terus masuk bilik, kunci pintu.
Lepastu kan korang.
Akuuu. aku. . .
Aku menangis. heheheh :p

Ye! Aku menangis!
Macam orang gila jeh rasa masa tu, HAHAH
Tapi bila dah lepas menangis, aku rasa lega doh, memang lega sangat, rasa terluah semua frust aku nih.

Harap hari esok aku akan okay macam biasa..
C H I L L
^_^

Wednesday, December 22, 2010

Dear Fatin Nabilah and Anis Roslan

FATIN NABILAH.

Harap kau bersabar okay?
Jangan lah asyik sedih jea, nanti kau frust siapa yang susah?
Aku jugak tau. huhu

Kau jangan fikirkan sangat lah pasal tuh, anggap je tu dugaan yang tengah meguji kau sekarang.
Tengah bercinta memang banyak cabaran dia, ada je benda susah yang datang padahal baru je nak bermula kan ??

Biasa tu, macam aku.
Dah selalu sangat. hahah
Apa pun kau jangan fikirkan sangat, kita pun tak lama lagi nak masuk form5.
Kita kena fokus!
Okay atin ?
Aku sayang kau ^_^


ANIS ROSLAN.

Bila scha dapat tahu yg anis baru lepas excident hari tu kan, sedih gila ohh !
Terkejut pun ada bila baca blog anis yg post pasal anis excident kereta.
Kesian anis ! ;'(

Harap anis kuat ok ??
Moga anis cepat sembuh macam dulu.

Bercampur-Baur a.k.a 7 Rasa

Salam. Hai semua :)
WOAH ! Lama dah tak update blog, rasa macam apa dah tak update cerita dalam nih.

Sekarang ni tak tahu nak cerita apa, bercampur-campur.
Banyak rasa yang aku rasakan sekarang ni.
Rasa sedih, blur, pelik, happy, bengang, rindu, penat.
Senang cerita la, jiwa aku rasa kosong je sekarang!
-Z E R O-

First, rasa sedih.
Aku tanya lah dalam hati aku, betul atau tidak dia sayangkan aku, dia betul-betul ikhlas ke selama dengan aku.
Sebab aku ternampak kat mukabuku dia, macam ada something dengan sorang budak tu ?
(tettt. entahlah!)

Kedua, rasa blur.
Sekarang ni aku macam dah tak ada perasaan bila ada kawan-kawan yang bergurau saja nak kecilkan hati aku.
Bila dorang gelakkan aku, aku buat muka blur, macam tak ada apa yang dorang cakapkan dekat aku.
Sebab aku anggap dorang saja nak tengok muka marah aku macam mana, tu aku buat tak tahu je.

Ketiga, rasa pelik.
Pelik tengok kisah sahabat baik aku 8 orang tuh.
Lately ni aku tengok dorang macam dah tak rapat.
Rapat pun sesama sendiri je, tak lepak ramai-ramai macam dulu lagi dah.
Ada yang memulaukan dan ada yang dipulaukan.

Keempat, rasa happy.
Aku sekarang nih happy ke tidak ah ??
Yeke aku happy. macam tak je kan ?
Betul ke aku hapyy ?
Aku rasa tak !
Eh aku happy lah, siapa cakap tak ?!
Deyy dah pelik pulak ayat aku ni.
Jawapannya, entahlah ?! =='

Kelima, rasa bengang.
Aaarr, tak tahu lah aku bengang pasal apa ?? hahah
(kan aku dah kata, aku sekarang blur kan)

Keenam, rasa rindu.
Rindu nak start sekolah balik, rindu nak lepak dengan kawan-kawan, rindu nak belajar akaun dengan my classmate, rindu nak kira-kira bila belajar math, rindu nak bergosip dekat sekolah, XOXO.

