Wednesday, October 7, 2015

Pulau Langkawi 2014 : Day 3

Assalamualaikum & Hai !

Bertemu lagi kita dalam entri seterusnya dari sambungan entri semalam. Yang belum baca sila klik DI SINIDI SINI dan juga kat SINI

Entri kali ni saya nak share tentang hari ketiga masa dekat Pulau Langkawi dulu. Jangan risau, entri ni pendek je tak panjang lebar. Bila panjang sangat mesti korang tak sudi nak baca kan. Tsk tsk *usap ayaq mata*

Dah, jom layanzzz. Hari ketiga iaitu hari terakhir kitorang dekat sini tak pergi banyak tempat sebab flight untuk balik Kuala Lumpur waktu petang. Jadi pagi-pagi tu kitorang dah check out dari chalet lepastu terus shoot pergi beli coklat!!! Datang Langkawi tak beli ceklat sangatlah rugi ya. Murah-murah plak tu, dengan bebas cukai lagi.

Tapi saya tak ada gambar hasil borong coklat lah pula. Alaaa, kalau tak boleh jilat screen laptop/handphone bila tengok gambar koleksi coklat tu semua. Kahkah!

Tadaaaa! Ini lah baju kembar 4 kitorang. Semuanya beli sama, corak tie dye. Hahah waktu ni tengah trending baju tie dye, murah kedai ni jual (harga rahsia). Tu yg pakat empat-empat sekali beli baju yg sama. Beli baju ni masa malam terakhir di Langkawi. Siap gantung lagi, special chuols.

Dekat chalet bernama The Cottage ni lah kitorang menginap untuk 3 hari 2 malam. Harga satu bilik sangat lah berbaloi dan sesuai dengan bajet ciput orang muda macam kami ni. Siap ada aircond lagi, bilik air pun bersih.

Meh cheq nak habaq mai sat kat hampa semua pasai chalet The Cottage ni. Chalet ni ada berbagai jenis pilihan untuk penginapan. Yang kitorang punya macam sebuah rumah & ada ruang tamu. Dalam rumah ni ada 3/4 bilik macam tu. Jadi setiap bilik tu dihuni oleh lain-lain pengunjung. Nasib baik jiran bilik sebelah kitorang tu tourist perempuan, tak pasti dari China atau Korea. Kalau bilik sebelah tu dapat jiran lelaki mungkin kurang selesa sikit la sebab tak kenal kan. Tapi yuolls jangan risau. Setiap bilik dalam sebuah rumah ni ada gap dia. Bukan macam yg ni pintu, sebelah tu terus pintu untuk bilik sebelah punya. Faham kan? Haha.


Kalau yuolls taknak yg macam kitorang punya ni, boleh pilih yg lain. Sure, dia ada jenis pilihan bilik yg lain lagi untuk lebih privasi. Macam kitorang ni memang la, nak yg murah sahaja dan tak lari bajet. Kahkah. Yang penting selesa. Kan.

Dekat gambar bawah ni saya share kan pada yuolls bagi sesiapa yg berminat untuk menginap di chalet The Cottage. Mana tahu ada yg nak pergi jalan-jalan ke Langkawi lagi kan? Boleh intai-intai dulu dekat sini. Hehe
Kitorang ambil yg Cottage Room punya, harga satu malam RM100. Menginap dekat sini 2 malam. Satu bilik share 4 orang gadis baru RM50 seorang. Save tak save lah kan cheq habaq nah kat hampa. Saya suggest dekat korang bagi yg pergi dengan kawan-kawan cari tempat penginapan macam ni. Bukan selalu ada dekat bilik pun kalau stay tempat memahal tu. Kan? Kalau yg honeymoon tu lain cerita nah. Kihkih

Lepas dah puas borong coklat (tak boleh banyak sangat nanti duit untuk balik tak cukup), kitorang terus pergi ke tempat seterusnya. Singgah sekejap dekat Pemandangan Indah nama tempat ni diberi. Dekat sini macam kawasan rehat-rehat & ambil gambar. Sebab ianya atas bukit & boleh nampak Airport Langkawi dekat bawah tu.


Nak tengok gambar rare yg belum pernah saya publish di mana-mana mahu pun di Instagram, dekat sini lah. Hahaha. Sometimes saya ni gila-gila juga, cuma tak tunjuk. Orang yg dah rapat dengan saya je tahu perangai ni macam mana. Hihi


Jadi konklusinya adalah pengalaman sepanjang berada di Pulau Langkawi tersangat lah Ohsemm!! Walaupun cuaca waktu siang terasa panas & bahang tetap tak kisah sebab mesti enjoy punya bila jalan-jalan dekat sana sambil mengamati pemandangan yg best-best. 

Jumlah kesemua bajet & perbelanjaan pergi Pulau Langkawi ialah sebanyak RM450 - RM500 saja termasuk tiket flight. Tak banyak duit dikeluarkan sebab dekat sana senang cari tempat untuk makan & shopping dengan jimat sekali. So ada banyak lebihan duit dekat situ sebab tu dapat borong banyak coklat. Hahah

Maka dapat habiskan dengan jayanya meng-update entri pasal Pulau Langkawi. Yeyeahhh!!! Lega rasa. Dapat pun kongsikan pengalaman & perasaan masa dekat sana. I'm feeling so happy :D

Untuk entri seterusnya adalah apa? Jengjenggg. Saya nak share pasal pergi Singapore pula. Hihi tungguuu.

Assalamualaikum & Selamat Malam semua :)