Ketujuh, rasa penat.
Aku penat dohh asyik kerja sepanjang bulan12 nih.
Letih sangat...
Cuti pun sekali dalam seminggu jeh.
Sampai nak update blog pun susah.
Tapi nak buat macam mana, aku jugak yg menggatal nak kerja. heheh
Takpe, lagi berapa hari je pun nak berhenti :D
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
-Kesuluruhannya aku rasa jiwa aku kosong sekarang-






























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Friday, December 17, 2010

Jatuh Hati Terhadap

Cheh. Tajuk bikin panas jeh kan, buat hott je. hahahah
hoish !
Tak ada apa lah tajuk tuh, saja buat saspen.

Sebenarnya nak cakap, yang aku memang dah jatuh hati kat BLOG nih.
Ini SERIOUS !

Sebab dapat meluahkan perasaan tersurat dan tersirat dari hati aku, apa yang aku pendamkan selama nih, apa yang aku nak sampaikan untuk seseorang atau apa-apa cerita saja lah.

TERIMA KASIH blog kerana sudi terima karangan aku yang suka merepek seadanya. HAHAH
Tapi betul laa, aku memang suka ber-blogging.
SUKA sanadd !
hahaha

Okaylah, itu sahaja cerita pendek dari aisyah buat pagi buta ini.

Take care semua.
Sweetdreams.
Love ya.
Bye.
;)

Benci-Membenci Tiada Gunanya

Sebenarnya, sejak dari beberapa minggu yang lepas lagi aku ada gaduh dengan sorang kawan aku ni.
Dah berminggu jugak kitorang tak bertegur, tak contact dah.
Kitorang gaduh atas sebab tertentu la, mana boleh bagi tahu. heheh

Jadi sekarang, pada tengah malam buta ini jugak.
Aku dapat memaafkan dia dan minta maaf dekat dia setelah lama senyap sunyi hilangkan diri dari dia.

Akhirnya, aku reply jugak message dia.
"Aku minta maaf okay dengan kau H_ _ _Q"

Walaupun selama ni aku terkilan sikit dengan kau, tapi tak apa.
Aku terima, dah biasa dengan semua tuh. faham..

Jadi kitorang kawan balik lah lah macam biasa!
Totally dah berbaik semula.
YAHU !

Sebab aku tak suka gaduh dengan kawan lama-lama membabi buta punya, tak tahan =='
Berkawan selamanya kan, bukan putus macam tuh saja.
^_^

Thursday, December 16, 2010

Kawan Terhebat

Pada 15/12/2010,
Aku dengan asma ikut aina pergi rumah makciknya.
Saja nak lepak-lepak, kebetulan aku cuti. heheh
Dari bosan duduk rumah baik aku ikut aina ^_^

Dan hasilnya kami pun ber-photoshoot lah dekat "private place" konon. hahah
Tapi-tapi korang, gambar tak dapat nak upload.
Sebab internet punya masalah, lambat sangat. arghh!

Tak apa lah.
Kalau korang nak tahu macam mana gelagat dan cara-cara kitorang pose time ambil gambar tuh, sila lah online facebook, dan tengok kat facebook kawan aku, Aina Ali. heheh
Semua gambar dia upload. haha

Terima kasih banyak-banyak aina, sebab sudi ajak aku dengan asma ikut kau.
Kalau tak, duduk tercunguk macam orang gila jelah aku kat rumah ni :DD
SAYANG KAU SAHABAT !

Okay, nanti update lagi.
BYE-BYE
^_^


Sedihnya ;'(

> Salam. Hai kawan-kawan, mesti korang perasan kan? kenapa aku dah lama tak update blog, dah lama tak berkongsi cerita dengan korang semua. haihh =='

> Ini semua line broadband MAXIS punya punca, LEMBAB ! Sengaja tak nak bagi aku online facebook puas-puas macam dulu, update blog macam dulu, ber-Walking setiap blog korang semua. Arghh ! Frust otak nih. huhu

> Apa pun, bulan dua belas ni aku agak busy sikit, dgn kerja sampai malam terkadang. Insyaallah bulan januari tahun hadapan free sikit kan, dapat update blog puas-puas! hehe tu pun kalau bb aku ni dah cukup sihat wal afiat lah. x(

> Tak dapat nak tengok siapa saja yg follow blog aku, sebab tiba-tiba dia keluar kat situ "internet connection error" pehh! memang menyirap lah tak dapat nak follow balik blog korang :(

> Kepada kawan-kawan baharu yang follow blog aku, terima kasih sangat-sangat sudi nak ikut blog aku yang tak seberapa cantik macam blog korang <3<3

Ada masa nanti aku update lagi yea, byebye. see you all next time :( takecare, love you.

Tuesday, December 7, 2010

Dear myFACEBOOK

Disebabkan line broadband maxis saya ini lembab, tak dapat nak approve orang.
Tak dapat nak accept friend request di facebook.
haihh !

Akibatnya, orang yang add saya dah menjadi terlalu ramai, over limit !
Jumlahnya dah menjadi seramai = 200 orang.
Ya Allah, mana mampu nak approve orang ramai sekaligus macam tuh ??
Serious GILA.
Bengang pun ada jugak nih.
=='

Nak add saya bagai menggila, tak terlarat nak tengok profile korang semua sebelum approve.

Kepada kawan-kawan baru di facebook, bila line broadband saya yang biul ini dah okay, saya akan approve korang. Insyaallah yea =)

"SAYA NURAISYAH, INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK SANGAT KEPADA KAWAN-KAWAN DI FACEBOOK YANG SUDI MENAMBAH SAYA UNTUK MENJADI RAKAN MESRA ANDA. " huhu









(apa-apa pun. hati aku tetap sedih dan tidak menentu oleh kerana memikirkan sesuatu hal yang membuatkan aku berasa . . .)
Bak kata pepatah KAMI . .

"HIDUP INI MEMANG PALAT.
TAPI ESOK MASIH ADA . ."


-My life is full of challenges and obstacles-

O' God.
If every time i have to blame ?
I did it all wrong ?
Attributed to me ?
Really ??

I knew i wasn't mistaken.
Not due to me.
But why should i be embarrassed ??

Sekarang aku dah tak tahan lagi.
Letih dengan semua ini.
Salahkah untuk aku memilih ?
Perlukah aku mengikut pilihan orang ??

Sekarang aku tidak mampu berkata apa-apa lagi tentang itu.
Nak menangis, sudah tidak berguna lagi.
Tiada siapa yang memahaminya. . . .

Saturday, December 4, 2010

Broadband Bermasalah !

Salam kawan2 semua..
Rindu laa dengan korangg.
Rindu sgt nak baca blog korang, comment blog korang.
Tetapi oleh disebabkan broadband aku yg gila dan bermasalah sekarang ni, nak online facebook pun susah dah, apa lagi nak buka blog kan??

GERRRRAM NYA !!
Tersangat lah geram nihh, tension !
Jadi aku cuma boleh meluahkan perasaan saja lah kat sini, harap korang semua faham taw.
Bukan taknak buka blog korang, mmg NAK !
Nak sangatt jalan2 kat blog korang semua.
Broadband punya hal lah buat aku jadi bengang.
grrrr ;'(



Wednesday, December 1, 2010

Update Blog!

Haiii.
Selamat datang ke blog saya, nuraisyah.


Entry kali ni just nak update story jea, pasal rasa macam dah lama tak meluahkan kat blog kesayangan aku nih. hehe
Nak cerita nih.
Cerita apa eh ??
emm Rasanya, macam2 cerita aku ada.
Cerita menarik, bengang, kelakar, romantik.
(tak habis2 dgn cerita cintun dia tuh. hahahah)
Haishh, banyak lah!
Tak terbilang. chehh
TERBILANG gituh. podahh

Haa !
Ni nak cakap nihh. hadoyy, hampir terlupa pulak nenek aisyah nih.
MINTA MAAF YEA.

Aku rinduu dgn blog aku, rindu dgn blog follower2 !
Dah lama tak baca blog kawan2 saya, nak bacaaaa!!

Pelbagai macam perisa cerita korang dah update kan??
 uwaa!
Dah byk cerita yg aku tertinggal kat blog kawan2 tuu~

Tak apa, lepasni aku cepat2 lah baca blog korang yea??
hee

Okayh, itu saja untuk malam ini.

-G O O D N I G H T-

Friday, November 26, 2010

Pengalaman Bekerja

Hai semua, dah lama tak update blog. Rindu lahh ;(
Ni nak cerita pengalaman kerja kat A&W. hee

Pejam celik, dah dua hari kerja situ. tapi hari ni agak best sikit walau pun penat gilaaa. penat2 pun berbaloi jugak ^_^

HARI PERTAMA KERJA ; Semalam.
Bangun tidur terus siap2 nak pergi kerja, tapi terlambat amik bas pulak!
haihh, terpaksa la naik cab, nak cepat punya pasal kan. Habis melayang rm8 aku macam tuh je. huhu
Dah sampai tu terus gerak A&W dgn fyfa.
Masuk jeh kedai tu, kitorang cari manager. Nak start kerja.
Serious aku cakap, sumpah segan ohh time nak masuk situ. HAHA
Ramai sangat member kerja situ, pastu dorang pandang jee.

Jumpa miss manager kat belakang tu, dia terus bagi baju dgn topi.
Then kitorang pergi toilet tukar baju, igt kan besar.  tapi boleh tahan laa, sesuai jugak la dgn badan kitorang. hehe
(Comel jugak kitorang pakai baju tuh. hahaha)

Lepastu, miss tunjuk ajar kitorang barang semua, kenal2 dgn staff, tunjuk semua product makanan.
Walaupun penat, sekejap ke depan sekejap ke belakang, tapi seronok.
Sambil buat kerja dapat lepak dgn kawan2 tu semua. hehe

HARI KEDUA BEKERJA ; Hari ini.
Hari ni aku mmg semangat betul nak pergi kerja.
Bangun awal lagi tuh, pastu terus pergi mandi bersiap semua. HAHA
Dah siap2, makan dulu jap. mak masak nasi goreng. hee
Keluar rumah pukul 11, tunggu bas.
Bas pulak dtg pukul 11.30, lembab punya bas =='
Nasib baik sempat sampai mines.

Masuk je kedai, jumpa miss manager.
Tiba2 miss suruh aku dgn fyfa jaga kaunter.
FULAMAK !
Memang terkejut beruk aku dgn fyfa tadi.
Dahla kitorang tak brape nak tahu mana satu button untuk amik order.
Tapi nasib baik jugakla myra ada ajar sikit mcm mana nak amik order kat kaunter tuh.

Okay, so bermula lah kerja aku dgn fyfa kat kaunter tadi.
Macam2 kerenah pelanggan yg kitorang dapat.
Ada yg OKAY, ada jugak yg KEREK. huh
Mentanglah kaya, banyak pulak bunyi complain dia.
haishh, Sabar jela kitorang tadi. hahah

Tapi tak apa, kitorang cuba jugak bermesra dgn pelanggan =)
chehh! HAHA.
Lagi2 aku, berapa kali asyik salah tekan jeh benda tuh.
Aku punya lah cuak bila salah kira ke, salah amik order ke.
Nasib baik miss tak marah, fuhh selamat.
Budak baru belajar kann. hehe

Bila dah lama2 sikit tu, kira okay la.
Tak ada kabut2 lagi dah aku ni.
Sebab dah faham nak tekan2 benda tuh. hahaha

Habis kerja pukul 8.
Then miss suruh aku dgn fyfa kira semua hasil duit dalam mesin kaunter tuh.
Alhamdulillah la!
Nasib baik tak ada yg short!
Lebih sikit ada lah. HEHE
Ala berapa posen je pun. haha
Syukur sangatsangat lah!
Aku and fyfa dapat buat kerja dgn baik hari ni.
-PEACE-

SEMOGA HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI . . .

Monday, November 22, 2010

Dapat Kerja !

Ou yeaahh.
Dah dpt kerja !
hahaha
Bestnyeee~

Alhamdulillah dah dpt kerja jugak akhirnya. aku dpt kerja kat mines, kedai A&W taw ;D

Syukur sgt2 lah. hmm sebelum ni dah mmg lama pun apply kerja kat kedai f.o.s, tapi bila kitorang dtg kat kedai tu tadi nak jumpa supervisor tanya pasal kerja, dia taknak jumpa kitorang! (aku dgn fyfa) Haishh, sakitnya lah hati bila kakak tu ckp, kalau tak isi borang tak dpt kerja.

Hah! habistu, yg masa kitorang bagi nama, number i.c, dgn number phone tuh. HAPE ?!
Deyy supervisor, kalau mmg taknak terima kitorang bekerja kat situ ckp lah awal2 ! ni tak confirm lah, 50/50 lah. mmg cerita keling ouh supervisor f.o.s tuh ! GRRR.

Tapi tak ape, kitorang tak hadap pun lah nak kerja situ ! huhh.

-Start kerja, khamis nih.
-Mula bekerja pukul, 12.
Aduhh tak sabarnye, nasib baik kat situ ade jugak member sekolah.
Mira, pian, dgn siapa tah sorang lagi budak kelas G tu.
heee
Syukur sgt2 lah !
^_^

Friday, November 19, 2010

Melawat Kawan yg sedang Sakit

Pukul 11.30pagi terus gerak nak pergi hospital serdang. melawat kawan tersayang, Fycca Mustafa yang sedang sakit akibat terkena DEMAM DENGGI. gila lahh, memang kesian kat dia !

Aku pergi dgn fyfa and hany je, naik cab plak tuh dari ktm serdang sebab nak cepat. time melawat hari ini dari pukul 11.30 - 2.00pm.

Sampai je kat hospital tuh kitorang terus pergi kaunter maklumat then kitorang tanya pesakit bernama syafiqa mustafa. Dah dapat tahu dia masuk wad berapa terus kitorang singgah kedai jap. beli buah. haha maklumlah, tak ada apa buah tangan pun yg kitorang bawak tadi jadi terpaksa jelah beli kat kedai dalam hospital tuh..

Dah beli buah terus naik atas, cari wad pkot (fycca). Dah masuk dalam bilik pesakit, kitorang tanya nurse yg ada kat depan meja kaunter tuh, mana temapat syafiqa diletakkan then last2 jumpa jugak !

Selak je langsir katil pesakit tu terus jumpa pkot. YA ALLAH ! kesian gila laa tengok dia ! sayu je hati aku tengok dia.. hmm
Aku tengok keadaan dia lemah sgt2, tangan dia dah banyak lubang and sampai lebam2 sebab asyik kena cucuk jeh nak ambil darah. (kalau aku lah yg kena, sumpah aku menangis gila babi punya lah, aku tak tahan kena injection!)

Tapi pkot KUAT, dia tak menangis pun bila kena cucuk ambil darah tu. dia tahan je, wahh pkot mmg hebat ah !

Kitorang pun lepak jap, borak2 dgn pkot. tanya khabar dia, macam mana keadaan dia. mcm2 lah.
Pastu kitorang ambil gambar dia nak buat kenangan. HEE
Nak tgk keadaan dia macam mana? tgk gambar bawah nih,
Harap kau kuat pkot.
Kitorang sayangg kau.
Jangan sedih eh.
Kalau kau sedih, kitorang pun turut sedih jugak. huhu


So macam itu lah keadaan dia sekarang.. lemah je aku tgk dia. Bercakap pun, macam tak larat dah ;(

Kalau korang tgk betul2 kan, kat tangan "kiri" dia tu ada kesan lebam. sebab berapa kali asyik kena cucuk jeh nak ambil darah. PEHH mmg sakit ah aku tgk !

Sama2 lah kita doa kan syafiqa cepat sembuh dan sihat wal afiat mcm dulu semula. AMINN . .

Thursday, November 18, 2010

Boleh atau tidak utk jatuh cinta sekali lagi ?

-kali ini, nak cerita pasal cinta pulak. HEHE-

Lepas dah break 3bulan yg lepas, aku dah nekad utk SINGLE. maybe nak ambil masa yg lama, utk tenangkan fikiran. but, semenjak akhir2 nih, cinta baru muncul pula dalam hidup aku!
OHH GOD! he's come back! after he had disappeared when i'm refuses his love. hmm

Tak tahu macam mana nak cakap. layak ke tidak aku ni utk bercinta sekali lagi ?? tolonglah aku?
Aku ingat nak lupakan saja si "H" ni, biar aku mulakan hidup baru. sedikit sebanyak aku dapat juga lupakan dia. bolehlaa.

Bila dah hidup sendirian tanpa couple nih, rasa bosan pun ada. sebab tiada siapa yg nak text aku. sedihh~ haha!
Bila couple pulak, takut kena kongkong dgn nya! itu tak boleh, ini tak boleh. haiyaa! ini macam tak boleh maa, wa tak sanggup nak teruskan hidup kalau terus dikongkong mcm ini lah! (such a stupid verse!) pffttt -.-

Tapi kalau aku couple pun, ada jugak orang bg support kat aku, ada jugak org yg sayang aku. huhuhu bapak pening macam nih! GGRRR.
tengok gambar di atas. macam ni lah muka aku, LEBIH KURANG.
-__-


CINTA punya pasal, aku tak berhenti memikirkannya! STRESS pulak yg datang. mmg spoil !

Tuesday, November 16, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum kepada semua para umat islam, aisyah ingin mengucapkan;

S E L A M A T
M E N Y A M B U T
H A R I
R A Y A
A I D I L A D H A

(HAI. NAMA SAYA COWW. SAYA NAK UCAP KAT KORANG SEMUA SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA YE.
EH ESOK KORANG NAK SEMBELIH SAYA KAN ?!
TIDAKKKKK !
MATI LAH SAYA JADI MAKANAN KORANG SEMUA !
INI TAK ADIL !
T__T
HABISLAH DAGING-DAGING SAYA YG EMPUK LAGI SEDAP NIH.
UWAAA~
LEPAS SEMBELIH SAYA BESOK, JGN LUPA TANAM JASAD SAYA YE ?)

Dialog dia atas hanya lakonan semata-mata. hahahah

Monday, November 15, 2010

HUNGRY

Arghh !
L A P A R !!
nak makan . .
mak tak masak . .
wuwu~
kat rumah cuma ada maggi dgn roti jeh . .
serious damn, gila laparrrr !
grrrrrr.
x(

semoga berjaya form5 2010

ehem. hehe
Di sini, scha ingin mengucapkan.
GOODLUCK kepada semua pelajar tingkatan5 2010 yang mengambil
peperiksaan SPM !
Semoga berjaya kay !
Buat betul-betul !
Jangan main-main lagi!
buat masa sekarang, belajar biar bagai nak rak dulu !
Dah habis SPM, korang nak pergi mana pun pergi lah ! hahah
Semoga tenang bila masuk bilik peperiksaan nanti !
Insyaallah. .

ikhlas daripada penulis blogger nuraisyah ^_^
H A P P Y
S C H O O L
H O L I D A Y
!
See u all next year my friends ! ^_^

Friday, November 12, 2010

kembali dengan senyuman

aku berharap dapat melupakan hal ini walaupun payah.
aku berharap aku dapat memaafkan manusia yg telah menyamar jadi aku itu walaupun hati aku berasa tidak rela memaafkannya.
-___-

semoga Tuhan memberi aku kekuatan dalam menghadapi masalah sebegini.
semoga aku redha menerimanya.
semoga aku tidak menangis lagi apabila memperingati hal ini pada hari-hari akan datang nanti..
;(

apa pun, aku juga bersimpati terhadap kau haziq ali kerana diGAMEkan oleh kawan sendiri atau manusia yg tidak memikirkan akibat buruknya menikam kawan dari belakang!

P/S : kepada haziq ali, ian, badri, amir zainal, fahmi. aku tidak menyalahkan korang semua tentang hal malam itu tadi.
Aku hanya berasa sebak dah tersentap sahaja kerana ada juga yg ingin mempermainkan aku dengan menyamar
atas dasar  NAMA aku. ini yg aku tidak boleh terima T__T

aku ingin senyum seperti biasa kembali.
ingin meredakan keadaan yg hampir mewujudkan pergaduhan antara sahabat2 ini..
tidak mengapa kawan, kerana kejadian ini akan dibalas apabila di hari akhirat kelak, wallahua'lam...

GIVE PEACE FOR LIFE :)

Friday, November 5, 2010

musim jumpa sahabat handai lama

Sedar tak sedar sekarang nih, musim berjumpa kawan-kawan lama.
yes, i admit it because i'm meet  my old friends too =))
Happy kan bila dapat jumpa kawan-kawan lama? rasa macam tak nak balik rumah sebab sekejap saja dapat berjumpa mereka. emm sedih pun ada, rasa macam nak menangis.
(aku lah antaranya tu) haha!

Melalui pandangan aku sendiri,
aina, dhanial, dean and ppot gembira sanadd bila dapat berjumpa kawan lama dia teha. wahh happy betul mereka.
Dan adik aku pun, suka keluar berjumpa dgn kawan2 sekolah lama dia dahulu, bagi dia rasa macam nak masuk sekolah lama (perimbun) itu semula. HAHA
mana boleh dik oit, payah nak berpatah balik ke sana, tiada siapa yg nak hantar ..

Dah seronok2 lepak, time nak balik tu mmg sedih teramat sangat ! yelah, bila lagi kan ada masa terluang nak berjumpa lagi sekali.
tapi alhamdulillah, sebelum2 ini aku dapat juga berjumpa kawan2 lama aku, rindu gila bhaii dgn diorang. serious aku ckp! hee
i loved all my friends no matter where you are all. . .

happy deepavali 2010

Hari deepavali dtg lagi, malam tadi tang-tung-tang bunyi mercun bagai. terkejut beruk mendengarnya! haha sampai ke pagi pula tu diorang main mercun, nak tidur pun tak senang. haishh. tak apa lah, perayaan mereka kan, biarlah diorang nak sambut macam mana pun =)
btw, aisyah ingin megucapkan kepada semua kaum agama hindhu, SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI
semoga berbahagia di samping keluarga dan saudara-mara tersayang ^_^





Monday, November 1, 2010

excited acting

aku tak tahu kenapa bila aku nampak je kapal terbang lalu mesti excited gila nak tengok. HAHA
bukan apa, setiap pagi time nak panas kan enjin kereta ayah sebelum pergi ke sekolah mesti ada saja kapal terbang yg lalu. woww semangat aku berkobar-kobar bila nampak kapal terbang. hahaha

Bila nampak kapal terbang lalu, aku rasa bebas sgt seperti burung. sangat-sangat bebas. sebab ianya sentiasa menuju ke destinasi yg jauh seperti kita yg mengimpikan ke tempat-tempat istimewa di luar negara =)
Adakah mungkin sebab aku bakal jadi 'pilot' ?? ouh damn! jangan berangan lah aisyah! spm pun tak lepas lagi berangan nak bawa kapal terbang. HAHA
tak pun, aku jadi pramugari dalam kapal terbang tuh?? free of charge boleh terbang pergi ke mana-mana. hahaha
(aisyah perasan!)
Tapi memang betul laa, aku suka tengok kapal terbang lalu, best sangat.
Segala tingkah laku aku macam tu bukan bermakna aku batakk and jakun tengok kapal terbang tu, tapi bila melihat kapal terbang menembusi setiap awan-awanan yang sangat luas oleh ciptaan-Nya membuatkan aku terpegun seketika :D
Verry meaningful in my life. sesungguhnya aku bersyukur dapat hidup di atas muka bumi dan negara malaysia yang indah lagi permai ini ..

such a sleepy day

HYE BLOGGER =)

bosannyaa sekolah hari nih! mengantuk sanad ==' dah habis exam kan, mcm ni lah jadinya. datang sekolah duduk melanguk. btw, aku mengantuk gila. asyik mamai je. tak tahu nak buat apa dalam kelas hari nih, melepak jelah. bangun pagi gerak pergi sekolah mcm biasa then masuk kelas. sikit gila kot org yg dtg! apa pun nasib baiklah kawan yg lain dtg sekolah. tiba-tiba aina dgn asma masuk kelas aku lepak kejap, sambil tu aku isi borang pendaftaran SPM. hee aina pulak dgn camera dia apa lagi, snap-snap lah kan. HAHA

 uish. tekkun gila tuh isi borang SPM! HAHA

lepas rehat terus naik kelas, then turun bawah balik. sbb time pjpk, ckgu malas nak naik naik atas. mulanya kitorang mmg bosan gila kat bawah tu tak tahu nak buat apa, tp ckgu bagi main game. at least kurang jugak bosan kan? =)
dah habis time pjpk, naik kelas balik. subjek b.i pulak. sebelum tggu teacher masuk, lepak lah dgn hadzri, afiqah, wani dgn ijam. tiba2 hadzri buka cerita pasal hantu. pehh aku plak yg paling excited nak dengar. hahaha tp cerita betul nih, berdasarkan dari cerita mustafa kat hadzri dgn kawan2 yg lain tuh. hadzri ckp, kwn mus tu main SPIRIT. macam panggil-panggil hantu. dah main-main pastu betul2 benda tu dtg tauu! gilo lahh, mmg SERAM ah kan! gggrrrr. aku dah seram sejuk ah dengar cerita dia, tapi apa pun jgn lah kauorang cuba2 main SPIRIT nih, bagi yg islam. ianya SYIRIK. jangan berani2 cuba okay kawan? =)
okayy, sampai sini saja lah cerita aku dalam kelas hari ini ..

Sunday, October 31, 2010

yesterday, was the great day

dah tiba masa utk update blog, dah lama tak buka blog, rinduu ;D btw, thanks kepada kwan-kawan yg sudi follow blog aku yg tak seberapa ni =='

30102010, cantik tarikh ni. HAHA
woww. semalam, hangout dgn fahmi. Awesome!
pada mulanya, mmg dah lama tak contact kwn2 sekolah lama yg lain, last2 ada no yg tak dikenali masuk, aku jwb lah call. rupanya fahmi ridhuan dgn haziq ali ! HAHA rinduu nye dgn kauorangggg. dah seronok2 text, last minit fahmi ajak keluar, apa lagi aku pn on jelah, rindu gila kot dah lama tak jumpa, setahun lebih. keluar kl smlm dgn kau mmg havoc kan? :D adoyy, mentanglah aku kecik, kau dah terlebih tinggi kau buli-buli aku kan?? HAHA kau mmg kejam lah fahmi .. tapi apa pun, aku menghargai jasa kau sbb belanja aku makan nasi lemak dan air teh o ais, hahaha nasib baik kau ikhlas ;D merata tempat kitorang berjalan, sampai fahmi ckp. "pening kepala aku. yelah, dgn nak layan budak2 lagi, nak jaga budak2 lagi" vavi fahmi ! kau gelarkan aku ni budak2 kan?? HAHA kurang hasam kauu. penatlahh, asyik kena buli je semalam dgn kau -..- at least dpt jugak kenal kawan baru, loqman dgn siapa tah sorang lagi tu, tak igt dah nama dia. fahmi from teknik kajang =) apa2 pn, thanks fahmi. sudi luangkan masa dgn aku semalam, rindu kau. haishh, sweet memori betul lah semalam. next time kita berjumpa lagi ye =)

Monday, October 25, 2010

addmath memang gila

pehh. bengang tahap gaban lah jawab addmath tadi. JPS mmg kejam lahhh!! asal suka sgt buat soalan susah2 ? kitorang belum SPM lagi ! meghoyan gila aku jawab paper addmath tadi -..-  susahh ngatt aihh. pelik gila ah. apa yg cikgu ajar selama nih, tak sama dgn soalan paper exam tadi. apedahh jps. nak buat soalan pun jgn lah ikutkan sgt format spm, kami masih baru lagi. belum pun boleh score addmath sampai tahap dewa tuh -.-
entah macam mana lah agaknya result addmath nanti ye, failed kot T_T haishh, harap tak laa, cukup makan pun jadiklah!
apa-apa pon, aku tetap SAYANG kau ADDMATH ! i HEART you. hahahah